Вы находитесь на странице: 1из 3

KEUTUHAN PERPADUAN KEHARMONIAN BERKEKALAN

Bismillahirrahmaanirrahim

Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 103 yang bermaksud, “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian
pada tali Allah,dan janganlah kalian bercerai-berai”

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih diucapkan kepada nakhoda pimpinan majlis yang bervisi, kombinasi kehakiman yang
berintegriti, penjaga masa yang setia dengan detik waktu di sisi,seterusnya siding hadirin yang dikasihi.

Berdirinya saya di sini ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan wacana para sarjana
menerusi mauduk pidato yang berbunyi, “Keutuhan Perpaduan,Keharmonian Berkekalan”.

Sebelum ledakan hujah menghujani seisi dewan,izinkan saya untuk mendefinisikan bait-bait kata,frasa
demi frasa mauduk pidato saya pada hari ini. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, frasa ‘Keutuhan
Perpaduan’ membawa maksud kesempurnaan dalam kesepakatan .Manakala,frasa ‘Keharmonian
Berkekalan’ bermaksud kemesraan yang berpanjangan. Namun begitu,bagaimanakah keharmonian
dapat dikekalkan melalui perpaduan di Negara kita?Ayuh,bukakan minda ,pinjamkan telinga dengan
mendengar hujah saya di bawah pendekatan tiga indikator yang berbeza.

Indikator pertama,PENDIDIKAN LESTARI,KEHARMONIAN DIKECAPI

Kedua,MEMPERKASA BAHASA ,MENDAULATKAN BANGSA

Ketiga, RUKUN NEGARA MENYATUPADUKAN BANGSA MALAYSIA

Hadirin sekalian,

Hijab pidato ini saya buka menerusi indicator pertama, PENDIDIKAN LESTARI ,KEHARMONIAN
DIKECAPI.Pendidikan merupakan komponen teras dalam membina masyarakat yang bersatu-padu.Hari
ini,Kementerian Pendidikan Malaysia telah meneruskan pelbagai agenda memupuk perpaduan menerusi
pelbagai program seperti program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan atau RIMUP yang telah
dilaksanakan oleh pihak kerajaan sejak tahun 1986 lagi,hasil cetusan idea oleh Menteri Pendidikan pada
waktu titu,iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Menurut Laporan Pelan Pembangunan Malaysia
(PPPM) pada tahun 2014,Jemaah Nadzir dan Jaminan Kualiti(JNJK) telah melaksanakan pemantauan di
78 buah sekolah menilai tahap pelaksanaan RIMUP.Hasil pemantauan tersebut mendapati bentuk
perpaduan dapat dilihat menerusi interaksi atau komunikasi para pelajar di dalam bilik darjah dan
aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah.Maka ,sudah terang lagi bersuluh,pendidikan merupakan
platform untuk menyemai semangat perpaduan dalam benak sanubari generasi muda sekali gus
mewujudkan keharmonian sejagat.
KEUTUHAN PERPADUAN KEHARMONIAN BERKEKALAN

Pendengar yang penuh santun,

Indikator saya yang kedua ialah MEMPERKASA BAHASA MENDAULATKAN BANGSA.Sasterawan Negara,
Profesor Madya Dr.Lim Swee Tin pernah berkata,bahawa Bahasa Melayu harus difahami oleh setiap
rakyat di Malaysia sebagai jambatan kepada penyatuan hati dan nurani rakyat Negara ini.Sebagai
Negara yang berdaulat dan merdeka,Bahasa Melayu menjadi alat dan pemangkin untuk membina jati
diri dan keperibadian rakyat Malaysia.Malah ,pada abad ke-15 lagi,iaitu ketika Zaman Kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka,Bahasa Melayu sudah pun diangkat martabatnya sebagai lingua franca atau
bahasa perantara dalam kalangan pedagang dari China,Eropah dan Arab.Maka,tidak mustahillah jika
sehingga hari ini,Bahasa Melayu diujarkan dengan penuh harmoni di sekolah ,pejabat bahkan urusan
jual beli di pasar raya misalnya.Tuntasnya,pengiktirafan Bahasa Melayu dan penggunaannya sebagai
bahasa kebangsaan menjadi alat penyatuan untuk membentuk perpaduan rakyat persis peribahasa
Melayu , ‘serumpun bak serai,sesusun bak sirih’ dan rasa harmoni dalam jiwa masyarakat Malaysia pada
hari ini.

Hadirin sekalian,

Kita harus belajar daripada peristiwa rusuhan kaum pada 13 MEI 1969 agar pisang tidak berbuah dua
kali.Maka,beralih kita kepada indicator saya yang terakhir di bawah lembayung kata, RUKUN NEGARA
MENYATUPADUKAN BANGSA MALAYSIA. Sebagai langkah untuk menyatukan rakyat Negara ini, kerajaan
telah melancarkan RUKUN NEGARA pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan
Negara.Prinsip-prinsip yang terkandung dalam RUKUN NEGARA merupakan kunci untuk mengekalkan
keharmonian dan perpaduan di Negara ini.Ayuh! Kita hayati,lima prinsip RUKUN NEGARA iaitu
1.KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

2.KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

3.KELUHURAN PERLEMBAGAAN

4.KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

5.KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Tamsilnya,rukun Negara yang kelima iaitu KESOPANAN DAN KESUSILAAN mengajar rakyat untuk
bersopan santun dan mengelakkan sebarang pertelingkahan.Maka, jelaslah bahawa Rukun Negar
menjadikan perpaduan lebih utuh agar keharmonian terus berkekalan.

Hadirin yang bervisi,


KEUTUHAN PERPADUAN KEHARMONIAN BERKEKALAN

Sebelum kata mengunci bicara ,sebelum langkah mengundur pergi,izinkan saya menyimpulkan pidato
saya bahawa dengan mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat,barulah masyarakat yang
mempunyai aspirasi yang sama dapat dilahirkan.Diharapkan bunga bangsa yang sedang mekar,akan
terus menguntum dan memercikkan aroma kasih saying,keharmonian dan perpaduan.Oleh itu,ayuh
sekali lagi,kita wujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana peribahasa Melayu
ada mengatakan bahawa ‘bulat air kerana pembetung,bulat kata kerana muafakat’

Sekian terima kasih,pemudi Tun Perak ,mohon permisi.

Вам также может понравиться