Вы находитесь на странице: 1из 1

Buku Catatan Pertama (BCP)

Contoh: Rekodkan semua urus niaga berikut ke dalam Buku Catatan Pertama.
2018
Jan 1 Memulakan perniagaan dengan membawa aset-aset berikut:
Bank RM30 000
Tunai RM2 000
Perabot RM 3 000
Kenderaan RM 15 000
Modal RM50 000
Mengeluarkan cek berjumlah RM250 untuk kegunaan tunai runcit.
2 Membeli barang niaga secara kredit daripada Pembekal Lam berjumlah RM2 000.
4 Membeli komputer untuk kegunaan pejabat berharga RM1 200 dengan cek.
5 Membeli rak pameran secara kredit daripada Kedai Man berjumlah RM1 100.
7 Jualan tunai RM500.
Menghantar bungkusan pos bernilai RM30.
8 Menjual barang niaga secara kredit kepada Kedai Don berjumlah RM1 800.
Pemilik mengambil tunai RM50 untuk membayar bil elektrik rumahnya.
10 Kedai Don memulangkan barang niaga berjumlah RM100 kerana salah jenama.
15 Membayar hutang kepada Pembekal Lam berjumlah RM1 800 dengan cek setelah menerima diskaun
tunai.
18 Membeli barang niaga dengan cek berjumlah RM400.
19 Membayar sewa kedai dengan cek berjumlah RM500.
20 Membeli barang niaga secara kredit daripada Pembekal Saleh berjumlah RM1 400.
Upah cuci pejabat RM50 dan beli minuman RM20.
21 Memulangkan barang niaga yang rosak kepada Pembekal Saleh berjumlah RM200.
23 Kedai Don menjelaskan sebahagian invoisnya dengan tunai berjumlah RM400.
Pemilik mengambil barang niaga untuk tujuan promosi bernilai RM100.
Menerima makluman debit memberitahu tentang bayaran premium insurans berjumlah RM600.

24 Jualan tunai berjumlah RM1 200 dan dibankkan.


Hantar surat berdaftar RM10.
25 Membeli barang niaga secara kredit daripada Pembekal Lam berjumlah RM2 500.
26 Menerima nota debit daripada Pembekal Lam berjumlah RM80 kerana invois terkurang caj.
Membawa masuk mesin pencetak peribadi bernilai RM300 untuk kegunaan pejabat.
27 Sebuah meja pejabat terpakai bernilai RM400 dijual secara kredit kepada Perniagaan Seri.
28 Terima komisen dengan cek berjumlah RM600.
Beli pen dan fail berjumlah RM15.
30 Membayar sebahagian invois kepada Pembekal Lam dengan cek berjumlah RM1 300.
Mengeluarkan RM1 000 daripada bank untuk kegunaan pejabat.

Оценить