Вы находитесь на странице: 1из 2

Gua Niah

Gua Niah ialah sebuah gua terletak di pedalaman bandar Miri, Sarawak, Malaysia.

Keistimewaan

Gua Niah,sarawak

Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan
antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri,
Sarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.

Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di
bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miosen sebelum
berlakunya pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah mempunyai
keluasan 12 hektar dan kawasan di dalamnya dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk
utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan pintu dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar,
Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.

Taman Negara Gua Niah


Gua Niah juga merupakan taman negara Sarawak terkecil, tetapi merupakan yang paling penting dan
menarik minat pelancong. Ini adalah kerana di Gua Niah telah dijumpai fosil manusia yang berusia 40,000
ribu tahun dahulu[1]. [2] sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara.
Selain itu jumpaan perkakasan manusia purba ini telah menjadikan Gua Niah sebagai tapak kaji purba
terpenting di dunia.

Taman negara Gua Niah seluas 3,138 hektar kawasan bukit batu kapur dan hutan. Ia diwartakan sebagai
Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakan sebagai Taman negara
dan dibuka kapada umum pada 1 Januari 1975.
Kajian Tom Harrison 1958

Kajian oleh Tom Harrison di Gua Niah

Pada tahun 1958, satu cari gali yang diketuai oleh Tom Harrisson dan isterinya Barbara Harrison. Tom ialah
kurator Muzium Sarawak. Beliau berminat dengan arkeologi walaupun tidak ada asas arkeologi. Beliau telah
membongkar satu tengkorak manusia disebelah barat pintu utama Gua Niah, yang dianggarkan berusia
40,000 tahun. Ia merupakan tengkorak manusia moden (Homo sapiens) yang terawal di Asia Tenggara.
Tengkorak itu ditemui di aras di mana perkakasan batu telah dijumpai sebelumnya bersama arang yang
memberikan tarikh radiokarbon sekitar 40,000 tahun dahulu. Ini merupakan bukti terawal pendudukan
manusia di Borneo.

Selain bukti kehadiran manusia Zaman Paleolitik pada tempoh Pleistocene Akhir, para cari gali turut
menjumpai bukti pendudukan pada awal tempoh Holocene oleh Mesolithic foragers, dan kemudiannya tapak
pengkebumian oleh penduduk yang menghasilkan barangan tembikar sekitar 4,000 tahun dahulu.

Kesemua kesan pendudukan manusia dikawasan tersebut seperti perkakasan batu, alatan memasak dan
hiasan yang diperbuat daripada tulang, selut, atau batu telah membuktikan bahawa Gua Niah telah lama
didiami sehingga era palaeolithic (awal Zaman Batu). Era Pleistocene berakhir dengan bermulanya era
Holocene sekitar 10,000 dahulu.

Laluan ke Taman Negara Niah


Taman Negara Niah boleh dilawati oleh semua pelawat melalui jaringan jalanraya yang menghubungkan
kawasan ini dengan bandaraya Miri ataupun bandar Bintulu. Jarak daripada bandaraya Miri adalah kira-kira
90 km melalui Lebuhraya Persisiran Pantai memakan masa 1 1/2 jam manakala daripada Bandar Bintulu
adalah kira-kira 120km (2jam).

Taman Negara Niah boleh didatangi dengan menggunakan kenderaan persendirian, teksi ataupun bas
ekspress yang pergi dari bandaraya Miri ke Bintulu ataupun dari Bintulu ke Bandaraya Miri dengan berhenti
di Simpang Ngu. Dari simpang berkenaan, pelawat boleh menggunakan kenderaan yang disewa yang
terdapat di sekitar simpang berkenaan dengan harga yang tertentu. Sila maklumkan pemandu berkenaan
supaya menghantar anda ke Pejabat Taman Negara Niah.

Kemudahan di Gua Niah


Taman Negara Niah juga menyediakan kemudahan kediaman kepada pelancong iaitu tapak perkhemahan,
hostel dan chalet dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Di sini juga terdapat kafeteria untuk
membolehkan pelancong mendapatkan bekalan makanan kerana semua kemudahan di Taman Negara Niah
tidak dibenarkan memasak. Namun pelancong dibenarkan membuat barbeque di kawasan luar penginapan.

Вам также может понравиться