Вы находитесь на странице: 1из 4

` INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2019

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: BMMB3052 Semester / Tahun: 2 / 1

Nama Kursus: Ambilan: JUN 2017


SENI DALAM PENDIDIKAN
Kumpulan: D1, D2, D3,D4,D5,D6,D7
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. ULASAN KRITIS 11 Feb 2019 25 Feb 2019

2. PENGHASILAN KIT 25 Feb 2019 18 Mac 2019


PERSEMBAHAN

3. PERSEMBAHAN 18 Mac 2019 5 April 2019

4. LAPORAN REFLEKTIF 5 April 2019 15 April 2019

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menjelaskan teori pembelajaran, konsep asas dan elemen Seni dalam Pendidikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui rujukan sumber terkini (C5, P2,
A3, PLO1, PLO3, PLO6, CTPS2, LL1)
2. Mengaplikasikan elemen Seni dalam Pendidikan dalam aktiviti meneroka,
memperoleh pengalaman, dan ekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-
kanak di sekolah rendah (C3, P4, A4, PLO3, CTPS1).
3. Menilai aktiviti seni visual, muzik, dan pergerakan dalam pengkhususan bidang
bahasa Melayu secara bertulis(C5, A3, PLO3, CTPS2).
4. Mempersembahkan aktiviti seni dalam pendidikan dengan menggunakan kit
persembahan bagi bidang bahasa Melayu di sekolah rendah (C6, P7, A5,
PLO2,PLO3, PLO5, CTPS4, TS4).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus:


Pelajar dapat:

1
1. Membaca dan mengulas secara kritis satu artikel ilmiah berkaitan teori
pembelajaran, konsep asas dan elemen Seni dalam Pendidikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran daripada pelbagai sumber berwibawa seperti jurnal
berwasit, majalah ilmiah, dan jurnal dalam talian.

2. Menghasilkan satu kit persembahan yang mengandungi boneka bagi proses


pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.

3. Mempersembahkan aktiviti yang mengintegrasikan seni visual, muzik dan


pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah
rendah menggunakan kit persembahan yang dihasilkan.

4. Menulis satu laporan reflektif berkenaan proses, pengalaman dan pengajaran yang
anda peroleh semasa anda membuat ulasan kritis, menghasilkan kit persembahan
dan membuat persembahan aktiviti yang menggunakan kit tersebut.

SOALAN TUGASAN KERJA KURSUS

Seni dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada Seni Visual, Seni Muzik dan Seni
Pergerakan. Matlamat SDP ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan
mengamalkan pertimbangan kesenian,berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati
diri yang tinggi. Pengabungan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu
pembentukan insan yang lebih bersifat holistik. Melaluinya murid diharapkan dapat
mengamalkan pertimbangan Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan untuk
meningkatkan kepekaan, kreativiti dan daya imaginasi bagi mencapai pembelajaran
optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan yang berikut:

TUGASAN 1: ULASAN KRITIS (25%)

1. Membaca dan mengulas satu artikel ilmiah berkaitan teori pembelajaran, konsep
asas dan elemen Seni dalam Pendidikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran secara kritis. Artikel ilmiah yang dipilih haruslah daripada pelbagai
sumber berwibawa seperti jurnal berwasit, majalah ilmiah, dan jurnal dalam talian.

Panjang esei ialah 1000 perkataan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan 1 ialah tugasan individu.


2. Anda boleh memilih jurnal yang ditulis dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
3. Membuat ulasan jurnal secara kritis.
4. Jurnal daripada blog dan wikipedia tidak diterima.
5. Menyatakan sokongan hujah dengan bukti dan rujukan yang sesuai
6. Format penulisan tugasan seperti yang berikut:
6.1 Hasil kerja kursus ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
6.2 Penulisan dan sumber rujukan perlu mengikut format American
Psychological Association (APA) yang terkini.
6.3 Muka depan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:
Nama Pelajar

2
Angka Giliran
Nombor Kad Pengenalan
Kumpulan
Kod / Nama Kursus
Nama Pensyarah
Tarikh Hantar
Tarikh menerima maklum balas daripada pensyarah
3.4 Fon Arial.
3.5 Saiz huruf ialah 11.
3.6 Langkau 1.5
4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

TUGASAN 2: MENGHASILKAN KIT PERSEMBAHAN (15%)

1. Menghasilkan satu kit persembahan aktiviti seni dalam pendidikan bagi proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Antara bahan bantu
mengajar yang mesti terdapat dalam kit tersebut ialah boneka.

Antara ciri yang mesti ada pada kit persembahan tersebut ialah;

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan 2 secara individu.


2. Tugasan ini hendaklah mengandungi perkara yang berikut:
i) Kit persembahan mengandungi bahan-bahan bantu mengajar yang berkaitan
dengan komponen seni visual, muzik dan pergerakan.

ii) Penghasilan kit persembahan mengandungi sekurang-kurangnya salah satu


daripada empat kemahiran bahasa dalam Dokumen Standard Kandungan
dan Pentaksiran yang dipilih (Tahun 1- 6).

iii) Kit persembahan mesti kreatif, menarik,berkualiti,tahan lama,efektif serta


mempunyai saiz yang sesuai untuk kumpulan sasaran.

TUGASAN 3: PERSEMBAHAN BERKUMPULAN (10%)

1. Secara berkumpulan, anda dikehendaki mempersembahkan aktiviti yang


mengintegrasikan seni visual, muzik dan pergerakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah, menggunakan kit persembahan
yang telah dihasilkan.

.Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan secara kumpulan (2-3 orang)


2. Masa persembahan adalah 15 hingga 20 minit.
3. Menggunakan kit persembahan yang telah dihasilkan mengikut kreativiti ahli
kumpulan masing-masing.
4. Mempersembahkan aktiviti yang mengintegrasikan seni visual, muzik dan
pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dengan
sangat kreatif, sangat menarik dan amat sesuai untuk murid sekolah rendah.

3
TUGASAN 4: MENULIS LAPORAN REFLEKTIF (20%)

1. Anda dikehendaki menghasilkan satu laporan reflektif berkenaan proses,


pengalaman dan pengajaran yang anda peroleh semasa anda membuat ulasan
jurnal, menghasilkan kit persembahan dan membuat persembahan aktiviti yang
menggunakan kit tersebut.

Panjang laporan ialah 750 patah perkataan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan 4 secara individu.


2. Tugasan ini hendaklah mengandungi perkara yang berikut:
i. Penulisan reflektif tentang proses, pengalaman dan pengajaran yang anda
perolehi semasa anda membuat ulasan jurnal, menghasilkan kit
persembahan dan membuat persembahan aktiviti yang menggunakan kit
tersebut.
ii. Kepentingan kit pembelajaran tersebut dalam pengajaran bahasa Melayu
peringkat sekolah rendah.
3. Format penulisan tugasan seperti yang berikut:
3.1 Penulisan dan sumber rujukan perlu mengikut format American
Psychological Association (APA) yang terkini.
3.2 Muka depan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:
Nama Pelajar
Angka Giliran
Nombor Kad Pengenalan
Kumpulan
Kod / Nama Kursus
Nama Pensyarah
Tarikh Hantar
Tarikh menerima maklum balas daripada pensyarah
3.4 Fon Arial.
3.5 Saiz huruf ialah 11.
3.6 Langkau 1.5
4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_______________________ _______________________________
(SHARIFAH HANIM BT SYED AKBAR) (TUAN ZAINAB BINTI WI)
Pensyarah/Penyelaras Kursus Pakar Bidang(SME)/Penyelaras Kursus/
Tarikh: 22 Januari 2019 Pensyarah Kanan
Tarikh: 23 Januari 2019

Disahkan oleh:

__________________________
(ZABEDAH BINTI MOHAMMED)
Ketua Jabatan
Tarikh: 23 Januari 2019

Вам также может понравиться