Вы находитесь на странице: 1из 6

12.

1 SISTEM SIRKULASI

12.1.1 PINJAMAN BUKU RAK TERBUKA

* Ditempatkan pada rak buku Bahagian Pinjaman.


* Boleh dipinjam dalam tempoh masa yang ditetapkan.
* Dilengkapkan dengan tempoh masa yang ditetapkan.

Prosedur Pinjaman Buku

1. Kad pinjaman peminjam diserahkan kepada petugas di kaunter


sirkulasi.

2. Petugas di kaunter sirkulasi akan mengimbas kad pinjaman


murid dan seterusnya mengimbas kod bar buku yang hendak
dipinjam.

3. Copkan tarikh pulang pada slip tarikh pulang, kemudian


serahkan buku itu kepada peminjam.

Prosedur Pemulangan buku.

1. Imbas kod bar buku yang hendak dipulangkan.

2. Sistem akan memberitahu sekiranya buku yang dipinjam lewat


dipulangkan berserta dengan jumlah bayaran yang telah
ditetapkan oleh Pusat Sumber. Ini untuk menggalakkan sifat
tanggungjawab dan berdisiplin.

3. Buku-buku yang dikembalikan pada hari itu disusun semula di


atas rak-rak yang berkenaan (mengikut nombor pengkelasan
dewey).
12.1.2 PROSEDUR PINJAMAN BUKU RUJUKAN

Pinjaman Buku Rujukan

- Ditempatkan pada rak ‘ Bahagian Rujukan ‘.


- Tidak boleh dipinjam, oleh itu tiada kad buku dan tiada slip tarikh
pulang.
- Ditandakan dengan huruf ‘R’ pada label tulang buku.

12.1.3 PROSEDUR PINJAMAN BUKAN BUKU

Pinjaman Bukan Buku

Jenis-jenis Bahan :
- carta
- peta
- permainan pendidikan
- glob
- model
- pendrive
- pita audio
- bahan bbm
- bahan CD multimedia
- filem slaid
- pita video

Direkodkan sama seperti pinjaman buku.


12.2 KAD KEAHLIAN

Contoh kad keahlian :

Muka depan kad keahlian Muka belakang kad keahlian

12.2.1 PERATURAN PINJAMAN

1. Hanya murid-murid yang mempunyai kad pinjaman dibenarkan


membuat pinjaman buku.

2. Buku yang terdapat di perpustakaan hanya boleh dipinjam


dalam jangkamasa seminggu.

3. Sebarang kehilangan atau kerosakan pada buku yang dipinjam


menjadi tanggungjawab peminjam untuk menggantinya. Sila
rujuk kepada Penyelaras PSS untuk maklumat lanjut.

4. Setiap orang murid boleh meminjam dua buah buku dalam


sesuatu masa.

5. Kehilangan kad pinjaman ini perlu dilaporkan segera kepada


Penyelaras PSS untuk mendapatkan kad yang baru.

6. Segala urusan berkaitan sila berhubung dengan :-

GURU MEDIA
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST ACS
41000 KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Contoh peraturan pinjaman terdapat pada kad keahlian.

12.3 PINJAMAN BERKELOMPOK

1. Pinjaman berkelompok boleh dibuat oleh guru-guru terutamanya bagi


murid tahap satu.

2. Buku-buku yang dipinjam tidak boleh melebihi bilangan murid di


dalam kelas itu.

3. Buku-buku yang dipinjam adalah dibawah tanggungjawab guru yang


membuat pinjaman.

4. Rekodkan buku ini di bawah rekod pinjaman berkelompok.


12.3.1 Format Rekod Pinjaman Berkelompok

Nama Guru : …………………………………


Kelas : …………………………………

Bil No Perolehan buku Pengkelasan Catatan

Tandatangan Guru : Tarikh :


………………………………. …………………

Вам также может понравиться