Вы находитесь на странице: 1из 7

Bukan Sekadar Cikgu

Bukan Sekadar Cikgu


Buku adalah sahabat baik yang tidak pernah menyesatkan!

Kaunseling Silang Budaya Secara Umum


dan Bagaimana Ia Relevan Dalam Konteks
Sekolah Rendah
23:40

Kaunseling Silang Budaya Secara Umum

Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang bangsa, budaya, dan agama. Oleh kerana
itu, perkhidmatan kaunseling juga harus seiring dengan akar yang wujud sekian dalam di
negara ini. Perkhidmatan yang dimaksudkan adalah perkhidmatan kaunseling silang
budaya. Perkara asas dalam negara ini adalah persefahaman antara satu sama lain.
Maka, dengan itu perkhidmatan ini sangat releven dan berguna kepada masyarakat
Malaysia. Berdasarkan kesefahaman inilah yang memudahkan setiap sesi silang budaya
yang dijalankan menampakkan kelancaran. Penggunaan bahasa yang selaras iaitu
bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain yang difahami oleh masyarakat Malaysia
menjadi satu peluang keemasan dalam penyelidikan kompenan silang budaya itu sendiri.
Melihat kepada kenyataan yang dinyatakan oleh sesetengah pengkaji bahawa tiada satu
teori pun yang sesuai untuk kelancaran kaunseling silang budaya, oleh itu, ia lebih
tertumpu kepada keterbukaan pelbagai teknik yang sesuai dengan budaya yang ada.

Situasi ini merupakan cabaran bagi kaunselor di Malaysia kerana mereka perlu
memahami budaya masyarakat yang ada dan kewujudan budaya baru yang melibatkan
perkahwinan campur. Kaunselor perlu berhati-hati dengan setiap perkataannya kerana
kepelbagaian budaya yang unik di Malaysia ini sangat menarik dan perlu difamahi dengan
teliti supaya kaunselor tidak tersalah memberi tafsiran dan pandangan yang boleh
mennjejaskan padangan budaya klien.

Disebalik keunikan ini ada kekangannya iaitu dari segi pemikiran dan komunikasi
yang berkesan. Walaupun negara ini mempunyai bahasa kebangsaannya sendiri. Namun,
terdapat pelbagai dialek dan bahasa yang masih pekat dibibir masyarakat di Malaysia ini.
Oleh yang demikian, penggunaan bahasa yang standard dapat memudahkan sesi supaya
berlangsung dengan lancarnya. Bagi memudahkan sesi, kaunselor sendiri perlu lebih
terbuka dalam memahami setiap dialek dan bahasa yang diamalkan oleh masyarakat di
Malaysia ini dan memahami budayanya sekali.

Selain itu, faktor agama juga perlu dititikberatkan dalam penelitian kaunselor
supaya memahami sensitiviti ini dan kaunselor perlu memahami perlembangaan Malaysia
bahawa agama Islam adalah agama rasmi Malaysia dan kaum-kaum lain boleh
bahawa agama Islam adalah agama rasmi Malaysia dan kaum kaum lain boleh
mengamalkan agama masing-masing. Berlandaskan perlembagaan ini kaunselor perlu
Bukan Sekadar Cikgu
memahami nilai dan pegangan sesuatu agama itu bagai memastikan kaunselor tidak
meletakkan nilai pada klien. Dalam hal ini, penekanan prinsip penerimaan tanpa syarat
adalah sangat berguna.

Dalam mengwujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Fungsi kaunselor


dalam negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia ini adalah sangat diperlukan. Kini,
telah banyak sektor swasta yang menawarkan perkhidmatan kaunseling untuk masyarkat
umum dan perkhidmatan ini digunakan oleh maysrakat yang mempunyai masalah yang
tidak boleh diselesaikan secara sendiri. Oleh itu, peranan seorang kaunselor adalah
sangat penting. Kaunseling silang budaya boleh dilakukan dalam sesi individu, kelompok,
keluarga dan lain-lain.

Lantaran itu, adalah wajar setiap bakal kaunselor dilatih untuk menjalankan
kaunseling silang budaya supaya apabila dia berada di lapangan masyarakat dia akan
dapat menjalankan sesi silang budaya dengan berkesan. Namun begitu, dapat kita lihat
bahawa Malaysia masih lagi belum mencapai tahap perkembangan dalam aspek
kaunseling silang budaya ini. Tidak banyak kajian berkenaannya sedangkan negara kita
mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa. Keadaan ini masih berlum berkembang
sepenuhnya dan diharapkan selepas ini Malaysia akan menjadi peneraju dalam
penyelidikan kaunseling silang budaya.

Kesimpulannya, tidak terdapat satu teknik atau kaedah pun yang sesuai digunakan
oleh pegawai psikologi atau kaunseling dalam menjalankan sesi kaunseling silang budaya.
Banyak cara dan kaedah yang boleh diguna pakai oleh mereka untuk menjalankan sesi
dan menjadikan sesi bergerak secarak efektif dan kreatif. Asasnya kaunseling silang
budaya ini sangat signifikan dan relevan dijalankan di Malaysia.

Kaunseling Silang Budaya Relevan dalam Konteks Sekolah Rendah

Dalam era globalisasi masa kini, dapatlah kita lihat bahawa di negara ini telah banyak
menganjurkan pelbagai program bagi mengukuhkan perpaduan yang telah lama terjalin
sejak zaman sebelum pemerintahan penjajah lagi. Setelah kemasukan penjajah asing ke
negara ini telah tercetusnya sedikit kepincangan dalam perpaduan kaum di Malaysia.
Melihat kepada konteks sekolah iaitu sekolah rendah yang masyarakatnya terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama, keperluan kaunseling silang budaya adalah sangat relevan
untuk dilaksanakan. Hal ini adalah kerana perpaduan yang ingin dikecapi seharusnya
dimulakan daripada usia kanak-kanak lagi bak kata peribahasa ‘meluntur buluh biarlah dari
rebung’.

Setiap kumpulan atau kaum yang berbeza mempunyai identiti atau cara yang unik
dan tersendiri terutama dalam pembentukan kumpulan mengikut budaya, agama, kaum,
dan etnik masing-masing yang dipegang. Oleh hal yang demikian, kaunseling silang
budaya adalah sangat relevan dalam konteks sekolah rendah kerana pada masa itulah
bermulanya kanak-kanak mengenali dengan lebih mendalam lagi tentang kewujudan kaum
dan agama lain yang dianutinya. Oleh itu, kepentingan seseorang kaunselor dalam
memilih atau mengembangkan teori, teknik dan kaedah dalam memahami setiap budaya
adalah perlu bagi memastikan limitasi dalam sesi di sekolah tidak berlaku. Dalam pada itu,
Bukan Sekadar Cikgu
satu teknik atau teori yang universal dan boleh diguna pakai oleh semua kaunselor di
sekolah adalah perlu dalam mengendalikan kes silang budaya kepada murid-murid di
sekolah hari ini yang wujud dengan kepelbagaian yang ada dalam diri setiap individu itu
sendiri.

Sistem universal ini telah lama dikenali iaitu teori pemusatan perorangan yang
dipelopori oleh Carl Rogers. Teori ini pada mulanya telah dikenali sebagai teori pemusatan
insan dan seterusnya berkembang sehinggalah dikenali sebagai teori pemusatan
perorangan. Antara elemen penting yang digariskan ialah tentang menghormati klien.
Ianya mengambil kira mempercayai klien mampu mengubah dirinya dengan mengambil
tanggungjawab ini dalam membuat keputusan bagi dirinya yang difikirkan olehnya sendiri
adalah benar. Dalam Melati Sumari et. al (2014) menyatakan bahawa Rogers mempunyai
pendirian yang cukup teguh mengenai sifat tabii manusia yang bersifat baik, boleh
dipercayai, mempunyai keupayaan dalam menentukan hala tuju yang baik dan boleh
berkembang secara positif ke arah mencapai pembenaran kendiri (self-actualization).
Manusia dianggap mempunyai sifat-sifat positif dan mempunyai keinginan untuk berfungsi
sepenuhnya, iaitu hidup dengan seberapa berkesan yang boleh. Jika seseorang itu
dibenarkan untuk berkembang bebas, dia akan berkembang dengan sempurna dan akan
menjadi individu yang positif dan Berjaya (Choong Lean Keow, 2010). Oleh hal yang
demikian, dengan mengaplikasikan teori ini maka relevanlah konteks kaunseling silang
budaya jika seseorang kaunselor memberi kepercayaan kepada setiap kliennya iaitu
murid-murid di sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama untuk terus
berkembang ke arah konsep kendiri.

Seterusnya, elemen penting yang digariskan ialah keikhlasan dimana seorang


kaunselor di sekolah bertindak dalam perhubungan yang sebenar dan bukannya menjadi
seorang yang mengetahui semua perkara sebaliknya menjadi diri sendiri yang lebih
ditekankan dalam membantu klien yang berfokus kepada silang budaya. Dengan erti kata
lain, seorang kaunselor di sekolah yang mempunyai klien pelbagai kaum dan agama
seharusnya menjadi kongruen. Kaunselor yang kongruen bermaksud kaunselor yang tidak
berpura-pura semasa proses kaunseling dijalankan. Ketulenan yang ada pada seseorang
kaunselor dapat dirasai oleh klien dan berupaya mewujudkan suasana yang terapeutik.
Jika sifat ketulenan atau kongruen wujud dalam diri seorang kaunselor yang
mengendalikan klien daripada pelbagai budaya, maka klien-klien koaunselor berkenaan
akan dapat merasakan diri mereka begitu dihargai walaupun berbeza kaum dan agama.

Perasaan empati juga merupakan modal utama dalam teori ini dengan
menunjukkan perasaan empati sahaja yang dapat membuatkan seseorang kaunselor itu
memasuki dunia kliennya dan mula meneroka isu sebenar klien dengan lebih terbuka.
Sekiranya perasaan empati ini tiada, klien akan mula menutup perasaannya untuk
dikongsikan dan proses penerokoaan akan sukar dijalankan. Hal ini akan menyebabkan
seseorang kaunselor akan mengalami kesukaran apabila berhadapan dengan klien yang
berbeza kaum dan agama kepadanya. Langkah berhati-hati atau berjaga-jaga harus
sentiasa diberi perhatian oleh seseorang kaunselor yang menerima klien daripada
pelbagai kaum dan budaya di sekolah. Oleh hal yang demikian, dengan menggunakan dan
mengaplikasikan teori ini maka sangat relevan konsep kaunseling silang budaya dalam
konteks sekolah rendah pada masa kini.
Bukan Sekadar Cikgu
Dalam pada itu, komunikasi yang berkesan juga adalah amat dititikberatkan
semasa menjalani sesi kaunseling. Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2000) menyatakan
bahawa fungsi komunikasi manusia ialah menjalinkan hubungan antara manusia dengan
manusia. Manusia ialah ‘haiwan’ yang berkelompok, iaitu mereka tidak boleh hidup
bersendirian. Manusia memerlukan sahabat, pasangan, anak-anak dan kaum keluarga.
Dengan cara berkomunikasi manusia dapat menjalinkan hubungan persahabatan, kasih
sayang, kekeluargaan dan bermasyarakat. Hal ini telah nyata menjelaskan bahawa untuk
seseorang kaunselor seharusnya mempunyai atau mewujudkan hubungan sebelum
komunikasi yang lebih mesra dijalankan lebih-lebih lagi dalam konteks komunikasi silang
budaya. Masalah komunikasi akan berlaku dalam sesi kaunseling silang budaya jika
seseorang kaunselor tidak menguasai konsep kaunseling silang budaya. Oleh hal yang
demikian, seseorang kaunselor perlu memastikan bahawa dia telah siap sedia untuk
menerima klien dan bersedia dengan komunikasi yang dipertuturkan untuk memudahkan
proses kaunseling itu sendiri. Memahami perbezaan tingkah laku verbal dan bukan verbal
akan membantu dalam menjalani sesi kaunseling silang budaya. Klien dengan sendirinya
akan menilai dirinya sekiranya kualiti kaunselor dalam menghormati dan penerimaan tanpa
syarat serta memahami klien dari sudut perspektifnya sendiri akan membantu klien
berkembang dengan sendirinya. Begitulah unik nya teori yang dikemukakan oleh Carl
Rogers.

Satu lagi yang difikirkan penting adalah pengstukturan dalam sesi kaunseling
dimana klien yang datang dari kaum dan agama yang berbeza mempunyai limitasi yang
tersendiri dan dengan cara mengingatkan peranan yang bakal dimainkannya akan
memudahkan proses kaunseling itu sendiri. Proses ini membantu klien daripada tidak
mempunyai matlamat sesi dan kemudian lebih fokus kepada isu yang akan dibincangkan
dan ia akan membuatkan sesi menjadi lebih kondusif dan bersistematik.

Kaunseling silang budaya juga adalah sangat relevan dalam konteks sekolah
rendah kerana pada ketika itulah kanak-kanak di sekolah dibimbing untuk menerima kaum
dan agama lain agar tidak berlakunya sebarang masalah yang tidak diingini. Tidak
hairanlah jika media massa melaporkan bahawa rusuhan kaum bermulanya daripada
sekolah rendah lagi kerana pelbagai cara rusuhan berkenaan boleh berlaku di peringkat
kanak-kanak lagi. Perkara yang dibimbangkan ialah apabila berlaku rusuhan kaum di
sekolah rendah, ia akan melunar kepada ibu bapa dan seterusnya kepada masyarakat.
Hal ini akan menyebabkan negara kita yang masih aman dan tenteram akan menjadi
kacau-bilau. Oleh itu, peranan seorang kaunselor amat ditagih untuk melahirkan satu
budaya yang boleh diamalkan oleh semua murid-murid di sekolah walaupun terdiri
daripada pelbagai kaum dan agama.

Satu teori yang boleh digunakan oleh seorang kaunselor dalam melahirkan murid
yang berfikiran terbuka dan sentiasa menerima kaum dan agama orang lain ialah teori
gestalt di dalam aliran humanistik. Teori ini telah dipelopori oleh seorang ahli psikologi
yang bernama Frederick Pelrs atau dikenali sebagai Fritz Pelrs (1893-1970). Perkataan
Gestalt berasal daripada bahasa Jerman yang bermaksud sempurna, atau satu bahagian
yang tidak boleh dipisahkan daripada bahagian-bahagian lain. Dalam bahasa lebih mudah,
Bukan Sekadar Cikgu
manusia perlu difahami secara menyeluruh dan bukan aspek-aspek tertentu sahaja. Jika
tdak, pemahaman tentang manusia itu menjadi tidak tepat.

Hubungan seseorang klien atau murid dengan persektiaran yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama mungkin sedikit sebanyak melibatkan mereka terhadap
gangguan boundaries. Kesukaran menerima kepercayaan, adat resam dan budaya orang
lain menyebabkan mereka menjauhkan diri dan mengasingkan diri daripada kesemua
perkara tersebut lalu beranggapan dengan menjauhkan diri dan mengasingkan diri mereka
dapat memelihara diri mereka sendiri.

Kepakaran seseorang kaunselor amatlah ditagih bagi membentuk atau membantu


klien menjadi celik akal atau arif diri dalam menerima diri mereka sendiri dan orang lain
serta alam persekitarannya. Dalam teori gestalt terdapat beberapa teknik yang boleh
digunakan dalam sesi kaunseling di sekolah rendah. Melihat kepada konsep kaunseling
silang budaya yang kini relevan di sekolah rendah, teknik yang sesuai digunakan dalam
teori gestalt ialah teknik ekperimen. Eksperimen dalam gestalt terdiri dalam pelbagai
bentuk seperti lakonan, kerusi kosong, kerja rumah atau aktiviti yang perlu disiapkan
diantara dua sesi. Bentuk yang sesuai untuk digunakan kepada klien silang budaya ialah
kerusi kosong yang melibatkan dua kerusi. Kedua-dua kerusi ini mewakili perasaan positif
dan negatif yang dirasai klien. Ia bertujuan melahirkan konflik dalaman klien (Melati Sumari
et al, 2014).

Untuk mengaplikasikannya kepada klien silang budaya bagi membantu klien


tersebut mencapai celik akal agar menerima diri sendiri dan bduaya orang lain, kaunselor
boleh mengarahkan klien untuk duduk di kerusi positif bagi menyatakan perasaan
positifnya terhadap kaum dan agama orang lain. Seterusnya, kaunselor mengarahkan
supaya klien duduk di kerusi negative dan meluahkan perasaan negatifnya terhadap kaum
dan agama lain. Akhir sekali, kaunselor akan membantu klien tersebut untuk mencapai
celik akan atau arif diri berpandukan kepada teknik ekperimen tadi. Setelah klien mencapai
celik akal, maka klien tersebut akan boleh menerima diri sendiri dan kaum dan agama
orang lain. Oleh hal yang demikian, dapatlah kita lihat bahawa konsep kaunseling silang
budaya dalam konteks sekolah rendah adalah sangat relevan pada masa kini.

Kesimpulannya, tiada satu pun teori atau teknik khusus yang boleh digunapakai
secara kekal kepada mana-mana kelompok kaunseling yang berbeza dan datang dari
pelbagai budaya. Hal ini juga adalah kerana gabungan teori dan kaedah dari pelbagai
sumber amat diperlukan dalam memastikan keadaan sesi menjadi lebih efektif dan tidak
hanya tertumpu kepada satu teori yang belum tentu sesuai dengan keadaan budaya dan
perbezaan yang ada dalam diri setiap klien. Oleh hal yang demikian, peranan kaunselor
sendiri yang amat penting untuk menjadi lebih proaktif dalam mengendalikan murid-murid
di sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama memandangkan konsep
kaunseling silang budaya kini dilihat relevan di sekolah rendah.

Rujukan
Bukan Sekadar Cikgu
Abdul Halim Othman, Md. Shuaib Che Din & Sapora Sipon. (2008). Latihan Kaunseling di
Malaysia : Satu Ulasan dan Cadangan. PERKAMA , 141-144.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2000). Teori dan Teknik Ucapan Berpengaruh. Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abdullah Zhidi Omar et. al. (2013). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Jamilah Binti Hj Ahmad & Niranjala Weerakkody. (2011). Komunikasi Budaya Silang,
Kompetensi, Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Analisis. Action Research , 47-
49.

Melati Sumari et. al. (2014). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

Mohd Zaid Kosnon et. al. (2014). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Shafina Mohamad. (2012, November 17). Kaunseling Silang Budaya. Retrieved Mac 25,
2015, from Biar Mimpi Sampai Ke Bintang:
http://shafinakamarul4644.blogspot.com/2012/11/kaunseling-kerjaya-silang-
budaya.html

Ting Len Siong. (2012). Budaya dan Pembelajaran Untuk Bakal Guru. Kelantan: PTS
Professional & Publishing Sdn Bhd.

Enter your comment...

Popular posts from this blog

PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN


KAUNSELING
00:01
00:01

Bukan Sekadar Cikgu


Visi, Misi Dan Falsafah Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Visi …

READ MORE

Coretan Temuduga IPG


23:51

Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang apa yang saya alami semasa
menghadapi temuduga  IPG. Saya lebih suka berkongsi daripada memberi kerana
berkongsi kita boleh bertukar-tukar pengalaman, pendapat atau idea sesama sendiri. Biar …

READ MORE

Powered by Blogger

Theme images by Veronica Olson

Archive

Report Abuse

Вам также может понравиться