Вы находитесь на странице: 1из 7

1.

0 PENGENALAN

Menurut Papalia (2004), perapatan atau pertautan bermaksud hubungan atau

ikatan emosi antara bayi dan ibu bapanya atau penjaganya yang membawa

kepada satu tahap perhubungan. Terdapat tiga jenis perapatan yang utama, iaitu

perapatan selamat (secure attachment), perapatan mengelak (avoidant

attachment), perapatan bimbang ketidaktentuan (anxious attachment). Semua

jenis-jenis pertautan ini bergantung kepada emosi atau perasaan anak itu sendiri

terhadap ibu bapanya.Manakala menurut Choate (2005) ‘separation anxiety’ ialah

keadaan dimana kanak-kanak menjadi murung atau sedih apabila berpisah

dengan penjaganya. ‘Separation anxiety’ biasanya muncul apabila bayi

membentuk pelekatan pertama (first genuine attachment) bermula dari bulan ke

14 sehingga bulan ke 18 dan mula hilang secara beransur apabila masuk ke pra

sekolah (Kagan 1976; Weinraub&Lewis 1977). Namun terdapat terdapat beberapa

tingkah laku kanak-kanak prasekolah yang saya ingin tekankan semasa mereka

menghadapi ‘separation anxiety’.

2.0 TINGKAHLAKU KANAK-KANAK PRASEKOLAH SEMASA MENGHADAPI

KEBIMBANGAN AKIBAT PERPISAHAN

Tingkah laku seseorang pelajar dapat menggambarkan cara didikan yang

telah diberikan sejak azali lagi. Ini bertepatan dengan kata-kata,” anak-anak

ibarat ibarat kain putih, dan tugas ibubapalah yang mencorakkan mereka”. Ini

bermaksud pergaulan dan cara berkomunikasi itu bermula dari rumah dan

1
buruk atau baik pergaulan itu adalah cara yang ditunjukkan oleh ibubapa

mereka sendiri.. Ini kerana anak-anak akan mencontohi pola-pola pergaulan

dari ibubapa ketika mereka berinteraksi sesama mereka.

Menurut Mahani Razali(2009),simptom dominan yang ditunjukkan oleh

kanak-kanak ialah kebimbangan keterlaluan dan berterusan dengan

perpisahan dengan penjaga atau ibu bapa. Kebimbangan ini mula

menimbulkan kerisauan bahawa apa-apa akan berlaku kepada individu yang

disayangi.

Kanak-kanak yang mengalami separation anxiety menunjukkan keenganan

berterusan ke sekolah secara bersendirian. Keadaan berjauhan atau perpisahan

dengan ibu bapa semasa di sekolah menimbulkan kerisauan melampau dalam diri

kanak-kanak. Justeru, keenganan ke sekolah merupakan salah satu tanda

separation anxiety.

Sementara itu, kanak-kanak yang menjadi mangsa separation anxiety di

katakan kerap kali mengalami mimpi buruk tentang perpisahan dengan individu

yang disayangi. Maka kewujudan mimpi buruk ini jelas membuktikan keadaan

perpisahan antara kanak-kanak dengan ahli keluarga.

Dalam pada itu, kanak-kanak yang mengalami separation anxiety sering

dikaitkkan dengan sungkutan kesakitan fizikal seperti pening, sakit perut apabila

situasi perpisahan muncul atau di harapkan muncul.

2
Akhirnya, wujud keenganan untuk tidur secara berseorangan dan sentiasa

berdampingan dengan penjaga dalam bilik tidur. Kanak-kanak yang mengalami

separation anxiety ingin mengelakkan keadaan berseorangan dalam semua

perkara.

3.0 KESAN PERAPATAN INI BOLEH MEMPENGARUHI EMOSI KANAK-KANAK

Perapatan dalam keluarga meninggalkan kesan terhadap emosi kanak-kanak.

Kesan yang pertama ialah perapatan penting kepada semua manusia. Semua

manusia memerlukan perapatan dari semua orang terutama daripada ahli

keluarga sendiri. Sebagai contoh, bayi yang lahir perlukan jagaan jagaan daripada

ibu bapa untuk mendapatkan makanan dan perlindungan emosi. Perkembangan

kognitif kanak-kanak dibantu oleh kemesraan, kasih sayang serta perlindungan

yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Perkembangan sosioemosi dan

perkembangan moral kanak-kanak juga mempengaruhi perkembangan kognitif

kanak-kanak tersebut.

Kesan perapatan terhadap emosi kanak-kanak yang kedua pula ialah

perapatan mempengaruhi sejauh mana kanak-kanak menilai diri diri mereka

sendiri. Mereka menganggap diri mereka sangat berharga serta mempengaruhi

pergaulan dan perhubungan mereka dengan orang lain. Konsep kendiri yang

sudah ada dalam diri mereka sejak lahir membina tingkah laku mereka hingga

3
dewasa kelak. Jika positif konsep kendiri itu, maka positiflah tingkah laku mereka

apabila dewasa dan sebaliknya. Contohnya, ibu bapa haruslah memuji kanak-

kanak apabila mereka melakukan sesuatu kerja agar mereka berasa diri serta

kerja yang mereka lakukan itu dihargai. Ini dapat membina konsep kendiri yang

positif dalam diri kanak-kanak.

Shahabuddin (2014)menyatakan bahawa kasih sayang merupakan tindak

balas yang berlaku secara serta merta dengan mengusap kulit, menggeletek,

membuai lembut dan tepukan manja. Kanak-kanak belajar melalui pengalaman

yang dilakukan oleh ibu bapa terhadap mereka. Daripada pengalaman tersebut

kanak-kanak mengaplikasikannya kepada orang lain, binatang atau benda yang

menyenangkannya. Ia menunjukkan perasaan kasih sayang secara lisan bila

sudah besar tetapi ketika kecil kanak-kanak menyatakannya secara fizikal dengan

memeluk, menepuk atau mencium objek yang disayangi.

Selain itu, hubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang dilihat memainkan

peranan yang penting dalam membentuk perapatan selamat. Ibu bapa haruslah

sentiasa mengawasi anak-anak dan mengenali rakan-rakan mereka serta

melindungi mereka daripada gejala negatif agar mereka sentiasa berasa selamat

bersama ibu bapa. Ibu bapa juga haruslah sentiasa melindungi anak-anak tidak

kira di mana mereka berada. Contoh yang boleh digunakan ialah ibu bapa sering

bertanyakan tentang persekolahan anak-anak serta kawan-kawan mereka. Di sini

wujudnya perapatan selamat antara ibu bapa dengan anak-anak.

4
Kesan perapatan terhadap emosi yang seterusnya pula ialah

perapatan selamat akan mempamerkan sikap-sikap yang positif dalam diri kanak-

kanak. Contoh sikap positif yang terhasil ialah menolong ibu bapa ketika berada di

rumah, menghormati orang tua serta mendengar nasihat ibu bapa. Perapatan

selamat juga dapat mempamerkan kanak-kanak untuk berkasih sayang serta

menghargai orang lain. Contohnya, ibu bapa memimpin tangan anak ketika

melintas jalan, anak akan berasa selamat dan menghargai jasa anda. Mereka

akan lebih menghargai anda.

Walaubagaimanapun, terdapat kesan perapatan tidak selamat.

Perapatan tidak selamat dikaitkan dengan status ekonomi sosial keluarga yang

rendah, keluarga yang porak peranda atau mangsa dera. Kanak-kanak akan

berasa tidak selamat jika keluarga mereka sering bergaduh. Mereka akan

merasakan bahawa tiada orang yang sayang padanya. Selain itu, kanak-kanak

yang menjadi mangsa dera oleh ibu bapa juga akan memikirkan diri mereka tidak

bernilai kepada orang yang disayangi.

Kesan perapatan terhadap emosi yang terakhir ialah perapatan yang

mengelak atau bimbang ketidaktentuan berkemungkinan akan menghasilkan

kanak-kanak yang rendah diri, pemarah, ganas dan tidak menghormati orang lain.

Mengikut teori Erikson (1968), kanak-kanak pada peringkat umur empat

hingga enam tahun mengalami perasaan inisiatif lawan rasa bersalah. Di

peringkat ini, keupayaan motor dan intelektual kanak-kanak semakin meningkat.

Kanak-kanak di peringkat umur ini suka berimaginasi dan meluaskan kemahiran

5
mereka dengan melalui permainan dan berfantasi. Mereka bekerjasama dengan

kanak-kanak lain dalam permainan, ada kalanya menjadi sebagai ketua kumpulan

dan ada kalanya menjadi pengikut. Kanak-kanak yang selalu dimarahi atau tidak

mendapat galakan untuk melakukan sesuatu mengikut kemampuan akan

tertanam dengan perasaan bersalah dan berperasaan takut, mereka akan

berterusan bergantung kepada orang dewasa dan tidak mahu bercampur dengan

orang lain. Sebaliknya kalau mereka dididik dengan cara yang positif, mereka

akan mempunyai daya utama dan berani mengemukakan dengan pendapat

mereka sendiri.

4.0 PENUTUP

Perapatan adalah amat penting bagi membentuk remaja atau individu yang

bersahsiah tinggi. Ia amat penting bagi mewujudkan individu yang mempunyai

pemikiran yang positif, berkeyakinan tinggi, hormat menghormati dan mempunyai

akhlak yang baik. Modul didikan keluarga amat baik bagi membantu masyarakat

membentuk perapatan yang baik dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya

mengambil berat tentang perapatan dengan anak bagi mewujudkan generasi yang

gemilang. Hal ini kerana perapatan ataupun hubungan kasih sayang amat penting

bagi pembentukan anak-anak yang baik. Kuih yang sedap selalunya berasal dari

resepi yang baik dan acuan yang cantik. Begitu juga di ibaratkan perhubungan

anak-anak dengan ibu bapa.

6
RUJUKAN

Diane E. Papalia, Sally Wendkos Olds, Ruth Duskin Feldman. (2004). Human

Development. West Virginia : McGraw-Hill.

Joseph Hoghes Choate. (2005). Successful Inclusive Teaching Proven Ways To Detect

And Correct Special Needs . Allyn and Bacon.

Kamarulzaman Abdul Ghani. (2003). Menilai Kebolehbacaan Buku teks :Ke Arah

Meningkatkan Kemahiran Membaca Pelajar. Kuala Lumpur: Wacana pendidikan

Mahani Razali, Mahizer Hamzah, Nor Junaidah Mohd Isa . (2009). Memahami

Tingkahlaku Kanak-kank . Selangor: YCR Distributors Sdn. Bhd.

Shahabuddin Hashim, Noor Miza Abdul Rahman. (2014). Pendidikan sosioemosi

kanak-kanak. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Вам также может понравиться