Вы находитесь на странице: 1из 16

MODUL PELAKSANAAN AKTIVITI

‘ICE- BREAKING’ DAN LDK


( PANDUAN FASILITATOR )

DISEDIAKAN OLEH :

KURSUS KEPIMPINAN II

ANJURAN BERSAMA :

SASARAN :

Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Kesihatan,


Ketua & Pen. Ketua Kelas, Pengerusi & Naib Pengerusi Unit Beruniform.

TARIKH PELAKSANAAN :

BERTEMPAT DI :
Dewan

BARISAN FASILITATOR LDK


(Kursus Kepimpinan ):

Fasilitator LDK/ Kumpulan:


1. (Ketua Fasilitator)
2. (Kump.1)
3. (Kump.2)
4. (Kump.3)
5. (Kump.4)
6. (Kump.5)
7. (Kump.6)
8. (Kump.7)
9. (Kump.8)
10. (Kump.9)
11. (Kump.10)
2

JADUAL KURSUS KEPIMPINAN


(5 jam sahaja @ dalam sesi persekolahan sahaja)

Masa Tajuk Aktiviti Bentuk Aktiviti

7.30 pagi Kehadiran dan pendaftaran peserta

8.00 pagi Sesi Taklimat dan Suaikenal Taklimat

8.15 pagi Sesi 1: Ice-Breaking Permainan


bermodul

9.00 pagi Aktiviti 1 LDK

9.30 pagi Aktiviti 2 LDK

10.30 pagi Rehat

11.00 pagi Aktiviti 3 LDK

11.45 pagi Aktiviti 4 Permainan bermodul

12.30 tengahari Majlis Perasmian Penutup Majlis


Jamuan
Bersurai

Apa itu Latihan Dalam Kelompok (LDK)? :

Latihan dalam kelompok bermaksud aktiviti-aktiviti terancang yang


dijalankan secara bersama-sama oleh ahli-ahli kelompok dengan panduan
dan bimbingan fasilitator bagi mencapai suatu matlamat yang tertentu.

Etika Kelompok LDK :

1. Penerimaan tanpa syarat


2. Kerahsiaan
3. Keterbukaan
4. Keikhlasan
5. Keterlibatan dengan rela hati
6. Tidak menghakim
7. Rasa kepunyaan (belonging) kepada kelompok
8. Tiada tindakan secara fizikal terhadap ahli lain.
3

Panduan kepada Fasilitator untuk mengendalikan kelompok :

1. Fasilitator mesti merujuk modul yang disediakan bagi memastikan


keselerasan aktiviti dan perkembangan peserta dalam seminar. Ikut
cadangan objektif dan langkah pelaksanaan aktiviti supaya dapat
mencapai matlamat dan objektif seminar seperti yang diamanahkan
oleh penganjur.

2. Duduk dalam bulatan atau ladam kuda. Pastikan semua ahli dapat
melihat satu sama lain. Cara dan bentuk kedudukan boleh diubah suai
pada sesi berikutnya.

3. Fasilitator elakkan menggunakan gantinama diri “cikgu”. Disarankan


untuk menggunakan gantinama diri ”saya”.

4. Mulakan sesi dengan salam dan ucap sejahtera, doa. Fasilitator boleh
menyerahkan tugas memulakan sesi kepada ketua kelompok bagi sesi
kedua dan seterusnya.

5. Pada sesi pertama fasilitator mestilah bijak membina hubungan yang


mesra dengan ahli supaya diterima oleh kelompok. Terangkan tentang
LDK dan etika kelompok.

6. Mulakan setiap sesi dengan rapport dan semak keselesaan ahli.


Kemudian imbas kembali aktiviti yang lepas untuk memastikan ada
kesinambungan.

7. Luaskan peluang bercakap kepada semua ahli.

8. Gunakan permainan-permainan kecil (energizer) bagi menimbulkan


minat atau untuk menghilangkan rasa bosan atau hilang perhatian ahli.

9. Pada sesi akhir fasilitator mengajak semua ahli bermaafan dan


bersalaman.
4

ICE-BREAKING

ICE-BREAKING

AKTIVITI 1
TAJUK : MEMBENTUK KELOMPOK KATEGORI
TARIKH: 14 November 2011
MASA : 8.15 pagi – 8.25 pagi (10 minit)
TEMPAT : Dewan SKJ3(F)
SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Menilai ketangkasan peserta bertindak mengikut arahan yang diberikan.

PELAKSANAAN:

1. Peserta beratur mengikut kumpulan masing-masing.(Pengawas


Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Kesihatan, Ketua
& Pen. Ketua Kelas dan Barisan Pemimpin Unit Beruniform,
Kelab & Permainan)
2. Setiap peserta dikehendaki membentuk satu kelompok besar
berdasarkan;
a. Abjad pertama nama ibu
b. Bulan kelahiran yang sama.
5

PENILAIAN : Peserta dinilai kecekapan mereka bergerak mencari kumpulan masing-


masing.

RUMUSAN : Banyak faktor yang boleh menjadikan penyebab kejelekan antara sesama
manusia yang baru dikenali.

FALSAFAH :Menimbulkan rasa kemesraan dan kejelekitan antara sesama peserta.

AKTIVITI 2
TAJUK : TEPUK DAN SORAK CEMERLANG PEMIMPIN
TARIKH: 14 November 2011
MASA : 8.25 pagi – 8.35 pagi (10 minit)
TEMPAT : Dewan SK Jelai 3 (F)
SASARAN : Peserta-Peserta Kursus Kepimpinan
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Menjalin ikatan persahabatan dengan erat antara sesama peserta.

PELAKSANAAN:

1. Peserta beratur mengikut kumpulan yang baru dibentuk.

2. Setiap peserta bertepuk dan bersorak mengikut arahan ketua


fasiltator dengan penuh bersemangat

PENILAIAN : Kumpulan dinilai berdasarkan kekreatifan mereka didalam membentuk jenis


tepukan dan sorakan yang relevan dengan program.

RUMUSAN : Sesuatu ikatan mestilah dijalinkan dengan lebih erat dengan sesuatu sebagai
jambatan penghubung kepada ikatan tersebut.

FALSAFAH :

1. Melatih peserta berkomunikasi dengan cara berkesan dalam masa


singkat dengan orang yang baru dikenali.

2. Mencungkil sifat berani dalam diri peserta.


6

AKTIVITI 3
TAJUK : 30 KOTAK AJAIB
TARIKH: 14 November 2011
MASA : 8.35 pagi – 8.55 pagi (30 Minit)
TEMPAT : Dewan SK Jelai 3 (F)
SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
BAHAN : Edaran 30 Kotak Ajaib
OBJEKTIF :

PELAKSANAAN:

1. Setiap peserta menerima sehelai edaran 30 kotak ajaib (Lampiran I).

2. Peserta diminta berjumpa sahabat mereka yang dari berlainan


kumpulan dan bertanyakan mana-mana satu soalan daripada kotak
ajaib.

3. Jawapan hanya ”ya” atau ”tidak”

4. Jika jawapan ”ya” dapatkan nama, nombor telefon dan tandatangan


peserta.

5. Jika jawapan ”tidak” tanya peserta lain.

6. 10 peserta yang lewat diminta menyanyikan 1 lagu patriotik.

PENILAIAN : Peserta dapat berkenalan dengan peserta lain.

RUMUSAN : Peserta dapat mengguna skil berinteraski dengan peserta dari kumpulan lain
dan mengetahui minat serta latarbelakang peserta yang ditemui.

FALSAFAH :

1. Melatih peserta berkomunikasi dengan cara berkesan dalam masa


singkat.
7

2. Mencungkil sifat berani dalam diri peserta.

MODUL
LDK

AKTIVITI 1
TAJUK : RANTAI NAMA
TARIKH: 14 November 2011
MASA : 9.00 pagi – 9.30 pagi (30 minit)
TEMPAT : Dewan SKJ3(F)
SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF :

1. Sebagai satu tanda perkenalan antara peserta dan peserta serta dan
fasilitator.

2. Mengeratkan lagi kerjasama antara peserta disamping mengetahui serba


sedikit pengenalan diri kawan.

Prosedur :

1. Peserta pertama diminta untuk memperkenalkan diri(nama,bilangan adik


beradik,cita-cita)

2. Peserta kedua pula akan memperkenalkan diri tetapi sebelum itu dia
harus menyebut apa yang diperkatakan kawan yang pertama tadi.

3. Proses ini berlaku sehingga orang yang terakhir dimana dia akan
mengulang apa yang diperkatakan orang yang pertama sehinggalah orang
yang sebelumnya.
8

4. Kemudian barulah dia memperkenalkan dirinya kepada semua.

5. Fasilitator boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk sesi ini supaya ia


menjadi lebih menarik.

AKTIVITI 2
TAJUK : 10 KELOMPOK TERBILANG
TARIKH: 14 November 2011
MASA : 9.30 pagi – 10.30 pagi (1 jam)
TEMPAT : Dewan SKJ3(F).
SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
BAHAN : Kertas Mahjong dan Marker.

OBJEKTIF :
1. Peserta dapat bekerjasama menyempurnakan tugasan dalam
kumpulan. (Perpaduan dan kerjasama dari ahli kumpulan
adalah penting membolehkan sesuatu penyelesaian dibuat.)

2. Membolehkan peserta berfikir secara kritis dan inovatif dalam


menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi. Setiap
permasalahan ada

PELAKSANAAN:

1. Ahli kumpulan diminta melantik ketua dan penolong ketua


kumpulan serta menjenamakan semula kumpulan mereka.

2. Fasilitator akan mengawasi ahli kumpulan membuat aktiviti


yang diberi. Kumpulan diminta untuk membentuk:

a. Nama Kumpulan dan Moto (atas kertas mahjong)

b. Sorakan kumpulan masing-masing

3. Dipersembahkan untuk dinilai.


9

AKTIVITI 3
TAJUK : Keluargaku Sahabatku
MASA : 11.00 pagi – 11.30 pagi (30 minit)
OBJEKTIF :
1. Mengeratkan lagi silaturahim antara kumpulan.

2. Mengenal asal-usul keluarga dan kawan-kawan.

3. Berkongsi masalah pelajar yang mungkin hadir dalam keluarga.

PROSEDUR :

1. Pelajar akan diberi borang yang akan disediakan.

2. Kemudian pelajar dikehendaki mengisi borang tersebut sehingga


siap.

3. Selepas itu lipatkan kertas tersebut menjadi sepucuk surat dan


ditulis pada muka depan nama sahabat yang paling disukai dalam
kumpulan tersebut.

4. Kemudian fasilitator akan mengambil semua surat tersebut dan


menyerahkan kepada pelajar yang berkenaan.

5. Kemudian pelajar akan disuruh baca surat tersebut dan


mengucapkan ribuan terima kasih kerana memilih dia untuk
menjadi sahabatnya.

6. Bagi yang tidak dapat mencari namanya fasilitator akan


menerangkan kemungkinan pelajar tersebut mempunyai masalah
dalam pergaulan dengan kawan-kawan.
10

LAMPIRAN: KELUARGAKU SAHABATKU

NAMA :

UMUR : TARIKH LAHIR :


CITA-CITA :

NAMA AYAH :
NAMA IBU :

BILANGAN ADIK-BERADIK : orang LELAKI: PEREMPUAN:

KENANGAN BERSAMA KELUARGA:-

MANIS :

PAHIT :

IMPIAN UNTUK KELUARGA :-

KENAPA SAYA SAYANG SAHABAT SAYA?


11

AKTIVITI 4
TAJUK : BISIKAN BAYU
TARIKH: 14 November 2011
MASA : 11.45 pagi – 12.15 tengahari (30 minit)
TEMPAT : Dewan SKJ3(F)
SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
BAHAN : Edaran, Wisel, Kertas A4 dan pensel
OBJEKTIF :
Peserta dapat mengalami pengalaman bagaimana sesuatu mesej itu
berubah maksud apabila ia disampaikan oleh ramai penyampai.
Prosedur :

1. Peserta berada dalam satu barisan.

2. Peserta di belakang sekali diberi skrip mesej.

3. Selepas 1 minit skrip mesej diambil semula.

4. Peserta tadi membisikkan mesej kepada peserta di hadapan setiap kali


wisel dibunyikan.

5. Peserta-peserta lain tidak boleh menoleh ke belakang.

6. Peserta yang menerima mesej tidak boleh bertanya.

7. Setelah selesai, Fasilitator :

a. Bertanya peserta di hadapan sekali apakah mesej yang


diterima.

b. Bertanya kepada peserta-peserta lain tentang mesej yang


diterima.

c. Meminta peserta pertama membaca skrip mesej yang


diberikan.

FALSAFAH :
1. Jika mesej itu disampaikan dari mulut ke mulut melalui seorang demi
seorang, mesej yang akan diterima kelak akan ditokok tambah atau
didapati ada kekurangannya.

2. Jangan terlalu mudah percaya pada khabar angin dan hendaklah dikaji
terlebih dahulu akan kebenaran sesuatu cerita yang didengar.

3. Adalah lebih baik menyampaikan satu-satu maklumat itu secara


bertulis.
12

Lampiran – Aktiviti Bisikan Bayu

ADA SEEKOR ANAK KAMBING ADA SEEKOR ANAK KAMBING


DI LEHERNYA ADA LOCENG DI LEHERNYA ADA LOCENG
BUNYINYA KLING … KLING … BUNYINYA KLING … KLING …
KLING KLING
DITENDANG OLEH MALING DITENDANG OLEH MALING
JATUH TERGULING-GULING JATUH TERGULING-GULING
LALU MATANYA JULING LALU MATANYA JULING

ADA SEEKOR ANAK KAMBING ADA SEEKOR ANAK KAMBING


DI LEHERNYA ADA LOCENG DI LEHERNYA ADA LOCENG
BUNYINYA KLING … KLING … BUNYINYA KLING … KLING …
KLING KLING
DITENDANG OLEH MALING DITENDANG OLEH MALING
JATUH TERGULING-GULING JATUH TERGULING-GULING
LALU MATANYA JULING LALU MATANYA JULING

ADA SEEKOR ANAK KAMBING ADA SEEKOR ANAK KAMBING


DI LEHERNYA ADA LOCENG DI LEHERNYA ADA LOCENG
BUNYINYA KLING … KLING … BUNYINYA KLING … KLING …
KLING KLING
DITENDANG OLEH MALING DITENDANG OLEH MALING
JATUH TERGULING-GULING JATUH TERGULING-GULING
LALU MATANYA JULING LALU MATANYA JULING

ADA SEEKOR ANAK KAMBING ADA SEEKOR ANAK KAMBING


DI LEHERNYA ADA LOCENG DI LEHERNYA ADA LOCENG
BUNYINYA KLING … KLING … BUNYINYA KLING … KLING …
KLING KLING
DITENDANG OLEH MALING DITENDANG OLEH MALING
JATUH TERGULING-GULING JATUH TERGULING-GULING
LALU MATANYA JULING LALU MATANYA JULING

ADA SEEKOR ANAK KAMBING ADA SEEKOR ANAK KAMBING


DI LEHERNYA ADA LOCENG DI LEHERNYA ADA LOCENG
BUNYINYA KLING … KLING … BUNYINYA KLING … KLING …
KLING KLING
DITENDANG OLEH MALING DITENDANG OLEH MALING
JATUH TERGULING-GULING JATUH TERGULING-GULING
AKTIVITILALU
4 MATANYA JULING LALU MATANYA JULING
TAJUK : SI PUTIH DAN SI HITAM
13

AKTIVITI TAMBAHAN

TAJUK : SI PUTIH DAN SI HITAM


TARIKH: 14 November 2011
MASA : 30 minit
TEMPAT : Dewan SKJ3(F)
SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
ALATAN : Alat Tulis dan Edaran
OBJEKTIF :

1. Supaya ahli kumpulan dapat mengenal pasti sifat positif dan negatif
yang terdapat dalam diri masing-masing.

2. Ahli kumpulan dapat memikirkan cara-cara memperkembangkan sifat


positifnya.

PROSEDUR :

1. Fasilitator mengedarkan inventori sifat positif dan negatif kepada


setiap ahli.

2. Fasilitator menerangkan sifat positif dan negatif berserta contoh.

3. Ahli menerangkan sifat positif dan negatif dalam masa 5 minit.

4. Fasilitator memilih beberapa orang ahli secara rawak dan meminta


ahli menerangkan 2 sifat positif serta contoh perlakuan atau perkara
yang telah dilakukan.

5. Seterusnya fasilitator memilih dan meminta ahli menerangkan 2 sifat


negatif serta memberikan cadangan bagaimana menghapuskan sifat-
sifat tersebut.

6. Setiap ahli diberikan peluang untuk membantu dan memberikan


pendapat serta cadangan kepada ahli lain.

FALSAFAH :

1. Setiap individu mempunyai sifat positif dan negatif.

2. Sifat positif harus dikekalkan dan diperkembangkan manakala yang


negatif harus dihapuskan.
14

Lampiran – Aktiviti Si Putih dan Si Hitam

INVENTORI SIFAT POSITIF DAN NEGATIF

BIL SIFAT POSITIF SAYA SIFAT NEGATIF SAYA

TAJUK : KAPAL KARAM


15

TARIKH: 14 November 2011


MASA : 30 minit
TEMPAT : Dewan SKJ3(F)
SASARAN : Peserta-Peserta Program Kepimpinan
ALATAN : Edaran
OBJEKTIF :

1. Supaya peserta dapat bertindak dengan pantas berserta dengan


pemikiran yang tajam.

2. Keputusan mestilah dibuat secara tepat dan tidak terburu-buru.

PROSEDUR :

1. Fasilitator mengedarkan lampiran kepada peserta.

2. Peserta dikehendaki menyenaraikan 6 orang yang perlu diselamatkan


mengikut keutamaan.

3. Setelah itu fasilitator meminta ahli-ahli menyatakan pendapat mereka


tentang penyusunan nama tersebut.

4. Peserta-peserta lain diminta memberi pendapat.

FALSAFAH :

3. Seseorang itu perlu bijak bertindak.

4. Tenang menghadapi saat-saat genting.

5. Keputusan yang baik hasil pemikiran yang tajam.

Lampiran – Aktiviti Kapal Karam


16

Senarai 10 orang terapung-apung di laut kerana kapal yang mereka


naiki telah pecah dilanda ombak dan karam di lautan. Kapal anda
hanya ada ruang untuk 6 orang sahaja.

Tugas Anda !
Senaraikan 6 orang mengikut keutamaan, orang yang akan
diselamatkan.

ORANG KAYA YANG BUDIMAN

KAWAN KARIB

IBU YANG SAKIT TUA

PENCURI YANG INSAF

ABANG YANG BUTA

GURU KELAS ANDA

BAPA YANG TIDAK BEKERJA

ORANG MISKIN

PEMUDA YANG BAIK HATI

ADIK YANG NAKAL

Вам также может понравиться