Вы находитесь на странице: 1из 22

Manual Penggunaan Sistem Atas Talian Modul Dividen

MANUAL PENGGUNAAN

SISTEM PERMOHONAN ATAS


TALIAN MODUL DIVIDEN UNTUK
PENGGUNA KOPERASI

VERSI 1.0
Manual Penggunaan Sistem Atas Talian Modul Dividen

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN................................................................................................... i
SENARAI RAJAH ................................................................................................. ii
2.1 Muka Depan ............................................................................................... 2
2.2 Borang Permohonan .................................................................................. 3
2.2.1 Terma dan Syarat.............................................................................. 4
2.2.2 Maklumat Asas Permohonan ............................................................ 5
2.2.3 Maklumat Permohonan Lanjut 1 ....................................................... 7
2.2.4 Maklumat Permohonan Lanjut 2 ....................................................... 9
2.2.5 Pengesahan dan Perakuan Permohonan ....................................... 10
2.2.6 Permohonan Selesai ....................................................................... 11
2.3 Semakan Permohonan ............................................................................ 12
2.3.1 Semakan – Penyediaan .................................................................. 13
2.3.2 Semakan – Baru ............................................................................. 15
2.3.3 Semakan – Sedang Diproses.......................................................... 16
2.3.4 Semakan – Selesai ......................................................................... 17
2.4 Emel Notifikasi ......................................................................................... 19

i
Manual Penggunaan Sistem Atas Talian Modul Dividen

SENARAI RAJAH

Rajah 2.1-1 Muka Depan................................................................................... 2


Rajah 2.2-1 Borang Permohonan ...................................................................... 3
Rajah 2.2.1-1 Terma dan Syarat ....................................................................... 4
Rajah 2.2.2-1 Maklumat Asas Permohonan ...................................................... 5
Rajah 2.2.3-1 Maklumat Permohonan Lanjut 1 ................................................. 7
Rajah 2.2.4-1 Maklumat Permohonan Lanjut 2 ................................................. 9
Rajah 2.2.5-1 Pengesahan dan Perakuan Permohonan ................................. 10
Rajah 2.2.6-1 Permohonan Selesai ................................................................ 11
Rajah 2.3-1 Semakan Permohonan ................................................................ 12
Rajah 2.3.1-1 Status Permohonan .................................................................. 13
Rajah 2.3.1-2 Untuk Dikemaskini .................................................................... 13
Rajah 2.3.1-3 Pembatalan dan Penghapusan Rekod ..................................... 14
Rajah 2.3.1-4 Semakan Maklumat Permohonan Dividen ................................ 14
Rajah 2.3.2-1 Status Permohonan .................................................................. 15
Rajah 2.3.2-2 Semakan Maklumat Permohonan Dividen ................................ 15
Rajah 2.3.3-1 Status Permohonan .................................................................. 16
Rajah 2.3.3-2 Semakan Permohonan Dividen ................................................ 16
Rajah 2.3.4-1 Status Permohonan .................................................................. 17
Rajah 2.3.4-2 Semakan Permohonan Dividen ................................................ 17
Rajah 2.3.4-3 Surat Kelulusan ........................................................................ 18
Rajah 2.4-1 Rajah 2.4 Emel Notifikasi ............................................................. 19

ii
Manual Penggunaan Sistem Atas Talian Modul Dividen

Bab

1
1.0 PENGENALAN

Sistem Permohonan Atas Talian bagi Modul Dividen adalah permohonan


yang akan digunapakai oleh Pihak Koperasi untuk memohon permohonan
secara atas talian tanpa perlu mengisi borang dan menghantar dokumen
ke pejabat SKM yang terdekat. Pihak Koperasi hanya perlu menyediakan
dokumen dan mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan diruangan
yang disediakan.

Dengan adanya permohonan atas talian ini, Pihak Koperasi boleh


menyemak status permohonan atas talian dan sekali gus mencetak surat
kelulusan permohonan tanpa perlu menunggu surat dipos dari pihak
SKM. Untuk memudahkan Pihak Koperasi mencapai semua maklumat ini
dan memperolehi info status dengan cepat, sistem akan menghantar
notifikasi kepada Pihak Koperasi bahawa kelulusan telah diperolehi. Oleh
itu, Pihak Koperasi perlulah memasukkan emel yang aktif untuk
memudahkan penerimaan maklumat.

1
Manual Penggunaan Sistem Atas Talian Modul Dividen

Bab

2
2.0 PERMOHONAN DIVIDEN

Setelah Pihak Koperasi memasuki permohonan atas talian, Pihak


Koperasi boleh mencapai semua modul yang ditawarkan oleh sistem atas
talian ini. Manual pengguna ini akan menerangkan berkaitan dengan
pengunaan modul dividen.

2.1 Muka Depan

Rajah 2.1-1 Muka Depan

2
Manual Penggunaan Sistem Atas Talian Modul Dividen

Rajah 2.1-1 merupakan muka depan bagi Sistem Aplikasi Atas Talian.
Ia memaparkan maklumat-maklumat seperti berikut :
a. Nama dan No Daftar Koperasi;
b. Senarai-senarai permohonan bagi semua modul yang ditawarkan
iaitu Permohonan Honorarium, Dividen, Aduan dan juga
Penubuhan Koperasi;
c. Borang Permohonan;
d. Semakan Permohonan; dan
e. Bantuan untuk penggunaan sistem.

2.2 Borang Permohonan

Rajah 2.2-1 Borang Permohonan

Rajah 2.2-1 merupakan borang permohonan yang ditawarkan oleh


sistem kepada pihak koperasi. Borang permohonan yang ditawarkan
seperti berikut :
a. Borang Permohonan Penubuhan Koperasi;
b. Borang Aduan Terhadap Koperasi;
c. Borang Permohonan Honorarium; dan
d. Borang Permohonan Dividen.

Manual ini akan menerangkan lebih lanjut berkaitan Permohonan


Dividen.

3
Manual Penggunaan Sistem Atas Talian Modul Dividen

2.2.1 Terma dan Syarat

Rajah 2.2.1-1 Terma dan Syarat

Rajah 2.2.1-1 merupakan terma dan syarat permohonan dividen. Pihak


Koperasi perlu memilih tahun kewangan serta membaca syarat-syarat
permohonan yang telah ditetapkan oleh pihak SKM. Setelah pihak
koperasi bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan dan memilih
tahun kewangan untuk permohonan, Pihak Koperasi boleh menanda di
kotak perakuan permohonan.

Jika koperasi tidak memilih tahun kewangan atau menanda di kotak


perakuan atau kedua-duanya sekali, Pihak Koperasi tidak boleh pergi
ke mukasurat seterusnya.

4
Manual Penggunaan Sistem Atas Talian Modul Dividen

2.2.2 Maklumat Asas Permohonan

Rajah 2.2.2-1 Maklumat Asas Permohonan

Rajah 2.2.2-1 merupakan maklumat asas permohonan yang perlu disi


oleh Pihak Koperasi. Antara maklumat permohanan yang perlu diisi
ialah:
i. Jenis Permohonan Dividen
 Pihak Koperasi perlu memilih jenis permohonan dividen yang
dipohon. Antara jenis permohonan dividen yang ditawarkan
oleh Pihak SKM :
a. Arahan SKM Bil. 1/2011 – Melebihi 10%;
b. Arahan SKM Bil. 1/2011 – Co-opBank;
c. Seksyen 57(5)(b) Akta Koperasi 1993 – Menggunakan
Mana-mana Sumber;

5
Manual Penggunaan Sistem Atas Talian Modul Dividen

d. Seksyen 57(8) Akta Koperasi 1993 – Mempunyai


Kerugian Terkumpul
ii. Jumlah Perolehan / Pusingan Perniagaan
 Pihak Koperasi perlu mengisi jumlah perolehan atau
pusingan perniagaan dari akaun teraudit.
iii. Keputusan Dividen dari Mesyuarat Agong
 Pihak Koperasi perlu mengisi peratus dan jumlah divden
permohonan koperasi mengikut jenis modal syer, modal
yuran dan syer bonus. Jika ia hanya melibatkan modal syer
sahaja, maklumay bagi modal yuran dan syer bonus di isi
dengan nilai 0.
iv. Mesyuarat Agong
 Pihak Koperasi perlu mengisi tarikh mesyuarat agong yang
telah dilaksanakan.
 Pihak Koperasi perlu mengisi Nama Pencadang Bayaran
Dividen.
 Pihak Koperasi perlu mengisi No ahli Pencadang Dividen.
 Pihak Koperasi perlu mengisi No Kad Pengenalan Pecadang
Dividen
 Pihak Koperasi perlu mengisi Nama Penyokong Bayaran
Dividen
 Pihak Koperasi perlu mengisi No Ahli Penyokong Bayaran
Dividen
 Pihak Koperasi perlu mengisi No Kad Pengenalan Bayaran
Dividen
v. Catatan
 Pihak Koperasi boleh mengisi apa-apa catatan berkaitan
dengan jumlah permohonan dividen.

Setelah borang maklumat asas permohonan telah siap diisi, Pihak


Koperasi boleh menekan seterusnya.

6
Manual Penggunaan Sistem Atas Talian Modul Dividen

2.2.3 Maklumat Permohonan Lanjut 1

Rajah 2.2.3-1 Maklumat Permohonan Lanjut 1

Rajah 2.2.3-1 merupakan maklumat tambahan yang perlu diisi oleh


Pihak Koperasi. Antara maklumat yang diperlukan ialah :

i. Baki Wang di Bank Yang Terkini


 Pihak Koperasi perlu mengisi maklumat penyata baki wang
di bank tangan paling terkini atau sekurang-kurangnya 3
bulan sebelum dari tarikh permohonan dibuat.

7
Manual Penggunaan Sistem Atas Talian Modul Dividen

ii. Baki Deposit Tetap / Pelaburan Mudharabah (Tidak


Bercanggah)
 Pihak Koperasi perlu mengisi maklumat penyata baki deposit
tetap / pelaburan mudharabah (tidak bercanggah) paling
terkini atau sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum dari tarikh
permohonan dibuat.

vi. Jumlah Bank Terkini dan Baki Deposit Tetap


 Pihak Koperasi perlu menekan butang kira untuk
mendapatkan jumlah bank terkini dan baki deposit tetap
yang telah dimasukkan.

iii. Kerberhutangan Dengan SKM


 Pihak Koperasi perlu mengisi maklumat penyata
keberhutangan dengan SKM. Tarikh bayaran yang dibuat
perlulah tarikh yang paling terkini atau sekurang-kurangnya 3
bulan sebelum dari tarikh permohonan dibuat.

iv. Pinjaman SKM


 Pihak Koperasi perlu mengisi maklumat kesemua pinjaman
yang telah dilakukan oleh mengisi maklumat penyata. Tarikh
bayaran yang dibuat perlulah tarikh yang paling terkini atau
sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum dari tarikh
permohonan dibuat.

v. Jumlah Keberhutangan dan Pinjaman Dengan SKM


 Pihak Koperasi perlu menekan butang kira untuk
mendapatkan jumlah keberhutangan dan pinjaman dengan
SKM

Setelah borang permohonan Lanjut 1 telah siap diisi, Pihak Koperasi


boleh menekan seterusnya.

8
Manual Penggunaan Sistem Atas Talian Modul Dividen

2.2.4 Maklumat Permohonan Lanjut 2

Rajah 2.2.4-1 Maklumat Permohonan Lanjut 2

Rajah 2.2.4-1 merupakan maklumat tambahan yang perlu diisi oleh


Pihak Koperasi. Antara maklumat yang perlu diisi ialah :

i. Cadangan Dividen 3 Tahun Lalu Mengikut Mesyuarat Agong


 Pihak Koperasi perlu mengisi maklumat ini untuk tahun
pertama permohonan sahaja. Pada tahun-tahun yang
seterusnya jika koperasi memohon secara berkala,
maklumat ini akan dipaparkan secara automatik.

ii. Dividen Yang Diluluskan Untuk 3 Tahun Lalu


 Pihak Koperasi perlu mengisi maklumat ini untuk tahun
pertama permohonan sahaja. Pada tahun-tahun yang
seterusnya jika koperasi memohon secara berkala,
maklumat ini akan dipaparkan secara automatik.

9
Manual Penggunaan Sistem Atas Talian Modul Dividen

iii. Pegawai Koperasi Yang Boleh Dihubungi


 Pihak Koperasi perlu mengisi maklumat ini. Jika ada
sebarang kemusyikan Pegawai SKM boleh menghubungi
Pihak Koperasi untuk mendapatkan maklumat lanjut atau
pertanyaan berkaitan akaun koperasi.
 Email yang dimasukkan perlulah email yang aktif. Ini
bertujuan koperasi boleh mendapatkan notifikasi dari sistem
status dari masa ke semasa tanpa perlu memasuki sistem.

Setelah Borang Permohonan Lanjut 2 telah siap diisi, Pihak Koperasi


boleh menekan butang seterusnya.

2.2.5 Pengesahan dan Perakuan Permohonan

Rajah 2.2.5-1 Pengesahan dan Perakuan Permohonan

Rajah 2.2.5-1 merupakan pengesahan dan perakuan permohonan


yang perlu dilakukan oleh Pihak Koperasi. Pada pengesahan dan
perakuan permohonan, Pihak Koperasi boleh melaksanakan perkara
seperti :

10
Manual Penggunaan Sistem Atas Talian Modul Dividen

i. Pihak Koperasi boleh menyemak setiap borang yang telah

disiap diisi dan juga menekan butang untuk kemuka


seterusnya;
ii. Pihak Koperasi boleh mencetak borang permohonan dengan

menekan ; atau
iii. Pihak Koperasi juga boleh menyimpan dokumen sama ada

dalam bentuk pdf, html atau lain-lain dengan memilih di

dan menekan butang .


iv. Pihak Koperasi perlu menanda di ruangan kepastian sama ada
maklumat yang Pihak Koperasi masukkan adalah maklumat
yang tepat dan benar.
v. Setelah Pihak Koperasi berpuas hati dengan maklumat yang
telah diisi, maka Pihak Koperasi boleh menekan butang hantar.

2.2.6 Permohonan Selesai

Rajah 2.2.6-1 Permohonan Selesai

Rajah 2.2.6-1 menunjukkan permohonan telah berjaya di hantar.


Sistem akan menyatakan tempat pemprosesan permohonan sama ada
negeri seliaan / ibu pejabat beserta alamat dan no untuk dihubungi
tempat pemprosesan.

11
Manual Penggunaan Sistem Atas Talian Modul Dividen

2.3 Semakan Permohonan

Rajah 2.3-1 Semakan Permohonan

Rajah 2.3-1 merupakan semakan permohonan yang boleh dilakukan


oleh Pihak Koperasi. Semakan permohonan yang boleh dilakukan
ialah:

a. Permohonan Penubuhan Koperasi;


b. Permohonan Aduan Terhadap Koperasi;
c. Permohonan Honorarium; dan
d. Permohonan Dividen.

Manual ini akan menerangkan lebih lanjut berkaitan Semakan Dividen.


Ada 4 jenis status yang akan dipaparkan iaitu :

i. Penyediaan;
ii. Baru;
iii. Sedang Diproses; dan
iv. Selesai

12
Manual Penggunaan Sistem Atas Talian Modul Dividen

2.3.1 Semakan – Penyediaan

Rajah 2.3.1-1 Status Permohonan

Rajah 2.3.1-1 merupakan semakan status permohonan koperasi bagi


peringkat penyediaan. Status penyediaan merupakan borang
permohonan yang belum dihantar oleh Pihak Koperasi kepada Pihak
SKM untuk diproses. Dalam status penyediaan, Pihak Koperasi boleh
melakukan 3 aktiviti, iaitu :

i. Pihak Koperasi boleh menekan butang untuk mengemaskini


permohonan dan juga menghantar permohonan untuk diproses.
Rajah 2.3.1-2 merupakan antaramuka setelah butang tersebut
ditekan.

Rajah 2.3.1-2 Untuk Dikemaskini

13
Manual Penggunaan Sistem Atas Talian Modul Dividen

ii. Pihak Koperasi boleh membatal dan menghapuskan

permohonan yang belum dihantar dengan menekan butang .


Apabila Pihak Koperasi menekan butang tersebut, Pihak
Koperasi akan mendapat paparan seperti di Rajah 2.3.1-3 untuk
kepastian pembatalan dan penghapusan permohonan.

Rajah 2.3.1-3 Pembatalan dan Penghapusan Rekod

iii. Pihak Koperasi boleh menyemak permohonan dengan menekan

butang . Dimana, Pihak Koperasi boleh menyemak maklumat


yang telah diisi seperti Rajah 2.3.1-4

Rajah 2.3.1-4 Semakan Maklumat Permohonan Dividen

Setelah Pihak Koperasi, menghantar permohonan maka sebarang


aktiviti untuk pengubahan dan penghapusan permohonan tidak lagi
boleh dilakukan seperti di para 2.3.2.

14
Manual Penggunaan Sistem Atas Talian Modul Dividen

2.3.2 Semakan – Baru

Rajah 2.3.2-1 Status Permohonan

Rajah 2.3.2-1 merupakan status permohonan berstatus BARU. Status


baru ini merupakan status setelah permohonan berjaya dihantar ke
pihak SKM yang memproses permohonan. Setelah permohonan
berjaya dihantar, Pihak Koperasi hanya boleh menyemak permohonan

dengan menekan butang . Setelah butang tersebut ditekan Pihak


Koperasi akan memperolehi paparan seperti di Rajah 2.3.2-2. Dimana,
pihak koperasi boleh mencetak, melihat dan menyimpan borang
permohonan yang telah dihantar.

Setelah Pihak SKM mula memproses permohonan, status akan


bertukar seperti di para 2.3.3.

Rajah 2.3.2-2 Semakan Maklumat Permohonan Dividen

15
Manual Penggunaan Sistem Atas Talian Modul Dividen

2.3.3 Semakan – Sedang Diproses

Rajah 2.3.3-1 Status Permohonan

Rajah 2.3.3-1 menunjukkan status permohonan sedang diproses oleh


Pihak SKM. Status ini menerangkan bahawa permohonan sedang
diproses oleh Pihak SKM. Sehubungan dengan itu, Pihak Koperasi

hanya boleh menyemak permohonan dengan menekan butang .


Setelah butang tersebut ditekan, paparan di Rajah 2.3.3-2 akan
dipaparkan. Dimana, Pihak Koperasi boleh mencetak, melihat dan
menyimpan borang permohonan yang telah dihantar.

Rajah 2.3.3-2 Semakan Permohonan Dividen

16
Manual Penggunaan Sistem Atas Talian Modul Dividen

2.3.4 Semakan – Selesai

Rajah 2.3.4-1 Status Permohonan

Rajah 2.3.4-1 memaparkan status permohonan berstatus SELESAI.


Status ini bermakna permohonan telah siap diproses. Pihak Koperasi
boleh mencetak surat kelulusan tanpa perlu menunggu Pihak SKM

mengepos surat kelulusan. Tekan butang untuk menyemak status


permohonan dan sekali gus menyemak surat kelulusan. Setelah
butang tersebut ditekan, Rajah 2.3.4-2 akan dipaparkan.

Rajah 2.3.4-2 Semakan Permohonan Dividen

17
Manual Penggunaan Sistem Atas Talian Modul Dividen

Pihak Koperasi boleh menekan pada untuk


memaparkan surat kelulusan. Setalah gambarajah tersebuh ditekan,
Rajah 2.3.4-3 akan dipaparkan. Di dalam surat kelulusan akan
memaparkan jumlah kelulusan yang telah diperolehi oleh Pihak
Koperasi. Pihak Koperasi boleh mencetak atau menyimpan surat
kelulusan ini untuk tujuan pengagihan wang dividen kepada Ahli
Kopeasi.

Rajah 2.3.4-3 Surat Kelulusan

18
Manual Penggunaan Sistem Atas Talian Modul Dividen

2.4 Emel Notifikasi

Rajah 2.4-1 Rajah 2.4 Emel Notifikasi

Rajah 2.4-1 merupakan notifikasi emel yang akan diperolehi oleh Pihak
Koperasi setelah permohonan selesai diproses. Pihak Koperasi boleh
menekan url yang diberikan dan status permohonan seperti di para
2.3.4 akan dipaparkan.

19

Вам также может понравиться