You are on page 1of 1

Tiga Sekeluarga Maut Dalam Nahas

Kereta dan Lori


BATU PAHAT: Tiga sekeluarga maut dalam satu kemalangan membabitkan lori
dan dua kereta di Jalan Ayer Hitam-Johor Bahru, pada Rabu malam.

Dalam kejadian yang berlaku jam 10.37 malam itu, kesemua mangsa yang
terkorban berada di dalam kereta Perodua Myvi, manakala pemandu Suzuki Swift
pula hanya luka ringan.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata mangsa yang maut
dikenal pasti sebagai Mr.X, 29, isteri Mrs.Y , 27, serta anak mereka XY, 2, maut.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta mangsa bertembung


dengan lori yang memasuki laluan mereka.

"Siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai disebabkan oleh pemandu lori
yang gagal mengawal kenderaan seterusnya memasuki laluan bertentangan.

"Ekoran itu, menyebabkan pertembungan secara berhadapan," katanya dalam satu


kenyataan sebentar tadi.

Katanya, kesemua mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk bedah
siasat.

Pemandu lori berusia 30an akan direman untuk saringan ujian air kencing dan
siasatan lanjut.