Вы находитесь на странице: 1из 4

KERTAS KERJA

LAWATAN PENANDA ARAS KE


SEKOLAH SERI PUTERI, 51200
KUALA LUMPUR, WILAYAH
PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

(15 APRIL 2019)


KERTAS KERJA

LAWATAN PENANDA ARAS: LAWATAN KE SEKOLAH SERI PUTERI,


WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.

1.0 RASIONAL

1.1 Usaha meningkatkan pencapaian prestasi sekolah merupakan isu utama bagi sekolah-
sekolah yang ingin mencapai aspirasi yang telah digariskan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Berdasarkan kepada keputusan SPM 2017 yang lalu,
prestasi Matapelajaran Matematik Tambahan bagi sekolah SM Sains Seri Puteri
melonjak dengan pencapaian GPS yang sangat baik berbanding sekolah SBP yang
lain termasuk bagi SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS). Selaras dengan itu,
usaha untuk mendapatkan idea dan inspirasi langkah-langkah meningkatkan prestasi
perlu dilaksanakan dengan mengadakan Program Lawatan Penanda Aras bagi
matapelajaran Matematik Tambahan (MT) dan Kimia dalam kalangan guru-guru MT
dan Kimia SEMSAS ke Sekolah Seri Puteri (SSP).

1.2 Sehubungan dengan itu, usaha murni ini diharap dapat disandarkan sebagai langkah
utama merencana kecemerlangan akademik khususnya bagi matapelajaran MT
SEMSAS agar setanding dengan sekolah-sekolah yang telah berjaya mencapai
keputusan yang cemerlang dalam SPM bagi matapelajaran MT pada tahun 2019.

2.0 MATLAMAT

Merencana, merancang dan mengembeling tenaga dalam kalangan guru dengan


kebijaksanaan intelektual bagi membangun potensi pelajar dengan cara kolaborasi pintar
untuk memacu kecemerlangan pelajar.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Berkongsi idea dan kepakaran dengan menggabungjalinkan kejayaan sekolah lain
agar dapat diolah dan disesuaikan untuk memacu kecemerlangan pelajar di SEMSAS

3.2 Merancang dan menyelaras semua program kecemerlangan pelajar agar potensi
pelajar akan dapat ditingkatkan dengan perancangan semula yang lebih bersesuaian.

3.3 Memurnikan budaya kerja cemerlang dalam kalangan guru guru agar dapat memacu
kecemerlangan pelajar dengan cara yang bersesuaian dengan minat dan keperluan
mereka.

4.0 SASARAN

4.1. Panel panitia Matematik Tambahan iaitu seramai 5 orang guru


 Dr. Mohamad Nizam Bin Arshad (Ketua Panitia)
 En. Mohd Faisal bin Abdullah
 En. Hamdan bin Taib (Guru Cemerlang DG48)
 Pn. Rohana binti Abas
 En. Amir Bin Ya
4.2. Panel panitia Kimia iaitu seramai 2 orang
 Cik. Yanti Binti Khalid
 Pn. Muslihah Binti Mohd Tamat

5.0 TARIKH PERLAKSANAAN

5.1 Tarikh : 15 April 2019 (Isnin)


5.2 Masa : 10.00 pagi – 4.00 petang
5.3 Tempat : Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI : PUAN HAJJAH NORIDAAH BINTI RAMLAN (PENGETUA)


NAIB PENGERUSI I : ENCIK AMIR BIN YA ( GPK PENTADBIRAN)
NAIB PENGERUSI II : ENCIK MOHD KHIRUDDIN BIN AWANG (GPK HEM)
NAIB PENGERUSI III : PUAN HASMAWATI BINTI ABU BAKAR GPK KOKURIKULUM)
SETIAUSAHA I : DR. MOHAMAD NIZAM BIN ARSHAD (KP MATEMATIK
TAMBAHAN)
SETIAUSAHA II : CIK. YANTI BINTI KHALID
PENYELARAS I : PN MAZLIZA BINTI IDRIS (KETUA BIDANG VOTEK)
PENYELARAS II : PN. ROHANA BINTI ABAS (KETUA BIDANG SAINS DAN
MATEMATIK)

JAWATANKUASA KECIL
 En. Mohd Faisal bin Abdullah
 En. Hamdan bin Taib (Guru Cemerlang DG48)
 Pn. Rohana binti Abas
 En. Amir Bin Ya
 Pn. Muslihah Binti Mohd Tamat

7.0 JADUAL TENTATIF PROGRAM

BIL TARIKH HARI MASA PERKARA


ISNIN
15 APRIL 2019

06.150 am Bertolak SSP , Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur
10.00 am Dijangka sampai di SSP
10.00 am - 11.00 am Taklimat dan perkongsian
1 kecemerlangan sekolah
11.00 am - 12.00 pm Sesi PLC bersama guru
Matematik Tambahan SSP
12.00 pm – 01.00 pm Perkongsian pintar di dalam
bilik darjah
01.00 pm – 2.30 pm Makan tengah hari dan Solat
02.30 pm – 03.30 pm Sesi soal jawab dan berkongsi
rahsia kecemerlangan
03.30 pm – 04.30 pm Majlis penutup dan
penyampaian cenderahati
04.30 pm Bertolak pulang
8.0 PERBELANJAAN DAN SUMBER

8.1 Sumber Pendapatan – PIBG SEMSAS = RM 150.00

Bil Perkara Anggaran Jumlah


1 Cenderahati 10 x RM 30.00 RM 300.00

9.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program yang diadakan akan memberi inspirasi kepada semua guru MT
dan Kimia SEMSAS untuk mencorak kecemerlangan matapelajaran MT dan Kimia dengan
cara yang lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................................. ........................................
(DR. MOHAMAD NIZAM BIN ARSHAD) (HAJAH NORIDAH BT. HAJI RAMLAN)
Ketua Panitia Matematik Tambahan Pengetua
SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah
Kuantan Kuantan

Вам также может понравиться