Вы находитесь на странице: 1из 1

Key Partner

Key Partner boleh didefinisikan sebagai sebuah rangkaian pembekal ataupun dikenali sebagai
suppliers dan juga sebuah rakan kongsi yang dikenali sebagai partner dalam perniagaan yang
telah dijalankan. Key Partner mempunyai beberapa jenis. Antaranya, pakatan strategik iaitu
strategic alliances yang merupakan antara entiti perniagaan yang merupakan bukan pesaing
antara satu sama lain. Jenis yang kedua ialah kerjasama strategic diantara pesaing. Ketiga,
Jont Venture (JV) iaitu untuk membina perniagaan yang baharu. Jenis Key Partner yang
keempat ialah perhubungan diantara pembeli dan pembekal untuk menjamin kecukupan
bekalan.

1.1 Economy of Scale


Antara kepentingannya ialah untuk mengoptimumkan perniagaan yang dijalankan. Hal
ini kerana, peniaga mahu mendapatkan kuasa pembelian yang lebih besar bagi
mengurangkan sesebuah kos. Contoh yang boleh diambil, McDonalds di Malaysia
mempunyai ramai franchisee yang dapat membeli bahan mentah pada harga yang
lebih murah. Ini kerana, berlakunya pembelian secara pukal. Mengikut jualan
perniagaan kami, pembelian sumber jualan kerepek yang lebih banyak dan mudah
didapati boleh memudahkan kami untuk menetapkan harga. Tambahan pula, apabila
kami membeli banyak kerepek tersebut, kami dapat membelinya dengan harga pukal.
Dan apabila dijual, kami boleh menetapkan harga yang bersesuaian dan
menguntungkan.

1.2 Pengurangan Risiko


Pengurangan Risiko ini juga boleh dikenali sebagai sebuah cara bagi mengelakkan
ketidaktentuan. . Risiko-risiko yang dihadapi dapat dielakkan jika menjalankan key
partner ini. Contohnya, dapat mengelakkan jualan kerepek-kerepek tersebut daripada
basi ataupun tidak boleh digunakan lagi.

1.3 Mendapatkan Sumber


Akhir sekali, kepentingan key partner ialah mendapatkan sumber. Keperluan
mendapatkan sumber amatlah penting. Contohnya, sumber kuih jualan yang mudah
didapati amatlah penting. Ini apabila, jika sumber banyak, maka keuntungan lebih
banyak didapati. Tambahan pula, populariti jualan dapat ditingkatkan.

Вам также может понравиться