Вы находитесь на странице: 1из 2

Cabaran Pengeluaran

a) Globalisasi
- Persaingan yang hebat disebabkan globalisasi
- Kemajuan organisasi dipengaruhi amalan pengurusan pengeluaran
- Sesetengah organisasi hanya bertahan di pasaran domestik bukan luar
negara
- Ketahanan dan kemandiran bergantung kepada kekukuhan dan
kemantapan sumber kewangan dan modal.

b) Keperluan untuk memenuhi citarasa pengguna yang pelbagai


- Kejayaan sesuatu produk bergantung kepada keupayaannya untuk
memenuhi citarasa pengguna.
- Kitaran hayat produk dalam pasaran semakin pendek
- Pihak pengurusan perlu mengambil beberapa langkah tertentu misalnya
mengeluarkan pelbagai jenis produk bagi memenuhi citarasa pengguna yang
pelbagai.

c) Menekankan peningkatan kualiti secara berterusan


- Jangkaan pengguna terhadap kualiti semakin meningkat
- Pengurus pengeluaran perlu memastikan kualiti barang dan perkhidmmatan
sentiasa ditambah baik
untuk memenuhi jangkaan pengguna.

d) Keflesibelan sistem pengeluaran


- Dipengaruhi oleh corak permintaan dalam pasaran
- Selain itu keupayaan sesebuah organisasi untuk menyesuaikan kaedah
pengeluarannya dengan
perubahan dari aspek reka bentuk, campuran produk dan tingkat teknologi.

e) Kepekaan terhadap isu alam sekitar


- Mengambil kira kebersihan dan keindahan alam sekitar supaya kualiti alam
sekitar tidak tercemar
kesan aktiviti pengeluaran yang dijalankan bagi mengelakkan
sebarang tindakan undang-undang.

f) Perubahan teknologi yang berterusan


- Penggunaan teknologi terkini mempercepat proses pengeluaran
- Pengeluar harus bersedia untuk menerima sebarang perubahan teknologi
yang drastik dan mengatur strategi pengeluaran yang efisien
- Penggunaan komputer, jentera dan robot dalam aktiviti pengeluaran

g) Keanjalan buruh/modal
Memilih sama ada orentasikan buruh/modal yang mana lebih menjimatkan
kos.
1. SIMPLIFICATION
2. Simplification berkaitan dengan usaha sebuah syarikat menggabungkan atau
mengurangkan beberapa langkah dalam proses pengeluaran untuk menjadikannya lebih
mudah dan menjimatkan masa.
Contoh, pengeluar kereta tidak perlu menghasilkan pintu kereta sendiri, sebaliknya akan
menggunakan pintu kereta yang telah siap untuk dipasang pada kereta.

5. STANDARDIZATION
1. Standardization merupakan proses pengeluaran yang menghasilkan produk yang
seragam dari aspek kuantiti, kualiti, warna dan sebagainya.
2. Standardization membolehkan pemasangan sedia ada, standard atau boleh ditukar
ganti dalam kalangan produk dengan tujuan mengurangkan tahap inventori, kos dan
masa latihan, memudahkan prosedur pembelian dan pengendalian bahan.
3. Kebaikan standardization ialah menjimatkan masa, mengeluarkan produk yang
berkualiti, serta tenaga kerja dan peralatan digunakan lebih baik.
4. Akan tetapi, teknik ini mengehadkan pilihan dan bertentangan dengan konsep
pemasaran. Ia lebih cenderung menguntungkan syarikat-syarikat yang besar sahaja.

MODULAR
1. Teknik modular ialah teknik yang membahagikan sistem pengeluaran kepada
beberapa bahagian yang lebih kecil dengan menggunkan sistem yang berbeza.
Bahagian produk atau komponen boleh ditukarganti dengan mudah dan memberi
fleksibiliti dalam pengeluaran dan pemasaran.
Contohnya, Harley Davidson menggunakan beberapa jenis enjin, casis dan tangki
gas untuk menghasilkan pelbagai jenis motosikal.
2. Konsep teknik pengeluaran ini mementinkan aspek kelenturan dan kualiti dalam
proses pengeluaran.

Вам также может понравиться