Вы находитесь на странице: 1из 3

CONTOH KESAHAN KANDUNGAN

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) adalah langkah awal dalam pembinaan ujian yang

mempunyai jadual dua hala yang mengandungi senarai topik-topik dan objektif-objektif

pengajaran dalam bentuk aras kemahiran yang akan diuji. Selain itu, jadual spesifikasi ujian

adalah satu jadual yang mewakili bilangan item yang hendak diuji berdasarkan setiap topik

dan aras objektif.

Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian adalah amat perlu bagi mengelakkan ujian yang

dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi. Pembinaan JSU

juga dapat membantu guru mengenalpasti kemahiran atau objektif yang hendak diuji.

Seterusnya, melalui JSU, guru dapat merancang topik atau kemahiran yang hendak diuji

dalam item berdasarkan tahap kognitif yang dicadangkan dalam Taksonomi Bloom. JSU juga

memainkan peranan dalam menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian itu.

Selain itu ia juga telah dapat menimbulkan rasa betapa pentingnya topik-topik dan

tahap-tahap kemahiran. Seterusmya, pembinaan jadual spesifikasi ujian membolehkan ujian

yang serupa dibina oleh guru lain. JSU dapat menstabilkan taraf dan tahap kesukaran ujian

dari setahun ke setahun.

KOMPONEN UTAMA DALAM JSU

i. Paksi Kandungan: Bahan yang diajar tercatat dalam paksi kandungan. Bahan-bahan

itu boleh dicatatkan secara ringkas atau secara topik demi topik seperti yang terdapat dalam

sukatan pelajaran. Boleh juga dibuat secara ringkas dan am yang mana sukatan dibahagikan

kepada skop-skop yang luas seperti dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dibahagikan

kepada Tilawah Al-Quran, Aqidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak. Pembahagian begini hanya
sesuai untuk menghasilkan rumusan dan kurang memberi manfaat kepada guru dan

penggubal soalan.

ii. Paksi Aras Kemahiran: Objektif pengajaran terdapat di dalam paksi ini. Ia

merupakan perubahan tingkah laku dan kemahiran-kemahiran yang diharapkan pada setiap

topik dalam paksi kandungan. Model yang digunakan ialah taksonomi pendidikan iaitu

domain kognitif, afektif dan psikomotor.

iii. Paksi Pemberatan: Pemberatan adalah penekanan yang patut diberikan kepada tiap-

tiap topik dan kemahiran. Untuk ujian bilik darjah, pemberatan bolehlah berdasarkan kepada

rasa penting terhadap sesuatu topik atau tajuk yang diajar pada sesuatu masa. Untuk satu-satu

ujian yang lebih luas kegunaannya, pemberatan tentulah perlu berlandaskan kepada keluasan

isi pelajaran dan tempoh waktu yang diperuntukkan kepadanya. Proses pemberatan boleh

dibahagikan kepada beberapa peringkat:

· Menukarkan pemberatan waktu kepada peratus dan dicatatkan di hujung paksi tersebut.

· Membahagikan peratus itu kepada bentuk soalan yang sesuai objektif atau esei.

· Menyelaraskan bentuk soalan, bilangan soalan dengan aras kemahiran.

iv. Kepayahan soalan: Secara kuantitatif kepayahan soalan adalah dimaksudkan

peratus calon yang boleh menjawab dengan betul pada sesuatu soalan. Semakin besar peratus

semakin mudahlah sesuatu soalan itu. Untuk ujian pencapaian bersifat rujukan norma, min

kepayahan ujian sebaik-baiknya ialah 50%. Walaupun begitu soalan yang mudah dan sukar

harus juga dimasukkan ke dalam ujian. Soalan mudah iaitu lebih kurang 70% daripada calon

boleh menjawabnya, boleh menjadi motivasi kepada calon-calon yang lemah. Soalan yang

sukar pula lebih kurang 30% daripada calon dapat menjawabnya, boleh menjadi pencabar
kepada calon-calon yang bijak. Perbanyakkan soalan beraras kepayahan sederhana antara

40% hingga 60%. Terdapat kajian menunjukkan soalan-soalan beraras kepayahan sederhana

boleh menambah sisihan lazim dan memberi kesan kepada kebolehpercayaan ujian.

Вам также может понравиться