Вы находитесь на странице: 1из 21

HEPA UTHM

PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR

PUSAT PEMBANGUNAN DAN PENGEMBANGAN PELAJAR ( P3P )

PUSAT KEMAJUAN DAN HUBUNGAN ALUMNI ( CARE )

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI ( PKU )

PUSAT SUKAN

PUSAT PERUMAHAN DAN PENGANGKUTAN PELAJAR ( P2P )

KOLEJ – KOLEJ KEDIAMAN


PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR

KETUA PTj : Encik Azlan bin Wanti


Ketua Pejabat
No. Telefon : 07-4537035
Kaunter : 07-4537156
Faks : 07-4536052
Laman Web : hep.uthm.edu.my

Hasrat utama Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM adalah untuk membantu dan saling melengkapi
program akademik bagi membina mahasiswa yang cemerlang dan bersahsiah mulia.

Bagi menyokong proses pembelajaran yang efektif serta persekitaran yang kondusif, Pejabat ini
merancang untuk meningkatkan prasarana yang perlu secara berterusan bagi memberi perkhidmatan
yang terbaik kepada pelajar. Di samping itu, Pejabat ini juga menyediakan kemudahan dan
perkhidmatan yang telah menjadi teras untuk membina jati diri, sahsiah murni dan ketrampilan diri
yang sempurna sebagai individu yang produktif serta mempunyai kepekaan sosial.

Pejabat ini mempunyai beberapa bahagian untuk mengendalikan pelbagai program, memberi
khidmat nasihat serta menyokong pentadbiran universiti, seperti berikut :-

Bahagian Perkhidmatan Dan Kebajikan Pelajar ( BPKP )

Bahagian Pengurusan Organisasi Dan Pertubuhan Pelajar ( BPOP )

Bahagian Pengurusan Pentadbiran Dan Kewangan ( BPPK )

Unit Seni Budaya dan Warisan

Unit Seni Persembahan


VISI

Memartabatkan mahasiswa ke tahap kecemerlangan secara holistik

MISI

Untuk melahirkan mahasiswa yang bersahsiah murni, berinovasi, mempunyai kepekaan sosial dan
daya kepimpinan dalam mendukung misi dan visi universiti

ILTIZAM

Kami beriltizam membantu mahasiswa membina karakter, keterampilan yang cemerlang dan
menjalani kehidupan yang kondusif sepanjang tempoh pengajian

Kami membantu menambah nilai diri setiap individu / mahasiwa untuk menyusuri kehidupan mereka pada
masa depan

PERKHIDMATAN KAUNTER HEP

Ahad hingga Rabu : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

: 2.00 petang hingga 5.00 petang

Khamis : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

: 2.00 petang hingga 3.30 petang


PUSAT PEMBANGUNAN DAN PENGEMBANGAN PELAJAR (P3P)

KETUA PTj : Prof. Madya Dr. Lokman Hakim bin Ismail


Dekan P3P
Pejabat Am : 07-4538560
Faks : 07-4536050
Laman Web : http://pppp.uthm.edu.my

PENGENALAN

Penubuhan Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar bermula dengan satu unit kecil yang
dikenali sebagai Unit Kaunseling diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Pelajar pada
tahun 1996. Mendapat kepercayaan untuk mentadbir sendiri, Unit Kaunseling dengan rasminya
dipisahkan daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar pada 1 April 2001 dan dikenali sebagai Pusat
Pembangunan dan Perkhidmatan Pelajar (PPPP). Bagi tujuan memantapkan lagi perkhidmatan,
Pusat Pembangunan dan Perkhidmatan Pelajar telah melalui proses penjenamaan semula tetapi
masih mengekalkan fungsinya, dikenali sebagai Pusat Kaunseling dan Pembangunan Pelajar
(PKPP) bermula 1 Disember 2002.

Sejajar dengan pertambahan jumlah pelajar UTHM dan perluasan skop perkhidmatan untuk
menyokong pembangunan sahsiah, kerjaya dan sokongan akademik demi melahirkan graduan
berkualiti dan cemerlang maka wujudlah Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar (P3P).
Kini Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar terus bergerak maju dengan empat fungsi
utama iaitu Jabatan Kaunseling, Jabatan Kerjaya dan Unit Pentadbiran. Gabungan mantap fungsi-
fungsi tersebut akan merealisasikan hasrat universiti untuk melahirkan insan yang cemerlang dari
aspek akademik, sahsiah, keterampilan, daya saing yang tinggi, bertanggungjawab dan berdedikasi
tinggi terhadap diri, masyarakat, agama dan negara.
FUNGSI DAN PERANAN

Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar (P3P) merupakan salah satu sistem sokongan untuk
membantu perkembangan dan pertumbuhan pelajar-pelajar UTHM yang mempunyai kebolehan
serta potensi yang berbeza-beza. P3P juga berperanan dalam memperkasa pengalaman pembelajaran
pelajar dan menghasilkan graduan yang kompeten melalui kaunseling, kerjaya dan kebudayaan seperti
di bawah :

Jabatan Kaunseling

a) Memberikan perkhidmatan sesi kaunseling individu dan kelompok (peribadi, emosi, kerjaya,
akademik, keluarga, tingkahlaku, kewangan, penginapan, pemikiran dan perkahwinan)
b) Perlaksanaan program bimbingan akakdemik
c) Perlaksanaan program pembangunan dan kemahiran insaniah
d) Perlaksanaan Program Starting School
e) Pembinaan modul pembangunan pelajar dan kemahiran insaniah
f) Menganalisa perkembangan psikologi pelajar
g) Menjalankan ujian psikologi
h) Memantau dan menyelia aktiviti Kelab Kaunseling dan Kerjaya

Jabatan Kerjaya

a) Memberikan perkhidmatan bimbingan dan rundingan pembangunan kerjaya Perlaksanaan


program kerjaya dan Finishing School
b) Perlaksanan program latihan kerjaya
c) Menyelia program mobiliti pelajar ke luar dan dalam negara
d) Menyebarkan maklumat perkembangan laluan kerjaya terkini

KEMUDAHAN / PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Jabatan Kauseling

1. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling peribadi, emosi, kerjaya, akademik,


keluarga, tingkahlaku, kewangan, penginapan, pemikiran dan perkahwinan
2. Perkhidmatan ujian psikologi
3. Bilik terapi
4. Pengurusan stress
5. Program pembangunan dan kemahiran insaniah

Jabatan Kerjaya

1. Program Mobiliti Inbound dan Outbound


2. Karnival Kerjaya
3. Khidmat Masyarakat
4. Temuduga Terbuka Bersama Syarikat/ Agensi Luar
5. Latihan dan kemahiran kerjaya
PUSAT SUKAN

KETUA PTj : Prof. Madya Dr. Mohamad Yusri bin Aman


Pengarah Pusat Sukan
Pejabat Am : 07- 453 7479
Faks : 07- 453 7581
Laman Web :
PENGENALAN
Selaras dengan arahan daripada Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan, Unit Sukan telah mula
beroperasi sebagai sebuah Pusat Sukan bermula pada 15 April 2011. Pusat Sukan berperanan sebagai
penggerak dan penyelaras dalam merancang aktiviti sukan dan rekreasi untuk pelajar dan staf.
Melalui program-program sukan dan rekreasi yang dirancang, adalah menjadi sasaran Pusat Sukan
untuk mengenalpasti dan melaksanakan sekurang-kurangnya 30 aktiviti sukan setahun di UTHM
dengan penglibatan sekurang-kurangnya 40% pelajar dan 10 % staf dalam aktiviti sukan.

Pelbagai aktiviti sukan utama yang dijalankan oleh Pusat Sukan ialah Karnival Sukan Pelajar,
Kejohanan Sukan Dalaman, Kejohanan Sukan Konvo dan Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa
Piala Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pusat Sukan juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti sukan
Majlis Sukan Universiti Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kejohanan Sukan Staf,
dan kejohanan-kejohanan jemputan samada di peringkat tempatan, kebangsaan mahupun
antarabangsa.

KEMUDAHAN PRASARANA SUKAN


i. Stadium UTHM
ii. Gelanggang sepak takraw
iii. Gelanggang Skuasy
iv. Gelanggang Tenis
v. Gelanggang Bola Tampar
vi. Gelanggang Bola Keranjang
vii. Gelanggang Serbaguna (Bola Jaring / Bola Baling)
viii. Padang Bola Sepak
ix. Padang Ragbi
x. Gimnasium
xi. Dewan Badminton
xii. Sebuah Tembok Mendaki Tiruan
xiii. Turf Hoki Dan
xiv. Kompleks Renang
xv. Dewan Serbaguna (ping-pong, silat dan taekwondo)
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU)

KETUA PTj : Dr. Zulkifli bin Taat


Pengarah PKU
Pejabat Am : 07- 453 7840
Faks : 07- 453 6077

PENGENALAN

Perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah bermula pada
bulan Mei 2002. Dikenali sebagai Pusat Kesihatan Mahasiswa dan diletakkan di bawah pentadbiran
Pejabat Hal Ehwal Pelajar, pusat ini mempunyai tenaga kerja terdiri dari dua orang Jururawat
Terlatih U29, seorang Pembantu Tadbir N17, seorang Pembantu Teknologi Makmal Perubatan C17
serta turut dibantu oleh enam orang Pegawai Perubatan yang berkhidmat secara sambilan

Selaras dengan fungsi perkhidmatan kepada mahasiswa dan kakitangan university, nama Pusat
Kesihatan Mahasiswa telah ditukar kepada Pusat Kesihatan Universiti pada bulan Febuari 2004
dengan diketuai oleh seorang Ketua Pusat dan di bawah Pusat Tanggungjawab sendiri.

Kini Pusat Kesihatan Universiti diterajui oleh seorang Pengarah dengan tenaga kerja seramai 36
orang dari pelbagai kategori.

Pusat Kesihatan Universiti berperanan memberikan perkhidmatan pesakit luar dan kecemasan
semasa waktu pejabat. Hanya kes-kes kecemasan yang diterima diluar waktu pejabat. PKU juga
memberikan khidmat pendidikan kesihatan melalui ceramah-ceramah dan pameran kesihatan serta
menyediakan 'Medical Cover' bagi aktiviti-aktiviti pelajar dan aktiviti-aktiviti universiti yang
berkaitan.
CARTA FUNGSI PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

JADUAL RAWATAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

Sepanjang Semester

HARI PAGI PETANG


Ahad - Rabu 8.15 pagi – 12.45 tengahari 2.30 petang – 7.15 petang

Khamis 8.15 pagi – 12.45 tengahari 2.30 petang – 4.45 petang

Cuti Semester

HARI PAGI PETANG


Ahad - Rabu 8.15 pagi – 12.45 tengahari 2.30 petang – 4.45 petang

Khamis 8.15 pagi – 12.45 tengahari 2.30 petang – 3.15 petang


KATEGORI RAWATAN KES

A. Kes-kes Kecemasan /Emergency Cases

1. Serangan sakit jantung /Heart attack


2. Kecederaan kepala / Head injury
3. Pengsan(tidak sedarkan diri) / Fainted (unresponsive)
4. Demam yang tinggi / High fever( > 38.5oC )
5. Kemalangan jalanraya / Motor Vehicle Accident
6. Mangsa kebakaran / Burn victim
7. Lemas / Suffocation / drowning
8. Sakit dada yang berterusan / susah bernafas / Continuous chest pain / shortness of breath
9. Serangan asma / Asthma attack
10. Luka dengan pendarahan yang banyak / Severe bleeding
11. Sawan dari pelbagai sebab / Fitting
12. Keracunan / termakan ubat berlebihan / Poisoning / drug overdose
13. Tercekik / Chocking
14. Kecederaan organ penting / patah tulang / Fracture
15. Reaksi alahan yang teruk / Severe allergic reaction
16. Kecederaan pada mata / hilang penglihatan / Eye injury / loss of vision
17. Sakit jiwa (mengganggu ketenteraman awam) / Mental illness ( creating violence and
threatening the public )

B. BUKAN KES KECEMASAN /NON EMERGENCY CASES

1. Demam ringan / demam yang berterusan /Low grade fever / prolonged fever
2. Luka-luka ringan/ Small cut / abrasion
3. Batuk dan selsema / Cough and flu
4. Gatal-gatal /Skin disease / itchiness
5. Pengesahan penyakit / cuti sakit/ Letter to confirm disease / to certify medical certificate
6. Menyambung ubat-ubatan penyakit kronik (kencing manis, hipertensi, asma dll) /Continue
of medication for chronic disease(diabetes, hypertension, asthma and others)

SENARAI PARAMEDIK ON-CALL BESERTA NO TELEPON MEREKA AKAN


DIKELUARKAN OLEH PENTADBIRAN PKU PADA SETIAP BULAN.
PUSAT PERUMAHAN DAN PENGANGKUTAN PELAJAR ( P2P)

KETUA PTj : Prof. Madya Dr. Ahmad Rizal bin Madar


Pengarah P2P
Pejabat Am : 07- 453 7733
Faks : 07- 453 6586
Laman Web :

PENGENALAN

Pusat Perumahan dan Pengangkutan Pelajar (P2P) memulakan operasinya pada bulan Mei tahun
2012. Diwujudkan hasil daripada keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti
bil.1/2012 yang bersetuju meluluskan kertas cadangan Penstrukturan dan Penjenamaan
Semula Kolej Kediaman, Majlis Pengetua dan Unit Perumahan di Pejabat Hal Ehwal Pelajar
(HEP) kepada Pusat Perumahan dan Pengangkutan Pelajar.

FUNGSI

Pusat ini bertanggungjawab di atas perancangan pembangunan kolej kediaman untuk pelajar UTHM,
termasuk menyediakan keperluan kemudahan di kolej kediaman. Seterusnya, turut bertanggungjawab
menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik untuk pelajar di sekitar kampus induk ke kolej kediaman di
sekitar kawasan Parit Raja.

OBJEKTIF KUALITI

Pusat ini bertanggungjawab di atas perancangan pembangunan kolej kediaman untuk pelajar UTHM

1. Menyediakan penginapan pelajar yang kondusif dengan kemudahan yang mencukupi untuk
menempatkan 100% kepada pelajar baru yang mendaftar.

2. Menyediakan perkhidmatan pengangkutan pelajar yang mencukup dengan mensasarkan Syarikat


Bas kontrak UTHM bergerak mengikut trip dengan memenuhi 100% jumlah trip mengikut jadual
yang disediakan.

VISI

Ke arah penyediaan penempatan dan pengangkutan pelajar yang mantap.

MISI

Menyokong pembangunan pelajar cemerlang melalui kemudahan penginapan dan perkhidmatan


yang kondusif.
CARTA ORGANISASI
PUSAT PERUMAHAN DAN PENGANGKUTAN PELAJAR

PENGARAH (DS54)

PROF. MADYA DR. AHMAD RIZAL BIN MADAR

SETIAUSAHA PEJABAT (Tiada)


PENOLONG PENDAFTAR (N41)

PN.SUHAILAH BT MUHAMMAD PHILIP

BAHAGIAN PERUMAHAN BAHAGIAN PENGANGKUTAN UNIT PENTADBIRAN

PEMBANTU TADBIR (N17) PEMBANTU TADBIR - KANAN (N22) PENOLONG PENDAFTAR (N41)
EN. MOHD FARID BIN ABDUL SHUKOR PN. UMMI KALTHUM BT OTHMAN PN.SUHAILAH BT
MUHAMMAD PHILIP
PEMBANTU TADBIR (N17)
PEMBANTU TADBIR (N17)
PN. NURAIN BT MOHAMED
ZAM ZARINA BT ZAINAL ABIDIN

PEMANDU (R3)

EN. JUMATLEE BIN SAMBULING

EN. MISMAN BIN SOLE

EN. ANUAR BIN IBRAHIM

EN. KHAMSA BIN ABU

KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN DAN PEJABAT PELAJAR TANPA ASRAMA


KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN DAN PEJABAT PELAJAR TANPA ASRAMA
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PENGENALAN

Kolej-kolej Kediaman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia merupakan tempat penginapan pelajar
yang menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk kegunaan pelajar bagi meningkat
pembangunan akademik dalam aktiviti pembelajaran pelajar. Pelbagai program pembangunan pelajar
telah diatur dan dirancang di semua kolej kediaman bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang
dalam akademik dan kemahiran generik.

FUNGSI

Kolej-kolej kediaman ini bertanggungjawab di atas menyediakan keperluan prasarana, kemudahan,


penyelenggaraan, penguatkuaaan peraturan pelajar di Kolej Kediaman dan memastikan kebajikan
pelajar berada pada tahap yang memuaskan. Seterusnya, turut bertanggungjawab memberikan
khidmat nasihat kepada Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP) bagi melaksanakan aktiviti pelajar
berdasarkan peruntukan kewangan semasa.

OBJEKTIF KUALITI

1. Memastikan sekurang-kurangnya 100 peratus kapasiti penginapan pelajar di kolej-kolej


kediaman dipenuhi pada semester lazim pengajian.

2. Memberikan khidmat nasihat kepada Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP) bagi melaksanakan
sekurang-kurangnya lima (5) aktiviti pelajar dalam tempoh satu (1) tahun berdasarkan peruntukan
kewangan semasa.

3. Melaksanakan sekurang-kurangnya dua (2) aktiviti berkaitan penguatkuasaan peraturan


pelajar di Kolej Kediaman pada semester lazim pengajian.

VISI

Beriltizam menyediakan kemudahan yang mencukupi dan berkualiti selaras dengan keperluan
universiti.

MISI

Menyediakan kemudahan penginapan yang kondusif melalui urus tadbir yang cekap dan berkesan
untuk menjana kecemerlangan akademik serta menjana pembangunan modal insan selaras dengan visi
dan misi Universiti.
PENGETUA

PEMBANTU KEPADA
PENGETUA

TIMBALAN PENGETUA

UNIT PENTADBIRAN UNIT PEMBANGUNAN


SAHSIAH DAN AKADEMIK

FELO
PENOLONG PENGURUS ASRAMA (N27)

FELO
PENYELIA ASRAMA (N17)

FELO
PEMBANTU TADBIR (P/O) (N17)

FELO
PEMBANTU AM PEJABAT (N11)

PEKERJA RENDAH AWAM (R1)


HUBUNGI KAMI

KOLEJ KEDIAMAN TAMAN UNIVERSITI


Pengetua : Profesor Madya Dr. Ahmad Rizal bin Madar
Pejabat Am : 07-4535602
Faks : 07-4535603

KOLEJ KEDIAMAN TUN SYED NASIR


Pengetua : Dr. Mohd Halim Irwan bin Ibrahim
Pejabat Am : 07-4537891
Faks : 07-4536055

KOLEJ KEDIAMAN TUN DR ISMAIL


Pengetua : Dr. Khairol Anuar bin Kamri
Pejabat Am : 07-4537186
Faks : 07-4537219

KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH


Pengetua : Puan Hjh Ziana binti Che Ros
Pejabat Am : 07-4537102
Faks : 07-4537134

KOLEJ KEDIAMAN PERWIRA


Pengetua : Dr. Afandi bin Ahmad
Pejabat Am : 07-4532852
Faks : 07-4532866

KOLEJ KEDIAMAN MELEWAR DAN KOLEJ KEDIAMAN KELISA


Pengetua : Tuan Hj Mohamad Zaid bin Mustafa
Pejabat Am : 07-4532540 / 07-4541711
Faks : 07-4532524

PEJABAT PELAJAR TANPA ASRAMA


Pengetua : Tuan Hj Ali bin Suradin
Pejabat Am : 07-4532262
Faks : 07-4532263
KEMUDAHAN FIZIKAL DI KOLEJ KEDIAMAN

 Gymnasium
 Kafetaria
 Bilik riadah
 Bilik bacaan
 Musollah
 Bilik Dobi
 Bilik Pelawat
 Pantry Pelajar
 Kedai Serbaneka
 Ruang ampaian
 Wakaf
 Parkir Kenderaan
 Parkir motosikal berbumbung
 Bilik aktiviti pelajar
 Papan kenyataan
 Gelanggang sukan dan peralatan sukan
 Bilik mesyuarat
 Bilik Majlis Kepimpinan Pelajar
 Bilik indoor games
 Makmal komputer
 Susur gajah
 Pagar (jika perlu)
 Bilik rawatan
 Sistem siaraya
 Fire fighting systems (meliputi pancuran air, pengesan asap dan pemadam mudah alih)
 Tong sanitari
 Perhentian bas
 Tempat gantung banner
 Ruang KIOSK
 Bilik air, tandas dan bilik mandi (termasuk OKU)
 Vending machine/ RO machine
 Stor simpanan barang
WAKTU OPERASI PEJABAT KOLEJ KEDIAMAN

HARI MASA
8.00 pagi – 1.00 tengahari
Ahad hingga Rabu
2.00 petang – 5.00 petang
8.00 pagi – 1.00 tengahari
Khamis
2.00 petang – 3.30 petang

** Terdapat felo dan pembantu felo bertugas di setiap Kolej Kediaman pada setiap hari selepas jam
5.00 petang bagi urusan kecemasan dan kebajikan pelajar
PUSAT KEMAJUAN DAN HUBUNGAN ALUMNI (CARE)

KETUA PTj : Prof. Madya Dr. Adnan bin Zainorabidin


Pengarah CARE
Pejabat Am : 07- 453 7819
Faks : 07- 453 7878
Laman Web :

PENGENALAN

Sejarah UTHM bermula pada tahun 1993 iaitu bermulanya penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik
(PLSP), kemudian dinaiktaraf kepada Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) pada tahun
1996 dan seterusnya Kolej Universiti Tun Hussein Onn (KUiTTHO) pada tahun 2000 dan ditukar
nama kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tahun 2007. Kini jumlah graduan
dan diiktiraf sebagai Alumni UTHM adalah hampir 20 000 orang yang mana kini sedang bekerja di
pelbagai sektor pekerjaan dalam dan luar negara.

Unit Hubungan Alumni (UHA) UTHM telah ditubuhkan pada 16 Jun 2006 sebagai sebuah Pusat
Tanggungjawab (PTJ) di bawah naungan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
bagi memantapkan pengurusan dan pentadbiran Alumni UTHM. Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif
Universiti Bi. 1/2008 yang bersidang pada 22 Januari 2008 telah meluluskan penukaran nama UHA
UTHM kepada Centre of Alumni Advancement and Relations (CARE), Pusat Kemajuan dan
Hubungan Alumni dan dikenali sebagai CARE UTHM. Tiga unit utama diwujudkan bagi melicinkan
urusan pengurusan dan pentadbiran PTJ iaitu Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Kemajuan dan
Hubungan, serta Unit Pangkalan & Grafik.

Jawatankuasa Penaja Alumni UTHM juga telah ditubuhkan pada 13 Mac 2003 dan mula menyusun
pelan tindakan bagi mematapkan urusan selanjutnya. CARE menyelia tiga buah organisasi utama
iaitu Persatuan Alumni (UTHMa) J-4-0678, Persatuan Secretariat Alumni Mahasiswa (UTHMas),
dan Koperasi Alumni UTHM Berhad (UTHMac) 0337-09 JHR dengan dibantu oleh ahli
jawatankuasanya dengan tujuan untuk membantu peranan CARE UTHM dalam mewujudkan satu
mekanisme terbaik penyebaran informasi terkini serta melaksanakan pelbagai aktiviti Alumni UTHM
yang telah dirancangkan.
VISI

Mewujudkan Hubungan yang berterusan demi Kemajuan Alumni dan Universiti

MISI

Mengeratkan Kerjasama Alumni dalam pelbagai bidang secara holistik melalui sumbangan idea
dan kepakaran serta perlaksanaan Program Pembangunan Profesionalisme

MOTTO

Persada Jalinan Gemilang

FUNGSI DAN PERANAN

Bertanggungjawab untuk merancang dan menjalankan program atau aktiviti dalam


usaha membentuk hubungan mesra sesama Alumni UTHM dan Alumni UTHM kepada
Universiti
Bertanggungjawab merancang dan menguruskan program yang
memperkembangkan kemajuan Alumni UTHM
Bertanggungjawab untuk melaksanakan pelbagai Projek Khas Alumni berdasarkan
keperluan semasa dalam menyokong pembangunan pelajar UTHM
Bertanggungjawab untuk mengemaskini dan memantau pangkalan data Alumni
UTHM melalui Sistem Maklumat Alumni (SisMa)
Bertanggungjawab untuk menubuhkan dan memantau pengurusan organisasi Alumni.
Bertanggungjawab untuk memantau dan menyelaras perbelanjaan organisasi alumni
yang diperuntukkan melalui Tabung Alumni
Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program Kebolehkerjaan Graduan
(GE)untuk pelajar tahun akhir semester akhir.

OBJEKTIF PEJABAT

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional yang memenuhi


kehendak pelanggan menerusi amalan kerja cemerlang
Mengamalkan sistem pengurusan yang efektif dan efisyen yang memenuhi piawaian
yang diiktiraf
PUSAT KEMAJUAN DAN HUBUNGAN ALUMNI (CARE)

Вам также может понравиться