Вы находитесь на странице: 1из 10

Isi kandungan

Pengenalan ……………. 3

Objektif ……………. 4

Tentatif Program ……………. 5

Hasil Pembelajaran ……………. 6

Kaedah Pelaksanaan ……………. 6

Senarai Ahli Jawatankuasa Perlaksanaan Dan Senarai Tugas ……………. 7

Perbelajaan ……………. 8

Jadual Perbelanjaan ……………. 9

Kesimpulan …………… 10

1
KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT :

LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM AS SAKINAH

2
PENGENALAN

Program Khidmat Masyarakat merupakan sebahagian dari program yang harus dijalankan
bagi memenuhi kehendak kursus INTERIM yang perlu diambil oleh pelajar PLUMS semester 1
cawangan Kota Kinabalu. Melalui mata pelajaran ini pelajar dikehendaki merancang,
melaksanakan dan membuat laporan berkenaan projek yang dilaksanakan. Oleh itu, kertas kerja
ini dirancang bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus yang memerlukan pelajar menjalankan
satu khidmat masyarakat.

Program ini berhasrat untuk melaksanakan khidmat bakti di sebuah rumah anak yatim di
daerah Papar, Sabah. Idea ini telah dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran bahawa anak-anak
yatim adalah pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Mereka juga
merupakan tunjang yang akan menggerakkan negara pada masa akan datang.

Selain itu, anak-anak yatim juga harus diberi perhatian memandangkan mereka
merupakan golongan yang kurang bernasib baik kerana ketiadaan ibu atau bapa atau kedua-
duanya yang merupakan tempat mencurahkan kasih sayang. Di samping itu, rata-rata mereka
berasal daripada keluarga yang susah dan memerlukan perhatian . Oleh hal yang demikian,
adalah sangat wajar bagi kami menjalankan projek ini di tempat yang dicadangkan ini.

Siswa/ siswi adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi suri
teladan kepada masyarakat. Justeru, siswa/siswi harus mampu menyesuaikan diri dalam semua
keadaan dan situasi serta mampu menangani cabaran era globalisasi dan sosiolisasi.

Adalah diharapkan melalui program ini, kami mendapat kemahiran merancang, mengurus
dan melaksanakan program khidmat masyarakat. Juga diharapkan program ini akan dapat
meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat ataupun secara globalnya kepada
negara.

3
OBJEKTIF

1. Mendidik golongan belia khusunya dalam kalangan pelatih untuk bertanggungjawab


terhadap kebajikan anak-anak yatim.

2. Membentuk sahsiah belia sebagai pelapis pemimpin masa depan yang mempunyai
pengetahuan, kesedaran, disiplin, jati diri dan nilai murni yang tinggi terhadap komuniti
setempat.

3. Untuk memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu-


membantu sesama masyarakat serta berganding bahu dengan badan bukan kerajaan
dalam menjaga kebajikan anak-anak yatim.

4. Meningkatkan kesedaran belia mengenai wujudnya insan yang tidak bernasib baik.

5. Sebagai salah satu agen untuk merangsang ahli komuniti dalam membantu anak-anak
yatim.

6. Melahirkan golongan pendidik serta anggota masyarakat yang prihatin serta


bertanggungjawab terhadap kemakmuran dan kesejahteraan negara.

4
TENTATIF PROGRAM
Tarikh Masa Aktiviti Tempat
9.00 pagi – 12.00 Penyerahan Universiti Malaysia
tengahari sumbangann daripada Sabah
orang ramai kepada
jawatankuasa
program
8.00 pagi – 8.30 pagi Pendafatran peserta
program dan taklimat
ringkas
8.30 pagi Rombongan peserta Rumah Anak Yatim As
program bertolak ke Sakinah
Rumah Anak Yatim As
–Sakinah
9.00 pagi Ketibaan rombongan
peserta program di
Rumah Anak Yatim As
- Sakinah
9.00 pagi – 9.30 pagi Taklimat ringkas
program kepada
penghuni dan
pembahagian
kumpulan
9.30 pagi – 10.30 LDK 1 : ICE
pagi BREAKING
(dikendalikan oleh
fasilatator)
10.30 pagi – 11.00 PROGRAM MOTIVASI
pagi (dikendalikan oleh
penceramah)
11.00 pagi – 11.30 PROGRAM GOTONG
pagi ROYONG
PEMBERSIHAN
11.30 pagi – 12.30 LDK 2 : KRETIVITI
tengahari (dikendalikan oleh
fasilatator)
12.30 tengahari Makan tengahari/solat
zohor
1.30 petang Program
penyampaian
sumbangan dan
cenderahati kepada
pengurus Rumah
Anak Yatim As
Sakinah dan
penghuninya
2.30 petang Bersurai

5
HASIL PEMBELAJARAN

1. Dapat memupuk semangat kerjamasa antara peserta program yang terlibat dalam
membantu masyarakat diluar sana.

2. Mampu melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang bersikap prihatin dan peka terhadap
masalah yang dialami oleh sesebuah masyarakat

3. Menjadi orang tengah dalam menyampaikan bantuan daripada masayarakat luar kepada
mereka yang kurang bernasib baik.

4. Menimbulkan perasaan bersyukur atas apa yang dimilikki berbanding mereka yang kurang
bernasib baik seperti anak yatim.

5. Memupuk ciri ciri kempimpinan dalam kalangan peserta program dalam menjayakan
sesebuah program.

KAEDAH PELAKSANAAN
1. Suai kenal
2. Ceramah motivasi
3. Gotong – royong
4. kreativiti

6
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERLAKSANAAN DAN SENARAI TUGAS

senarai penuh nama ahli jawatankuasa beserta nombor matrik dan jawatan yang disandang serta
peranan dan bidang kuasanya

Jawatan Bidang tugas

Pengarah program Merancang, merangka dan menganalisis


Program yang dijalankan
Timbalan Pengarah Membantu pengarah program dalam
merangka dan meganalisis program yang
dijalankan

Setiausaha Membuat surat, laporan setiap gerak kerja


yang dijalankan berkaitan program.

Naib setiausaha Membantu setiausaha melakukan setiap


tugasan dan gerak kerja
Bendahari Membuat perbelanjaan berdasarkan
kewangan program yang telah diberikan serta
merekodkan perbelajaan yang telah
digunakan
Naib bendahari Membantu tugas-tugas bendahari

AJK tajaan dan sumbangan Mencari pihak penajaan bagi menaja program
yang dijalankan.

AJK logistik dan persiapan Menyusun dan menyediakan peralatan seperti


meja, kerusi sebelum dan selepas program

AJK makanan Menempah makanan dan menyediakan


makanan untuk program

AJK kebersihan dan keselamatan Menjaga kebersihan dan keselamatan


sepanjang program dijalankan

AJK aktiviti Memastikan kelancaran aktiviti sepanjang


berlangsung

AJK lain Membantu menyempurkan program

7
PERBELANJAAN

01. Pendapatan
I. Tajaan / sumbangan
II. Sumbangan universiti

02. Perbelanjaan
I. Cenderehati
 Cenderehati pengetua rumah anak yatim
II. Sumbangan
 Alatan persekolahan untuk anak-anak yatim

03. Publisiti
I. Banner
II. Poster
III. Baju peserta dari university

04. Kontigensi
III. 5% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan. Kontigensi ini digunakan untuk
kecemasan

05. Jumlan keseluruhan

8
JADUAL PERBELANJAAN

ITEM UNIT Kos / unit KOS PERBELANJAAN


Cenderahati untuk pengetua 1 RM 50 RM 50.00
Sumbangan alatan tulis untuk anak yatim 50 RM7 X 50 RM 350.00
Banner 1 RM 150 RM 150.00
Poster 100 RM0.30 x 100 RM 30.00
Baju peserta 15 RM20 x 15 RM 300.00
Jumlah RM 880.00
Kontigensi 5% RM 44.00

Jumlah keseluruhan RM 924.00

9
Kesimpulan

Daripada lawatan ini, dapat kami pelajari bahawa ada insan yang kurang bernasib
baik dan perlu diambil perhatian agar dapat memberikan semangat dalam meneruskan
kehidupan mereka. Lawatan ini dapat memberikan sedikit sebanyak pertolongan kepada
mereka dan dapat memberikan semangat kepada mereka agar mereka tahu bahawa
mereka masih diterima di dalam masyarakat kita ini.

10

Вам также может понравиться