Вы находитесь на странице: 1из 18

Pendidikan Sivik Dan

Kewarganegaraan

AGAMA HINDU
DEEPAVALI PERAYAAN
CAHAYA PENUH

Perayaan Deepavali disambut penganut Hindu setiap tahun

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"


yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan.
Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi
dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan
juga dikenali sebagai pesta Cahaya.

Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang


pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan,
kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman
dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

Sambutan Perayaan di Malaysia

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua


penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan
hari cuti di Malaysia. Deepavali atau lebih dikenali sebagai
‘pesta cahaya’ disambut oleh masyarakat India yang beragama
Hindu dan Sikh di negara kita.
Mitos Hari Deepavali
Mitos yang paling terkenal di kalangan masyarakat India di
Malaysia berhubung tujuan perayaan Deepavali adalah kisah
Dewa Krishna membunuh Narakasura. Seterusnya penduduk
kampong telah meraikan kemenangan Kebaikan menewaskan
Kejahatan dengan menyalakan lampu serta berpesta. Satu lagi
mitos yang lebih terkenal di Benua Kecil India adalah
berdasarkan epik Ramayana di mana Rama berjaya membunuh
Ravana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Lalu, mereka
bersama-sama Sita pulang dari Langka ke Ayodhya. Kepulangan
mereka selepas 14 tahun disambut para penduduk dengan
menyalakan lampu dan berpesta. Memandangkan kedua-duanya
hanyalah mitos, tidak menjadi masalah kisah mana satu yang
menjadi ikutan dan turutan di kalangan kaum India beragama
Hindu yang menyambut Deepavali. Apa yang penting, simbol
kebaikan atau Cahaya menumpaskan Kejahatan atau Kegelapan
adalah menjadi pegangan utama mereka .

Malam Sebelum Perayaan Deepavali

Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang


disertai oleh seluruh ahli keluarga. Tidak ketinggalan juga
upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras
atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai
warna di hadapan pintu. Kaum wanita juga pada malam itu akan
mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan
menghias diri.

Memasangt Vilakku
Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita
dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan
memasang lampu “vilakku”. Lampu “vilakku” adalah sejenis
pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan
Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-
lampu moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa
kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi yang akan datang
melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan memasang
lampu tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi
Laksmi.

Kolam atau Rangoli

Rangoli lambang penyembahan Dewa Lakshmini

Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan “kolam ”


atau “rangoli” iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras
yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya “kolam ” ini
dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat
supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.

Kemahiran membuat “kolam” ini biasanya diwarisi secara


turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu
boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang
kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa
maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya
dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di
dunia

Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa


Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan
mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di
pintu masuk rumah mereka.

Persiapan Di Pagi Hari Deepavali


Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli
keluarga akan bangun lebih awal iaitu sebelum matahari terbit.
Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri sebelum
bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli
keluarga yang lain. Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut
dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit. Penganut
Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan
untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan
disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang
lebih tua seperti ibu atau nenek.

Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges


yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala
kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai
pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan
untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam
diri seseorang. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau
di kuil-kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke
rumah kaum keluarga. Penganut Hindu akan mengunjungi kuil
di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan
bunga.

Manisan dan Juadah Deepavali


Manisan merupakan identiti masyarakat India. Manisan ini
bukan sahaja diminati oleh kaum India tetapi juga masyarakat
lain di negara ini termasuk pelancong asing. Dalam masyarakat
India, manisan sering menjadi acara pembuka sebelum
memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaan. Mereka
percaya ia mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai
positif dan kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah juga
sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih
baik dan dialu-alukan.

Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india


yang terkenal seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis
hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali.
Antaranya ialah “aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan
kobis bunga, “paneer” campuran masala bersama yourgart dan
kari dal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti
maruku dan adivasam dan payasam. Muruku, Neiurundai dan
Atherasam adalah merupakan kuih-muih tradisional orang India.

Pakaian Tradisional Deepavali


Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India
semasa perayaan Deepavali adalah “Sari” untuk kaum wanita
dan “Dhoti” untuk kaum lelaki.

Upacara Sembahyang
Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang
selepas menjalankan upacara penyucian. Penganut Hindu akan
mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga
untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta
memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas
sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai
manisan yang dinamakan “Prasad” sebelum pulang ke rumah.

Sambutan Deepavali Masyarakat Sikh


Masyarakat Sikh menyambut hari Deepavali atau dikenali
sebagai Diwali di kalangan mereka di atas sebab yang berbeza.
Guru Nanak, yang juga merupakan pengasas agama Sikh pada
suatu masa dahulu telah dipenjarakan oleh seorang Raja. Raja
itu memaksanya makan tetapi beliau enggan dan berpuasa.
Sejurus itu , barulah Guru Nanak sedar yang ramai orang telah
berkumpul di luar penjara dengan memegang lampu sebagai
tanda protes untuk membebaskannya. Akhirnya, Raja itu sedar
akan kesilapannya. Oleh kerana sikap tamaknya, dia telah
mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang raja dan
sebagai balasannya, dia membebaskan Guru Nanak. Kaum Sikh
menyambut pembebasan Guru Nanak sebagai hari Deepavali.

Rumusan
Kehadiran perayaan ini bukan sahaja membuka ruang sanak-
saudara merapatkan hubungan, malah kunjungan rakan daripada
bangsa dan agama lain juga dialu-alukan. Mereka percaya ia
mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan
kesejahteraan yang berpanjangan di antara pelbagai kaum.
THAIPUSAM
APA ITU THAIPUSAM?
Thaipusam adalah sambutan yang diraikan sebagai hari
kebesaran "Dewa Muruga". Muruga turut digelar dengan nama-
nama yang lain, termasuk Skanda, Subramaniya, Pusam pada
bulan Thai. Sambutan ini didedikasikan kepada Muruga
menerusi beberapa mitos.

CERITA DISEBALIK THAIPUSAM


Thaipusam diraikan saban tahun bersempena dengan hari Dewi
Parvathi memberikan "VEL Karthikeya dan Shanmuga.
Thaipusam diraikan pada Bulan 'Thai' dalam kalender Hindu,
dimana hari sambutan jatuh ketika Bulan melintasi Bintang
'Pusam'. Ia sekaligus membawa kepada pengertian "Thai" +
"Pusam". Yakni, kejadian bulan melintasi bintang " kepada
Muruga bagi menewaskan 'Tharakasuran'.
Ini susulan 'doa' yang dizahirkan mereka yang dianiaya
Tharakasuran kepada Dewa Shiva yang kemudiannya
mengarahkan Muruga menghentikan tindakan Tharakasuran. 11
jenis senjata diberikan Shiva kepada Muruga, manakala Parvathi
menghadiahkan 'VEL" yang mempunyai kuasa yang tinggi.
Muruga berjaya membunuh Tharakasuran pada hari Thaipusam,
menjadikannya sambutan yang kini diraikan meriah di segenap
pelusuk dunia. Simboliknya, Thaipusam adalah hari kejahatan
dikalahkan oleh kebaikan.

LAGENDA MENGANGKAT KAVADI


Secara umumnya pada hari sambutan Thaipusam, Kavadi
diangkat menuju ke kuil-kuil Muruga. Namun, ramai yang
masih tidak mengetahui kenapa ia dilakukan.

Ianya dikaitkan dengan kisah Idumban, seorang pengikut Saga


Agastya (Sami) yang taat. Suatu hari Saga meminta Idumban
membawa dua bukit yang dijadikan tempat menyembah
Muruga. Taat kepada permintaan gurunya, Idumban mengangkat
dua bukit itu dengan mudah. Muruga yang memerhati tindakan
Idumban bertindak mahu menguji sejauh mana taatnya Idumban
kepada perintah yang dikeluarkan. Justeru, Muruga mengambil
rupa seorang kanak-kanak dan berdiri di puncak salah sebuah
bukit tersebut. Bukit itu menjadi berat.
Sedar bukit itu berat dengan kehadiran kanak-kanak itu, maka
Idumban mengarahkan kanak-kanak itu (Muruga) turun dari
bukit itu. Muruga yang degil dan tidak menurut perintah
kemudiannya menjadikan Idumban hilang sabar.

Kemudiannya, Idumban disedarkan tentang 'ujian' tersebut dan


memohon maaf kepada Muruga. Muruga kemudiannya melantik
Idumban menjadi pengawalnya. Mengambil simbolik dari
kejadian ini, kavadi disignifikasikan sebagai dua bukit diangkat
Idumban akan mendapat rahmat Muruga.

Terdapat juga amalan mengangkat belanga berisi susu yang


dipanggil 'Paal Kudam'. Susu di dalam belanga ini digunakan
untuk memandikan patung Muruga pada hari sambutan
PONGGAL
Hari Thaiponggal (Bahasa Tamil: ததததததததததத)
merupakan perayaan menuai yang diraikan secara meluas
oleh orang Tamil di negeri Tamil Nadu, Sri Lanka dan
Malaysia serta di tempat-tempat di mana terdapat ramai
kaum Tamil. Di Malaysia, perayaan ini disambut selama
empat hari berturut-turut dan merupakan acara terbesar
selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam.
Perkataan Thai (Bahasa Tamil: தத) dalam Bahasa Tamil
merujuk kepada bulan ke-10 dalam kalendar Tamil.
Manakala Ponggal (ததததததத) bererti “melimpah-
ruah”. Perayaan ini biasanya dirayakan sekitar 13 hingga
15 Januari dalam kalender Gregorian yang merupakan
hari terakhir bulan "Maargazhi" sehingga hari ketiga
bulan “Thai” dalam Kalendar Tamil. Ponggal dirayakan
serentak dengan perayaan Makara Sankranthi yang
disambut di seluruh India.
Ia menandakan hari Matahari bergerak ke utara,
menandakan permulaan Uttarayana. Hari menjadi
semakin panjang di tanah Tamil Nadu. Ia juga mewakili
solstice India apabila matahari dikatakan memasuki
rumah ke-10 dalam Kalendar Tamil iaitu Makaram atau
(Bahasa Inggeris: Capricorn). Selain itu, bulan Thai juga
sangat sesuai untuk upacara perkahwinan.
Susu melimpah dalam belanga tanah liat melambangkan
kekayaan harta benda bagi penghuni rumah. Thaiponggal,
dirayakan ketika masa menuai. Secara tradisi bertujuan
berterima kasih kepada Dewa Matahari dan ternakan
ladang yang membantu menghasilkan kekayaan harta
benda.
Ucapan "Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum" (Bahasa
Tamil: தத ததததததததத ததத ததததததததத)
dan “Pongalo Ponggal” (Bahasa Tamil: ததததததத
ததததததத) bererti "permulaan Thai membuka peluang
baru" sering diucap berkait dengan perayaan hari
Thaiponggal.
Jika di India, perayaan ini disambut lebih meriah daripada
Deepavali, iaitu selama seminggu. Di Malaysia, tidak
kurang hebatnya peranan yang dimainkan dalam seisi
keluarga yang mana disambut selama empat hari berturut-
turut.
Hari Pertama-Bhogi
Pada hari pertama perayaan ini, Bhogi yang membawa
maksud yang cukup signifikan menandakan permulaan
penting dalam kehidupan masyarakat India.
Seluruh rumah dibersihkan dan barang-barang lusuh
dibuang dan dibakar bagi menyingkirkan anasir-anasir
buruk. Bhogi juga secara tidak langsung memberi
penghormatan kepada Dewa Indra atau Dewa Langit dan
Dewa Hujan yang menyuburkan tanah selepas hampir
setahun bercucuk tanam.
Hari Kedua-Suriya Ponggal
Pada hari kedua, Surya Ponggal disambut dengan meriah
di rumah masing-masing atau di kuil. Surya Ponggal
memberi penghormatan kepada tenaga matahari dan
bermulanya hari pertama bulan Thai dalam kalendar
Tamil. Seawal pukul 5 pagi, penganut-penganut agama
Hindu di Malaysia, India dan di serata dunia membuat
persiapan untuk memasak Ponggal dalam periuk tanah
liat. Kaum wanita yang sudah berkahwin dan anak dara
akan bangun awal untuk membentuk dan melakar ‘kolam’
menggunakan beras, bunga atu tepung beras yang
berwarna-warni di halaman rumah. Pintu rumah diikat
dengan tebu dan daun mangga bagi menceriakan suasana.
Upacara mengikat tebu dan daun mangga di pintu adalah
upacara turun temurun orang Tamil sejak dulu. Periuk
tanah liat dihias dengan daun mangga, daun kunyit dan
pewarna ‘kum kum’ bagi menceriakan lagi suasana. Pada
zaman moden ini, periuk tanah liat siap dicat berwarma-
warni dengan pelbagai corak. Selain itu, tiga buah tebu
diikat berbentuk segi tiga dan didirikan mengelilingi
periuk belanga tersebut. Di mana periuk belanga berada di
tengah-tengah dan di bawah ikatan tebu tersebut.
Amalan ini amat simbolik terutamanya kepada golongan
petani. Ia bukan sahaja merupakan hari pertama padi
dituai tetapi beras yang dikumpul digunakan untuk
memasak Ponggal bersama susu sehingga ia melimpah
keluar. Perbuatan membiarkan masakan ini melimpah
dikenali sebagai Ponggal. Apabila susu sedang mendidih,
seisi keluarga bersiap-sedia berkumpul di sekitar periuk
menantikan susu mengalir keluar. Seterusnya bersama-
sama mereka akan melaungkan ucapan 'Pongal-O-Pongal'
sebanyak tiga kali seiring dengan limpahan susu tersebut
dari periuk.
PONGGAL atau susu yang melimpah juga membawa
maksud bahawa hidup seseorang akan dilimpahi
kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan.
Seterusnya, Ponggal dimasak dengan beras, gula merah,
buah pelaga, badam, buah gajus, kismis dan minyak sapi
sebelum dipersembah menggunakan daun pisang kepada
Dewa Surya dan seterusnya diedarkan kepada para
penganut iaitu ahli keluarga. Tujuh jenis sayuran dan
rempah ratus seperti lada kering, jintan manis, buah
pelaga, jintan putih dan biji sawi adalah antara bahan-
bahan wajib untuk hidangan istimewa pada hari perayaan
ini. Seterusnya, penyediaan juadah berasaskan sayur-
sayuran kampung pula mendidik generasi muda
mengenali masakan asli nenek moyang mereka.
Hari Ketiga-Maattu Ponggal
Pada hari ketiga adalah sambutan Maattu Ponggal atau
Ponggal untuk lembu. Lembu-lembu dimandikan,
dibubuh kunyit pada tanduk dan badannya serta
dikalungkan dengan bunga. Ada juga yang mengecat
tanduk lembu dengan pelbagai warna dan diikat loceng
pada lehernya. Ponggal yang dimasak juga disuapkan
kepada lembu dan haiwan-haiwan ternakan lain.
Lembu dianggap sebagai haiwan yang berjasa dan suci
oleh para petani kerana membantu membajak tanah dan
memberi susu yang berkhasiat. Pada hari ini juga, haiwan-
haiwan itu dibiarkan berehat.
Hari Keempat - Kanni Ponggal atau Kaanum Ponggal

Ponggal terakhir pada hari keempat ialah Kanni


Ponggal. Kanni bermaksud anak dara dan seperti
namanya, mereka yang sudah mencapai akil baligh
digalakkan untuk memasak Ponggal sama ada di rumah
atau beramai-ramai di kuil. Bagi yang sudah berkahwin,
mereka akan berdoa untuk keluarga yang sihat. Manakala
yang belum berkahwin akan berdoa untuk perkahwinan
bahagia yang akan datang. Kanni Ponggal juga secara
tidak langsung menarik perhatian ibu bapa untuk mencari
jodoh untuk anak lelaki mereka. Seterusnya, para ahli
keluarga yang lebih muda pula akan memberi
penghormatan kepada orang tua dengan menunduk
menyentuh kaki mereka untuk mendapatkan restu.
Penduduk di bahagian selatan Tamil Nadu menyambut
perayaan ini seumpama sambutan Tahun Baru. Pelbagai
acara seperti pertandingan Jallikattu (pertandingan antara
manusia dan lembu) dan Silambam (seni
mempertahankan diri) diadakan di Madurai, Tiruchirapalli
dan Tanjavur. Sungguhpun permainan ini tidak menyerlah
di Malaysia, namun Ponggal tetap disambut dengan penuh
meriah mengikut adat.

Вам также может понравиться