Вы находитесь на странице: 1из 7

SULIT 031

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Mengapakah __________________ duduk di sini seorang diri?” tanya Bendahara Tun


Perak kepada Laksamana Hang Tuah.
A hamba
B tuan hamba
C beta
D patik

2 __________________ persiapan telah dilakukan untuk menyambut perayaan Tahun


Baharu Cina.
A Seluruh
B Segala
C Para
D Segelintir

3 Pihak Jabatan Kerja Raya membuat jambatan _______________ masyarakat di Kampung


Balun dapat melintas sungai.
A kerana
B sementara
C apabila
D supaya

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

1
SULIT 031

4 Surya menggunakan ___________________ untuk mengukur sudut 90 darjah.


A bebola
B kekisi
C sesiku
D pepara

5 Kuganehsan berasa _______________ apabila mengenangkan datuknya yang sudah


meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
A pilu
B suram
C muram
D gembira

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah

6 Sebuah trak terpaksa digunakan untuk ______________________ sebuah kereta yang


rosak di tepi jalan.
A memotong
B mengangkat
C menunda
D menjunjung

2
SULIT 031

7 Allahyarham Tan Sri P.Ramlee diangkat sebagai ___________________ yang dihormati


kerana kebolehan beliau dalam menghasilkan lagu serta boleh menyanyi dengan begitu
baik sekali.
A peragawan
B usahawan
C budayawan
D seniman

8 Adrian sedang __________________ maklumat dari Internet untuk menyiapkan tugasan


yang diberi oleh gurunya.
A memuat turun
B mereka cipta
C mengemas kini
D mengatur cara

9 Beberapa _______________ sukarelawan telah berangkat ke Palestin untuk membantu


mangsa-mangsa peperangan.
A timbunan
B gerombolan
C buah
D kumpulan

10 Cikgu Maya menasihatkan kami supaya mempunyai rasa belas kasihan _______ _ haiwan.
A terhadap
B tentang
C akan
D seperti

3
SULIT 031

11 Puan Zakiah sentiasa berada di _____________ anaknya yang sedang sakit di hospital.
A atas
B antara
C sisi
D seberang

12 Sekiranya kita__________berjaya, kita mestilah meningkatkan usaha dengan banyak mengulang kaji
pelajaran.
A belum
B sudah
C akan
D sedang

13 Pak Ali ______________ berada di ladangnya walaupun hari sudah hampir senja.
A masih
B sudah
C belum
D telah

14 __________________ murid Tahun 6 tidak dapat hadir ke sekolah kerana hujan turun dengan
lebatnya.
A Pelbagai
B Antara
C Sebilangan
D Segala

4
SULIT 031

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat-ayat yang diberikan

15 “Yang memakai baju berwarna kuning itu kakak saya, manakala yang memakai baju yang
berwarna biru itu ialah adik saya,”kata Zaki.
A Adik beradik Zaki memakai pakaian yang berwarna-warni.
B Zaki menyatakan bahawa baju adik saya berwarna kuning tetapi baju abang saya
berwarna biru.
C Zaki memperkenalkan baju berwarna kuning dan biru yang dipakai oleh adik dan
abangnya.
D Menurut Zaki, abangnya berbaju kuning, manakala adiknya berbaju biru.

Pilih ayat yang betul

16 I Jari telunjuk Ramasamy luka terkena pisau yang tajam.


II Kesihatan datuk tidak berapa segar sejak semalam.
III Pendengaran nenek semakin kabur akhir-akhir ini kerana sudah tua.
IV Ubi kentang yang direbus oleh kakak itu sudah empuk.
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

5
SULIT 031

Soalan 17 hingga soalan 20


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kepada : airis_arissa@gmail.com

Tajuk : Kehidupan Nelayan

Hantar Edit Simpan

Apa khabar saudari?


Di sini saya ceritakan keadaan di tempat baru saya. Pekerjaan utama masyarakat di sini
ialah nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan. Kedudukan rumah-rumah di sini
berhampiran dengan pantai.
Di samping itu, saya juga berpeluang untuk mempelajari tentang selok-belok kehidupan
nelayan. Pada pagi hari cuti sekolah, saya pergi ke pantai untuk melihat nelayan-nelayan turun
ke laut. Pada sebelah petangnya pula saya menunggu nelayan – nelayan pulang dengan
membawa ikan-ikan segar.
Selain itu, masyarakat di sini kebanyakannya ramah dan tidak lokek dengan senyuman.
Saya mudah mendapat kawan-kawan baru dan kebanyakannya bersekolah satu sekolah dengan
saya. Mereka sering membantu saya untuk memahami loghat Terengganu.
Untuk pengetahuan saudari, sekolah saya terletak berhampiran dengan rumah saya. Di
sini saya tidak mempunyai masalah dalam pelajaran malah saya sering membantu rakan-rakan
yang lemah. Guru di sini juga baik-baik dan selalu memberikan nasihat dan peransang kepada
saya.
Akhir sekali, sudilah saudari untuk datang bercuti di sini. Saya senantiasa menanti
kedatangan saudara di sini. Sekian sahaja untuk kali ini. Di harap saudara sudi membalas emel
saya dan bercuti di sini.

6
SULIT 031

17. Berdasarkan emel di atas, di manakah tumpuan nelayan mencari rezeki?


A Laut Lepas
B Laut China Selatan
C Luar Pantai Terengganu
D Pantai Kampung Ayer Tawar

18. Apakah yang dapat dipelajari oleh penulis berkaitan dunia baharunya?
A Mempelajari tentang selok-belok kehidupan nelayan
B Sekolah berhampiran dengan rumah
C Menunggu nelayan pulang
D Mendapat ikan-ikan segar

19. Nyatakan sumbangan penulis di sekolah baharunya?


A Membantu pustakawan menyusun buku
B Membantu guru-guru mengemas bilik guru
C Membantu rakan-rakan yang lemah
D Membantu guru disiplin

20. Pada pendapat anda, emel ini dihantar untuk..


A bertanya khabar
B menceritakan pengalaman di tempat baharu
C berkongsi idea dan maklumat
D menyatakan kerinduan penulis kepada sahabatnya

KERTAS SOALAN TAMAT

Вам также может понравиться