Вы находитесь на странице: 1из 13

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan

saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian

Bahasa Melayu Pendidikan Rendah.

Tandatangan : ................................................................

Nama penyelia : DATIN MASTURA BINTI MOHAMED BERAWI

Tarikh : ...................................................................

i
PENGAKUAN PENGKAJI

Saya akui bahawa laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ................................................................

Nama penulis : INTAN NASIHA BINTI MAMAT

Tarikh : ...................................................................

ii
DEDIKASI

Seuntai Kasih, Sekalung Budi,

Dedikasi khas buat allahyarham ayahandaku tersayang Mamat bin Musa

Bondaku tercinta Zaleha binti Abdullah,

Suamiku yang dikasihi Mohamad Firdaus bin Mohd Rozami,

Kakandaku Intan Nazima Binti Mamat,

Kakandaku Intan Natika Binti Mamat,

Kakandaku Muhammad Nazmi Bin Mamat,

Adindaku Intan Nafisya Binti Mamat,

Adindaku Muhammad Naqir Naqiuddin Bin Mamat,

Atas kiriman sokongan, hembusan inspirasi buat penguat semangat.

Segunung penghargaan, selaut ucapan terima kasih, buat

Datin Mastura binti Mohamed Berawi, pensyarah penyelia,’

tulang belakang dalam penulisan laporan ini.

Buat rakan seperjuangan PISMP semester 8 Ambilan Jun 2015,

Ribuan terima kasih diucapkan, dan selamat maju jaya.

Semoga kalian kekal dalam lindungan rahmat Allah.

iii
PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Syukur Alhamdulillah diucapkan kepada Allah S.W.T serta selawat dan


salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.. Di atas limpah kurnia-Nya,
maka terhasillah penulisan kajian ini. Setinggi –tinggi penghargaan kepada Datin
Mastura binti Mohamed Berawi, selaku pensyarah penyelia saya kali ini atas
bimbingan dan pandangan bernas yang dicurahkan untuk menghasilkan penulisan
kajian ini.Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah lain yang telah mendidik
saya dan secara tidak langsung membantu saya melengkapkan kajian ini. Jasa dan
pengorbanan semua pensyarah tidak akan saya lupakan.

Ribuan penghargaan dan terima kasih juga diucapkan khas kepada


allahyarham ayahanda tercinta, Mamat bin Musa dan bonda tercinta Zaleha binti
Abdullah serta ahli keluarga kerana telah memberi sokongan yang tidak berbelah
bagi sepanjang pelaksanaan kajian ini. Tidak lupa juga kepada Bahagian
Perpustakaan IPGKBM iaitu Perpustakaan Dato Lukman Musa atas segala bantuan
yang telah diberikan.

Saya juga berbesar hati dan terhutang budi kepada pihak-pihak terlibat
dalam kajian ini iaitu para guru dan murid-murid Tahun 5 di kawasan kajian kerana
sudi menyediakan maklumat yang diperlukan untuk kajian ini. Penghargaan yang
tidak terhingga kepada sahabat seperjuangan yang banyak memberi semangat dan
juga tunjuk ajar serta idea yang bernas dalam menyiapkan kajian ini.

Akhir kata dari saya, terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat
secara langsung atau tidak langsung untuk membantu saya menyiapkan kajian ini.
Semua jasa kalian akan tetap saya kenang hingga akhir hayat. Hanya Tuhan yang
mampu membalasnya. Sekian, Terima kasih. Wassalam.

iv
ABSTRAK

Masalah murid dalam kemahiran menulis ayat yang lengkap bahasa Melayu berada pada
tahap yang agak membimbangkan walaupun telah ada beberapa usaha untuk
mengatasinya. Sehubungan dengan itu, kajian tinjauan ini dilaksanakan untuk melihat
sejauh mana penggunaan teknik “SALAM” yang telah diperkenalkan oleh guru-guru bahasa
Melayu di sekolah sebelum ini membantu murid-murid Tahun Lima dalam kemahiran
menulis ayat berdasarkan bahan grafik. Pengumpulan data adalah melalui pendekatan
secara kualitatif. Alat kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah pemerhatian, temu bual dan
analisis dokumen melalui soalan latih tubi dan ujian. Lokasi kajian yang dipilih ialah sebuah
sekolah di daerah Sungai Besi, Kuala Lumpur. Peserta kajian terdiri daripada empat orang
murid Tahun Lima yang dipilih secara rawak. Model Penyelidikan Lewin (1946) dan Laidlaw
(1992) digunakan dalam penyelidikan tinjauan ini. Dapatan daripada pemerhatian
menunjukkan bahawa semua peserta kajian menggunakan serta mengaplikasikan teknik
“SALAM” yang dilatih oleh guru mereka sebelum ini pada tahap yang maksimum ketika
aktiviti menulis ayat lengkap berdasarkan bahan grafik di dalam bilik darjah. Selain itu,
dapatan kajian melalui temu bual mendapati teknik “SALAM” sememangnya membantu
peserta kajian ketika membina ayat berdasarkan bahan grafik. Berdasarkan dapatan melalui
latih tubi dan ujian Penulisan Bahasa Melayu (Bahagian A) yang dijalankan ke atas peserta
kajian, peratusan skor peserta kajian yang mendapat markah pada tahap cemerlang
menunjukkan penguasaan yang baik murid Tahun Lima dalam membina ayat berdasarkan
bahan grafik apabila mengaplikasikan teknik “SALAM”. Oleh itu, hasil triangulasi tersebut
dapat merumuskan bahawa penggunaan teknik “SALAM” oleh murid Tahun Lima
sememangnya membantu mereka dalam kemahiran membina dan menulis ayat yang
lengkap berdasarkan bahan grafik di dalam bilik darjah. Seterusnya, beberapa implikasi dan
cadangan kajian lanjutan telah disyorkan untuk tujuan penambahbaikan.
Kata Kunci: Kemahiran Menulis Ayat, Bahan Grafik, Teknik “SALAM”

v
ABSTRACT

The problem of pupils in Malay sentence writing skills is at a considerable level even though
there have been some efforts to overcome them. Accordingly, this survey study was
conducted to see the extent to which the use of the "SALAM" technique introduced by the
Malay language teachers in the school before had helped Year Five pupils in graphic writing
skills. Data collection is through a qualitative approach. The instrument used by the
researcher is observation, interview and document analysis through drill and test questions.
The location of the study chosen was a school in Sungai Besi district, Kuala Lumpur. The
study participants consisted of four pupils randomly selected from Year Five students. The
Lewin Research Model (1946) and Laidlaw (1992) were used in the survey. Findings from
observations show that all study participants use and apply the "SALAM" technique trained
by their previous teachers at the maximum level when writing complete sentences based on
graphic materials in the classroom. In addition, the findings of the interviews with the
findings of the "SALAM" technique really helped the study participants when constructing
sentences based on graphic materials. Based on the findings through drill exercises and the
Malay Language Writing Test (Part A) conducted on the study participants, the percentage
of the survey participants who score well at the excellent level demonstrated the good
mastery of the Five Year pupils in constructing sentences based on graphic when applying
the "SALAM" . Thus, the triangulation results can be summarized that the use of the
"SALAM" technique by Year Five pupils helps them with the skill of building and writing
complete sentences based on graphic materials in the classroom. Subsequently, some
advanced research implications and recommendations have been recommended for
improvement purposes.

Key Words: Skills Writing Skills, Graphic Materials, Techniques "SALAM"

vi
KANDUNGAN

Muka Surat
PENGESAHAN PENYELIA i
PENGAKUAN PENULIS Ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii-ix
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 3
1.3 Tujuan Kajian 6
1.3.1 Objektif Kajian
1.3.2 Soalan Kajian
1.4 Skop dan Batasan Kajian 7
1.5 Kepentingan Kajian 8
1.5.1 Kepentingan Kajian kepada Murid 8
1.5.2 Kepentingan Kajian kepada Guru 8
1.5.3 Kepentingan Kajian kepada Pengurusan dan 9
Pihak Sekolah
1.5.4 Kepentingan Kajian kepada Pengkaji 9
1.6 Definisi Operasional 10
1.7 Rumusan 12
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 14

2.1 Pengenalan kepada Konteks Kajian 14


2.2 Teori/Model Kajian 15
2.3 Dapatan Kajian Lalu 18
2.3.1 Pengenalan 18

vii
2.3.2 Sorotan Kajian 18
2.4 Kerangka Konseptual 23
2.5 Rumusan 24
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 25
3.1 Pengenalan 25
3.2 Reka Bentuk Kajian 25
3.3 Persampelan 25
3.4 Instrumen Kajian 26
3.4.1 Pemerhatian 26
3.4.2 Temu bual 27
3.4.3 Analisis Dokumen 29
3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Kajian 32
3.6 Kajian Rintis 33
3.7 Prosedur Pengumpulan Data 34
3.7.1 Data Primer 37
3.7.2 Data Sekunder 38
3.8 Prosedur Penganalisisan Data 39
3.8.1 Analisis Penerokaan Awal Data Kualitatif 39
3.8.2 Tatacara Analisis Data 39
3.8.3 Semakan Data 42
3.8.3.1 Triangulasi Data 43
3.9 Rumusan 44
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 45

4.1 Pengenalan 45
4.2 Profil Responden 47
4.3 Dapatan Kajian 49
4.3.1 Pemerhatian 50
4.3.2 Temu bual 53
4.3.3 Analisis Dokumen 60
4.3.3.1 Analisis Dokumen melalui Latih Tubi yang 60
Diberikan dalam Buku Latihan
4.3.3.2 Analisis Dokumen melalui Ujian 63
4.3.3.3 Perbandingan Analisis Dokumen melalui 66
Latih Tubi dan Ujian
4.4 Rumusan 68

viii
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN IMPLIKASI DAN 69
CADANGAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 69
5.2 Perbincangan 70
5.3 Kesimpulan 71
Soalan Kajian 1 71
Soalan Kajian 2 74
5.4 Implikasi Kajian 77
5.4.1 Implikasi Empirikal 77
5.4.2 Implikasi Pengetahuan 78
5.4.3 Implikasi Teori 79
5.4.4 Implikasi Praktikal 80
5.5 Cadangan dan Penambahbaikan Kajian 81
5.5.1 Cadangan dan Penambahbaikan kepada 81
Kementerian Pendidikan Malaysia
5.5.2 Cadangan dan Penambahbaikan kepada 83
Sekolah
5.5.3 Cadangan dan Penambahbaikan kepada Guru 83
5.5.4 Cadangan dan Penambahbaikan Kajian 84
Lanjutan
5.6 Rumusan 87
RUJUKAN 88
LAMPIRAN 92

ix
SENARAI JADUAL

No Jadual Perkara Muka Surat


1 Standard Kandungan DSKP Bahasa Malaysia 5
Tahun 5
2 Item-item Pemerhatian Berstruktur 27
3 Item-item Soalan Temu Bual Berstruktur 28
4 Prosedur Pengumpulan Data 36
5 Panduan Peratusan dan Gred Pemarkahan 41
Ujian
6 Maklumat Peserta Kajian 47
7 Analisis Data semasa Pemerhatian Dijalankan 50
8 Analisis Temu Bual yang Dijalankan bersama 53
Peserta Kajian
9 Analisis Skor Analisis Dokumen Terhadap Latih 60
Tubi
10 Analisis Skor Latih Tubi Berdasarkan Gred yang 62
Diperoleh Peserta Kajian
11 Analisis Skor Ujian 63
12 Analisis Skor Ujian Berdasarkan Gred yang 65
Diperoleh Peserta Kajian
13 Skor Pencapaian Latih Tubi dan Ujian 66

x
SENARAI RAJAH

No Rajah Perkara Muka Surat


1 Teori Pelaziman Operanoleh Thorndike (1911) 16
2 Adaptasi Model Lewin (1946) & Laidlaw (1992) 17
3 Kerangka Konseptual Kajian 23
4 Pengiraan Skor Ujian 40
5 Triangulasi Data 43
6 Carta Bar Analisis Data semasa Pemerhatian 52
Dijalankan
7 Carta Bar Skor yang Diperoleh Peserta Kajian 61
dalam Latih Tubi yang Diberikan
8 Carta Pai Gred yang Diperoleh Peserta Kajian 62
dalam Latih Tubi yang Diberikan
9 Carta Bar Skor yang Diperoleh Peserta Kajian 64
dalam Ujian
10 Carta Pai Gred yang Diperoleh Peserta Kajian 65
dalam Ujian
11 Graf Garisan Perbezaan Skor Latih Tubi dan 67
Skor Ujian
11

xi
SENARAI SINGKATAN

Guru Bahasa Melayu GBM


Kementerian Pendidikan Malaysia KPM
Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR
Peserta Kajian PK
Pembelajaran dan Pemudahcaraan PdPc

xii
SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Perkara Muka


Surat
A Surat Kebenaran 92
B Item-item Pemerhatian Berstruktur 93
C Item-item Temu Bual Berstruktur 94
D Item-item Analisis Dokumen melalui Soalan Latih Tubi 95
E Item-item Analisis Dokumen melalui Ujian 96
F Hasil Kerja Murid (Soalan Latih Tubi) 97
G Hasil Kerja Murid (Soalan Latih Tubi) 98
H Hasil Kerja Murid (Ujian) 99
I Hasil Kerja Murid (Ujian) 100
J Borang Persetujuan Guru 101
K Borang Persetujuan Murid 102
L Pengesahan Instrumen Kajian oleh Pakar 103

xiii

Вам также может понравиться