Вы находитесь на странице: 1из 4

Berdasarkan kes yang dinyatakan, bagaimanakah anda boleh membantu guru ini

menyelesaikan masalah beliau dengan menggunakan kemahiran empati yang


sesuai?

Berdasarkan kes yang dinyatakan, dapat disimpulkan bahawa masalah yang


dihadapi oleh En Rahman ialah kesukaran untuk menerima perubahan dalam bidang
tugas dan kesukaran untuk bekerja dalam suasana tempat kerja yang baru.
Mengapakah perkara sebegini berlaku?

Penyesuaian dengan Tugas dan Tempat Baharu

Stark (2010), dalam artikelnya, “Why Employees Resist Change” menyatakan


tidak semua pekerja dapat menerima penyesuaian tugas dan tempat baharu dengan
motivasi yang tinggi. Antara sebab yang dinyatakan ialah ketakutan untuk gagal. Dalam
hal ini, En Rahman telah berkhidmat selama 15 tahun dan menjalankan segala tugas
yang diberi dengan cemerlang di sekolah yang sama sebelum dinaikkan pangkat
sebagai Guru Penolong Kanan di sekolah yang baharu. Kesukaran untuk menerima
perubahan mungkin berakar pada ketakutan. Sepanjang tempoh menerima perubahan,
En Rahman mungkin lebih berpaut pada masa lalu kerana pada masa itu, suasana
tugas dan tempat lebih selamat dan tidak berisiko. Jika apa yang dilakukan pada masa
lalu membuahkan kejayaan padanya, En Rahman mungkin menolak segala perubahan
atas dasar ketakutan untuk tidak mampu mencapai kejayaan yang sama pada masa
hadapan.

Keupayaan dan Kesediaan untuk Melaksanakan Tugas

“Namun begitu, sejak menjawat jawatan baharu ini, beliau dikesan kerap kali datang
lewat ke sekolah, tidak hadir ke mesyuarat penting, rekod tugasan tidak dikemaskini,
dan selalu mengelak untuk mengambil tanggungjawab yang diberikan.”

Berdasarkan pernyataan di atas, reaksi yang ditunjukkan oleh En Rahman


terhadap perubahan dalam kareernya jelas menunjukkan kewujudan sikap apati di
dalam menjalankan tugas yang baharu. Archana (2015), menyatakan sikap apati
adalah salah satu bentuk luahan yang ditunjukkan oleh seseorang pekerja untuk
menyatakan ketidakgembiraan di tempat kerja. Sikap ini dikenalpasti apabila seseorang
pekerja menjadi hilang sepenuhnya minat terhadap kerja. Tugas yang diberikan akan
dilaksanakan dengan pasif, tiada motivasi, dan tidak ikhlas.

Hal ini mungkin berlaku kerana En Rahman tidak berkeinginan untuk menerima
tugas yang berlainan daripada tugas beliau yang lama. Kenaikan pangkat sebagai Guru
Penolong Kanan Pentadbiran memerlukan beliau untuk menguasai lebih banyak
kemahiran, menerima tugas yang lebih mencabar, dan memikul tanggungjawab yang
lebih besar. Ternyata beliau tidak bersedia untuk mengalami perubahan tahap kerja
tersebut.

Hubungan dengan Staf

“Beliau telah banyak menyendiri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti bersama warga
sekolah yang lain”

Permasalahan di atas jelas menunjukkan En Rahman mengalami masalah


dalam pergaulannya dengan rakan staf yang baharu. Hal ini mungkin disebabkan beliau
lebih selesa untuk bekerja dengan rakan staf yang lama, menyebabkan sukar untuknya
menerima rakan setugas yang baharu. Beliau merasakan apabila berada di sekolah
yang lama, beliau akan sentiasa diberi sokongan dari rakan-rakannya, dan apabila tiba
di sekolah baharu, beliau berasa ragu-ragu untuk mendapat sokongan yang sama
daripada rakan setugasnya.

Kesimpulannya, En Rahman mengalami perubahan yang drastik di dalam


kareernya, dimana dia dikehendaki untuk menghadap tempat kerja yang baharu,
dengan tugas baharu yang lebih mencabar, dan rakan sekerja yang baru. Perubahan ini
mungkin terlalu besar untuk beliau setelah menghadapi 15 tahun yang cemerlang di
sekolah yang sama, tugas yang sama, dan rakan setugas yang sama.

Penyelesaian Masalah

Sebagai pemimpin, kemahiran menyelesaikan masalah subordinat di dalam


sesebuah organisasi amat penting. Dengan menerapkan kemahiran empati di dalam
penyelesaian masalah dalam organisasi, apa yang dihadapi oleh En Rahman mungkin
dapat diatasi.

Empati merupakan suatu kebolehan untuk merasai dan mengaitkan terhadap


pemikiran, emosi, ataupun pengalaman orang lain. Empati adalah melebihi simpati,
dimana ianya merupakan kebolehan untuk memahami dan menyokong orang lain
dengan perasaan belas kasihan dan sensitiviti. Berdasarkan kes di atas, saya akan
membantu menyelesaikan masalah En Rahman melalui beberapa peringkat. Peringkat
pertama ialah saya akan cuba bersikap positif untuk memahami dan menyelami situasi
yang dihadapi En Rahman. Saya harus menerima dan mengetahui bahawa setiap
individu mempunyai semangat dan keinginan yang berbeza. Setiap individu mahu diri
mereka diterima dan dihargai.

Empati mencakupi banyak aspek terhadap penilaian moral dan tindakan saya
dan ianya wujud secara semulajadi jika saya sedar terhadap persekitaran dan tekanan
yang mempengaruhi antara satu sama lain. Kelebihan-kelebihan daripada sifat empati
adalah berefleksi. Apabila saya menunjukkan empati, ia boleh menghasilkan
ketenangan terhadap saya dan juga orang yang menerimanya. (Mendes, 2003).
Tambahan pula, empati dapat mempertingkatkan kebolehan seseorang untuk
memaafkan orang lain (Macaskill, Maltby & Day, 2002). Dengan mengamalkan prinsip
empati, saya tidak akan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman terhadap salah
laku En Rahman, sebaliknya, saya akan cuba menyelami dengan lebih dalam dan
memahami sepenuhnya tentang permasalahan yang dihadapi oleh En Rahman, dan
membuat refleksi untuk merancang beberapa strategi untuk membantunya menghadapi
masalah tersebut.

Fasa yang seterusnya ialah dengan melakukan komunikasi empatik bersama En


Rahman. Komunikasi empatik ialah komunikasi secara verbal dan non verbal yang
mampu memahami perasaan, situasi, atau keadaan orang atau pihak lain tanpa
dipengaruhi untuk mengikuti kepentingan orang lain dan mengabaikan kepentingan diri
sendiri.
Kemahiran mendengar dan memberi respons adalah kemahiran yang sangat
penting dalam kemahiran empatik. Saya haruslah menggunakan “eye-contact” yang
sesuai, bersikap tulen dan tidak berpura-pura serta memberi tumpuan terhadap En
Rahman. Saya akan menunjukkan bahawa saya benar-benar mengambil berat akan
masalahnya dan mencuba apa sahaja untuk membantu beliau. Ini akan membentuk
kepercayaan dalam diri En Rahman terhadap saya dan akan membuat beliau lebih
terbuka untuk berkongsi masalahnya dengan saya.

Setelah mendapat maklumat yang diingini, saya akan membantu En Rahman


untuk mengatasi masalahnya semampu yang saya boleh. Saya akan membantu beliau
menyediakan pelan tindakan dengan bertanyakan beberapa soalan seperti, apakah
pendapat awak dalam menghadapi masalah ini, adakah awak mempunyai rancangan
yang lain sekiranya idea pertama gagal, beritahu saya langkah-langkah dalam pelan
awak dan bilakah awak akan mengambil langkah yang pertama. Melalui perbincangan
dengan En Rahman, saya berharap agar dapat meringankan beban yang dipikul beliau,
dan mungkin membantu beliau mengenalpasti penyelesaian yang tidak difikirkan beliau
sebelum ini (Archana, 2015).

Fasa yang seterusnya ialah pemberian sokongan yang padu kepada En Rahman
untuk menjalankan pelan tindakan beliau sehingga beliau dapat mengatasi
masalahnya. Saya haruslah memastikan bahawa En Rahman berasa dihargai dengan
agar beliau lebih berasa yakin untuk mengulang kembali pencapaian di sekolah
lamanya. Jika beliau berasa takut untuk gagal memegang tanggungjawab baharu yang
diberikan kepadanya, saya akan memberikan ruang sekiranya beliau melakukan
kesilapan. Adalah tugas saya sebagai pemimpin untuk memahami kepada ketakutan ini
dan membuat satu polisi yang akan membenarkan kesilapan semasa proses transisi
beliau tersebut. Sebagai pemimpin, saya akan menyediakan satu ruang belajar yang
selamat untuk beliau kerana dari kesilapan itulah, dia akan belajar untuk menjadi
subordinat yang lebih baik pada masa akan datang.

Вам также может понравиться

  • Kertas Kerja Pertandingan Nyanyian Solo
    Kertas Kerja Pertandingan Nyanyian Solo
    Документ5 страниц
    Kertas Kerja Pertandingan Nyanyian Solo
    Dzairi Azmeer
    100% (2)
  • Proposal Kem Kepimpinan 16
    Proposal Kem Kepimpinan 16
    Документ8 страниц
    Proposal Kem Kepimpinan 16
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Trip Kuala Terengganu
    Trip Kuala Terengganu
    Документ1 страница
    Trip Kuala Terengganu
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Rphmoral
    Rphmoral
    Документ3 страницы
    Rphmoral
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Bola Tampar
    Bola Tampar
    Документ2 страницы
    Bola Tampar
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Borang Sinopsis
    Borang Sinopsis
    Документ1 страница
    Borang Sinopsis
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • RPH Seni Minggu 19
    RPH Seni Minggu 19
    Документ1 страница
    RPH Seni Minggu 19
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Skrip Bobo
    Skrip Bobo
    Документ2 страницы
    Skrip Bobo
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Jadual Perkhemahan Tahunan 2016
    Jadual Perkhemahan Tahunan 2016
    Документ1 страница
    Jadual Perkhemahan Tahunan 2016
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Lagu Bobo
    Lagu Bobo
    Документ1 страница
    Lagu Bobo
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Lagu Bobo
    Lagu Bobo
    Документ1 страница
    Lagu Bobo
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Dunia Muzik 1
    Dunia Muzik 1
    Документ2 страницы
    Dunia Muzik 1
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Skrip Bobo
    Skrip Bobo
    Документ2 страницы
    Skrip Bobo
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Jadual Liga 1murid1sukan 2018
    Jadual Liga 1murid1sukan 2018
    Документ2 страницы
    Jadual Liga 1murid1sukan 2018
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Latihan2 (Pengukuhan)
    Latihan2 (Pengukuhan)
    Документ2 страницы
    Latihan2 (Pengukuhan)
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Tinjaundin
    Tinjaundin
    Документ6 страниц
    Tinjaundin
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Aku Negaraku
    Aku Negaraku
    Документ2 страницы
    Aku Negaraku
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Soalan Latihan Pilihan
    Soalan Latihan Pilihan
    Документ14 страниц
    Soalan Latihan Pilihan
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Nenek Si Bongkok Tiga
    Nenek Si Bongkok Tiga
    Документ1 страница
    Nenek Si Bongkok Tiga
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Analisis Peperiksaan Pertengahan Penggal 1 Mac 2017 Bi
    Analisis Peperiksaan Pertengahan Penggal 1 Mac 2017 Bi
    Документ5 страниц
    Analisis Peperiksaan Pertengahan Penggal 1 Mac 2017 Bi
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Lembaran Kerja Individu (TP5)
    Lembaran Kerja Individu (TP5)
    Документ1 страница
    Lembaran Kerja Individu (TP5)
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Bahagian B
    Bahagian B
    Документ4 страницы
    Bahagian B
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Lembaran Klinik Dan Bengkel Sains Tahun 6 2016
    Lembaran Klinik Dan Bengkel Sains Tahun 6 2016
    Документ10 страниц
    Lembaran Klinik Dan Bengkel Sains Tahun 6 2016
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Divider Fail Krs
    Divider Fail Krs
    Документ17 страниц
    Divider Fail Krs
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Mind Mape2
    Mind Mape2
    Документ6 страниц
    Mind Mape2
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Kandungan Hadapan Buku RPH
    Kandungan Hadapan Buku RPH
    Документ26 страниц
    Kandungan Hadapan Buku RPH
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • RPT Tahun 5 KSSR BM PDF
    RPT Tahun 5 KSSR BM PDF
    Документ39 страниц
    RPT Tahun 5 KSSR BM PDF
    Norazimah Mohamad
    Оценок пока нет
  • Namelisttahun 5
    Namelisttahun 5
    Документ1 страница
    Namelisttahun 5
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет
  • Kandungan Hadapan Buku RPH
    Kandungan Hadapan Buku RPH
    Документ26 страниц
    Kandungan Hadapan Buku RPH
    Dzairi Azmeer
    Оценок пока нет