Вы находитесь на странице: 1из 10

KEISTIMEWAAN AL-ARBA‘IN AL-NAWAWIYYAH SEBAGAI BAHAN PENDIDIKAN

ISLAM

Oleh : Rosni Wazir


Pensyarah, Jabatan al-Quran dan al-Sunnah,
Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Al-Arba’in al-Nawawiyyah adalah sebuah karya hadith yang terkenal


sehingga mendapat perhatian luar biasa dari khalayak pembaca. Sering
menjadi pilihan sebagai bahan bacaan sama ada secara formalatau tidak
formal. Penulisan ini akan melihat kepada keistimewaan serta keunikan
yang ada padanya.

PENDAHULUAN

Penyusunan karya berbentuk al-Arba‘un (himpunan 40 buah hadith) ini mendapat perhatian yang
luar biasa di kalangan masyarakat Islam sehingga bilangannya tidak mampu ditentukan secara jelas
dan tepat. Inilah isyarat yang dapat difahami daripada kata-kata al-Nawawi di dalam
mukaddimahnya yang berbunyi : “Telah menyusun Ulama’-ulama’ berkaitan bab ini deretan karya
yang tidak mampu ditentukan bilangannya…”.1 Ia bukan sahaja sangat banyak bilangannya, bahkan
berbeza-berbeza pendekatan dan tumpuannya menjadikan ia sangat menarik untuk dikaji.

Paling menarik perhatian adalah karya al-Arba’in yang disusun oleh al-Nawawi sehingga dikenali
sebagai al-Arba’in al-Nawawiyyah. Ia amat terkenal dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa
serata dunia. Ia mempunyai pelbagai keistimewaan yang membuatkannya menjadi utama setiap
golongan. Ia sama ada berkaitan dengan metodologi, kriteria pemilihan hadis serta topik utamanya.

1
Yahya bin Sharaf al-Din al-Nawawi (t.t), Matn al-Arba‘in al-Nawawiyyah fi al-Ahadith al-Sahihah bi Sharh
al-Hafiz al-Kabir Yahya bin Sharaf al-Din al-Nawawi, Pulau Pinang, Malaysia : Maktabah wa Matba‘ah Dar
al-Ma‘arif, h.3.

1
PENYUSUNAN AL-ARBA’IN AL-NAWAWIYYAH.

Tajuk sebenar bagi karya ini adalah “al-Arba‘in fi Mabani al-Islam wa Qawa‘id al-Ahkam”2, tetapi
ia lebih dikenali sebagai al-Arba‘in al-Nawawiyyah nisbah kepada pengarangnya al-Nawawi 3, dan
ia hampir-hampir tidak dikenali kecuali dengan nama ini4.

Karya ini telah disempurnakan oleh al-Nawawi pada malam Khamis, 27 Jamadil Awal tahun 668
Hijrah bersamaan 24 Januari 1270 Masihi.5 Ia mengandungi 42 buah hadis tetapi dinamakan “al-
Arba‘in” yang bermaksud “empat puluh”. Penjelasan tentang hal ini boleh difahami daripada kata-
kata Sheikh al-‘Uthaymin di dalam mukaddimahnya :
“al-Nawawi telah mengarang banyak karya dan di antara yang terbaik adalah
karya ini al-Arba‘in al-Nawawiyyah. Ia sebenarnya bukan 40 tetapi 42 buah.
Namun begitu, orang Arab telah menghazafkan yang sukar disebut dan
memanggilnya “al-Arba‘in”. Tidak menjadi isu sekiranya lebih satu atau dua
mahupun kurang satu atau dua.”6

Terdapat 4 faktor utama yang mendorong al-Nawawi menyusun al-Arba‘innya :


1. Mendapat inspirasi daripada hadis Nabi Muhammad  berkenaan kelebihan orang yang
menghafaz 40 buah hadis.
2. Mengikut jejak langkah ulama’-ulama’ terdahulu yang menyusun al-Arba‘un.
3. Menyampaikan hadis-hadis Nabi kepada umat manusia untuk dihafaz, dihayati,
difahami dan diamalkan.
4. Melakukan khidmat pada Islam dan umatnya.

2
Ini adalah nama yang disebut oleh al-Nawawi di dalam syarah Sahih Muslim. Sila lihat Yahya bin Sharaf al-
Din al-Nawawi (1984), al-Minhaj fi Sharh al-Muslim li al-Nawawi, j.7, c.2, Beirut : Dar al-Ihya’ al-Turath,
h.100.
3
Ibn Mulqini (2005), al-Mu‘in ‘ala Tafahhum al-Arba‘in, ‘Abd al-‘Al Mus‘ad (tahqiq), cet.1, Kaherah : al-
Faruq al-Khaditihiyyah, h. 13.
4
Ahmad ‘Abd al-‘Aziz Qasim al-Hadad (1992), al-Imam al-Nawawi wa Atharuh fi al-Hadith wa ‘Ulumuh,
Beirut : Dar al-Basya’ir al-Islamiyyah, h.340.
5
Al-Sheikh ‘Abd al-‘Aziz Ibrahim bin Qasim (2000), al-Dalil al-Mutun al-‘Ilmiyyah, Riyad : Dar al-Somi‘i li
al-Nasyr wa al-Tawzi‘, h.249. Lihat juga Dr. Mustafa al-Bugho dan Muhy al-Din al-Misto (1996), al-Wafi fi
Sharh al-Arba‘in al-Nawawi, c.9, Beirut : Dar Ibn Kathir, h.377.
6
Al-Sheikh Muhammad Salih li al-‘Uthaymin (2011), Sharh al-Arba‘in li al-‘Uthaymin, halaman
mukaddimah, www.ibnothaimeen.com, 21 September 2011.

2
METODOLOGI AL-NAWAWI.

Al-Nawawi telah berkata di dalam mukaddimahnya : “Di dalam penyusunan al-Arba‘in ini aku
konsisten dengan hadis-hadis yang sahih dan sebahagian besarnya daripada Sahih al-Bukhari dan
Muslim. Aku juga telah meninggalkan sanad-sanadnya untuk memudahkan proses hafazan dan
memaksimum manfaatnya – dengan izin Allah  – kemudian aku ikuti dengan penerangan terhadap
lafaz-lafaz yang sukar.”

Berdasarkan kepada kata-kata al-Nawawi tersebut, dapat difahami bahawa metodologi beliau
adalah sebagaimana berikut :
1. Hadis-hadis yang sahih.
2. Sebahagian besar hadis-hadis yang diambil adalah daripada Sahih al-Bukhari dan
Muslim.
3. Sanad-sanad hadis tersebut dihazafkan.
4. Menjelaskan makna-makna hadis yang sukar.

KEISTIMEWAAN AL-ARBA’IN AL-NAWAWIYYAH.

Al-Arba‘in al-Nawawiyyah bukanlah karya al-Arba‘un yang pertama, bahkan sangat banyak karya
seumpamanya telah dihasilkan sebelum itu, tetapi kenapakah ia amat menonjol berbanding yang
lain serta berjaya menarik sebegitu ramai peminat di seluruh dunia?

Al-Sheikh Ibn al-‘Uthaymin berkata dalam mukaddimah syarah al-Arba‘in al-Nawawiyyahnya :


“Zahirnya – Allah  jugalah yang Maha Mengetahui- bahawa al-Nawawi merupakan seikhlas-ikhlas
manusia di dalam penulisannya. Karyanya ini telah berkembang keseluruh dunia sehingga didapati
hampir tiada masjid yang tidak membaca kitabnya iaitu Riyad al-Salihin. Kehebatan yang ditempa
oleh al-Nawawi ini kembali kepada niatnya yang ikhlas dan suci.”7

Jawapan kepada persoalan di atas boleh dilihat pada metodologi al-Nawawi serta hadith-hadith
pilihannya, ini adalah keistimewaannya :

1. Hadis-hadis di dalamnya adalah berbentuk jawami’ al-kalim.

7
Al-Sheikh Muhammad Salih li al-‘Uthaymin (2011), op.cit., h.3.

3
Jawami’ al-Kalim adalah satu keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah kepada sabda-sabda Nabi
Muhammad . Ia pada asasnya adalah sebagai yang disabdakan oleh baginda Rasulullah  :
8
‫ بعثت جبوامع الكلم‬: ‫ قال‬ ‫عن أيب هريرة رضى هللا عنه عن النيب‬

Jawami’ al-Kalim sebagaimana pendapat Imam al-Zuhri bahawa : “ Ia adalah bagaimana Allah 
mengumpulkan bagi Nabi Muhammad  urusan-urusan yang banyak tertulis dalam kitab-kitab
sebelumnya hanya dengan satu atau dua urusan sahaja.” Sesetengah ulama lain pula
mentakrifkannya sebagai “Kalimat yang ringkas, namun mengandungi makna yang banyak, padat
dan mendalam.”

Hadis-hadis yang dipilih oleh al-Nawawi di dalam al-Arba‘innya adalah yang berbentuk jawami’
al-kalim, ringkas tetapi padat dan mengandungi maksud yang penting. Bukan itu sahaja, malahan
sanad-sanad hadith ini dihazafkan dan jelas dinyatakan oleh al-Nawawi bahawa ia untuk
memudahkan hafazan. Pendekatan hadis sebegini amat mesra pembaca, senang difahami dan jitu
maksudnya. Sekiranya diperhatikan hanya 7 daripada 42 buah hadis yang sedikit panjang, manakala
selebihnya adalah pendek-pendek sahaja. Bagi masyarakat awam, ia ternyat amat senang untuk
dipelajari, difahami dan dihafaz, terutama bagi mereka yang baru berjinak dengan hadis Nabi .

2. Hadis-hadis di dalamnya dianggap oleh ulama’ sebagai meliputi fokus utama ajaran
Islam, separuh, satu pertiga atau satu perempatnya.9

Isi kandungan utamanya adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang seharusnya diketahui oleh
umat Islam. Al-Nawawi mempercayai bahawa kesemua hadis-hadis tersebut amat penting untuk
dihayati oleh manusia. Ini telah beliau nyatakan dalam penutup mukaddimahnya :

8
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Sila lihat Al-Hafiz Abi ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il bin
Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Bukhari (2000), Sahih al-Bukhari, Mausu‘ah al-Hadith al-Sharif al-
Kutub al-Sittah, Salih bin ‘Abd al-‘Aziz Muhammad bin Ibrahim ‘Ali Sheikh (ed.), Kitab al-al-Ta‘bir, Bab al-
Mafatih bi al-Yad, no.7013, Saudi Arabia : Dar al-Salam, h.585.
al-Imam al-Hafiz Abi al-Husayn Muslim bin al-Hajaj bin Muslim al-Qushairi al-Naysaburi (2000), Sahih
Muslim, Mausu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, Salih bin ‘Abd al-‘Aziz Muhammad bin Ibrahim
‘Ali Sheikh (ed.), Kitab al-Masajid wa al-Mawadi’, Bab al-Masajid wa al-Mawadi’ al-Solah, no.1167, Saudi
Arabia : Dar al-Salam, h.759.
Sila lihat komentar al-Bukhari apabila mengulas hadisnya. Sila lihat Al-Hafiz Abi ‘Abd Allah Muhammad
bin Isma‘il bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Bukhari (2000), Sahih al-Bukhari, Mausu‘ah al-
Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, Salih bin ‘Abd al-‘Aziz Muhammad bin Ibrahim ‘Ali Sheikh (ed.), Kitab
al-Ta‘bir, Bab al-Mafatih fi al-Yadd, no.7013, Saudi Arabia : Dar al-Salam, h. 585.
9
Sila lihat Ahmad ‘Abd al-‘Aziz Qasim al-Hadad (1992), opcit., h.248.

4
“Maka seharusnyalah bagi setiap orang yang mengharapkan
kesenangan Akhirat untuk mengenal hadis-hadis ini kerana semuanya
mencakupi hal-hal yang sangat penting dan memberi penekanan
kepada ketaatan yang maksimum. Ia adalah amat jelas bagi orang
yang mentadabburnya.”10

Ahmad ‘Abd al-‘Aziz Qasim al-Hadad berkata : “Setiap hadisnya merupakan kaedah yang besar
dalam kaedah-kaedah Islam dan bagi seseorang yang ingin menuju ke Akhirat, maka wajib
mengetahui hadis-hadis ini, bahkan akan membawa kepada ketaatan.”11

Pilihan hadis yang dibuat oleh al-Nawawi ini bermula dari kefahaman bahawa semua perkara perlu
bermula dengan hati dan niat yang ikhlas kerana Allah Taala untuk memastikan semua amalan yang
dilakukan selepas ini diterima-Nya. Ini diikuti dengan pengajaran tentang perkara yang paling asas
dalam Islam iaitu Islam, iman dan ihsan. Manusia juga harus memahami tentang penciptaan diri
mereka sendiri supaya sentiasa sedar dari mana mereka datang dan kemana mereka akan pergi
akhirnya. Oleh itu hiduplah di dunia ini dengan aturan dan undang-undang Allah Taala, menjauhi
yang mungkar dan meninggalkan yang syuhbat. Ini adalah tidak sukar kerana halal dan haram itu
adalah jelas dan ia akan mejadi lebih mudah sekiranya manusia saling nasihat dan menasihati antara
satu sama lain serta menghormati maruah dan kehormatan orang lain.

Al-Nawawi juga ingin menegaskan bahawa Islam itu mudah tetapi hanya doa dari mereka yang
menjauhi harta dari unsur haram sahaja yang diterima. Hadis-hadis ini juga memberi penekanan
tentang sifat mahabbah dan persaudaraan yang diikat dnegan iman dan Islam, menghormati tetamu
dan jiran dengan menjaga pertuturan, sentiasa menahan sifat marah dan berbuat ihsan serta jangan
sesekali berlaku zalim, menjaga sifat malu, sentiasa istiqamah dalam melakukan semua perkara,
sentiasa bersedekah, sentiasa bertaqarrub dan mendapatkan cinta Allah. Meletakkan dunia sebagai
landasan ke akhirat serta pasti ada balasan bagi mereka yang melampaui hudud Allah.

Apabila membaca hadith-hadith ini, manusia akan mengerti bahawa jalan kepada kebaikan adalah
sangat banyak begitu juga dengan nikmat Allah. Paling penting adalah sentiasa berpegang dengan
sunnah Rasul, membenteras kemungkaran dan menyeru kebaikan. Tonggak iman adalah dengan

10
Ibid.
11
Sila lihat Ahmad ‘Abd al-‘Aziz Qasim al-Hadad (1992), op.cit., hm.248.

5
mengikuti syariat Allah dan sekiranya tersasar dari landasan yang benar jangan takut untuk kembali
kerana keampunan Allah itu amat luas.

Ini adalah kesimpulan daripada intipati-intipati kesemua hadith yang dipilih oleh al-Nawawi. Ini
adalah antara keistimewaann yang dimiliki oleh karya ini yang digambarkan seolah olah seperti
kompilasi atau “one stop centre” bagi ajaran-ajaran penting dalam Islam.

3. Hadis-hadisnya adalah meliputi bab-bab yang berbeza antara satu sama lain serta tiada
kaitan antara satu sama lain.

Sheikh al-‘Uthaymin ada menyebut tentang perkara ini di dalam mukaddimah syarahnya : “Apa
yang membezakan al-Arba‘in al-Nawawiyyah dengan kebanyakan al-Arba‘un yang lain adalah bab-
babnya yang berasingan antara satu sama lain dan berlainan temanya berbanding karya-karya yang
lain mungkin dipecahkan kepada bab-bab yang berasingan tetapi hakikatnya ia mempunyai satu
utama iaitu feqah sebagai contohnya. 12

Tema-tema yang tidak berkait dan berbentuk individual ini menjadikan karya ini amat menarik
kerana ia tidak akan menimbulkan rasa jemu pada pembacanya. Mereka juga boleh membacanya
secara beransur-ansur dan berperingkat serta memahami perkara yang asas bagi setiap hadith. Ia juga
memudahkan para pengajar sama ada formal atau tidak untuk memilih mana-mana tajuk yang
diarasakan sesuai dengan tema yang ingin dikemukakan.

Ia juga sentiasa pilihan untuk dijadikan bahan utama dalam kuliah dan pengajaran dengan memilih
satu topik sahaja bagi setiap kali pengajian. Ia boleh dicetak dalam bentuk risalah atau nota kecil
secara berasingan antara satu sama lain untuk menarik minat pembaca agar tidak terlalu terbeban
untuk menghabiskannya.

4. Hampir keseluruhan daripada hadith-hadith ini adalah sahih kerana ia adalah dari

riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Kata al-Nawawi : “Di dalam penyusunan al-Arba‘in ini aku konsisten dengan hadis-hadis yang

sahih..”

12
Sila lihat Al-Sheikh Muhammad Salih li al-‘Uthaymin (2011), op.cit., halaman mukaddimah.

6
Berikut adalah pecahan hukum bagi 42 buah hadis al-Arba‘in al-Nawawiyyah .

Bil. Hukum Hadis Jumlah %


1. Sahih / Hasan Sahih / Sahih al-Isnad 34 80.9
2. Hasan / Hasan gharib13 8 19
Jumlah 42 100

Pecahan Mengikut Hukum Bagi 42 Hadis al-Arba‘in al-Nawawiyyah.

Sekiranya dilihat kepada statistik dan pecahan di atas, dapat dilihat bahawa al-Nawawi agak tidak
konsisten dengan syaratnya yang pertama secara total kerana terdapat sebilangan daripada hadisnya
yang tidak sahih. Hadis-hadis ini tidak berada pada darjat sahih tetapi sekadar hasan atau hasan
lighayrihi, bahkan ada yang da‘if. Hadis-hadis itu adalah 12, 18, 29, 30, 31, 32, 39 dan 41.

Berkata al-Fakihani : “Semuanya adalah sahih kecuali tujuh daripadanya, ia adalah hasan.”14

Mengapakah terdapat hadis-hadis sebegini di dalam al-Arba‘in sedangkan jelas ia bertentangan


dengan maksud al-Nawawi di dalam mukaddimahnya itu? Untuk menjawab soalan ini, kebanyakan
ulama’ mengaitkan pegangan al-Nawawi terhadap manhaj al-mutaqaddimin sebelum al-Tirmidhi
yang membahagikan hadis kepada dua, iaitu hadis yang diterima (maqbul) dan ditolak (mardud).
Hadis yang diterima adalah meliputi sahih dan hasan, manakala hadis yang ditolak adalah da‘if.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Solah : “Terdapat segolongan ahl al-hadith yang tidak
mengasingkan kategori hadis hasan, bahkan meletakannya sebagai sebahagian daripada jenis-jenis
sahih kerana ia berada dalam hukum yang sama iaitu boleh berhujah dengannya.”15
Ibn Taimiyah juga menyebut : “Pembahagian hadis kepada sahih, hasan dan da‘if, tidak diketahui
sebelum beliau. Abu ‘Isa al-Tirmidhi adalah orang pertama yang memulakannya dan saya tidak

13
Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa terdapat 5 daripada 12 buah hadis yang berstatus sebegini
adalah da‘if.
14
Sila lihat manuskrip Taj al-Din al-Fakihani, Al-Manhaj al-Mubin fi Sharh al-Arba‘in, tarikh ditulis 1099H/
1709M. No.213,6/mim.fa. Lampiran 3.
15
Abu ‘Amru ‘Uthman bin ‘Abd al-Rahman al-Syahruzuri (1986), ‘Ulum al-Hadith li Ibn Solah, Dr. Nur al-
Din ‘Itr (tahqiq), Damsyiq : Dar al-Fikr, h.40.

7
pernah menjumpai sesiapa pun yang mengkategorikan hadis sebegini. Sebelum ini kita hanya
mengetahui bahawa pembahagian hadis hanyalah sahih dan da‘if sahaja.16

Tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah antara daya penarik yang ada pada karya ini. Sesiapa yang
memahami tentang bahayanya hadith pasti dapat membacanya dengan tenang. Bagi yang tidak
tahu,mereka tidak akan menjadi “agen” penyebar hadith palsu tanpa sedar.

5. Penjelasan tentang makna kalimah yang sukar.

Ini adalah metodologi terakhir yang dinyatakan oleh al-Nawawi di dalam mukaddimahnya :
“…kemudian aku ikuti dengan penerangan terhadap lafaz-lafaz yang sukar”. Beliau melakukannya
di bahagian kedua al-Arba‘in dan memulakannya dengan satu mukaddimah ringkas yang
menerangkan tujuan dan metodologinya :
“Ini adalah niat dan tujuan aku yang lain iaitu menjelaskan hadis-hadis
yang menghimpunkan kaedah-kaedah dalam Islam, serta mengandungi
pelbagai jenis ilmu dalam al-usul, al-furu’ dan al-adab serta wajah-wajah
hukum yang tidak mampu dihitung.
Maka ini, aku nyatakan satu bab yang sangat ringkas dalam menjelaskan
lafaz-lafaz yang tersembunyi, serta martabatnya dan semoga tidak tersalah
memahami apa-apa darinya. Ia memadai bagi orang yang menghafaznya
untuk mendapatkan kepastian tentang makna lafaznya.

Bahagian ini terdapat di halaman terakhir karyanya dan dalam bentuk berasingan dan kerana inilah
terdapat sesetengah pencetak mengekalkannya manakala sebahagian lagi tidak. Al-Nawawi
memberi makna yang seringkas mungkin, tetapi jelas kepada kalimah-kalimah yang terbabit kecuali
melibatkan ayat yang agak sukar difahami

Beliau juga memberitahu cara bacaan yang betul dengan menjelaskan baris-baris bagi perkataan
terbabit. Ini dilakukan oleh al-Nawawi dengan sangat kerap dan meliputi hampir semua hadis yang
terbabit.

Pemilihan yang dibuat bukan berdasar kepada panjang atau pendeknya sesebuah hadis itu, tetapi
melihat kepada lafaz-lafaz yang perlu kepada penjelasan. Hadis yang dijelaskan secara panjang oleh

16
Sila lihat al-‘Allamah Taqiy al-Din Ibn Taymiyah (1985), ‘Ulum al-Hadith, Beirut : Dar al-Kutub al-
‘Ilmiyyah, h.20.

8
al-Nawawi adalah seperti hadis 2 dan 23. Manakala yang lainnya dalam bentuk yang lebih
sederhana dan ringkas.

KESIMPULAN.

Al-Arba‘in al-Nawawiyyah atau nama sebenarnya al-Arba‘in fi Mabani al-Islam wa Qawa‘id al-
Ahkam adalah salah satu daripada karya al-Nawawi yang terbaik serta mendapat perhatian dan
tumpuan yang bukan sedikit daripada khalayak pembaca walaupun ia bukanlah al-Arba‘in yang
pertama dihasilkan. Mengandungi 42 buah hadis tetapi dianggap sebagai al-Arba‘in kerana ia
adalah penamaan karya, bukan kerana bilangan hadisnya.

Ia sering dibaca, ditelaah, dihafaz, difahami, dikaji dan dihayati, sama ada di pusat-pusat pengajian
yang formal atau tidak. Kesannya melata ke pelusuk dunia dan dipersembahkan dengan pelbagai
bahasa, tidak terkecuali di rantau Nusantara.

Pernah diterjemahkan, ditahqiq, dita‘aliq, disyarahkan, ditambah bilangan hadisnya, dihuraikan


tentang rijalnya dan banyak lagi. Bilangannya sangat banyak sehingga tidak mampu ditentukan
secara pasti.

Ramai yang berpendapat bahawa feomena al-Arba’in al-Nawawiyyah ini berlaku kerana
keistimewaannya : sama ada kerana penulis atau kerana al-Arba‘in itu sendiri. Kedua-duanya
bergabung menjadi faktor pelaris kepada karya ini.

Selain daripada faktor penarik yang ada pada diri penulis iaitu al-Nawawi dan metodologinya, al-
Arba‘in ini juga amat istimewa kerana diisi oleh hadis-hadis yang berbentuk jawami’ al-kalim. Satu
faktor yang jarang ada pada hadis-hadis Al-Arba‘un sebelumnya. Hadis-hadisnya datang dari
pelbagai aspek pengajaran agama Islam dan bukan tertumpu pada bab-bab yang tertentu sahaja. Ia
juga amat penting sehingga dianggap sebagai separuh atau sepertiga daripada ajaran Islam yang
mulia.Hadis-hadisnya adalah meliputi bab-bab yang berbeza antara satu sama lain serta tiada kaitan
antara satu sama lain. Hampir keseluruhan daripada hadith-hadith ini adalah sahih kerana ia adalah
dari riwayat al-Bukhari dan Muslim.Ia mempunyai penjelasan tentang makna kalimah yang sukar
dan cara bacaannya juga.

9
al-Arba‘in al-Nawawiyyah ini amat istimewa kerana bentuknya yang ringkas, tumpuannya yang
terarah serta saiznya yang sederhana, tidak terlalu sukar untuk didekati dan mesra pembaca, mudah
difahami, senang dihafaz, meliputi banyak perkara yang penting, hadithnya sahih, mempunyai
keterangan makna perkataan. Ia sesuai untuk semua golongan; pembaca, penghafaz, pengajar,
pelajar. Ia adalah “jalan selamat”.
RUJUKAN :

1. ‘Abd al-‘Aziz Ibrahim bin Qasim (2000), al-Dalil al-Mutun al-‘Ilmiyyah, Riyad : Dar al-
Somi‘i li al-Nasyr wa al-Tawzi‘.
2. al-‘Uthaymin, Muhammad Salih li (2011), Sharh al-Arba‘in li al-‘Uthaymin, halaman
mukaddimah, www.ibnothaimeen.com, 21 September 2011.
3. al-Bukhari, Abi ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il bin Ibrahim bin al-Mughirah bin
Bardizbah (2000), Sahih al-Bukhari, Mausu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, Salih
bin ‘Abd al-‘Aziz Muhammad bin Ibrahim ‘Ali Sheikh (ed.), Kitab al-al-Ta‘bir, Bab al-
Mafatih bi al-Yad, no.7013, Saudi Arabia : Dar al-Salam.
4. al-Hadad, Ahmad ‘Abd al-‘Aziz Qasim (1992), al-Imam al-Nawawi wa Atharuh fi al-
Hadith wa ‘Ulumuh, Beirut : Dar al-Basya’ir al-Islamiyyah.
5. al-Misto, Mustafa al-Bugho dan Muhy al-Din (1996), al-Wafi fi Sharh al-Arba‘in al-
Nawawi, c.9, Beirut : Dar Ibn Kathir.
6. al-Nawawi, Yahya bin Sharaf al-Din (t.t), Matn al-Arba‘in al-Nawawiyyah fi al-Ahadith al-
Sahihah bi Sharh al-Hafiz al-Kabir Yahya bin Sharaf al-Din al-Nawawi, Pulau Pinang,
Malaysia : Maktabah wa Matba‘ah Dar al-Ma‘arif.
7. __________________________________ (1984), al-Minhaj fi Sharh al-Muslim li al-
Nawawi, j.7, c.2, Beirut : Dar al-Ihya’ al-Turath.
8. al-Naysaburi, Abi al-Husayn Muslim bin al-Hajaj bin Muslim al-Qushairi (2000), Sahih
Muslim, Mausu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, Salih bin ‘Abd al-‘Aziz
Muhammad bin Ibrahim ‘Ali Sheikh (ed.), Kitab al-Masajid wa al-Mawadi’, Bab al-
Masajid wa al-Mawadi’ al-Solah, no.1167, Saudi Arabia : Dar al-Salam.
9. al-Syahruzuri, Abu ‘Amru ‘Uthman bin ‘Abd al-Rahman (1986), ‘Ulum al-Hadith li Ibn
Solah, Dr. Nur al-Din ‘Itr (tahqiq), Damsyiq : Dar al-Fikr.
10. Ibn Mulqini (2005), al-Mu‘in ‘ala Tafahhum al-Arba‘in, ‘Abd al-‘Al Mus‘ad (tahqiq),
cet.1, Kaherah : al-Faruq al-Khaditihiyyah.
11. Taqiy al-Din Ibn Taymiyah (1985), ‘Ulum al-Hadith, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

10

Вам также может понравиться