Вы находитесь на странице: 1из 66

BIDANG KEBERHASILAN

STRATEGIK UKM
Bidang Keberhasilan
Strategik UKM

Hakcipta terpelihara 2017. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang
alat juga pun, sama ada dengan cara eletronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa
kebenaran bertulis daripada pemilik hakcipta.

Diterbitkan di Malaysia oleh

PUSAT STRATEGI
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Dicetak di Malaysia oleh

UKM CETAK
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Sidang Pengarang
Pengarang
Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Marzuki Mustafa
Prof. Madya Dr. Fariza Md. Sham
Prof. Dr. Mohammad B. Kassim
Prof. Madya Ir. Dr. Masturah Markom

Ahli Jawatankuasa
Haji Zanudin Mohd Daud
Encik Mohd Azli Bin Mohd Kasirun
Haji Musa Zainal Abidin Othman
Encik Muhamad Walid Osman
Cik Najwa Ahmad Zawawi
En Saidi Ismail
Puan Fatimah Binti Othman
Puan Zaimi Makhtar
Puan Nor Saribon Ramli
Encik Muhamad Nuramin Zainal

Reka Bentuk
Encik Barudin Baharin

Urus Setia
Encik Ahmad Hazreen Wagiman
Puan Nur Hazimah Abd. Kadir
BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 1

KANDUNGAN
PENGENALAN
Prakata Naib Canselor, Falsafah, 2-9
Wawasan & Misi UKM dan Pengenalan
KRA 1
Siswazah Beraspirasi Kebangsaan, 10 - 18
Kompeten, Berdaya Saing dan Inovatif
KRA 2
Penyelidikan dan Inovasi yang 19 - 26
Berimpak Tinggi
KRA 3
Perkongsian Pintar dan 27 - 34
Keterlibatan Strategik
KRA 4
Sumber Manusia dan 35 - 42
Institusi Cemerlang
KRA 5
Penjanaan Kekayaan Secara 43 - 51
Optimum dan Strategik
KRA 6
Prasarana dan Persekitaran 52 - 58
Ilmu Yang Kondusif
RUJUKAN
60 - 61
BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 2

Prakata
Naib Canselor
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Wawasan UKM yang bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan
zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia, memerlukan komitmen yang gigih
daripada warganya. Pengembelingan tenaga staf, kepakaran dan program yang berkualiti menjadi perkara asas
dalam mencapai wawasan ini.

Dalam menggerakkan usaha ini agar lebih jelas dari aspek hala tuju, pendekatan, format dan petunjuk prestasi yang
ingin dicapai oleh UKM, maka perancangan dan pelan strategik perlu dirangka agar semua warga UKM dapat
menghayatinya serta bergerak sederap dengan halatuju yang sama.

Mulai tahun 2014, UKM telah meneliti semula Pelan Strategik 2006-2010 yang terhasil daripada proses penyemakan
semula Pelan Strategik UKM 2000-2020 dan mengemukakan Pelan Strategik UKM yang berasaskan Petunjuk
Prestasi (KPI). UKM menyusun 6 Bidang Keberhasilan Strategik (KRA) menjadi halatuju utama UKM. Perubahan
dan penyusunan semula pelan strategik UKM sesuai dengan perubahan situasi pendidikan negara dan global.

Selari dengan itu juga pada tahun 2015 pihak Kementerian Pendidikan
Tinggi Malaysia (KPT) telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dengan mengemukakan 10
Lonjakan sebagai fokus dan hala tuju Pendidikan Tinggi Negara. 6 KRA
yang disusun UKM dalam Pelan Strategiknya ternyata selari dengan 10
Lonjakan yang digariskan oleh KPT dan untuk tujuan penyelarasan, UKM
telah membuat pemetaan bagi memastikan keselarian halatuju UKM dan
Pendidikan Tinggi Negara.

Begitu juga dalam konteks negara yang kini ke arah Tranformasi Negara
2050(TN50), UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara telah Mengilhamkan
Harapan dan Mencipta Masa Depan dengan turut serta memikul amanah
sejak penubuhannya 1970 selari dengan pelbagai transformasi negara. UKM
sebagai gedung ilmu yang bersifat dinamik telah melakukan pelbagai
perubahan agar selari dengan perubahan dalam masyarakat dan keperluan
negara melalui Pelan Strategik UKM yang juga bersifat dinamik tetapi
matlamat dan fungsi asas sebagai pendukung ilmu dan kesarjanaan tidak
berubah.

Dalam usaha untuk merealisasikan perancangan dan pelan strategik yang


telah dirangka sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan kekangan
tertentu. Namun, hasil daripada kerjasama dan komitmen pengurusan
tertinggi UKM dan juga seluruh warganya, setiap inisiatif dan pelan tindakan
yang telah ditetapkan diusahakan secara berperingkat dan cermat.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pusat Strategik UKM dalam
inisiatifnya untuk menggarap buku ini.Semoga dengan terhasilnya Buku
Bidang Keberhasilan Strategik UKM, dapat memberi pemahaman dan
mengukuhkan lagi hala tuju UKM yang ingin dicapai secara sederap dan
bersepadu oleh seluruh warga UKM. InsyaAllah, Allah memberkati usaha Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali
kita semua untuk mencemerlangkan UKM dalam pelbagai aspek. Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sekian.
BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 3

Falsafah
Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan
antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses
pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.

Visi
UKM bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah
masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamik, berilmu dan
berakhlak mulia.

Misi
Menjadi Universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta
mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.
BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 4

Pengenalan

Sejak UKM ditubuhkan pada tahun 1970, perubahan


lanskap pendidikan dalam negara dan global telah banyak
mencorak perkembangan UKM. Perubahan sosial
ekonomi, globalisasi dan kehendak pihak berkepentingan
serta perkembangan pesat teknologi ICT sejak
kebelakangan ini menuntut UKM melihat kembali hala tuju
serta mengolah strategi yang sesuai untuk terus menjadi
universiti yang relevan dan terkehadapan.
Warga UKM perlu
Sesuai dengan peredaran masa, UKM bukan sahaja perlu
melangkah ke
peka dan sentiasa mengikuti dengan perubahan dan hadapan bersama
perkembangan semasa, malah perlu menjangkakan
perubahan yang akan berlaku pada masa akan datang - sama dengan
dan bertindak awal untuk menjadikan UKM sebagai pilihan
masyarakat di Malaysia dan antarabangsa. Inilah yang laluan yang
dituntut dalam visi penubuhan UKM yang bertekad menjadi
Universiti terkehadapan yang mendahului langkah
sederap, seia,
masyarakat dan zamannya dengan menjadikan inovasi
sebagai satu budaya dalam kalangan warga UKM.
sekata, sejelekit
dan dinamik.
Bagi mencapai hasrat tersebut dan menuju
kecemerlangan, warga UKM perlu melangkah ke hadapan
bersama-sama dengan laluan yang sederap, seia, sekata,
sejelekit dan dinamik.
BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 5

Justeru, UKM perlu mengimbau kembali kepada sejarah penubuhan universiti ini agar langkah yang
seterusnya tidak tersasar daripada landasan asal. UKM ditubuhkan atas hasrat dan kehendak rakyat yang
mahukan sebuah universiti “kebangsaan” diwujudkan di negara ini. Oleh itu, warga UKM pada hari ini
perlu memastikan semangat kebangsaan serta aspirasi rakyat ini terus dipahatkan dan diperjuangkan.
UKM perlu menjadikan isu negara sebagai permasalahan yang perlu ditangani oleh UKM. Itulah
sebenarnya peranan warga UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara yang Mengilham Harapan, Mencipta
Masa Depan.

Hasrat UKM menjadi Pendaulat Amanah Negara perlu diterjemahkan kepada tindakan yang dapat
menghasilkan impak. Sesuai dengan ini, UKM menyusun 6 Bidang Keberhasilan Strategik menjadi hala
tuju utama UKM.
BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 6

Latar Belakang
Pelan Strategik UKM 2000-2020 telah digubal dengan mengambilkira sekitaran setempat
dan global dengan pelbagai tuntutan dan realiti alaf baru. Semakan pertama Pelan
Strategik UKM tersebut telah dilakukan pada tahun 2006 dengan memberi tumpuan
terhadap petunjuk prestasi bagi mencapai hasrat membawa UKM ke arah Universiti
Penyelidikan seperti yang telah dimaktubkan dalam Pelan Strategik Perspektif 2006-2010.

Pada tahun 2009 Pelan Transformasi UKM dilancarkan apabila UKM diiktiraf menjadi salah
sebuah Universiti Penyelidikan di Malaysia. Selari dengan pelaksanaan Rancangan
Malaysia Ke-10 yang mengambil pendekatan berasaskan keberhasilan utama (outcome),
UKM telah mengolah dan melihat kembali strategi yang telah digubal sebelum ini dalam
konteks bidang keberhasilan yang utama bagi UKM.

Pada hari sambutan penubuhan UKM tahun 2014, enam(6) bidang keberhasilan strategik
(KRA) UKM telah diumumkan secara rasmi.
Tiga (3) bidang keberhasilan yang pertama
adalah merupakan keberhasilan yang
Pada hari sambutan memberikan impak dan manfaat kepada
pihak berkepentingan seperti pelajar, sarjana,
penubuhan UKM masyarakat, industri serta kerajaan. Bidang
tahun 2014, enam (6) keberhasilan seterusnya adalah berkaitan
dengan keefisienan pengoperasian,
bidang keberhasilan penjanaan serta infrastruktur yang akan
menjadi pemangkin atau pemacu yang
strategik (KRA) UKM menyokong pencapaian sasaran tiga (3)
telah diumumkan bidang keberhasilan yang pertama.

secara rasmi. Pada bulan April 2015, untuk meningkatkan


dan memartabatkan sistem pendidikan tinggi
negara, Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (Pendidikan Tinggi) atau PPPM
(PT) 2015-2025 telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan ini
merupakan hasil kajian semula Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) 2007-
2020 serta kesinambungan dengan penyelarasan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia atau PPPM 2013-2025 bagi peringkat Prasekolah hingga Pendidikan Lepas
Menengah.

PPPM (PT) merangkumi sepuluh (10) lonjakan yang memberikan penekanan kepada
keberhasilan utama. Empat (4) Lonjakan yang pertama adalah keberhasilan yang berkaitan
dengan kualiti graduan, kecemerlangan akademik, memperkasakan TVET dan
meningkatkan pembelajaran sepanjang hayat. Enam (6) Lonjakan seterusnya memberi
fokus kepada pemboleh atau pemangkin ekosistem pendidikan tinggi yang melibatkan
pembiayaan, tadbir urus, inovasi, pembelajaran dalam talian, pengantarabangsaan dan
penyampaian. Semua 10 lonjakan dalam PPPM (PT) boleh dipetakan secara langsung
kepada 6 bidang keberhasilan strategik UKM. Bagi mencapai sasaran yang ditetapkan,
UKM telah merangka beberapa inisiatif KRA dan pelan tindakan untuk dilaksanakan oleh
pusat tanggungjawab (PTJ) yang bersesuaian dengan PPPM (PT).
BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 7

Pembentukan Strategi UKM


berdasarkan 6 Key Result Areas (KRA)
Enam bidang keberhasilan strategik (KRA) UKM buat pertama kalinya dibentang semasa sambutan
ulangtahun UKM ke-44 pada tahun 2014 yang dihadiri oleh warga UKM, alumni dan rakan strategik.

Enam bidang keberhasilan strategik ini adalah kesinambungan pendekatan berasaskan keberhasilan
utama (outcome) dalam rancangan pembangunan UKM di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 yang
menggunakan konsep 6 outcome KRA.
BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 8

Prasarana dan
Persekitaran
Ilmu yang
Kondusif

Enam Bidang keberhasilan Strategik telah diolah selari dengan pelaksanaan RMK-10 dan diperhalusi
melalui Bengkel Pembentukan KRA UKM yang dihadiri oleh semua pengurusan UKM. Hasil daripada
bengkel ini, strategi dan KPI setiap KRA telah ditetapkan.

Sesuai dengan hasrat UKM supaya semua perancangan dan pengoperasian yang perlu disandarkan
kepada 6 KRA tersebut, Pusat Strategi UKM (Strategi-UKM) telah ditubuhkan pada 1 Mei 2014 di bawah
Pejabat Naib Canselor untuk memudah cara dan memantau pelaksanaan 6 KRA yang telah ditetapkan di
semua peringkat.
BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 9

Pusat Strategi UKM ditubuhkan adalah untuk:

1. Memudahcara dan memantau pelaksanaan strategi UKM


untuk mencapai 6 KRA yang telah ditetapkan:
2. Membantu (facilitate) pelaksanaan pelan tindakan
3. Memantau pengoperasian pelan strategik Dari semasa ke
4. Memantau pencapaian hasil strategik
5. Menyelaras maklumat strategik dan memantau prestasi semasa soal
universiti sesuai dengan matlamat serta strategi universiti
selidik dan
Dari semasa ke semasa Pusat Strategi UKM telah mengadakan
soal selidik dan perbincangan dalam kalangan warga UKM untuk
perbincangan
mendapat maklum balas mengenai pemahaman tentang KRA
dan pencapaian beberapa hasil yang disasarkan. Beberapa
dalam kalangan
program kesedaran KRA telah diadakan untuk staf Pengurusan & warga UKM
Profesional dan Pelaksana melalui Program Bicara KRA (Mini
Townhall) siri 1 pada Disember 2014. telah diadakan
Program Bicara KRA siri 2 telah diadakan khusus bagi staf untuk mendapat
akademik pada bulan April 2015 bagi meningkatkan
keberkesanan pelaksanaan inisiatif bagi mencapai hasil 6 KRA. maklum balas
Seterusnya, Program Bicara Perdana Naib Canselor yang telah
diadakan pada Mac 2016 telah menyuntik semangat untuk
mengenai
memantapkan dan meningkatkan pelaksanaan inisiatif pada
semua peringkat. Program ini telah menampilkan beberapa
pemahaman
aktiviti utama yang dijalankan untuk mencapai 6 KRA seperti tentang KRA dan
penetapan tujahan penyelidikan Cabaran Perdana, Bicara
Persada yang mengetengahkan tokoh UKM, UKM4State, pencapaian
School@UKM, amalan budaya peningkatan secara berterusan
(Kaizen) terhadap penyelenggaraan, rekabentuk dan susun atur beberapa hasil
majlis, peningkatan endowmen, penambahbaikan kemudahan
kolej kediaman, Moot Court, Kemudahan Perpustakaan, Surau,
yang disasarkan.
Dewan Kuliah dan Bilik Mesyuarat.
KRA 1

Siswazah Beraspirasi Kebangsaan,


Kompeten, Berdaya Saing dan Inovatif
1 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 11

Siswazah Beraspirasi Kebangsaan,


Kompeten, Berdaya Saing dan Inovatif

PENGENALAN
Siswazah kini berhadapan dengan daya saing yang Kompetensi pelajar bukan
tinggi dalam memenuhi tuntutan dunia pekerjaan.
Kompetensi pelajar bukan hanya diukur kepada hanya diukur kepada
pencapaian dari aspek kecemerlangan PNGK semata pencapaian dari aspek
-mata, tetapi perlu melahirkan graduan yang lebih
holistik, berciri keusahawanan dan seimbang seperti kecemerlangan PNGK
yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2015-2025 (PPPM PT).
semata-mata, tetapi perlu
Siswazah dituntut untuk lebih berinovatif dalam melahirkan graduan yang
mencipta pekerjaan bukan hanya mencari pekerjaan.
Dalam mencapai hasrat ini, UKM telah menetapkan lebih holistik, berciri
bidang keberhasilan strategik (KRA 1) iaitu, siswazah
beraspirasi kebangsaan, kompeten, berdaya saing
keusahawanan dan
dan inovatif. seimbang.
Siswazah Berkualiti

UKM yang merupakan sebuah universiti awam yang telah kukuh, menjadikan agenda melahirkan
siswazah berkualiti sebagai matlamat utama. Siswazah berkualiti dalam konteks ini ialah siswazah yang
beraspirasi kebangsaan, kompeten, berdaya saing dan inovatif. Ia membawa maksud siswazah UKM
menghayati aspirasi kebangsaan, memiliki nilai etika, berilmu pengetahuan, kompeten, berdaya inovasi
dan berdaya saing yang memenuhi keperluan negara dan masyarakat sejagat. Di samping itu, nilai-nilai
keusahawanan turut diperkukuhkan untuk lebih inovatif dan kreatif (Booklet KRA UKM,2014).
1 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 12

Penetapan KPI dan Strategi dibuat selepas perbincangan dengan Fakulti/Pusat/Institut adalah seperti
berikut:
KRA #1: Definisi Pernyataan Hasil Utama #1
Siswazah Siswazah UKM menghayati aspirasi kebangsaan, memiliki nilai etika, berilmu pengetahuan, kompeten,
Beraspirasi berdaya inovasi dan berdaya saing yang memenuhi keperluan negara dan masyarakat sejagat.
Kebangsaan,
Kompeten, KPI KRA #1
Berdaya Saing
dan Inovatif 1. Peratus siswazah yang bekerja (berdasarkan kelayakan) dan menyambung pengajian selepas enam bulan
dan satu tahun selepas menamatkan pengajian;
2. Peratus siswazah UKM (mengikut kohort) menjadi pemimpin/peneraju masyarakat dan organisasi awam/
swasta.

Sub KRA #1.1 Pernyataan Hasil #1.1 KPI #1.1 Strategi #1.1
Siswazah Siswazah UKM memahami 1. Peratus siswazah yang 1. Menerapkan aspirasi kebangsaan dalam
beraspirasi dan menghayati aspirasi memahami aspirasi program yang ditawarkan;
kebangsaan kebangsaan serta memiliki kebangsaan, apresiasi 2. Meningkatkan kompetensi dan penglibatan
nilai, etika, profesionalisme budaya dan nilai. pensyarah dalam pembangunan negara
yang mendasari pembangunan bangsa dan perkongsian dengan pelajar;
negara bangsa mengikut 3. Membudaya dan memperkasakan aktiviti
acuan budaya kebangsaan. pelajar yang memupuk dan menghayati
aspirasi kebangsaan.

Sub KRA #1.2 Pernyataan Hasil #1.2 KPI #1.2 Strategi #1.2
Siswazah yang Siswazah UKM menguasai 1. Peratus majikan yang 1. Meningkatkan penglibatan pemegang taruh
kompeten ilmu terkini, kemahiran mengakui siswazah dalam penyediaan kurikulum serta
praktikal dan kemahiran mempunyai ilmu yang penyampaian program pengajian;
insaniah tinggi serta sentiasa terkini; 2. Meningkatkan keyakinan siswazah untuk
meningkatkan kompetensi, 2. Peratus majikan yang bersaing dalam masyarakat sejagat;
bersesuaian dengan keperluan mengakui siswazah 3. Mewujudkan program yang khusus untuk
negara dan masyarakat mempunyai kemahiran meningkatkan kebolehkerjaan dan
sejagat. praktikal dan insaniah kebolehpasaran siswazah;
yang tinggi. 4. Menghasilkan siswazah yang mempunyai
3. Peratus siswazah nilai yang tinggi dan ciri-ciri yang terserlah.
meneruskan pengajian ke
peringkat lebih tinggi atau
mengikuti kursus/program
pembelajaran sepanjang
hayat.

Sub KRA #1.3 Pernyataan Hasil #1.3 KPI #1.3 Strategi #1.3
Siswazah Berdaya Siswazah UKM mempunyai 1. Persepsi majikan terhadap 1. Memperluaskan penggunaan kaedah
Saing & Inovatif daya inovasi, ciri dan ciri siswazah dalam: pembelajaran dan pengajaran berpusatkan
pemikiran keusahawanan, a. daya inovasi dan pelajar dan pengajaran yang aktif dalam
mahir komunikasi dalam pemikiran keusahawan; meningkatkan daya inovasi dan
Bahasa Melayu dan bahasa b. keluasan ilmu; dan keusahawanan siswazah;
antarabangsa serta sifat c. kompetensi generik/ 2. Mewujudkan kaedah yang inovatif untuk
kepimpinan yang menjadi kemahiran insaniah meningkatkan kompetensi dan keluasan
pilihan utama majikan dan 2. Bilangan siswazah yang ilmu;
pihak berkepentingan. menjadi usahawan; 3. Memperkembangkan penyampaian kursus
3. Peratus majikan yang citra kompetensi secara inovatif dan
bersedia menjadikan kreatif.
siswazah UKM sebagai
pilihan utama mengisi
kekosongan jawatan.
1 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK

Inisiatif
Inisiatif utama telah ditetapkan selepas perbincangan dengan pihak Fakulti/Institut. Fakulti/Institut telah
membentangkan inisiatif dan sasaran pada setiap tahun. Seterusnya, sasaran dan inisiatif utama telah
dibentangkan kepada Lembaga Pengarah Universiti. Antara inisiatif yang telah ditetapkan ialah:

 Teaching Factory
 Sijil Profesional Untuk Nilai Tambah
 Penasihat Akademik Dari Mula Pendaftaran - Mendapat Pekerjaan
 CV & Portfolio Pelajar
 Mock Interview / Latihan Temuduga
 3 laluan pelajar berdasarkan minat kerjaya. Keusahawanan, penyelidikan dan kerjaya teras
bidang
 Latihan Industri Berstruktur

Insiatif UKM adalah untuk meningkatkan kualiti pelajar dalam aspek, KARAKTER, DAYA SAING dan
MINDA.

Karakter
Pelajar mempunyai keyakinan diri untuk memberi pandangan dan bersuara.
Di samping itu,mempunyai nilai etika yang menimbulkan kesedaran mengenai
apa yang betul dan salah.Karakter pelajar yang mempunyai kemahiran
berkomunikasi melalui aktiviti yang disediakan oleh pihak UKM seperti debat,
pitching dan latihan praktikal mahkamah moot.

Daya saing
Membuka ruang kepada pelajar untuk berdaya saing di peringkat kebangsaan
dan antarabangsa. Contohnya, budaya Jepun melaksanakan morning call-
shouting untuk membina keberanian dan daya saing pelajar. Selain itu,
memberi galakan kepada pelajar menyertai pasukan beruniform yang boleh
meningkatkan semangat patriotism dan perpaduan seterusnya mampu
bersaing dengan dunia luar secara sihat.

Minda
Menggalakkan pelajar mempraktikkan budaya berfikir secara positif, kreatif
dan inovatif. Sebagai contoh, budaya dalam mesyuarat perlu diubah format,
bukan hanya untuk mengesahkan sesuatu perkara sahaja, tetapi
perbincangan yang ikhlas bersungguh dan menilai serta menyusun
strategi.Tanggungjawab mahasiswa bukan sekadar menimba dan menggali
ilmu, tetapi mereka harus mampu memberi reaksi kepada ilmu berkenaan
(Fariza & Zuliza,2000).Apabila minda bertindak balas terhadap ilmu, pelajar
berjaya membawa transformasi intelektual dan perubahan dalam masyarakat
dan negara.
1 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 14

Bagi mencapai inisiatif tersebut, beberapa program telah dilaksanakan oleh PTJ berkaitan.

Siswazah Kompeten - i-CGPA


Dalam mempercepatkan pencapaian bidang
keberhasilan strategik UKM yang pertama,
UKM telah memperkenalkan konsep
pembelajaran iCGPA yang mengukur
outcomes pelajar. Dengan konsep ini, inovasi
dalam kaedah pembelajaran diperkenalkan.
Kepelbagaian kaedah pengajaran ini
diperluaskan lagi dengan mempelopori
Kaedah Penilaian Gred Pelajar Melalui Purata
Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi atau
iCGPA yang merupakan penambahbaikan
kepada Pelan Pengukuran yang sedia ada.
Sistem ini dapat melahirkan graduan yang
lebih holistik, mempunyai ciri keusahawanan
dan seimbang bagi membolehkan majikan
melihat potensi sebenar graduan. Sistem ini
selaras dengan keperluan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-
2025) bagi melahirkan graduan yang holistik,
mempunyai ciri keusahawanan dan seimbang.

Citra UKM
Bagi melahirkan pelajar UKM yang mempunyai pemikiran yang kreatif, kritikal, keterbukaan dan
kemahiran insaniah, maka UKM telah memperkenalkan kursus citra. UKM telah menubuhkan Pusat Citra
UKM bagi menggerakkan usaha ini. Pusat Citra UKM berperanan membentuk minda dan membina
karakter pelajar. Bagi mencapai matlamat tersebut, Pusat Citra UKM telah menawarkan Kursus Wajib
Universiti dan Kursus Citra Universiti yang berbentuk profesional dan bukan profesional. Struktur Kursus
Citra Universiti terdiri daripada tiga (3) komponen iaitu (Buku Panduan Pra Siswazah Pusat Citra UKM,
2015):

a. Kursus Wajib universiti (Keusahawanan, Hubungan Etnik dan Kemahiran Insaniah)


b. Kursus Citra Luar Fakulti (C1-C6)
c. Kursus Citra yang disetarakan (kursus yang ditawarkan oleh fakulti)

Inisiatif UKM bagi mencapai KRA 1 adalah dengan melaksanakan kursus Citra yang bersifat rentas
disiplin. Kursus Citra merangkumi domain Etika, Kewarganegaraan & Ketamadunan, Kuantitatif &
Kualitatif, Sains, Teknologi & Kelestarian, Bahasa, Komunikasi & Literasi, Kepimpinan, Keusahawanan &
Inovasi dan Kekeluargaan, Kesihatan & Gaya Hidup. Sehingga kini, lebih kurang 700 kursus Citra
ditawarkan yang melibatkan pelbagai fakulti dan PTJ.
1 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 15

Pembangunan Kerjaya Mahasiswa UKM


Kebolehpasaran graduan UKM antara perkara yang menjadi perhatian pihak UKM. Dalam dunia yang
penuh dengan persaingan, graduan perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu, kemahiran dan nilai
tambah yang boleh menjadi daya penarik kepada organisasi. Bagi membangunkan kemahiran yang
diperlukan mahasiswa UKM dalam dunia kerjaya, UKM telah menubuhkan Pusat Karier UKM.
Berdasarkan keputusan MPU pada 30 September 2014. Penubuhan pusat ini adalah sejajar dengan 6
bidang keberhasilan strategik UKM terutamanya KRA 1 iaitu Siswazah Beraspirasi Kebangsaan,
Kompeten, Berdaya Saing dan Inovatif.

Objektif penubuhan Pusat ini adalah :

Dalam dunia yang penuh  Mengkaji, menganalisis dan menyedia


maklumat terkini mengenai status
dengan persaingan, kebolehpasaran bakal graduan mengikut
graduan perlu bidang pengkhususan masing-masing.
 Membangunkan sistem maklumat
mempersiapkan diri dengan kerjaya graduan secara atas talian dan
pelbagai ilmu, kemahiran bersifat interaktif.
 Menyedia dan menyelaraskan program
dan nilai tambah yang latihan berkaitan pembangunan kerjaya
graduan.
boleh menjadi daya penarik  Mewujud dan memperkukuh jaringan
kepada organisasi. dengan pihak majikan di Industri.

Antara program yang dilaksanakan oleh Pusat Karier UKM ialah program kebolehpasaran graduan.
Melalui program ini, pusat mengenal pasti pihak syarikat yang dapat memberi latihan Kebolehpasaran
Graduan (GE) bersifat ‘soft skill’ dan modul-modul bersifat pensijilan profesional kepada pelajar tahun
akhir daripada pelbagai bidang seterusnya menawarkan peluang pekerjaan yang sesuai kepada pelajar
UKM menggunakan konsep train and place.

Pusat akan memantau dan menyelia program latihan GE yang dijalankan oleh syarikat selama beberapa
tempoh tertentu. Seterusnya, syarikat yang menjalankan program ini akan menyediakan laporan lengkap
serta mengawasi pelajar-pelajar yang telah menyertai program mereka sehingga 1 tahun bekerja.

Antara aktiviti Pusat Karier yang utama ialah Hari Kerjaya, Ceramah Kerjaya, Program Profesional Muda,
Mock Interview, Penyediaan Resume melalui Video, Program Kebolehpasaran Graduan dan Kajian
Pengesanan Pengajian. UKM memberi peluang kepada syarikat/industri yang berminat untuk menjalinkan
kerjasama dengan UKM bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan UKM. Dalam melaksanakan
inisiatif ini Pusat turut bekerjasama dengan fakulti/Institut/Kolej Kediaman.
1 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 16

Nilai Keusahawanan Pelajar


Dalam usaha UKM menyiapkan diri pelajar untuk lebih bersedia terjun ke dalam dunia pekerjaan yang
lebih mencabar dan penuh daya saing serta kreatif mencipta pekerjaan,maka inisiatif telah dilakukan
melalui program keusahawanan yang telah diperkenalkan untuk semua pelajar mulai tahun 2012. Bagi
melaksanakan program keusahawanan dalam kalangan pelajar di UKM, maka Pusat Pembangunan
Keusahawanan dan EKS (CESMED UKM) telah ditubuhkan pada 2010.

Pada peringkat awal modul-modul keusahawanan yang dibangunkan oleh CESMED UKM telah
bekerjasama dengan pakar dari Stevens’ Institute of Technology, Amerika Syarikat. Modul-modul
keusahawanan telah diubah suai dan tenaga akademik dari pelbagai fakulti telah dilibatkan dalam proses
pengajaran kursus keusahawanan. Mereka telah menerima latihan (TOT) dari Stevens’ Institute of
Technology, Amerika Syarikat. Program keusahawanan adalah bertujuan untuk memupuk semangat dan
nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan pelajar yang dilakukan melalui kursus keusahawanan, iaitu
Usahaniaga Asas I (CMIE 2013) yang diwajibkan untuk semua tahun satu, kursus Usahaniaga Asas II
(CMIE 2023), Usahaniaga Lanjutan (CMIE 3016),Rundingcara EKS (CMIE 2036), Kajian Kes
Keusahawanan (CMIE 3033), Keusahawanan Sosial (CMIE 6013), Inovasi Produk dan Keusahawanan
(CMIE 6213), Kajian Kes Keusahawanan (CMIE 6023) dan Pengurusan Strategik Enterpris Kecil dan
Sederhana (CMIE 6223). UKM-CESMED beroperasi dalam satu ekosistem yang terdiri daripada kolej
kediaman, persatuan pelajar dan fakulti (Laman Web CESMED UKM,2017).

Bersedia terjun ke
dalam dunia
pekerjaan yang
lebih mencabar
dan penuh daya
saing serta kreatif
mencipta
pekerjaan.
1 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 17

Inovasi dalam Pembelajaran & Pengajaran


Dalam dunia digital dan media baru, perkembangan teknologi dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran begitu pantas. Pensyarah perlu kreatif dan inovatif dalam penyampaian dan teknik
pengajaran. Salah satu kaedah yang terkini ialah menawarkan kursus melalui kaedah Massive Open
Online Courses (MOOC) dan aplikasi iTUNES U
yang boleh diakses oleh pelajar melalui online. Bagi
menggerakkan usaha inovasi dalam P&P, UKM telah
menubuhkan Pusat Teknologi Pengajaran dan
Pembelajaran (Pengajaran UKM). Antara objektif
dan fungsi portfolio Teknologi Pembelajaran
merangkumi:
Merancang strategi menangani ‘Disruptive
Innovation’,program latihan dan bimbingan berkaitan
media dan teknologi pembelajaran inovatif dan
terkini kepada tenaga akademik dan pelajar UKM,
membudayakan OER (Open Educational Resources)
dan MOOC.

Pembangunan Sahsiah dan Kemahiran Insaniah Pelajar


Membina intelektual bukan semata-mata soal memperoleh ijazah dan menuntut ilmu, tetapi bagaimana
keupayaan universiti melahirkan pelajar yang mampu memberikan reaksi terhadap ilmu. Atas kesedaran
inilah, UKM telah mengorak langkah melaksanakan program yang boleh membina sahsiah dan kemahiran
insaniah pelajar. Bagi menjayakan hasrat ini, UKM telah menubuhkan Pusat Perhubungan Mahasiswa &
Perhubungan Alumni (PPMPA). Pusat ini berperanan menyelaras semua program ko-kurikulum pelajar
dan memberi latihan kepimpinan pelajar. Melalui penyertaan aktiviti ini, pembinaan sahsiah dan kemahiran
insaniah dapat diterap bagi melahirkan mahasiswa yang seimbang dan lebih holistik serta mampu
menangani cabaran hidup.
1 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 18

KAEDAH PEMANTAUAN
Inisiatif atau tindakan yang dijalankan di Fakulti/Institut/Pusat/Kolej dipantau melalui Sistem Maklumat
Strategik (Pemantauan Inisiatif) dan penilaian pelajar melalui Sistem SPPP. Manakala penunjuk prestasi,
proses pemantauan dilakukan melalui survei maklum balas graduan semasa konvokesyen dan juga
maklum balas majikan bagi aspek berikut:

 Peratus graduan yang memahami aspirasi kebangsaan


 Peratus graduan yang berupaya menunjukkan apresiasi budaya dan nilai
 Peratus majikan yang mengakui graduan mempunyai ilmu yang terkini
 Peratus majikan yang mengakui graduan mempunyai kemahiran praktikal dan insaniah yang tinggi.
 Peratus graduan yang mempunyai semangat patrotisme dan perpaduan
 Peratus graduan meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi atau mengikuti kursus/program
pembelajaran sepanjang hayat.
 Persepsi majikan terhadap ciri graduan dalam daya inovasi, pemikiran keusahawanan,keluasan ilmu
dan kompetensi generik.
 Bilangan graduan yang menjadi usahawan mengikut kohot selama 5 tahun
 Peratus majikan yang bersedia menjadikan graduan UKM sebagai pilihan utama mengisi kekosongan
jawatan.

KESIMPULAN
Globalisasi ilmu yang wujud hasil daripada kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan teknologi
maklumat memberikan cabaran kepada UKM untuk meningkatkan keintelektualan dan sahsiah pelajar
yang seimbang dan holistik. Namun, dengan inisiatif yang dirangka dan disusun, UKM mempunyai
keyakinan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan ilmu dan ketrampilan yang menyerlah
dengan dihiasi akal budi dan akhlak tinggi yang mampu bersaing.
KRA 2

Penyelidikan dan Inovasi


yang Berimpak Tinggi
2 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 20

Penyelidikan dan Inovasi


yang Berimpak Tinggi

PENGENALAN
Sebagai sebuah universiti penyelidikan, UKM memainkan peranan untuk menyelesaikan
permasalahan utama negara (grand challenge) melalui penyebaran ilmu pengetahuan dan
penyelidikan terkini serta pemindahan teknologi (technology transfer). Setiap sarjana di UKM perlu
berusaha dengan lebih gigih untuk menjalankan penyelidikan berimpak tinggi yang dapat memberi
manfaat kepada masyarakat dan pembangunan negara di samping menghasilkan terbitan ilmiah di
dalam pelbagai bidang. Bagi meningkatkan impak setiap penyelidikan yang dijalankan, UKM
menerusi Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (HEPI), Pusat Pengurusan Penyelidikan
dan Instrumentasi (CRIM), Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) sentiasa menekankan supaya penyelidik
mempunyai kesedaran bahawa hasil aktiviti penyelidikan yang dijalankan harus berupaya memberi
manfaat secara langsung kepada masyarakat dan negara.

Para penyelidik dan sarjana UKM disarankan supaya bekerjasama dengan pihak berkepentingan
dalam kalangan industri dan masyarakat untuk merangka penyelidikan yang akan dijalankan supaya
hasil penyelidikan tersebut berimpak dan diterima pihak berkepentingan. Langkah ini juga boleh
meningkatkan peranan UKM untuk memastikan masyarakat dan industri terutamanya Industri Kecil
Sederhana (SME) berkembang sederap dengan UKM sejajar dengan visi ‘mendahului zamannya’.
2 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 21

Oleh yang demikian, elemen penyelidikan dan inovasi telah digarapkan dalam bidang keberhasilan
strategik yang kedua iaitu Penyelidikan dan Inovasi yang Berimpak Tinggi. Kepakaran dan hasil
penyelidikan UKM diharapkan dapat menyumbang secara tekal kepada pembangunan ekonomi dan sosial
melalui ekosistem yang dapat memupuk penemuan inovasi, penyebaran dan penggunaan ilmu. Penarafan
UKM sebagai Universiti Penyelidikan telah banyak memberi impak positif kepada aktiviti penyelidikan UKM
untuk mengatur strategi agar ianya selari dengan KRA 2. Indeks pencapaian utama (KPI) bagi bidang
keberhasilan strategik kedua ini memberi fokus kepada bilangan ahli akademik UKM (peratusan) yang
menjadi pakar rujuk pihak berkepentingan serta bilangan ahli akademik UKM (peratusan) yang mendapat
pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Melalui penetapan KPI ini, beberapa strategi
telah dirangka iaitu meningkatkan bilangan kesarjanaan yang diiktiraf, penghasilan sumbangan
penyelidikan dan pembangunan modal insan.
2 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 22

Kerangka Penyelidikan UKM


Beberapa tindakan strategik yang dirancang untuk meningkatkan kualiti dan impak penyelidikan dengan
strategi 'Menjuarai Cabaran Perdana Malaysia/Global' (Championing the Grand Challenges for Malaysia/
Global) adalah dengan penyusunan semula struktur penyelidikan mengikut Cabaran Perdana.

Di antara tindakan yang dikenal pasti


adalah:
Akal Budi
 Mewujudkan sekretariat Nic Melayu
Penyelidikan yang diketuai oleh
seorang Penyelaras. Malaysia Islam
Kontemporari
 Mengenalpasti dan menggerakkan Lestari
penyelidikan untuk membantu Malaysia
menyelesaikan tujuh (7) bidang Sihat
tujahan penyelidikan cabaran Sejahtera
perdana (grand challenges) Pengukuhan Integrasi
 Memberi keutamaan kepada STEM ASEAN
permohonan geran penyelidikan
yang membantu penyelesaian Pemerkasaan
cabaran perdana. B40

Tujuh (7) bidang tujahan penyelidikan


cabaran perdana (grand challenges)

12 NIC PENYELIDIKAN
Berasaskan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan yang telah dijalankan selama lebih empat dekad,
UKM telah dipilih sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan di Malaysia pada 2006. Proses
pemantapan bidang penyelidikan dengan pengwujudan kumpulan penyelidikan yang tertumpu di bawah
dua belas (12) nic.

Negara Bangsa, Peradaban Kelestarian & Teknologi Negara Bangsa, Peradaban


dan Pembangunan Hijau dan Pembangunan

1. Cabaran Membina Negara 6. Pembangunan Lestari 9.Teknologi Kesihatan &


Bangsa Wilayah Perubatan
2. Ekonomi, Kewangan dan 7. Tenaga Keterbaharuan 10.Nanoteknologi dan Bahan
Perniagaan 8. Perubahan Iklim Termaju
3. Pendidikan dan Peradaban 11.ICT: Informatik Isian
4. Politik dan Keselamatan 12.Kepelbagaian Biologi
5. Transformasi Luar Bandar Dalam Pembangunan
Bioteknologi
2 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 23

Penetapan KPI dan Strategi dibuat selepas perbincangan dengan Fakulti/Pusat/Institut adalah seperti
berikut:
KRA #2: Definisi Pernyataan Hasil Utama #1
Penyelidikan dan Kepakaran dan hasil penyelidikan UKM menyumbang secara tekal kepada pembangunan ekonomi dan sosial
Inovasi yang melalui ekosistem yang dapat memupuk penemuan inovasi, penyebaran dan penggunaan ilmu.
Berimpak Tinggi
KPI KRA #2

1. Peratus ahli akademik UKM menjadi pakar rujuk pihak berkepentingan (stakeholder) pada peringkat
kebangsaan dan antarabangsa;
2. Peratus ahli akademik UKM mendapat pengiktirafan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam
kalangan akademik dan pihak berkepentingan.

Sub KRA #2.1: Pernyataan Hasil #2.1 KPI #2.1 Strategi #2.1
Kesarjanaan yang UKM memupuk, menghasil, 1. Bilangan penyelidik yang 1. Mengadakan program promosi dan publisiti
diiktiraf menarik dan mengekalkan dibimbing sebagai pelapis kepada sarjana yang mendapat
individu dan pasukan sarjana sarjana yang diiktiraf; pengiktirafan tinggi untuk menyerlahkan
yang tersohor, memacu 2. Bilangan penyelidik yang lagi sarjana UKM dalam kalangan
penyelidikan dan menawarkan menerajui projek masyarakat;
penyelesaian berimpak tinggi penyelidikan yang 2. Memperkukuhkan kesarjanaan yang
untuk negara, industri dan terkehadapan. diiktiraf dalam kalangan ahli Fakulti/Institut/
masyarakat. Pusat;
3. Membudayakan pementoran dan jaringan
dengan penyelidik dalam dan luar yang
terkemuka untuk meningkatkan kualiti
penyelidikan dan inovasi;
4. Mewujudkan perancangan dan program
tersusun untuk pengambilan staf;
5. Menyediakan sistem pembangunan dan
sokongan serta mengekalkan sarjana yang
diiktiraf.

Sub KRA #2.2 Pernyataan Hasil #2.2 KPI #2.2 Strategi #2.2
Penghasilan dan Siswazah UKM menguasai 1. Bilangan projek 1. Mewujud dan memantapkan pusat/makmal
sumbangan ilmu terkini, kemahiran penyelidikan UKM yang penyelidikan yang menjadi rujukan;
penyelidikan praktikal dan kemahiran memberi penyelesaian 2. Membina keupayaan penyelidikan dan
insaniah tinggi serta sentiasa kepada isu dan kepakaran yang sesuai dengan keperluan
meningkatkan kompetensi, permasalahan utama terkini pihak berkepentingan dan
bersesuaian dengan keperluan negara, industri dan mengambil kira perkembangan
negara dan masyarakat antarabangsa. penyelidikan masa hadapan;
sejagat. 3. Mewujudkan program penyelidikan yang
menumpukan kepada penyelesaian
masalah dan menjana ilmu yang
terkehadapan.

Sub KRA #2.3 Pernyataan Hasil #2.3 KPI #2.3 Strategi #2.3
Pembangunan UKM menghasilkan penyelidik 1. Peratus siswazah, calon 1. Menarik pelajar cemerlang untuk mengikuti
modal insan yang mempunyai kepakaran siswazah sarjana dan program siswazah;
dan beretika yang Ph.D yang tamat pengajian 2. Meningkatkan kemahiran penyeliaan yang
menyumbang kepada proses dengan cemerlang. berkesan;
pengembangan, penggunaan 2. Bilangan pengiktirafan 3. Meningkatkan kesedaran dan
ilmu dan inovasi bernilai tinggi. berkaitan dengan etika penghayatan terhadap etika penyelidikan;
penyelidikan; 4. Meningkatkan kemahiran kepimpinan
3. Peratus siswazah penyelidikan dan kemahiran perundingan
pascasiswazah UKM yang pelajar siswazah.
menjadi pemimpin dalam
bidang kepakaran dalam
agensi awam dan swasta.
2 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 24

INISIATIF
Inisiatif Utama ditetapkan selepas perbincangan dengan pihak Fakulti/Institut. Sesi rundingan bersama
Pengerusi Jawatankuasa Task Force KRA dengan Fakulti/Institut telah menetapkan sasaran utama.
Seterusnya, sasaran dan inisiatif utama telah dibentangkan kepada Lembaga Pengarah Universiti.
Susulan daripada perbincangan tersebut maka inisiatif utama KRA 2 adalah seperti berikut:

 Bengkel Pengukuhan Penerbitan


 Kongres Penyelidikan
 Dana galakan penyelidik muda
 Menambah bilangan jurnal UKM yang diindeks
 Tesis PhD kepada buku
 Meningkatkan keberkesanan aktiviti pementoran
 Meletakkan prestasi minima dalam sistem penilaian tahunan staf (SPPU)
 Persidangan UKM besar, bersepadu dan berimpak
 Program rampai penyelidikan (mixer programme) unutk menggalakkan kerjasama multidisiplin
2 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 25

KAEDAH PEMANTAUAN
Inisiatif atau tindakan yang dijalankan di Fakulti/Institut/
Pusat/Kolej dipantau melalui Sistem Maklumat Strategik
(Pemantauan Inisiatif). Manakala penunjuk KPI hasil
seperti penerbitan, jumlah dan jenis geran penyelidikan, Prestasi penerbitan dan
kolaborasi, data penyelidik termasuk pelajar siswazah,
kemudahan penyelidikan dan anugerah serta penyelidikan juga dilaporkan
pengiktirafan yang diterima oleh sarjana UKM dipantau
melalui Sistem MyRA.
secara berkala di dalam
Mesyuarat Jawatankuasa
Di samping itu, prestasi penerbitan dan penyelidikan
juga dilaporkan secara berkala di dalam Mesyuarat Perancangan Penyelidikan
Jawatankuasa Perancangan Penyelidikan dan Inovasi
(JPPI). Pemantauan juga dilakukan menerusi
dan Inovasi .
Mesyuarat Jawatankuasa KRA 2 yang diwakili
Pengerusi KRA 2 bagi setiap Fakulti/Pusat/Institut.
Pencapian penerbitan juga turut dilaporkan di dalam
mesyuarat Pengerusi KRA 2 bersama ketua editor
jurnal yang berpengkalan di UKM.
2 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 26

KESIMPULAN
Bidang tujahan dan fokus
Penyelidikan yang menjadi fokus UKM adalah untuk penyelidikan UKM
mengembangkan bidang ilmu dan kepakaran, membantu
hasrat negara dalam membangun masyarakat dan bersifat dinamik sesuai
menyerlahkan sumbangan UKM di peringkat antarabangsa. dengan perubahan
Itulah sebabnya, bidang tujahan dan fokus penyelidikan
UKM bersifat dinamik sesuai dengan perubahan semasa semasa serta keperluan
serta keperluan peringkat negara dan antarabangsa. peringkat negara dan
Namun, bidang teras UKM yang mendokong aspirasi negara
dan hasrat rakyat masih dikekalkan antarabangsa. Namun,
bidang teras UKM yang
mendokong aspirasi
negara dan hasrat rakyat
masih dikekalkan.
KRA 3

Perkongsian Pintar
dan Keterlibatan Strategik
3 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 28

Perkongsian Pintar
dan Keterlibatan Strategik

PENGENALAN
Sebagai sebuah universiti yang ditubuhkan atas hasrat rakyat maka UKM tidak seharusnya terpisah
daripada masyarakat dan seharusnya melibatkan masyarakat dalam menjalankan aktiviti sama ada dalam
bentuk akademik, sosial atau kemasyarakatan. Justeru itu, UKM telah menubuhkan Pusat Transformasi
Komuniti Universiti atau UCTC yang diilhamkan melalui National Blue Ocean Strategy (NBOS) Summit
Meeting yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
3 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 29

Budaya Keterlibatan Warga UKM


Melalui UCTC, UKM telah menganjurkan pelbagai aktiviti kesukarelawanan yang memberi manfaat terus
kepada komuniti. Komuniti persekitaran kampus turut menjadi jangkauan strategik utama UKM dengan
mewujudkan inisiatif Institute for Collaboration (IFC) melalui aktiviti bersama industri dan komuniti. Buat
masa ini, UKM menjadikan Bandar Baru Bangi sebagai fokus utama. Inisiatif ini sebagai platform
meningkatkan jaringan UKM dengan pihak industri dan institusi yang ada di Bangi seterusnya ke seluruh
negara. Contohnya, UKM giat meningkatkan aktiviti bersama penduduk di Bandar Baru Bangi melalui
program UKM4Bangi dan Jalinan UKM-Masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Buah, Dengkil. Projek
360 Kampung Angkat UKM di Pulau Manis, Pahang merupakan salah satu program jaringan yang lebih
terfokus bagi meningkatkan impak aktiviti keterlibatan UKM di komuniti sasaran terpilih.

Keprihatinan UKM terhadap usaha bagi memartabatkan masyarakat dalam pendidikan, UKM telah
melengkapkan semula Pusat Sumber, Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi di Gua Musang, Kelantan yang
terjejas akibat banjir besar pada penghujung tahun 2014. Selain itu, sumbangan buku dan komputer bagi
tujuan yang sama juga turut diagihkan kepada Sekolah Kebangsaan Tumpat, Sekolah Menengah
Kebangsaan Tumpat, Sekolah Kebangsaan Kuala Sungai, Gua Musang dan Sekolah Kebangsaan Pulau
Manis, Pahang.
3 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 30

UKM4state telah digerakkan untuk memastikan


aktiviti keterlibatan semua pihak di UKM dan negeri
di Malaysia menjadi lebih selaras dan mampu
meningkatkan impak bagi program yang dijalankan.
Program ini telah mula memperlihatkan hasil yang
strategik di Terengganu, Perak, Pahang, Johor dan
Sarawak.

UKM juga telah mempelopori beberapa aktiviti keterlibatan di peringkat ASEAN seperti ASEAN Youth
Volunteers’ Programme (AYVP) dan CIMB ASEAN Young Leaders (CYAL) yang telah dapat menarik
penglibatan industri dan agensi seperti Air Asia, CIMB, U.S. Agency for International Development
(USAID), the Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR) dan Wismaputra sebagai rakan
strategik yang menaja aktiviti tersebut. Program tersebut yang memberi tumpuan kepada pelajar
sebagai pemimpin pada masa hadapan telah menarik penglibatan pelajar dari negara ASEAN seperti
Singapura, Thailand, Kemboja , Filipina, Vietnam dan Indonesia.

Di peringkat antarabangsa UKM telah berjaya untuk


meningkatkan keterserlahannya di beberapa buah
negara seperti negara Latin Amerika (Mexico dan
Cuba). Setiap tahun ratusan pelajar dari Mexico
datang ke UKM untuk menyertai program Mobiliti UKM
-Mexico. Di samping itu, UKM juga telah menjalin
perkongsian pintar dengan beberapa buah universiti
utama dunia seperti Oxford University,UK dan Kyoto
Universitiy Jepun dengan penubuhan Centre For
Islamic Civilization (HADHARI) oleh Institut Islam
Hadhari,UKM.
3 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 31

Penetapan KPI dan Strategi dibuat selepas perbincangan dengan Fakulti/Pusat/Institut adalah seperti
berikut:

KRA #3: Definisi Pernyataan Hasil Utama #3


Perkongsian Perkongsian pintar yang berimpak tinggi antara UKM dengan pihak berkepentingan yang saling memanfaatkan
Pintar dan dan mengukuhkan tawaran nilai UKM (pendidikan, penyelidikan dan khidmat universiti) pada peringkat
Keterlibatan kebangsaan dan antarabangsa.
Strategik
KPI KRA #3
1. Keberkesanan pakatan strategik – penilaian oleh rakan strategik (industri/komuniti/ institusi) di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa;
2. Persepsi pihak berkepentingan (industri/komuniti/ institusi) ke atas sumbangan UKM

Sub KRA #3.1: Pernyataan Hasil #3.1 KPI #3.1 Strategi #3.1
Budaya Warga UKM menghayati kepentingan 1. Peratus warga UKM yang terlibat 1. Meningkatkan budaya
keterlibatan keterlibatan, mempunyai pengetahuan dalam aktiviti keterlibatan; keterlibatan dalam kalangan
Warga UKM dan keupayaan untuk melaksanakan 2. Peratus warga UKM yang Warga UKM;
yang tinggi aktiviti keterlibatan masyarakat dan memimpin aktiviti keterlibatan; 2. Meningkatkan keterserlahan
industri secara berkesan 3. Peratus perakuan positif pihak program keterlibatan UKM;
berkepentingan ke atas 3. Mempelbagaikan program
keberkesanan program keterlibatan yang inovatif dan
keterlibatan UKM. merentas bidang.

Sub KRA #3.2: Pernyataan Hasil #3.2 KPI #3.2 Strategi #3.2
Perkongsian Pemindahan ilmu dan perkongsian 1. Bilangan perkongsian pintar yang 1. Meluaskan jaringan dan
kepakaran dan kepakaran dan sumber yang memberi optimum; kolaborasi dengan pihak
sumber yang impak yang tinggi kepada pihak yang 2. Peratus projek keterlibatan yang berkepentingan;
optimum terlibat dalam menyelesaikan berteraskan kepakaran berimpak; 2. Menyerlahkan kepakaran
permasalahan dan merealisasikan 3. Peratus perakuan positif pihak kepada pihak berkepentingan
misi institusi berkepentingan ke atas yang terkemuka;
keberkesanan program 3. Menggembleng kepakaran dan
keterlibatan UKM. sumber rentas disiplin yang
menjurus kepada penyelesaian
masalah industri dan
masyarakat.

Sub KRA #3.3: Pernyataan Hasil #3.3 KPI #3.3 Strategi #3.3
Penciptaan nilai Penciptaan nilai yang tinggi dan lestari 1. Bilangan pengiktirafan 1. Membangunkan program
yang tinggi dan yang meningkatkan kesejahteraan sumbangan keterlibatan UKM bernilai tinggi yang berpotensi
lestari masyarakat dan daya saing industri daripada pihak berkepentingan. mendapat dana daripada pihak
yang menyokong pembangunan dan 2. Peratus perakuan positif pihak berkepentingan.
kemajuan negara. berkepentingan ke atas nilai dan 2. Memastikan kesinambungan
kelestarian program keterlibatan program keterlibatan yang
UKM. berimpak.
3 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 32

INISIATIF
Inisiatif Utama ditetapkan selepas perbincangan dengan pihak Fakulti/Institut selepas semua Fakulti/
Institut melakukan pembentangkan masing-masing. Sesi rundingan bersama Pengerusi Jawatankuasa
Task Force KRA dengan Fakulti/Institut juga telah dibuat untuk menetapkan sasaran utama.
Seterusnya,sasaran dan inisiatif utama telah dibentangkan kepada Lembaga Pengarah Universiti.

 Mengadakan dan mengukuhkan kolaborasi dengan industri & pihak berkepentingan


 Menjalankan program flagship yang berimpak tinggi
 Pengurusan fakulti mengadakan pertemuan dengan industri
 Perkongsian maklumat kejayaan UKM dengan rakan strategik
 ASEAN@UKM
 UKM4STATE
 SEKOLAH@UKM
 JENDELA@UKM
3 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 33

Beberapa tindakan turut dilakukan untuk meningkatkan bilangan


rakan strategik yang tersohor bagi setiap fakulti dan institut
melalui inisiatif berikut: Setiap fakulti/institut
 Setiap fakulti/institut diminta untuk menamakan/mensasarkan diminta untuk
sekurang-kurangya 5 rakan strategik tersohor yang boleh
mengesahkan kualiti fakulti/institut tersebut. menamakan/
 Setiap Dekan/Pengarah perlu berjumpa sekurang-kurangnya mensasarkan
2 orang CEO/Ketua Organisasi luar setiap bulan.
 Pihak pengurusan menjalankan soal-selidik maklum balas sekurang-kurangya 5

keberkesanan jaringan daripada rakan kolaborasi.
Menjalankan aktiviti jaringan dengan CEO Fakulti UKM,
rakan strategik
Michaela Dinboeck yang merupakan Presiden Novartis tersohor yang boleh
Corporation (M) Sdn. Bhd., CEO atau Pegawai Pengurusan
Tertinggi organisasi lain yang telah dikenalpasti oleh pihak mengesahkan kualiti

Pengurusan UKM.
MoU
fakulti/institut
 Alumni tersebut.

KAEDAH PEMANTAUAN
Aktiviti KRA 3 dibincang dan dilaporkan di dalam mesyuarat Ketua HEJIM Fakulti/Institut. Inisiatif atau
tindakan yang dijalankan di Fakulti/Institut/Pusat/Kolej dipantau melalui Sistem Maklumat Strategik
(Pemantauan Inisiatif). Antara inisiatif utama dan tindakan operasi yang dipantau bagi memastikan PTj
bergerak sederap untuk mencapai hasil KRA 3 adalah:

 bilangan rakan strategik tersohor


 bilangan MoU/MoA baharu dan yang aktif serta pada tahun semasa
 bilangan program flagship yang dijalankan dengan penjaan dari pihak luar
3 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 34

KESIMPULAN
Konsep pendidikan tinggi yang terbuka dan tidak bersifat
eksklusif memerlukan jaringan strategik dengan pihak
Konsep pendidikan
berkepentingan, industri dan komuniti. Perkongsian pintar tinggi yang terbuka
dengan memanfaatkan kepakaran, ilmu dan kemudahan
dapat mempercepatkan proses perkembangan pendidikan, dan tidak bersifat
pembangunan negara dan masyarakat. Jaringan strategik
dan perkongsian pintar ini mengwujudkan satu ekosistem
eksklusif memerlukan
kerjasama yang lestari antara universiti, pembuat dasar/ jaringan strategik
polisi, pelaksana dan industri. UKM telah merangka pelan
strategik dan melaksanakan inisiatif ke arah pencapaian dengan pihak
KRA 3. berkepentingan,
industri dan komuniti.
KRA 4

Sumber Manusia
dan Institusi Cemerlang
4 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 36

Sumber Manusia
dan Institusi Cemerlang

PENGENALAN
Dalam usaha ke arah pembangunan universiti yang mampan, UKM amat komited dalam menerapkan dan
melatih setiap warganya untuk lebih proaktif, efisien dan mempunyai ciri keusahawanan untuk mencapai
institusi cemerlang, berinovasi dan produktif. Keunggulan UKM sebagai pendaulat amanah negara
disokong oleh warga yang sentiasa bersama-sama dalam usaha menjadikan UKM sebagai sebuah
institusi yang cemerlang.

Keunggulan individu ditampilkan dalam konsep 3R iaitu Referred (dirujuk), Respected (dihormati) dan
Relevant (relevan). Setiap staf wajar mencetuskan idea untuk meningkatkan kecemerlangan UKM di
samping mengetengahkan individu yang berbakat, kreatif dan inovatif. Sebagai pendokong kepada
wawasan UKM, setiap warga perlu lebih proaktif, efisien dan mempunyai ciri keusahawanan untuk
mencapai institusi cemerlang yang kondusif dan lestari.

Justeru, UKM telah mengambil beberapa


inisiatif untuk memupuk budaya inovasi melalui
penglibatan staf dalam pelbagai program dan Keunggulan individu
sokongan daripada pengurusan tertinggi UKM
antaranya: ditampilkan dalam konsep 3R
 Mengadakan program Naib Canselor
iaitu Referred (dirujuk),
bersama semua staf untuk menggalakkan Respected (dihormati) dan
inovasi
 Membudayakan aktiviti inovasi antaranya Relevant (relevan).
melaksanakan program Cabaran Idea UKM,
Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK), Projek
GerakNovasi dan Hari Inovasi pada setiap
bulan
 Menyemak semula kriteria inovasi dalam
Penilaian Prestasi tahunan
 Mengadakan lawatan turun padang oleh
pengurusan tertinggi ke PTJ
 Menggalakkan program sangkutan bagi staf
UKM
4 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 37

Staf Kompeten dan Inovatif


Staf yang kompeten dan inovatif mempunyai pengetahuan, kemahiran terkini dan daya inovasi yang tinggi
untuk memberi perkhidmatan yang berkesan dan menjadi rujukan kepada semua pihak berkepentingan.
(Booklet KRA UKM, 2014)

Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu bagi melaksanakan
sesuatu tugas dan tanggungjawab. Prinsip asas kompetensi adalah bahawa prestasi seseorang anggota
perkhidmatan awam akan meningkat jika ia mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi
melaksanakan tugas atau tanggungjawab jawatan yang disandangnya (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
6 Tahun 2015).

Budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan dan kualiti produktiviti
sesebuah organisasi. Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya akan tercapai sekiranya warganya
mempraktikkan etika kerja dan sifat integriti yang menyeluruh dan positif.

Projek Inovasi digalakkan di setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk menghasilkan produk atau
perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui penghasilan idea baharu atau penambahbaikan dalam
proses kerja. Hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif yang merangkumi perubahan dalam bentuk
sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi dapat meningkatkan kualiti
dan produktiviti organisasi.
4 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 38

Staf yang Beretika dan Bermuafakat


Staf UKM yang mempunyai nilai dan etika profesional yang tinggi dan sentiasa bermuafakat dalam
menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang.
Staf harus bijak mengurus kejayaan, serta dengan tegas dan berkesan mengatasi pelbagai kelemahan
dan kekurangan. Budaya beretika dan integriti adalah selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020
iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, mempunyai nilai
keagamaan dan kerohanian yang utuh, serta ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Etika adalah
himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion.
Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan
organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dalam tindakan seharian.
Budaya kerja merujuk kepada nilai, kepercayaan dan sikap pekerja terhadap pekerjaan. Aspek yang
sangat rapat dengan cara hidup dalam masyarakat Malaysia adalah kerjasama dan bermuafakat.

Budaya beretika dan integriti adalah selaras dengan cabaran


keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah
masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya,
mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, serta
ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
4 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 39

Institusi yang Proaktif dan Dinamik

UKM adalah institusi yang bersifat proaktif dan dinamik untuk menerajui perubahan dalam meningkatkan
perkhidmatan dan institusi serta menyumbang kepada persekitaran kerja yang mesra perubahan (Booklet
KRA, 2014).

Di UKM, pengurusan sistem penyampaian perkhidmatan dikawal selia oleh Sistem Pengurusan Kualiti
(SPK) berasaskan piawai MS ISO 9001:2008. UKM menerusi dua (2) Jawatankuasa Task Force iaitu
Jawatankuasa Task Force Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP) dan Jawatankuasa Task
Force Sistem Pengurusan Program Prasiswazah dan Siswazah (SPKPPPS) melaksanakan proses
peralihan penggunaan Standard MS ISO 9001: 2008 kepada Standard MS ISO 9001:2015. Pelaksanaan
Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan UKM akan meningkatkan keberkesanan kos dan masa tanpa
mengurangkan tahap kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan pihak
berkepentingan. Amalan 5S berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti PTJ berasaskan
Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran
Kerja. Pelaksanaan Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada
imej korporat organisasi secara keseluruhan dan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan
kos dan memudahkan proses kerja.

Persekitaran tempat kerja yang kondusif memberi kesan kepada semangat staf, produktiviti dan
penglibatan. Persekitaran kerja yang kondusif membolehkan pekerja menjalankan tugas dengan selesa,
selamat dan sihat. Survei kepuasan pelanggan dapat melihat hubungan di antara kualiti perkhidmatan
yang diberikan oleh PTJ dan kepuasan pelanggan.
40
4 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK

Penetapan KPI dan Strategi dibuat selepas perbincangan dengan Fakulti/Pusat/Institut adalah seperti
berikut:

KRA #4: Definisi Pernyataan Hasil Utama #4


Sumber Manusia Staf Akademik, Pengurusan dan Profesional dan Pelaksana mempunyai ilmu, kemahiran, etika, kemuafakatan
dan Institusi dan proaktif kepada perubahan yang berupaya menambah nilai perkhidmatan dan membangunkan institusi
Cemerlang yang cemerlang, berinovasi dan produktif.

KPI KRA #4

1. Peratus warga UKM yang terlibat dalam inisiatif inovasi peningkatan kualiti (e.g. Kumpulan Inovatif Kreatif
(KIK), T-Novasi dll.)
2. Kepuasan pihak berkepentingan yang berurusan dengan UKM

Sub KRA #4.1: Pernyataan Hasil #4.1 KPI #4.1 Strategi #4.1
Staf yang Staf UKM mempunyai 1. Peratus staf UKM yang 1. Meningkatkan kompetensi staf sesuai
kompeten dan pengetahuan, kemahiran menghadiri kursus/latihan dengan keperluan terkini dan akan datang.
inovatif terkini dan daya inovasi yang dalam kemahiran terkini. 2. Membudayakan inovasi dalam proses
tinggi untuk memberi 2. Bilangan projek inovasi kerja.
perkhidmatan berkesan dan yang berdaftar. 3. Membudayakan perkongsian amalan
menjadi rujukan kepada terbaik di dalam dan luar UKM. sarjana
semua pihak berkepentingan. yang diiktiraf.

Sub KRA #4.2 Pernyataan Hasil #4.2 KPI #4.2 Strategi #4.2
Staf yang beretika Staf UKM yang mempunyai 1. Bilangan penyertaan 1. Memupuk nilai kerohanian, etika kerja dan
dan bermuafakat nilai dan etika kerja profesional dalam aktiviti jati diri.
yang tinggi dan sentiasa berkumpulan. 2. Mengukuhkan dan membudayakan kerja
bermuafakat dalam berpasukan.
menyampaikan perkhidmatan
yang cemerlang.

Sub KRA #4.3 Pernyataan Hasil #4.3 Strategi #4.3


Institusi yang UKM adalah institusi yang 1. Memupuk persekitaran kerja yang mesra
proaktif dan bersifat proaktif dan dinamik perubahan.
dinamik untuk menerajui perubahan 2. Menambah baik sistem pengurusan
dalam meningkatkan mengikut keperluan semasa dan akan
kecemerlangan perkhidmatan datang.
dan institusi serta
menyumbang kepada
persekitaran kerja yang mesra
perubahan.
4 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 41

INISIATIF
Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) dan Pusat Pengajaran dan
Teknologi Pembelajaran (Pengajaran UKM) merancang dan menganjurkan program latihan untuk staf.
Perancangan dan pelaksanaan program tersebut dilaksanakan berasaskan tahap kompetensi dan gred
perkhidmatan yang memfokuskan kepada pembangunan kepimpinan dan keterampilan, pelan pewarisan
UKM dan pengukuhan laluan kerjaya serta kecemerlangan fungsian.

Inisiatif ini dapat membantu menyelesaikan masalah dengan kerja seterusnya membuat penambahbaikan
dan meningkatkan mutu perkhidmatan serta mempercepatkan proses penyampaian perkhidmatan yang
memenuhi kehendak pelanggan.

Bagi menggerakkan projek inovasi dalam kalangan


staf, maka Kumpulan Projek GerakNovasi telah
diilhamkan oleh Naib Canselor. Sebagai perintis
kepada projek yang berkonsepkan top down ini,
Universiti telah mengenalpasti permasalahan utama
yang perlu diselesaikan secara inovatif yang
keahliannya terdiri daripada staf pentadbiran
merentasi skim perkhidmatan. Hasil GerakNovasi
adalah penghasilan output berkualiti yang dapat
dinikmati dengan ketara dan secara meluas serta
berimpak tinggi serta meningkatkan reputasi UKM di
mata masyarakat.

Untuk memperkukuhkan budaya kerja muafakat


dalam kalangan warga UKM, inisiatif yang diambil
Inisiatif ini dapat ialah melalui projek gotong-royong, perhimpunan
membantu staf, sukan universiti, pengurusan majlis rasmi dan
pengurusan audit. Kerja bermuafakat adalah penting
menyelesaikan masalah untuk menyatupadukan semua staf dalam pelbagai
bidang kepakaran, pengetahuan dan kemahiran
dengan kerja seterusnya untuk penyelesaian masalah.
membuat
penambahbaikan dan
meningkatkan mutu
perkhidmatan serta
mempercepatkan proses
penyampaian
perkhidmatan yang
memenuhi kehendak
pelanggan.
4 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 42

KAEDAH PEMANTAUAN
Pemantauan pencapaian sasaran dilaksanakan oleh Pusat Strategi dan dibantu oleh Jawatankuasa
Bertindak KRA 4. KPI KRA dan Sub KRA dipantau setiap suku tahun dan dilaporkan dalam Mesyuarat
Lembaga Pengarah Universiti. Manakala KPI Inisiatif dan KPI utama diukur pada akhir tahun dan inisiatif
tersebut dipantau melalui Sistem Maklumat Strategik (Pemantauan Inisiatif). Data yang berkenaan dicapai
melalui Sistem e-Inovasi dan maklum balas pelanggan melalui Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan
(SPKP).

KESIMPULAN
Sesebuah institusi yang cemerlang memerlukan staf yang cemerlang dan berupaya menerima perubahan.
Dalam konteks ini, UKM sentiasa merangka strategi untuk memberi ruang dan peluang kepada staf
menyerlahkan bakat, meningkatkan kemahiran melalui latihan dan penyediaan laluan kerjaya.
Persekitaran kerja yang kondusif dengan konsep muafakat dan etika kerja diperkukuhkan bagi melahirkan
modal insan seimbang yang mampu berdaya saing secara sihat dan mempunyai kompetensi dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang.
KRA 5

Penjanaan Kekayaan
Secara Optimum dan Strategik
5 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 44

Penjanaan Kekayaan
Secara Optimum dan Strategik

PENGENALAN
Penjanaan bukan perkara baharu, namun seluruh lapisan warga
UKM mula sedar bahawa ianya merupakan suatu perkara yang
Idea, perancangan
penting memandangkan geran kerajaan yang semakin berkurangan dan aktiviti
setiap tahun. Justeru itu, UKM telah mengambil inisiatif untuk
menjadikan aktiviti penjanaan sebagai salah satu agenda utama penjanaan
Universiti bagi menjamin kelestarian kewangan. Idea, perancangan
dan aktiviti penjanaan kewangan dalam bentuk baru perlu diberi
kewangan dalam
penekanan bagi mencapai hasrat tersebut. bentuk baru perlu
Budaya penjanaan perlu diterapkan dalam kalangan staf UKM di diberi penekanan
semua peringkat. Bagi memperkukuhkan budaya penjanaan, setiap
PTJ diminta untuk mengenalpasti sumber pendapatan masing-
bagi mencapai
masing dan seterusnya merangka tindakan untuk mencapai sasaran hasrat tersebut.
yang telah ditetapkan dalam belanjawan tahunan.
5 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 45

KRA5 memfokus kepada usaha bagaimana universiti mampu untuk menjana kewangan secara optimum
dan strategik. Semua pihak di UKM memikir dan mencari jalan bagaimana usaha penjanaan dapat
dipergiatkan secara lestari dalam tempoh jangka masa yang panjang. Usaha ini amat penting untuk
memastikan aktiviti utama universiti tidak terjejas dan mengurangkan kebergantungan universiti dengan
geran kerajaan.

Sehingga kini UKM berada dalam keadaan yang agak baik kerana masih menerima bantuan kerajaan
untuk menjalankan operasi dan menjalankan pelbagai akitviti pembangunan dan penyelidikan. Namun
kemajuan sesebuah universiti tidak boleh bergantung semata-mata dengan mengharapkan dana daripada
kerajaan atau pembayar cukai semata-mata. Oleh itu, pelan strategik dan inisiatif perlu digerakkan untuk
melonjakkan penjanaan kewangan universiti.
5 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 46

Penjanaan Kekayaan Secara Optimum dan


Strategik
Kedudukan kewangan yang kukuh dan mantap perlu disokong
Kedudukan
oleh aktiviti penjanaan kekayaan secara optimum dan strategik kewangan yang
berdasarkan kepakaran, harta intelek dan aset hakiki (Booklet
KRA, 2014). UKM telah mempunyai asas aktiviti penjanaan di kukuh dan mantap
samping geran kerajaan dan menjana sekitar 25% hasilnya perlu disokong aktiviti
sendiri yang digunakan untuk menampung keperluan operasi.
Perbelanjaan operasi UKM yang utama adalah perbelanjaan penjanaan kekayaan
emolumen staf, kos utiliti dan perbelanjaan perkhidmatan
penyelenggaraan bangunan serta kemudahan infrastruktur yang
secara optimum dan
sedia ada. strategik berdasarkan
Dalam usaha meningkatkan penjanaan, UKM telah kepakaran, harta
memperkenalkan konsep 3P iaitu Pakar, Program dan
Prasarana untuk penjanaan dan pendanaan. Melalui konsep ini,
intelek dan aset
setiap warga dan PTJ perlu mengambil inisiatif untuk menjana hakiki.
kewangan bagi menanggung 25% perbelanjaan universiti.

Kepakaran Bernilai Tinggi


Kepakaran Bernilai Tinggi ialah kepakaran dan
harta intelek UKM mendapat pengiktirafan
tinggi daripada pasaran serta pelanggan
berwibawa yang menyumbang secara tekal
kepada pendapatan universiti. Oleh itu UKM
memperkenalkan konsep 3P iaitu Pakar,
Program dan Prasarana untuk penjanaan dan
pendanaan.

Program akademik yang bernilai tinggi ialah


program yang diiktiraf dan mempunyai
permintaan tinggi seperti program eksekutif di
Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) dan
program khas antarabangsa di Fakulti
Ekonomi & Pengurusan (FEP) dan Fakulti
Teknologi & Sains Maklumat (FTSM).

Di samping itu, kepakaran yang ada pada ahli


akademik dan staf profesional boleh dijadikan
aset dalam menjana kewangan melalui
khidmat perundingan, perkhidmatan kepakaran
dan pengkomersilan produk.
5 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 47

Pengewangan Aset Hakiki


Pengewangan Aset Hakiki ialah perkhidmatan dan aset hakiki UKM diurus dan dikembangkan secara
profesional dan digemblengkan secara optimum bagi memastikan pendapatan yang tinggi serta
memuaskan pelanggan.

UKM mempunyai asas yang kukuh kerana mempunyai kekuatan sendiri termasuk memiliki jumlah aset
hakiki yang besar. Justeru itu, UKM berasa yakin perubahan perlu dibuat dan semua lapisan warga UKM
perlu mencari mekanisme memperbaiki kualiti perkhidmatan dan aktiviti yang ditawarkan.

Pengukuhan Endowmen
dan Tajaan
Melalui konsep 3P iaitu Pakar, Program
dan Prasarana dibiayai oleh dana
endowmen dan tajaan yang bernilai tinggi
daripada entiti yang berwibawa dan
pelbagai. UKM meletakkan harapan untuk
menjana kewangan sebanyak 25%
daripada perbelanjaan dalaman (OE)
UKM. Setiap warga UKM perlu lebih
proaktif, efisien dan mempunyai ciri
keusahawanan untuk mencapai institusi
cemerlang yang kondusif dan lestari.
5 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 48

Penetapan KPI dan Strategi dibuat selepas perbincangan dengan Fakulti/Pusat/Institut adalah seperti
berikut:

KRA #5 Definisi Pernyataan Hasil Utama #5


Penjanaan Kedudukan kewangan yang kukuh dan mantap disokong oleh aktiviti penjanaan kekayaan secara optimum &
Kekayaan Secara strategik berdasarkan kepakaran, harta intelektual dan aset hakiki
Optimum &
Strategik KPI KRA #5
Peratus perbelanjaan pengurusan (OE) yang dijana secara dalaman.

Sub KRA #5.1: Pernyataan Hasil #5.1 KPI #5.1 Strategi #5.1
Kepakaran bernilai Kepakaran dan harta intelek 1. Jumlah penjanaan hasil 1. Meningkatkan penglibatan staf secara
tinggi UKM mendapat pengiktirafan daripada kepakaran dan meluas dalam khidmat perundingan;
tinggi daripada pasaran serta pengkomersilan harta 2. Mempelbagaikan sumber pendapatan
pelanggan berwibawa yang intelektual; berasaskan kepakaran dan aset
menyumbang secara tekal intelektual;
kepada pendapatan universiti. 3. Memperhebat promosi kepakaran dan
menjalinkan usaha sama strategik dengan
agensi dan industri berkaitan.

Sub KRA #5.2: Pernyataan Hasil #5.2 KPI #5.2 Strategi #5.2
Pengewangan Perkhidmatan dan aset hakiki 1. Bilangan aset yang 1. Menawarkan aset dan perkhidmatan
Aset Hakiki UKM diurus dan menghasilkan penjanaan; berkualiti yang bernilai tinggi di pasaran;
dikembangkan secara 2. Jumlah penjanaan 2. Memperluas dan memperhebat promosi
profesional dan daripada hasil aset dan perkhidmatan yang ditawarkan
digemblengkan secara pengewangan aset hakiki; oleh universiti;
optimum bagi menghasilkan 3. Maklum balas daripada 3. Membangunkan aset baru yang
pendapatan yang tinggi serta pelanggan yang diperoleh mempunyai potensi besar.
memuaskan pelanggan. melalui soal selidik.

Sub KRA #5.3: Pernyataan Hasil #5.3 KPI #5.3 Strategi #5.3
Pengukuhan Pakar, program dan prasarana 1. Nilai endowmen dan 1. Menawarkan pakej endowmen;
Endowmen & UKM dibiayai oleh dana tajaan; 2. Menawarkan pakej tajaan yang berupaya
Tajaan endowmen dan tajaan yang menarik penyumbang dana;
bernilai tinggi daripada entiti 3. Mempromosi 3P (pakar, program dan
yang berwibawa dan pelbagai. prasarana) kepada penyumbang
berpotensi.
5 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 49

INISIATIF
Menyedari keperluan penjanaan sumber dalaman sangat penting, pelbagai inisiatif telah dikenalpasti dan
digerakkan untuk mencapai sasaran KPI. Sesuai dengan peningkatan kos dan keperluan pembelajaran
yang berubah, UKM telah mengambil langkah utama dengan meningkatkan kadar yuran program siswazah.
Semakan kadar yuran program prasiswazah UKM telah dibuat sesuai dengan tuntutan dan keperluan
semasa. Lanjutan itu, pengambilan pelajar siswazah ditingkatkan melalui promosi yang berkesan.

Pembabitan Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) dalam pengambilan pelajar eksekutif merupakan langkah
penting yang banyak membantu UKM dalam menjana kewangan. UKM mengambil langkah kreatif dalam
menawarkan pelbagai perkhidmatan di seluruh PTJ. Selain itu, UKM juga telah mengambil langkah bijak
dengan pengurusan dana pelaburan yang lebih menguntungkan. Aset hakiki yang ada dipasarkan dengan
berkesan supaya digunakan secara optimum dan tiada aset yang dibiarkan tanpa dijana. Kolej-kolej
ditransformasi menjadi satu pusat penginapan yang menawarkan harga yang lebih menguntungkan sesuai
dengan perkhidmatan yang diberikan.

Kelestarian Penjanaan Pemulihan Hasil Pemerkasaan Endowmen


(unlocking potential) dan Penajaan
1. Pengukuhan Penubuhan
SBU di PTJ 1. Meningkatkan Bilangan 1. 1.Give2UKM dari Alumni
2. Mengoptimum Penggunaan Pelajar Sepenuh masa 2. 2.Promosi Dana Wakaf Ilmu
Ruang dengan Sistem Membayar Yuran Penuh (DWI-UKM)
STATUS 2. Program Pengajian 3. 3.Program 3P (Pakar, Program,
3. Pelaksanaan UKM Antarabangsa Prasarana)
Masterplan 3. Program Eksekutif (Jangka
Pendek) dan Perkhidmatan

Aset hakiki yang ada dipasarkan dengan berkesan


supaya digunakan secara optimum dan tiada aset yang
dibiarkan tanpa dijana.
5 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 50

Sektor program akademik yang ditawarkan secara eksekutif program merupakan sektor yang perlu
dikuasai dengan strategi pemasaran yang berkesan dan pengurusan yang sistematik. PKP dengan
kerjasama fakulti perlu bekerja keras menggandakan penjanaan mereka.

Jumlah yang perlu dijana amat tinggi kerana kos operasi dan perbelanjaan universiti yang semakin
meningkat termasuk kos emolumen dan utiliti yang tinggi di samping kos penyelenggaran bangunan
dan infrastruktur yang semakin meningkat. Penjimatan merupakan aspek penting untuk mengimbangi
kenaikan kos.

Keupayaan anak syarikat UKM iaitu UKM Holdings Sdn Bhd dan UKM Technology Sdn Bhd perlu
diberi perhatian sebaiknya kerana telah berjaya dan mempunyai asas perniagaan yang sejajar
dengan aktiviti utama UKM.

KAEDAH PEMANTAUAN
Inisiatif atau tindakan yang dijalankan di PTJ dipantau melalui Sistem Maklumat Strategik (Pemantauan
Inisiatif. Universiti mensasarkan sebanyak 25% perbelanjaan mengurus yang dijana secara dalaman
melalui penjanaan kewangan yang bersandarkan kepakaran dan program yang bernilai tinggi,
pengewangan aset hakiki serta pengukuhan endowmen dan tajaan. Pemantauan dilakukan secara
berkala dan pelaporan pencapaian dilaporkan di dalam mesyuarat peringkat universiti pencapaian KRA.
5 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 51

KESIMPULAN
Cabaran institusi pendidikan tinggi masa kini adalah
penjanaan kewangan sendiri tanpa bergantung sepenuhnya UKM telah merangka
daripada pihak kementerian. UKM telah merangka pelan
strategik dan mengambil inisiatif dalam menjayakan konsep
pelan strategik dan
ini. Antaranya ialah kelestarian penjanaan, pemulihan hasil mengambil inisiatif dalam
dan pemerkasaan endowmen serta penajaan. Setiap PTJ
dibudayakan untuk mendapatkan penjanaan sendiri dan menjayakan konsep ini.
perbelanjaan secara berhemat.
KRA 6

Prasarana dan Persekitaran


Ilmu yang Kondusif
6 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 53

Prasarana dan Persekitaran


Ilmu yang Kondusif

PENGENALAN
Keberhasilan strategik ini memberi fokus kepada Prasarana dan persekitaran
prasarana dan persekitaran ilmu kondusif yang
merupakan elemen penting dalam menyokong aktiviti ilmu kondusif yang
pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, merupakan elemen penting
keterlibatan, pembangunan staf dan penjanaan
kewangan. dalam menyokong aktiviti
Prasarana merupakan insfrastruktur dan kemudahan
pengajaran dan
dari segi fizikal dan teknologi. Persekitaran ilmu pula pembelajaran, penyelidikan,
termasuk kawasan, lanskap dan sekitaran yang
meliputi aktiviti berkenaan. keterlibatan, pembangunan
staf dan penjanaan
kewangan.
6 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 54

Prasarana Berkualiti dan Persekitaran Lestari


UKM berhasrat untuk menyediakan prasarana berkualiti, persekitaran lestari dan perkhidmatan
berkesan (Booklet KRA UKM ,2014).

Dalam prasarana berkualiti, aktiviti pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan UKM disokong oleh
prasarana yang lengkap dan moden yang memenuhi keperluan dan kepuasan semua pihak
berkepentingan.

Persekitaran lestari pula merujuk kepada kampus UKM mempunyai persekitaran dan prasarana yang
selamat, berisiko rendah, selesa dan ceria serta mesra pengguna dan alam sekitar. Dengan itu,
perkhidmatan berkesan amat penting di mana UKM menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh,
cekap dan moden, merangkumi kesemua aspek utama yang menyokong kualiti dan keberkesanan
penyampaian universiti.

Secara tradisinya, prasarana dan penyelenggaraan diurus oleh Jabatan Pembangunan dan
Penyelenggaraan (JPP). Namun, budaya keempunyaan dan penyelengaraan oleh individu dan PTJ
perlu diterapkan. Selain itu, PTJ perlu memainkan peranan bagi memastikan kos dapat
dioptimumkan. Oleh itu, tanggungjawab penyelenggaraan boleh diperturunkan kepada PTJ. Tajaan
prasarana juga menjadi agenda penting dan promosi perlu diperkukuhkan.

Justeru itu, budaya memelihara prasarana dan penyelenggaraan menjadi amalan penting bagi
memastikan keberhasilan prasarana dan persekitaran ilmu yang kondusif. Ini seterusnya menjadi
pemangkin kepada kecemerlangan universiti.

Persekitaran lestari pula


merujuk kepada kampus
UKM mempunyai
persekitaran dan
prasarana yang selamat,
berisiko rendah, selesa
dan ceria serta mesra
pengguna dan alam
sekitar.
6 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 55

Pusat Tanggungjawab (PTJ)


Beberapa PTJ terlibat secara langsung dengan pelaksanaan keberhasilan strategik ini. Di
peringkat universiti ia diterajui oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA)
yang mempengerusikan Jawatankuasa task force KRA 6. PTJ yang terlibat adalah:

 Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaran (JPP)


 Fakulti/Institut/Pusat
 Kolej Kediaman
 Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA)
 Pusat Pengurusan Risiko, Kelestarian & Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM)
 Pusat Teknologi Maklumat

INISIATIF
Inisiatif yang dirancang perlu dilaksanakan di
semua peringkat PTJ dan universiti dan akan
disemak setiap tahun bagi melihat kerelevanannya
bagi mencapai sesuatu indikator prestasi (KPI).
Bagi menjamin kelestarian prasarana dan
persekitaran kondusif, beberapa inisiatif utama
telah dilaksanakan, antaranya:

 Meningkatkan bilangan prasarana yang


mendapat tajaan dan sumbangan oleh
syarikat serta individu.
 Meningkatkan sumbangan melalui kempen
Giving Back to UKM oleh alumni.
 Meningkatkan bilangan program yang Meningkatkan bilangan
memberi sumbangan kepada alma mater.
 Menggalakkan lawatan pihak luar ke kampus prasarana yang mendapat

bagi tujuan penajaan prasarana.
Menaik taraf dewan kuliah, penginapan
tajaan dan sumbangan
pelajar, prasarana sukan dan ‘Wall of Fame’ oleh syarikat serta individu.
alumni.
 Melaksana Program Kesedaran Kelestarian
Alam Sekitar -Hari Zon Tanpa Kenderaan.
6 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 56

Infra Tarikan
Infra tarikan merupakan prasarana yang menjadi ikonik dan menjadi tarikan pengguna atau pengunjung.
Antara prasarana ikonik di UKM adalah Dewan Tun Abdul Razak (DECTAR), Masjid UKM dan
Perpusatakaan Tun Sri Lanang. Manakala persekitaran menarik sekitar kampus seperti Taman Paku
Pakis, Alur Ilmu dan Tasik Kejuruteraan. Dalam usaha menjadikan prasarana dan persekitaran yang
kondusif serta menjadi tarikan, PTJ berusaha mendukung hasrat ini dengan mendapatkan tajaan daripada
warga, alumni dan syarikat/agensi dengan kerjasama Khazanah UKM dan JPP. Beberapa prasarana telah
dibangunkan dan naiktaraf seperti Dewan Kuliah dibeberapa Fakulti, Pusat Karier, Pusat Sehenti Pelajar
dan Kolej Kediaman.
6 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 57

Penetapan KPI dan Strategi dibuat berdasarkan perbincangan pengurusan universiti dengan Fakulti/
Pusat/Institut adalah seperti berikut:

KRA #6 Definisi Pernyataan Hasil Utama #6


Prasarana dan UKM mempunyai prasarana, persekitaran dan sistem perkhidmatan yang berkesan sebagai pemangkin kepada
Persekitaran aktiviti pendidikan, penyelidikan dan khidmat yang cemerlang.
Ilmu yang
Kondusif KPI KRA #6:
Tahap kepuasan warga UKM (Pelajar / Kakitangan akademik / Kakitangan pelaksana) dan Pelanggan luar.

Sub KRA #6.1: Pernyataan Hasil #6.1 Strategi #6.1


Prasarana Aktiviti pengajaran, 1. Menyediakan prasarana yang memenuhi
berkualiti penyelidikan dan perkhidmatan keperluan yang merangsang
UKM disokong oleh prasarana kecemerlangan;
yang lengkap dan moden yang 2. Meningkatkan budaya penyelenggaraan
memenuhi keperluan dan prasarana dalam kalangan warga kampus;
kepuasan semua pihak 3. Menyediakan perancangan pembangunan
berkepentingan. prasarana jangka panjang.

Sub KRA #6.2: Pernyataan Hasil #6.2 KPI #6.2 Strategi #6.2
Persekitaran Kampus UKM mempunyai 1. Peratus pengguna berpuas 1. Memupuk budaya kesedaran keselamatan
lestari persekitaran dan prasarana hati dengan persekitaran dan kesihatan;
yang selamat, berisiko rendah, yang selesa, ceria dan 2. Menyedia dan mengekal infrastruktur fizikal
selesa dan ceria serta mesra mesra pengguna. sesuai dengan keperluan keselamatan dan
pengguna dan alam sekitar. kesihatan pekerjaan;
3. Melaksanakan amalan terbaik kelestarian.

Sub KRA #6.3: Pernyataan Hasil #6.3 KPI #6.3 Strategi #6.3
Perkhidmatan UKM menyediakan 1. Peratus pengguna berpuas 1. Menyelenggara kemudahan dan utiliti
berkesan perkhidmatan yang hati dengan perkhidmatan secara berkala;
menyeluruh, cekap dan moden, yang disediakan. 2. Mewujud dan menguatkuasa piawaian
merangkumi kesemua aspek perkhidmatan yang disediakan;
utama yang menyokong kualiti 3. Menambah perkhidmatan baru sesuai
dan keberkesanan dengan keperluan semasa.
penyampaian universiti.
6 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 58

KAEDAH PEMANTAUAN
Inisiatif atau tindakan yang dijalankan di PTJ dipantau melalui Sistem Maklumat Strategik (Pemantauan
Inisiatif) Antara kaedah pemantauan ini adalah melalui soal selidik dan pol kepada staf, pelajar dan pihak
luar bagi menilai persepsi dan kepuasan pelanggan. Pemantauan prestasi universiti dan PTJ diukur
melalui indikator petunjuk prestasi utama (KPI). Sasaran 2016-2020 bagi setiap KPI dipersetujui oleh
pengurusan tertinggi universiti.

 Peratus pengguna yang berpuas hati dengan prasarana yang disediakan


 Peratus pengguna berpuas hati dengan persekitaran yang selesa, ceria dan mesra pengguna
 Bilangan infra tarikan

UKM juga berhasrat untuk membangunkan kampus Cheras yang mana terletaknya Pusat Perubatan UKM
sebagai Teknopolis Kesihatan. Teknopolis ini menggabungkan beberapa kemudahan perubatan dan sains
kesihatan dengan kerjasama industry/agensi dan dibangunkan sebagai ekosistem pendidikan,
penyelidikan dan khidmat UKM kepada masyarakat seterusnya menjadi ikonik UKM dalam bidang
kesihatan.
6 BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK 59

KESIMPULAN
UKM telah menjangkau usia lebih 40 tahun dengan lanskap yang dibangunkan mengikut situasi pada
waktu itu. Kini, ia menjadi satu cabaran untuk mewujudkan prasarana dan persekitaran yang lebih selesa
dan kondusif dengan pertambahan jumlah pelajar, staf serta keperluan pendidikan dan penyelidikan yang
berkembang. Bagi mengatasi cabaran ini, UKM melaksanakan inisiatif melalui konsep keempunyaan
prasarana (ownership) dalam penyelenggaraan, menaiktaraf infrastruktur yang lama dan melaksana
pendekatan berciri keusahawanan bagi mendapat sumbangan, tajaan dan endowmen daripada rakan
strategik. Dalam usaha meneruskan penyediaan prasarana berkualiti, persekitaran lestari dan
perkhidmatan berkesan, gandingan mantap dengan semua Pusat Tanggungjawab adalah formula utama
yang menjadi nadi kelangsungan pelaksanaan KRA6.

#SayaSayangUKM
Sumber Rujukan
61

Rujukan
Rujukan
 Booklet Bidang Keberhasilan Utama (KRA) UKM.2014.Bangi: Pusat Strategi UKM.
 Booklet Pencapaian 2016 & Sasaran 2017.2017.Bangi: Pusat Strategi UKM.
 Buku Panduan Pra Siswazah Pusat Citra UKM, 2015.Bangi: Pusat Citra UKM.
 Fariza Md Sham & Zuliza Mohd Kusrin.2000.Cabaran dan Peluang Bidang Pengajian
Islam UKM di Alaf Baru. Dlm. Prosiding Persidangan Ulang tahun ke 30
UKM.Bangi:UKM Press.
 Laman Web Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia
 Laman Web CESMED UKM.2017.
 Laman Web Pusat Pengajaran UKM.2017.
 Laman Web PPMPA UKM.2017
 Laman Web Pusat Karier UKM.2017
 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025(Pendidikan Tinggi).Putrajaya:KPT.
 Pelan Strategi UKM 2000-2020.2010.Bangi:Pernerbit UKM
 Pelan Strategik UKM:Perspektif 2006-2010.Bangi: Penerbit UKM
Bidang Keberhasilan
Strategik UKM
BarudinStrategi2017
Bidang Keberhasilan Strategik UKM

Вам также может понравиться