Вы находитесь на странице: 1из 2

HIJRAH

Maksud hijrah
· Perpindahan Nabi Muhammad & umat Islam darir Makkah ke Madinah
· Perjuangan untuk menegakkan kebenaran
· Perubahan daripada yang buruk kepada yang baik
· Hijrah tidak boleh ditakrifkan sebagai ”pelarian” seperti yg dikatakan oleh orientalis Barat
kerana:
- Penghijrahan berasaskan jemputan penduduk Madinah
- Ketibaan umat Islam disambut meriah oleh penduduk Madinah
- Penduduk Islam Makkah disediakan tempat tinggal
- Nabi Muhammad dilantik sebagai pemimpin Madinah

Sebab-sebab berlakunya hijrah


· Penentangan masyarakat Quraisy terhadap penyebaran Islam
· Jemputan kaum Aus & Khazraj dari Madinah
· Perintah Allah melalui wahyu
· Menyebarkan Islam

Tujuan hijrah
· Meneruskan penyebaran Islam
· Membentuk sebuah masyarakat Islam untuk bersatu padu & sempurna

Kepentingan hijrah
· Kegiatan penyebaran Islam dapat dilakukan secara bebas dalam keadaan aman
· Kaum Aus & Khazraj dapat berdamai
· Penduduk Madinah dari pelbagai kaum & agama disatukan
· Masjid al-Nabawi dibina sebagai tempat beribadat dan membincang hal-hal agama
· Takwim Islam diperkenalkan berdasarkan tahun Hijrah
· Hubungan persaudaraan antara penduduk Islam Makkah dan penduduk Islam Madinah terjalin
· Melahirkan kehidupan yang harmoni
· Nama Yathrib ditukar kepada Madinah
· Menunjukan sikap toleransi & tolong-menolong dalam kalangan umat Islam
PERJANJIAN AQABAH PERTAMA & PERJANJIAN AQABAH KEDUA
Perjanjian Aqabah Pertama (621 M)
· Perjanjian yang dibuat antara kaum Aus dan Khazraj di Madinah dengan Nabi Muhammad
S.A.W
· Dalam perjanjian ini, kaum Aus dan Khazraj berjanji akan:
- beriman kepada Allah & Rasul
- membantu perjuangan Nabi Muhammad
- tidak akan melakukan amalan Jahiliah

Perjanjian Aqabah Kedua (622 M)


· Dalam perjanjian ini, kaum Aus & Khazraj berjanji:
- Mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad
- Menjemput Nabi Muhammad & umat Islam berhijrah ke Madinah
- Akan menyediakan tempat tinggal dan menjamin keselamatan Nabi Muhammad & Islam di
Makkah
- Akan mempertahankan agama Islam
Kepentingan Perjanjian Aqabah Pertama & Kedua
- Berlakunya penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah
- Islam disebar ke Madinah

Вам также может понравиться