Вы находитесь на странице: 1из 4

BIJAK JUMANJI adalah satu permainan mendidik ilmu untuk belajar

menguruskan wang yang dimiliki dengan menerapkan amalan pelaburan.


Ia memberi pendedahan aliran tunai individu dalam kehidupan seharian
kepada pemain. Dengan ini, mereka akan cuba memperkembangkan
kewangan mereka dengan melibatkan diri dalam pelaburan hartanah
atau mencari pendapatan sampingan untuk mencapai target.

KONSEP

BIJAK JUMANJI ialah permainan “Board Game” . Ianya satu permainan yang bukan bertujuan sebagai
hiburan dan bersantai semata-mata, malah mempunyai matlamat sampingan bernilai tinggi iaitu
mendedahkan murid dengan perancangan kewangan masing-masing di samping mendedahkan murid
kepada pelaburan.

“BIJAK” bermaksud mempunyai ciri percaturan atau penyusunan strategi dan berupaya membentuk ciri-
ciri ketajaman akal dan bertindak dengan kebijaksanaan yang tinggi untuk mencapai kemenangan atau
kejayaan.

“JUMANJI” merujuk kepada tempat di dalam hutan yang dianggapkan cara untuk meneruskan hidup
dan mencapai target kemenangan setelah menjalani kehidupan di dalam hutan.

“BIJAK JUMANJI” bermaksud percaturan atau perancangan individu dalam menguruskan kewangan ke
tahap yang lebih tinggi (kaya) bagi memenuhi syarat destinasi akhir. Ianya menguji sejauh mana peserta
dapat merancang perjalanan wang mereka bermula dengan wang simpanan yang diberikan sehingga
mempunyai harta dan aset yang tinggi.

1
KANDUNGAN PERMAINAN “BIJAK WANG”

1. Papan Permainan
2. Penanda (Buah)
3. Dadu 2X
4. Penyata Pendapatan
5. Kad Nasib
6. Kad Peluang
7. Surat Hartanah
8. Wang

OBJEKTIF

1. Menarik dan memupuk minat peserta khususnya anak-anak dalam aspek berkaitan dengan bidang
pengurusan kewangan dan pelaburan.
2. Memberi pendedahan kepada peserta dengan realiti kehidupan hari ini dalam menguruskan
kewangan melalui permainan bersifat santai dan menyeronokkan.
3. Meningkatkan kemahiran matematik peserta dalam tajuk wang khususnya melibatkan operasi
wang.
4. Memupuk nilai-nilai usahawan berjaya seperti:
a. Memahami liku-liku kehidupan dan cabaran yang akan dihadapi pada masa hadapan.
b. Belajar mengambil risiko.
c. Berani dalam membuat keputusan.
d. Berfikiran lebih ke hadapan dalam merancang perniagaan yang diceburi.
e. Memupuk minda usahawan dan bisnes dalam diri.
f. Menanam semangat berbisnes atau berniaga.
g. Memupuk amalan bersedekah.

SYARAT-SYARAT PERMAINAN

Memulakan permainan

1. 1. Seorang juruwang atau jurubank dilantik sebelum permainan bermula. Tugasnya adalah
untuk mengawal perjalanan permainan dan urusan kewangan.
2. 2. Bilang pemain seramai 2 hingga 4 orang.
3. 3. Kad Nasib, Kad Peluang disusun, Kad Pemilikan Hartanah disusun.
4. 4. Pemain mengambil giliran dengan membaling dadu dan memilih kawasan.
5. 5. Pemain dibekalkan dengan tunai sebanyak RM 3,000.00 setiap seorang.
6. 6. Pemain juga diberikan borang penyata pendapatan bagi mencatat pendapatan, keluar dan
masuk wang tunai simpanan yang diberikan pada awal permainan.
7. 7. Bagi memulakan permainan, setiap peserta akan memilih penanda (buah) masing-masing
sebagai simbol dan 1 biji dadu digunakan untuk mengetahui jumlah petak perjalanan.
8. Pemain hendaklah mendapat sekurang-kurangnya RM10,000 bagi memenuhi syarat
memasuki “Istana Jumanji”.
9. Pemain yang berjaya sampai ke “Istana Jumanji” tetapi tidak berjaya mengumpul sekurang-
kurangnya RM10,000 hendaklah patah balik semula.

2
8.

PERATURAN PERMAINAN
1. Setiap pemain akan bermula di petak kawasan masing-masing yang telah dipilih.
2. Para pemain diberikan Borang Penyata Pendapatan.
3. Terdapat 2 jenis kad arahan iaitu:
a. Kad Nasib – Kad yang menentukan nasib pemain samada bertuah ataupun bernasib malang
iaitu mendapat bonus, dikenakan bayaran tertentu atau mendapat tuntutan tertentu.
b. Kad Peluang – Memberi peluang atau pilihan kepada pemain untuk mendapat bonus atau
pergerakan maju ke hadapan.
4. Semasa permainan, peserta akan bertemu dengan;
a. Petak Hartanah
• Pemain boleh membeli hartanah yang dijual oleh pihak bank dengan harga seperti
tertera pada SURAT HARTANAH.
• Pemain boleh menjual semula hartanah tersebut kepada pihak bank dengan
setengah harga.
• Pemilik hartanah hendaklah mengenakan sewa kepada pemain lain yang menapak
di tanah tersebut.
b. Petak Kad Nasib
• Pemain diberikan kad nasib.
c. Petak Kad Peluang
• Pemain diberikan kad peluang.
d. Petak Bonus
• Pemain diberikan bonus RM 100
e. Petak Kawasan Berlumpur
• Pemain hilang satu giliran permainan.
f. Petak Pokok
• Pemain mendapat bayaran RM 100 sebagai upah mengutip hasil buah
5. Pinjaman – peserta boleh membuat pinjaman bank tidak melebihi 3 kali dengan maksimum RM
1,000. Pinjaman dibenarkan untuk tujuan pelaburan atau bayaran perbelanjaan yang perlu
ditanggung oleh pemain.
7. Kaedah pembayaran balik pinjaman adalah secara ansuran ataupun semuanya secara tunai.
8. Peserta perlu menjelaskan kesemua jumlah pinjaman awalnya sebelum membuat pinjaman
seterusnya.

3
KERUGIAN ATAU MUFLIS

• Pemain juga berkemungkinan untuk berhadapan dengan kerugian dalam permainan ini.
• Pemain dikira muflis sekiranya tidak mampu membayar perbelanjaan yang dikenakan
kepadanya.
• Sekiranya muflis peserta dianggap kalah dan tidak boleh meneruskan permainan.

TAMAT PERMAINAN

• Permainan boleh ditamatkan setelah terdapat pemain yang berjaya sampai ke “Istana Jumanji”
dan mengumpul sehingga RM10,000,000.
• Permainan juga boleh ditamatkan sekiranya mendapat persetujuan majoriti peserta dan bank.

Вам также может понравиться