Вы находитесь на странице: 1из 28

1

1) Hasil pembelajaran

2) Kesultanan Melayu Melaka


lambang pertemuan masyarakat pelbagai etnik

3) Pembentukan masyarakat majmuk


era kolonialisme Inggeris

4) Kerangka teoritikal

5) Kerangka konseptual

6) Konsep-konsep hubungan etnik

2
1) Memahami Kesultanan Melayu Melaka sebagai lambang
kemuncak kepada pluraliti di Nusantara.

2) Memahami kesan penjajah Barat kepada masyarakat


pelbagai etnik di negara ini.

3) Menguasai kemahiran untuk menganalisis fenomena sosial


dan masalah hubungan etnik negara ini.

3
 Masyarakat dalam negara yang berlatar belakangkan pelbagai
etnik cenderung untuk mengkategorikan dan menilai sesuatu
kumpulan masyarakat yang lain berdasarkan pemikiran dan
pemahaman sendiri selain terpengaruh oleh pelbagai faktor
termasuk melalui perspektif budaya majoriti atau budaya
tersendiri.

 Justeru perlunya pemahaman mendalam dan tepat tentang


teori dan definisi tentang budaya, ras, dan etnik bagi
mengelakkan konflik antara etnik.

4
Pemerintahan - Hukum Kanun Melaka; Undang-undang Laut
Melaka; pemerintahan secara diplomasi dan terbuka;
mementingkan keharmonian kaum buktinya pegawai istana
meliputi etnik Melayu dan India; amalan perkahwinan campur
seperti perkahwinan puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur
Shah.

Perdagangan - Undang-undang Kanun Melaka dan Undang-


undang Laut Melaka berteraskan Islam.

5
 Kependudukan - Zaman Pluraliti akibat penghijrahan
pedagang dari Arab, India, China dan negara lain tanpa
memerlukan pasport atau visa sebagai pengenalan diri untuk
memasuki sesuatu kawasan, di samping bebas berdagang
dan berinteraksi menyebabkan berlakunya proses asimilasi
dan amalgamasi.

 Kepelbagaian Budaya - Melaka sebagai kota metropolitan dan


kota multibudaya. Pluralisme budaya hasil daripada interaksi
pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme,
Buddhisme, Arab Islam dan Eropah - Portugis, Sepanyol,
Belanda dan British dengan budaya alam Melayu sejak abad 5
masihi.

6
 Kedatangan British ke alam Melayu berlandaskan serampang
tiga mata: keagamaan, kekayaan & kemegahan.

 Pemisahan antara agama dan negara berlaku di Eropah (abad


ke 15M).
◦ Pemisahan antara agama dan sains moden yang dinamakan
Rocks of Ages: Sciences and Religion in the Fullness of Life
oleh Stephen Jay Gould (2002) berlaku pada abad ke-15
Masihi apabila agama dianggap sebagai penyumbang
perselisihan pendapat dalam kalangan manusia,
pergaduhan dan peperangan. Sains pula dianggap sebagai
bersifat sarwajagat menyatukan manusia dengan
kefahaman yang sama, dan hidup aman damai.

7
 Dasar pemisahan agama dengan negara diteruskan oleh
British di Tanah Melayu dengan British menguasai
pentadbiran negara, manakala Sultan menjaga hal ehwal
agama Islam dan adat istiadat Melayu, dan pengenalan sistem
pentadbiran berdasarkan pengagihan kuasa antara
Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan.

 Pertembungan antara "Islam sebagai agama dan para


penganutnya" dengan "negara kolonial sekular” [terutama
dalam konteks pemodenan barat]

 Negara yang lebih awal mengalami pengalaman ini ialah


negara Asia Selatan seperti India, Pakistan, Bangladesh,
Bhutan, Sri Lanka dan Nepal.

8
 Bernard Cohn ahli antropologi Amerika yang mengkaji sejarah
India mengutarakan kolonialisme bukan hanya melibatkan
penaklukan ruang fizikal tetapi juga penaklukan ruang
epistemologi melalui siri modus penyiasatan dengan proses
penguraian sistem pemikiran peribumi yang mengakibatkan
hilangnya kekuatan sistem pemikiran peribumi sebagai kuasa
pentakrifan kehidupan.

9
 Masyarakat pluralistik di Malaysia – tertumpu kpd Melayu,
Cina & India (paling menyerlah).

 Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah -


penghijrahan etnik Cina dan India secara besar-besaran pada
akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 di Tanah Melayu
mengakibatkan terbentuknya masyarakat majmuk pelbagai
etnik, namun tetap mengekalkan kebudayaan masing-masing
dari segi agama, bahasa dan cara hidup.

 Di Sabah- Kadazan, Bajau, Murut & Suluk. SBBU


menggalakkan penghijrahan etnik Cina untuk bekerja di
ladang getah dan tembakau.

 Di Sarawak – Iban, Bidayuh, Melayu & Melanau. Dinasti Brooke


menggalakkan etnik Cina datang untuk bekerja sebagai
pedagang, petani dan pelombong.

10
 Kesimpulan:
◦ Kesan migrasi masyarakat Nusantara dan faktor migrasi
massa golongan migran Cina dan India ke TM demi
memenuhi tuntutan kepentingan ekonomi penjajahan Barat
telah mewujudkan masyarakat pelbagai etnik yang
bersegmen mengikut kegiatan ekonomi.

◦ Pelbagai kumpulan etnik hidup secara berasingan dan


mengekalkan kebudayaan masing-masing, namun wujud
persefahaman dan keharmonian yang erat.
◦ Persefahaman dan kerjasama yang wujud membolehkan
kemerdekaan dicapai pada tahun 1957 dan Malaysia
dibentuk pada tahun 1963.

11
 Geertz (1963) menyatakan setiap etnik terikat kepada
sentimen primordial mereka yang menguatkan kesetiaan dan
ikatan kepada kelompok sendiri dan menyebabkan mereka
bersikap stereotaip dan prejudis terhadap etnik lain.

 Kajian hubungan etnik menumpu kepada persoalan asas


dalam hubungan etnik, memahami dan menjelaskan bentuk
hubungan antara manusia yang dikenalpasti melalui
bekerjasama, penyesuaian, persaingan dan konflik.

 Disiplin ilmu – sosiologi, psikologi sosial dan sains


kemasyarakatan di gunakan.

12
KERANGKA Teori pilihan Teori Pertukaran
TEORITIKAL Rasional Sosial

Teori Pasaran Teori Sistem


Teori Ekologi
Buruh Terpisah Ekologikal

Teori Masyarakat
Teori Freudian
Majmuk

Teori
Teori Kelas
Fungsionalisme

13
Ras Rasisme Etnik

Etnosentrisme Budaya Stereotaip

Prasangka
Diskriminasi
/Prejudis

14
Kerangka Konseptual

RAS : Kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan


kolektif berasaskan ciri fizikal-biologikal yang diwarisi – warna
kulit, bentuk rupa, bentuk / warna rambut dan warna mata.

 Pakar sosiologi – ras bukan satu hakikat biologi, tetapi


dibentuk oleh masyarakat supaya fahaman perkauman dapat
disemarakkan dengan ciri-ciri fizikal yang ‘inferior’ dan
‘superior’ [konsep sosiopolitik].

15
Ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif
oleh sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-
biologikal secara terbuka. Ia adalah gabungan prejudis dan artikulasi
kuasa

16
•Sekelompok manusia yang mempunyai ikatan
Etnik kebudayaan yang banyak persamaan – agama, ras,
asal-usul, bahasa, adat, makanan, dan lain-lain.

•Kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam


kalangan etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka
adalah lebih baik dan unggul berbanding
Etnosentrisme kelompok lain.

•Martin (2003) – kecenderungan sesuatu kumpulan


ettnik untuk menilai kumpulan etnik yang lain
berdasarkan kedudukan dan nilai etniknya

17
Stereotaip
• Kenyataan umum terhadap sesuatu kumpulan etnik; berbentuk negatif
atau positif
 Fahaman sesebuah kelompok dengan mengeneralisasikan
kelompok yang lain berdasarkan sikap, perbuatan serta fahaman
seseorang individu daripada kelompok.

Prasangka / Prejudis
• Kesimpulan yang dibuat berdasarkan perasaan dalaman (negatif)
individu/kelompok terhadap individu/kelompok yang lain tanpa bukti
/ maklumat yang betul.
 Prejudis kategori
 Prejudis yang tidak fleksibel

Diskriminasi
• Layanan yang buruk / tidak adil terhadap individu / kumpulan
tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang
diwakili oleh individu berkenaan.
• Diskriminasi mudah dilihat
• Diskriminasi tahap tertinggi

18
 Konsep ras merujuk kepada warisan fizikal, manakala etnik
merujuk kepada warisan kebudayaan.

 Namun, batas atau sempadan dalam kumpulan etnik dan ras


tidak jelas dan tetap kerana dua konsep ini sering bertindih
dan maknanya kabur.

 Seseorang itu tidak boleh dilabel berdasarkan ciri-ciri


fizikalnya atau warisan kebudayaan dan nenek moyangnya.

 Percampuran ras disebabkan perkahwinan campur


menyebabkan ciri-ciri warisan fizikal berubah seperti warna
kulit.

19
 Dalam masyarakat kontemporari, ketebalan batas etnik
dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi seperti material, status
dan sosial.

 Aktiviti harian dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di


Malaysia tidak dipengaruhi semata-mata oleh pengiraan etnik
atau batas etnik yang sedia ada.

 Hubungan simbiosis atau saling bergantungan wujud dan


menipiskan batas etnik sehingga membentuk satu sistem
sosial yang kompleks.

 Pengkategorian kumpulan memang wujud tetapi masyarakat


mempunyai pilihan sama ada menebalkan, menipiskan atau
melenyapkan batas-batas etnik dengan mengenali dan
mengakui kelebihan dan kekuatan setiap kumpulan etnik.

20
Konsep Integrasi
• “Proses penyatuan kelompok-kelompok etnik yang berbeza
latar belakang menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan
nilai serta kepentingan bersama”

• “Pelaksanaan proses bagi mewujudkan identiti


nasional di kalangan kumpulan yang terpisah
dari segi kebudayaan, sosial, pekerjaan dan lokasi.”

21
KONSEP TAHAP HUBUNGAN ETNIK

5. Amalgamasi
4. Asimilasi

3.Asimilasi Perpaduan yang


Budaya: tinggi
Akulturasi
2. Akomodasi

1.Segregasi

Perpaduan yang
rendah
1.Segregasi
•Pemisahan atau pengasingan antara etnik dengan etnik yang lain
• Berlaku dalam bentuk pemisahan tempat tinggal, sistem pendidikan,
pengangkutan dan kemudahan awam
• Contoh: Dasar Aparteid Afrika Selatan
2. Akomodasi.
•Penerimaan terhadap norma dan nilai etnik lain tanpa
menggugat budaya masing-masing.
• Setiap kumpulan etnik memparktikkan budaya mereka
sendiri sahaja dan hidup secara aman dan harmoni
3. Asimilasi Budaya: Akulturasi

Gordon (1964), asimilasi terbahagi kepada 2:


1. Asimilasi Budaya= Akulturasi
2. Asimilasi = Asimilasi Struktur
Asimilasi Budaya: Akulturasi
Di mana kelompok minoriti akan mempelajari budaya kelompok
majoriti dan sebaliknya.
• Dikenali sebagai proses meminjam / menerima budaya golongan etnik
lain tanpa mengubah budaya asal mereka.
•Masyarakat Malaysia yang makan makanan daripada kaum-kaum yang
berbeza dan memakai pakaian kaum lain.
4. Asimilasi Struktur

Asimilasi Struktur: Asimilasi berlaku secara terancang dan mengikut polisi


kerajaan. Contoh : orang Melayu di Thailand, orang Cina di Indonesia
•Merupakan proses integrasi sehala yg akan menghasilkan satu kelompok
masyarakat yang mempunyai satu budaya, satu bahasa dan satu agama.
Biasanya golongan etnik minoriti akan kehilangan identiti dan menjadi
sebahagian daripada golongan majoriti.
5. Amalgamasi
•Merupakan proses percantuman melalui biologi (perkahwinan campur).
• Proses amalgamasi ini akan melahirkan satu kelompok ras baru dan memiliki
ciri-ciri budaya yg baru.
• Proses ini hanya berlaku dalam sebuah masyarakat yang mengamalkan
perkahwinan campur secara besar-besaran.
• Kaum A + Kaum B = Kaum C
•Chinese + Indian = Chindian
 Hubungan etnik tidak wajar dilihat dari sudut luaran sahaja
tetapi lebih penting dari sudut konseptual.

 Aspek-aspek yang menjadi teras kebudayaan kebangsaan


sewajarnya dipelihara kerana ia berteraskan kepada
kebudayaan rakyat asal rantau ini.

 Penerimaan unsur kebudayaan lain yang sesuai menunjukkan


bahawa kebudayaan kebangsaan itu tidak meminggirkan
kebudayaan lain. Sebaliknya meraikan kepelbagaian yang ada
di Malaysia.

28

Вам также может понравиться