Вы находитесь на странице: 1из 3

Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) diwujudkan dengan tujuan

menyatupadukan dan menyelaras aktiviti berkaitan kesihatan sekolah yang mampu


meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan warga sekolah. Terdapat beberapa
matlamat dalam pelaksanaan program ini.

Salah satu matlamat PBSS ialah memelihara dan menambahbaik persekitaran


sekolah yang sihat, selamat dan ceria. Dalam pelaksanaan Program Bebas Denggi
Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) memastikan sekolah merupakan zon
selamat kepada semua warga sekolah dengan mempertingkatkan aktiviti untuk
memusnahkan tempat pembiakan nyamuk mengikut Buku Panduan Program Bebas
Denggi Di Kemudahan Mei 1992. Contoh aktiviti yang telah dijalankan ialah gotong-royong.
Kejayaan program ini sangat menyumbang kepada kewujudan persekitaran sekolah yang
bersih, selamat dan kondusif untuk pelajar belajar.

Selain itu, Program Kesihatan Sekolah dapat mewujudkan fenomena persekitaran


sosial sekolah yang menjurus ke arah amalan cara hidup sihat. Kebelakangan ini,
pelbagai strategi pencegahan awalan telah diatur oleh KPM bagi menangani
permasalahan dadah dalam kalangan pelajar. Salah satu strategi ialah pelaksanaan
Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah rendah. Program ini akan
memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid agar sentiasa menjauhi
dadah. Hal ini demikian akan meningkatkan kesedaran murid-murid supaya sentiasa
mengamalkan cara hidup sihat selepas menyertai taklimat, ceramah atau pengajaran guru
secara teori mengenai kesan negatif dadah.

Di samping itu, PBSS juga bermatlamat untuk mempertingkatkan ilmu


pengetahuan, sikap serta amalan yang berkaitan dengan kesihatan agar setiap warga
sekolah bertanggungjawab terhadap kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Misalnya,
Program Susu Sekolah (PSS) yang dilaksanakan adalah untuk meningkatkan taraf
kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah. PSS mempunyai skim susu percuma
kepada murid yang terpilih supaya meningkatkan tabiat minuman susu. Program ini juga
bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah bagi
memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah
bertambah baik.

Lebih-lebih lagi, PBSS berharap untuk mengawal dan mencegah penyakit.


Umpamanya, Program Kawalan Makanan Kantin Sekolah dilaksanakan untuk mengawal
kualiti dan tahap kebersihan makanan yang disediakan di sekolah. Berdasarkan Berita
Harian, Kementerian Kesihatan menerima 60 laporan keracunan makanan di sekolah
seluruh negara membabitkan 2,325 kes bagi tempoh Januari hingga April 2018. Dengan
ini telah jelas menunjukkan kualiti makanan di kantin sekolah penting kerana makanan
yang tidak bersih akan membawa penyakit. Dalam program tersebut, semua warga
sekolah perlu bertanggungjawab memastikan kebersihan kawasan kantin dan ruang
penyediaan makanan. Sekiranya penjaja mengamalkan sikap sedemikian semasa
menyediakan makanan, maka kes keracunan makanan atau penyakit bawaan makanan
yang lain dapat dikurangkan.

Akhirulkalam, pelaksanaan PBSS adalah satu usaha untuk mempromosikan


kesihatan di kalangan warga sekolah. Melalui PBSS diharap akan melahirkan masyarakat
yang mengutamakan kesihatan dalam setiap aspek. Oleh itu, setiap warga sekolah harus
bertanggungjawab bagi memastikan pelaksanaan PBSS memberi manfaat kepada semua
warga sekolah.

PBSS juga akan menjadi teraju utama dalam mencapai cita-cita warisan budaya negara.

https://www.bharian.com.my/node/148373

Sebagai contohnya, di Malaysia, penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang
merupakan salah satu masalah kesihatan dalam kalangan murid. Sehubungan dengan itu,
KKM dan KPM telah mewujudkan Program Sekolah Bebas Denggi untuk memastikan
sekolah sebagai ‘zon selamat’ kepada semua warga sekolah. Berdasarkan Surat
Pekeliling bil 2/1982, kempen anti denggi di sekolah mengandungi perkara seperti
membersihkan kawasan sekolah asrama dan persekitaran, membunuh nyamuk aedes
dan mencegah pembiakannya, menegaskan usaha-usaha pendidikan mengenai demam
denggi secara formal serta menggalakkan penyertaan masyarakat dan bekerjasama
dengan agensi-agensi lain bagi mencegah penyakit ini. Program ini menggunakan kaedah
pendidikan kepada murid-murid bagi membentuk mereka sebagai agen perubahan yang
berkesan dalam mencegah dan mengawal kejadian penyakit denggi. Walau
bagaimanapun, Program Sekolah Bebas Denggi yang dirancang tidak akan memberikan
impak yang positif jika tidak melibatkan kerjasama semua pihak. Kejayaan program ini
sangat menyumbang kepada pewujudan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, dan
kondusif untuk pelajar dan juga proses pembelajaran mereka

memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya penyakit seperti AIDS, Hepatitis
B dan penyakit berbahaya yang lain. Sebagai tamsilannya, Program Sihat Tanpa AIDS
(PROSTAR) diperkenalkan oleh KKM dalam usaha meningkatkan kesedaran serta
pengetahuan remaja tentang bahaya jangkitan HIV, cara pencegahan dan
pengawalannya. Aktiviti yang biasa dilaksanakan dalam program ini termasuklah aktiviti-
aktiviti pendidikan AIDS seperti ceramah, kempen kesedaran dan kem-kem motivasi.
Melalui aktiviti-aktiviti tersebut, sikap positif disemai dalam kalangan remaja agar prihatin
akan masalah HIV dan menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang sihat, serta
menghindari tingkah laku yang berisiko tinggi kepada jangkitan HIV.

Вам также может понравиться