Вы находитесь на странице: 1из 6

Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Modul 4: Buku Catatan Pertama (BCP)

- Merupakan buku catatan asal yang merekod segala urus niaga perniagaan
mengikut urutan tarikh.
- Bertujuan meminimumkan kesilapan dan ketinggalan catatan.

Jenis-jenis BCP dan fungsinya

BCP
Buku Catatan Pertama

Buku Tunai
Jurnal Buku Tunai Runcit
Merekod semua urus Merekod semua urus
niaga kecuali urus niaga Merekod perbelanjaan
niaga yang menggunakan
tunai/cek tunai kecil berdasarkan
tunai/cek
Sistem Panjar Runcit

Jurnal Khas
Merekod urus niaga barang niaga secara
Jurnal Am kredit sahaja
- Catatan pembukaan (senarai baki aset /
liabiliti / modal
Jurnal Belian Jurnal Jualan
- Belian/jualan ABS secara kredit (hutang)
- Ambilan barang niaga/ABS Merekod belian kredit Merekod jualan kredit
- Membawa masuk ABS sebagai modal dan tambahan caj dan tambahan caj
tambahan pada invois pada invois
- Pelarasan
Jurnal Pulangan Jurnal Pulangan
- Pembetulan kesilapan Belian Jualan
- Catatan penutupan Merekod pulangan Merekod pulangan
barang niaga kepada barang niaga daripada
ABB (pembekal) ABT (pelanggan)
Jurnal Jurnal
Pembayaran Penerimaan
Tunai Tunai
Merekod pembayaran Merekod penerimaan
dengan tunai/cek tunai/cek

Format:

Jurnal Am
Debit Kredit
Tarikh Butir Folio
(RM) (RM)
Akaun yg didebitkan XX
Akaun yg dikreditkan XX
(Keterangan urus niaga)
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Contoh urus niaga yang direkod ke dalam Jurnal Am:

i. Baki-baki berikut diambil dari Busana Solehah pada 1 Jan 2018:


Inventori RM4,200
Alatan pejabat RM3,000
Bank RM25,000
Akaun belum bayar: Rudy RM1,600
Modal RM28,600

Dt – Inventori
Dt – Alatan pejabat
Dt – Bank
Kt – ABB: Rudy
Kt – Modal

ii. Membeli meja secara kredit berharga RM600 daripada Pusat Perabot Abu
untuk kegunaan pejabat.
Dt – Perabot
Kt – ABB: Pusat Perabot Abu

iii. Ambilan barang niaga bernilai RM200 untuk tujuan promosi.


Dt – Promosi
Kt – Belian

iv. Ambilan barang niaga bernilai RM80 untuk didermakan.


Dt – Derma
Kt – Belian

v. Mengambil mesin pencetak bernilai RM200 untuk kegunaan anak


Dt – Ambilan
Kt – Alatan pejabat

vi. Membawa masuk van terpakai berharga RM8,800 untuk kegunaan


perniagaan.
Dt – Kenderaan
Kt – Modal

vii. Menjual komputer pejabat terpakai bernilai RM900 secara kredit kepada
Salem.
Dt – ABT: Salem
Kt – Alatan pejabat

Pada akhir tempoh perakaunan, lejar am tidak perlu dijumlahkan.


Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Jurnal Belian
No. Jumlah
Tarikh Butir Folio
Dokumen (RM)
Nama ABB XX

Akaun Belian (Dt) XX

Contoh urus niaga yang direkod ke dalam Jurnal Belian:

i. Membeli barang niaga secara kredit berharga RM2,000 daripada Pembekal


Norman.

ii. Menerima nota debit bernilai RM120 daripada Pembekal Norman kerana
terkurang caj.

Jurnal Jualan
No. Jumlah
Tarikh Butir Folio
Dokumen (RM)
Nama ABT XX

Akaun Jualan (Kt) XX

Contoh urus niaga yang direkod ke dalam Jurnal Jualan:

i. Menjual barang niaga secara kredit berharga RM2,500 kepada Don.

ii. Menghantar nota debit bernilai RM90 kepada Don kerana terkurang caj.

Jurnal Pulangan Belian


No. Jumlah
Tarikh Butir Folio
Dokumen (RM)
Nama ABB XX

Akaun Pulangan Belian (Kt) XX

Contoh urus niaga yang direkod ke dalam Jurnal Pulanaan Belian:

i. Memulangkan barang niaga bernilai RM200 kepada Pembekal Norman


kerana salah jenama.
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

ii. Menerima nota kredit daripada Sykt. Zeus kerana pulangan barang rosak
bernilai RM80.

Jurnal Pulangan Jualan


No. Jumlah
Tarikh Butir Folio
Dokumen (RM)
Nama ABT XX

Akaun Pulangan Jualan (Dt) XX

Contoh urus niaga yang direkod ke dalam Jurnal Pulanaan Jualan:

i. Don memulangkan barang niaga bernilai RM100 kerana tersalah saiz.

ii. Menghantar nota kredit kepada Peter kerana pulangan barang rosak
bernilai RM250.

Jurnal Penerimaan Tunai


Akaun
Diskaun
Belum Jualan Lain-
Tarikh Butir No. Resit Folio Tunai (Dt) Bank (Dt) Diberi
Terima (Kt) lain (Kt)
(Kt)
(Kt)
RM RM RM RM RM RM

Jurnal Pembayaran Tunai


Diskaun Akaun
Tunai Belian Lain-
Tarikh Butir No. Resit Folio Bank (Dt) Diterima Belum
(Dt) (Kt) lain (Kt)
(Kt) Bayar (Kt)
RM RM RM RM RM RM

Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai mempunyai fungsi yang sama
seperti Buku Tunai tetapi jarang digunakan kerana penggunaan Buku Tunai lebih mudah
dan efisien.

Pada akhir tempoh perakaunan, jurnal khas perlu dijumlahkan sebelum dipindah ke
akaun masing-masing.
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

Dt – Duit masuk Kt – Duit keluar


Buku Tunai
Diskaun Diskaun
Tarikh Butir Folio Tunai Bank Tarikh Butir Folio Tunai Bank
Diberi Diterima
RM RM RM RM RM RM

Contoh urus niaga yang direkod ke dalam Buku Tunai:

Sebelah dt (duit masuk)

i. Jualan tunai RM800.

ii. Terima komisen tunai RM400.

iii. Terima cek RM2,800 daripada Don dan beri diskaun RM200.

iv. Terima pinjaman bank sebanyak RM10,000.

Sebelah kt (duit keluar)

i. Belian barang niaga dengan cek berjumlah RM2,000.

ii. Bayar sewa kedai dengan cek RM1,000.

iii. Bayar sebahagian invois kepada Sykt. Zeus berjumlah RM1,600 dengan cek.

iv. Beli komputer pejabat berharga RM2,400 dengan cek.

v. Cek daripada Roza dipulangkan oleh bank dengan tanda “Rujuk Penyuruh Bayar.”

vi. Bayar gaji pekerja dengan tunai RM600.

vii. Ambilan tunai RM200 untuk bayar insurans rumah.

Catatan di kedua-dua belah dt dan kt (aka catatan kontra)

i. Masukkan tunai ke dalam bank RM2,000.


Dt – Bank, Kt - Tunai

ii. Mengeluarkan RM500 daripada bank untuk kegunaan pejabat.


Dt – Tunai, Kt - Bank

Pada akhir tempoh perakaunan, Buku Tunai perlu diimbangkan untuk mengira baki h/b.
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4

BUKU TUNAI RUNCIT


Analisis
Tarikh Butir Folio No. Baucar Penerimaan Pembayaran
Pos Belanja pejabat Alat tulis Tambang Pelbagai
RM RM RM RM RM RM RM

Baki h/b

Baki b/b

Sistem Panjar – memperuntukkan sejumlah wang yang sama untuk perbelanjaan runcit
bulanan. Jumlah wang yang telah dibelanjakan akan dipulangkan/digantikan semula
oleh juruwang pada awal bulan berikutnya.

Contoh:

Peruntukan tunai runcit bulanan : RM300

Jumlah yang telah dibelanjakan pada bulan Jan : RM200

Baki akhir bulan : RM300 – RM200 = RM100

Jumlah wang yang akan diterima daripada juruwang pada 1 Feb : RM200

Contoh urus niaga yang direkod ke dalam Buku Tunai Runcit:

i. Beli setem dan pos surat berdaftar RM10.


ii. Bayar upah baiki lampu pejabat RM30.
iii. Beli minuman untuk pelanggan RM15.
iv. Belanja petrol RM40.
v. Pinjaman kepada pekerja RM50.
vi. Beli fail dan pen RM15.
vii. Beli alas meja pejabat RM10.

Pada akhir tempoh perakaunan, Buku Tunai Runcit perlu diimbangkan untuk mengira baki
h/b.

*Baki h/b = baki hantar bawah aka baki akhir yang akan dihantar ke awal bulan
berikutnya untuk menjadi baki b/b.

Baki b/b = baki bawa bawah aka baki awal yang asalnya merupakan baki h/b yang telah
dihantar dari akhir bulan sebelumnya.

Оценить