Вы находитесь на странице: 1из 11

CO 1

UJIAN SELARAS TAHUN 6

SEKOLAH-SEKOLAH CO TAHUN 2015

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH

BAHASA MALAYSIA – PEMAHAMAN

Mac
021
50 minit Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.


Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan yang paling sesuai. Hitamkan jawapan kamu pada
kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

1
Soalan 1 hingga 19
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “ ____________ akan melaksanakan titah tuanku dengan segera,” kata Bendahara Tun Perak.

A Beta
B Patik
C Tuanku
D Baginda

2. “ _____________ telah mendaftar sebagai ahli kelab badminton semalam, ” kata Rajesh dan
Arif kepada Xuan Liang.

A Kita
B Kami
C Patik
D Kalian

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah

3. Mak Cik Laila ____________ sebuah bakul yang berisi buah ciku.

A memikul
B menjinjing
C membimbit
D menjunjung

4. Kakak ________________ dua biji pil kerana dia sakit kepada.

A menelan
B meneguk
C menghisap
D menghirup

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

2
5. Puan Tan membubuh baja pada pokok cili yang ditanamnya ___________ subur.

A hingga
B sebab
C supaya
D kerana

6. Adik Uma _____________ leka bermain anak patungnya di ruang tamu.

A akan
B telah
C belum
D sedang

7. Datuk amat sayang _________________ kereta antiknya kerana banyak kenangan manis
bersama kereta itu.

A pada
B dari
C akan
D kepada

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah

8. Halizah sedang _________________ santan ke dalam mangkuk untuk membuat kuih talam.

A memicit
B memerah
C menekan
D menggaul

9. Chun Cheng yang sedang berangan-angan _____________ apabila namanya dipanggil oleh
Cikgu Sua.

A disentak
B tersentak
C bersentak
D menyentak

10. Ubat gigi _____________ syarikat itu mendapat sambutan orang ramai.

A keluaran
B pengeluar
C pengeluaran
D mengeluarkan

3
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11. Nenek _______________ daun pisang di atas bara api untuk dijadikan pembungkus nasi
lemak.

A melayur
B menjemur
C membakar
D memanggang

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah

12. Doktor Roslan berdiri di ___________ katil sambil memeriksa pesakit yang terbaring.

A sisi
B sudut
C antara
D belakang

13. Saya berasa _____________ apabila memandang ke bawah dari Menara Kuala Lumpur kerana
terlalu tinggi.

A pilu
B gayat
C gersang
D ceria

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14. Shila menerima se___________ poskad daripada sahabatnya yang menetap di Sabah.

A buah
B bentuk
C keping
D naskhah
4
Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15. Muka adik _______________ kerana terkena dakwat pen.

A herot-berot
B calar-balar
C kusut-masai
D coreng-moreng

16. __________________ China itu telah bertugas di Malaysia sejak dua tahun yang lalu.

A. Duta Besar
B. Menteri Besar
C. Perdana Menteri
D. Datuk Bandar

17. ___________ ke rumah saya pada hujung minggu jika ada kelapangan.

A Harap
B Minta
C Jemput
D Jangan

18. Cik Lela ___________ anak kedua Encik Hamid dan Puan Fauziah.

A pun
B ada
C ialah
D adalah

19. Hui Ling merupakan murid yang ______________ tinggi di kelas saya.

A agak
B nian
C terlalu
D paling

20. Mei Qi tidak menyangka boleh muncul sebagai pelajar cemerlang UPSR.

Pilih perkataan seerti bagi menyangka.

A menafi
B meramal
C menduka
D menganggap
5
21. Encik Surej membentang tikar di bawah sebatang pokok yang rendang.

Pilih perkataan berlawan bagi membentang.

A mengikat
B membuka
C mengurai
D menggulung

Soalan 22 hingga 23
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

22. I Amalan gaya hidup yang sihat memberi kita banyak faedah.
II Makanan yang faedah baik untuk kesihatan
III Kakitangan awam akan diberi faedah setengah bulan gaji.
IV Kadar faedah yang dikenakan oleh Bank Harimau itu sangat tinggi.

A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D I dan IV

23. I Pendapatan seorang pengurus syarikat biasanya sangat kukuh.


II Bungkusan itu diikat dengan kukuh dengan tali rafia.
III Jambatan kayu yang lama itu masih kukuh untuk digunakan.
IV kedudukan beliau dalam kesatuan masih kukuh walaupun ada kritikan terhadap
corak kepimpinannya.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.

24. Bagaimanakah kadar kemalangan jalan raya boleh dikurangkan ?

A Satu kemalangan telah berlaku di selekoh tajam.


B Sikap sabar dan bertolak ansur harus kita amalkan.
C Kadar kemalangan jalan raya meningkat kerana kecuaian pemandu.
D Sikap mengutamakan keselamatan jalan raya dapat mengurangkan kadar kemalangan.

Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

25. Badminton dan skuasy merupakan sukan kebangsaan rakyat Malaysia.

A Siapakah yang menjadi sukan kebanggaan rakyat Malaysia ?


B Apakah jenis sukan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ?
C Mengapakah badminton dan skuasy menjdai sukan kebanggaan rakyat Malaysia ?
D Bagaimanakah sukanbadminton dan skuasy menjadi sukan kebanggaan rakyat Malaysia ?
6
Soalan 26 hingga 27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di bawah.

26. Dua ekor itik sedang menyudu di sebuah longkang yang kotor.

A Sebuah longkang yang kotor disudu oleh dua ekor itik.


B Menyudu dua ekor itik di tepi longkang yang kotor.
C Sebuah longkang telah disudu oleh dua ekor itik yang kotor.
D Longkang yang kotor dua ekor itik menyudu.

27. Semua murid sekolah di seluruh negara telah menerima bantuan wang sebanyak RM100
sebagai persiapan sesi persekolahan tahun 2015.

A Bantuan wang sebanyak RM100 telah diterima oleh semua murid di seluruh negara sebagai
persiapan sesi persekolahan tahun 2015.
B Bantuan wang sebanyak RM100 akan diterima oleh semua murid di seluruh negara sebagai
persiapan sesi persekolahan tahun 2015.
C Semua sekolah di seluruh negara akan menerima bantuan wang sebanyak RM 100 sebagai
persiapan sesi persekolahan tahun 2015.
D Semua murid telah menerima bantuan wang sebanyak RM100 daripada sekolah sebagai
persiapan persekolahan tahun 2015.

Soalan 28 hingga 29
Pilih ayat yang betul.
28. A Sin Lin dan Jamal berehat malahan berbual-bual.
B Puan Lai mengawasi anak-anaknya ketika bermain di padang.
C Bila loceng waktu rehat berbunyi, murid-murid berpusu-pusu ke kantin.
D Pasukan bola tampar sekolah saya berlatih dengan bersungguh-sungguh tetapi berjaya
dalam pertandingan.

29. I Pisang goreng yang dijual di gerai itu sangat laris.


II Sukan sepak bola sangat diminati oleh rakyat di negara ini.
III Hasil tangan kraf penduduk Kampung Wawasan sangat halus.
IV Encik Chin sekeluarga sedang menyaksikan pertunjukan silap mata di dewan.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang betul.

30. Puan Tai menjaga Lai Ling bagai _________________ sungguhpun Lai Ling bukan anak
kandungnya.

A pinang dibelah dua


B rusa masuk kampung
C menatang minyak yang penuh
D mencurah air ke daun keladi
7
Soalan 31 hingga 35
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kalau pergi ke Padang Tapa,


Janganlah kita bermuka-muka;
Ikutlah nasihat ibu dan bapa,
Supaya senang di hari muka.

Kalau hendak melentur buluh,


Janganlah pilih yang sudah tua;
Tuntutlah ilmu bersungguh-sungguh,
Supaya nanti kita tidak kecewa.

Marilah kita tanam bunga seroja,


Seroja hidup subur di Taman Raja;
Kalau kita mahu hidup berjaya,
Gigih berusaha jangan putus asa.

Buah nyiur si pohon kelapa,


Buahnya manis tidak terkira;
Janganlah derhaka pada ibu bapa,
Nanti hidup ditimpa bencana.

31. Apakah bentuk puisi di atas ?

A syair
B sajak
C pantun
D gurindam

32. Puisi si atas ialah jenis puisi

A nasihat
B teladan
C teka-teki
D kasih saying

33. Apakah akibat jika kita menderhaka kepada ibu bapa ?

A Hidup kita akan menderita


B Hidup kita akan lebih cemerlang
C Hidup kita akan senang pada masa depan
D Hidup kita akan lebih berjaya dan dihormati

8
34. Berikut ialah cara-cara untuk mencapai kejayaan kecuali

A kuat semangat dan tabah


B mendengar dan mentaati ibu bapa
C rajin dan berusaha bersungguh-sungguh
D berusaha sendiri tanpa pedulikan nasihat orang

35. Maksud derhaka dalam puisi ialah

A menuduh
B memaksa
C membenci
D mengkhianati

Soalan 36 hingga 40
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikutnya

Nyamuk ialah sejenis serangga yang berbahaya. Serangga yang berbadan kecil ini boleh
membawa kesengsaraan kepada manusia. Antara jenis nyamuk yang telah dikenal pasti boleh
membawa penyakit ialah nyamuk aedes dan nyamuk tiruk.

Nyamuk aedes mempunyai kitaran hidup berperingkat iaitu bermula daripada telur,
pupa, larva dan menjadi nyamuk dewasa. Pembesaran nyamuk aedes hanya mengambil masa
seminggu. Nyamuk jenis ini membiak di dalam takungan air jernih seperti kolam mandi dan air
yang bertakungan di dalam botol kosong, tempurung kelapa, tayar buruk dan sebagainya.

Nyamuk aedes membawa virus denggi. Seseorang yang mengalamidemam denggi


mempunyai tanda-tanda seperti mengalami demam kuat yang mengejut dan berlarutan, sakit
pada sendi tulang dan otot, biji mata pesakit menjadai merah, ruam merah pada kulit pesakit.
Pesakit juga akan mengalami sakit kepala, hilang selera makan, muntah-muntah, sakit perut,
pendarahan pada kulit ,hidung dan gusi pesakit.

Selain nyamuk aedes, nyamuk tiruk juga berbahaya. Nyamuk tiruk mempunyai kitaran
yang sama seperti nyamuk aedes. Nyamuk tiruk ini membawa parasit penyakit malaria. Parasit
yang diberi oleh nyamuk tiruk ini boleh hidup di dalam sel darah merah. Jikalau seseorang itu
terkena gigitan nyamuk tiruk dan lambat diberi rawatan akan membawa maut. Tanda-tanda
serangan nyamuk tiruk ialah pesakit akan berasa sejuk dan menggigil. Pesakit akan mengalami
demam yang agak panas sehingga berpeluh-peluh. Selain itu, pesakit juga akan mengalami
demam yang berulang kali, keletihan dan muka kelihatan pucat.

Justeru, untuk membasmi penyakit yang dibawa oleh kedua-dua jenis nyamuk ini, kita
seharusnya menjaga kebersihan alam sekitar. Perkakas yang bertakung air harus ditanam atau
diurus dengan cara yang betul.

9
36. Mengapakah nyamuk dikatakan sejenis serangga yang boleh membawa kesengsaraan kepada
manusia ?

A Nyamuk bertelur di dalam air


B Nyamuk suka membiak di dalam air yang bertakung
C Nyamuk mempunyai belalai yang tajam untuk menghisap darah manusia
D Nyamuk membawa virus penyakit berbahaya yang boleh membawa maut

37. Yang berikut ialah langkah-langkah menghapuskan pembiakan nyamuk kecuali

A mengecat tin-tin kosong


B terbalikkan bekas-bekas yang bertakung air
C menanam botol-botol kosong ke dalam tanah
D memastikan air tidak bertakung di dalam tayar buruk

…… jikalau seseorang itu terkena dan lambat diberi rawatan akan membawa maut.

38. Petikan di atas menyatakan bahawa seseorang yang terkena gigitan nyamuk tiruk

A akan mati selepas diberi rawatan


B mesti mati jika dijangkiti penyakit malaria
C mungkin mati dan mungkin hidup bergantung pada keadaan
D seharusnya mendapatkan rawatan dengan kadar segera untuk mengelakkan maut

39. Nyamuk tiruk boleh membawa

A penyakit taun
B penyakit demam denggi
C penyakit malaria
D penyakit kencing berdarah

40. Perkataan kesengsaraan dalam petikan bermaksud

A penderitaan
B kesenangan
C kegagalan
D pendarahan

10
CO 1

Jawapan Bahasa Malaysia Kertas 1

1. B 21. D
2. B 22. D
3. D 23. D
4. A 24. D
5. C 25. B
6. D 26. A
7. C 27. A
8. B 28. B
9. B 29. B
10. A 30. C
11. A 31. C
12. D 32. A
13. B 33. A
14. C 34. D
15. D 35. D
16. A 36. D
17. C 37. A
18. C 38. D
19. B 39. C
20. C 40. A

11

Вам также может понравиться