Вы находитесь на странице: 1из 3

Cabaran Dari segi keagamaan dan kebudayaan

Perbezaan nilai dan agama setiap kumpulan etnik mempunyai agama, kebudayaan dan bahasa
yang berbeza. Orang Melayu, China dan India terus dengan sistem hidup yang berteraskan
kebudayaan dan tradisi mereka. Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat
resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka
sahaja yang terbaik. Selain daripada itu kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan
mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik
masing-masing.

Faktor cabaran ini merupakan satu faktor yang tidak dapat dielakkan kerana semua kaum
mempunyai kepercayaan,budaya dan agama mereka yang tersendiri. Setiap kaum mempunyai
semangat yang menebal terhadap kebudayaan mereka dan bahasa mereka. Mereka hanya ingin
menggunakan bahasa mereka dan tidak mahu membuka dunia budaya mereka kerana
beranggapan jika terdapat yang lain selain bangsa mereka. Identiti bangsa mereka akan hilang
dan tiada lagi keistimewaannya. Disamping itu,terdapat juga juga batasan dan peraturan sosial
yang perlu diambil kira kerana perbezaan budaya. Ini kerana apabila terdapatnya perbezaan ini,
kita tidak tahu apa yang diperkatakan dan apa yang menjadi dalam kalangan bangsa lain

Seterusnya, cabaran hubungan etnik dalam masyarakat ialah cabaran nilai antara etnik, iaitu yang
menyatakan perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan yang lebih ketara dalam
masyarakat majmuk. Sudah terang lagu bersuluh bahawa sememangnya kaum Melayu, Cina dan
India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Malangnya perbezaan ini
bertambah sukar jika setiap kaum terus memperjuangkan bahasa dan kebudayaan mereka sediri.
Kesannya, sudah tentu akan menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota etnik
yang sama, lebih-lebih lagi dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan atau sebagainya.

Adat resam merupakan satu simbolik kepada sesuatu kaum. Setiap kaum diMalaysia mempunyai
adat resam yang tersendiri dan pelbagai. Setiap kaum juga mempunyai semangat yang menebal
dalam mengamalkan adat resam masing-masing sehinggakan terdapat pepatah Melayu yang
mengatakan µbiar mati anak, jangan mati adat. Nilai sesuatu adat resam itu sangat tinggi
sehingga sebarang isuyang timbul akibat dari salah faham pengamalan sesuatu adat itu
akanmenyebabkan keharmonian kaum akan tergugat. Adalah perlu bagi setiap kaum
menghormati dan memahami adat resam kaumlain agar tidak menimbulkan sebarang
pertelingkahan kerana adat resam sesuatukaum adalah amalan dan kepercayaan yang dipegang
oleh kaum tersebut. Adatresam yang diamalkan memaparkan bagaimana citra sesuatu bangsa dan
kaum itusendiri. Sekiranya perbezaan adat resam ini dijadikan isu yang lebih besar, ini
akanmenyukarkan perpaduan antara kaum. Justeru, adalah penting bagi semua individu dalam
masyarakat untuk bertoleransi dan menghoramti adat resam yang diamalkanoleh semua etnik di
Malaysia

Setiap etnik di Malaysia mempunyai agama dan kepercayaan yang berbezamengikut etnik
masing-masing. Sebagai contoh, etnik Melayu secara amnya menganuti agama Islam, etnik Cina
menganuti agama Buddha, dan etnik Indiamenganuti agama Hindu. Setiap agama mempunyai
kepercayaan dan fahaman yang tersendiri. Walau bagaimanapun, faktor agama tidak
menimbulkan sebarang permasalahan dalam perpaduan kerana setiap agama tidak menganjurkan
pengikutnya memusuhi agama lain, tetapi masalah yang timbul adalah disebabkanoleh kejahilan
pengikut sesuatu agama itu yang menyebabkan perselisihan dansalah fahaman etnik lain
terhadap agama tersebut. Banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja oleh pengikut
yang jahil menyebabkan berlakunya salah faham dan menyinggung perasaan etnik yang lain.
Terdapat juga individu dalam sesuatuetnik yang menganggap bahawa hanya agama mereka yang
terbaik hingga menguatkan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara kaum yang
pelbagai agama dan kepercayaan .Sikap saling memahami dan menghormati agama lain adalah
perlu agar keharmonian dan perpaduan dapat dibina dan dipertahankan. Apabila sesuatu kaumitu
tidak memahami agama sesuatu kaum yang lain, kelancaran hidup bermasyarakat tidak dapart
dikekalkan. Sebagai contoh, dalam agama Islammelarang lelaki dan wanita yang bukan muhrim
bersentuhan. Adalah perlu bagipengikut agama lain memahami perkara tersebut agar tidak
menjadikannya sebagai isu yang hanya akan memecahbelahkan perpaduan dan hubungan etnik
yangterjalin. Sikap toleransi dan saling memahami serta menghormati agama dan kepercayaan
agama lain adalah pemangkin yang penting dalam proses memantapkan perpaduan masyarakat di
Malaysia

Kesimpulannya, anggota etnik hanya akan berkomunikasi dan bersosial dengan satu etnik yang
sama dengan dirinya sahaja dan enggan bercampur dengan etnik yang berbeza. Hal seperti ini
seolah-olah sudah menjadi tegal atau “taboo” kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun
menggunakan ubatan atau teknologi canggih sekalipun. Hal ini disebabkan setiap etnik tidak
mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik lain. Kegagalan
anggota etnik untuk berkomunikasi dan menghormati antara satu sama lain akan menimbulkan
masalah di kawasan tersebut. Apabila dikaji, hal ini disebabkan mereka mempunyai masalah
untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik, maka timbul
ketidakselesaan untuk berkomunikasi dengan baik. Jelas, faktor-faktor inilah yang menyebabkan
negara sukar untuk membentuk hubungan etnik yang harmonis

Вам также может понравиться