Вы находитесь на странице: 1из 7

KANCIL DAN BUAYA

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam
hutan. Banyak binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila
mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di
dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada
bila masa saja.

Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana
makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk
mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan
Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan lalu ia berusaha mencari sungai yang
berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang
sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya.
Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.

Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat
sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil
berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat".
Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan
dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak
lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang
sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-
buahan tersebut" fikir Sang Kancil.

Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat
dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kancil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik
berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka
berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus
menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa
khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus
membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang
Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang
Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kancil, Sang
Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata
"Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".

Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang
terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua".
Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi
Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi
ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua
kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk
menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai
berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan
oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan
memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi
sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".

Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya
segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah
bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas
buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga
lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil
berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas
tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah
kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh
Nabi Sulaiman".

Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah
di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila
bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini.
Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya
tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-
buahan yang sedang masak ranum itu.
ANJING DAN BAYANG – BAYANGNYA
Di dalam sebuah kampung, ada seekor anjing yang sudah tua lagi terbiar. Tidak ada sesiapa
yang mahu mendekati apatah lagi untuk memeliharanya. Sebelum ini, anjing tersebut telah
dipelihara oleh satu keluarga berbangsa Cina. Setiap hari makanannya sedap belaka dan
makanannya pula disediakan mengikut masa yang tepat. Bulunya cantik berkilat kerana sentiasa
disikat dan dimandikan oleh tuannya. Apabila ia berasa lapar, ia akan terus menuju ke arah pinggan
yang berada di hujung beranda. Tetapi apabila ia sudah tua, ia dihalau seperti anjing kurap. Betul
kata pepatah melayu anjing kurap bermaksud sesuatu yang tidak elok dan tidak berguna lagi.
Setiap hari sukar untuk anjing tersebut mencari makan. Apabila terserempak dengan manusia
pula, ada yang membaling batu dan ada pula yang membalingnya dengan kayu. Terpaksalah anjing
itu lari menyelamatkan dirinya kerana takut terkena batu atau kayu. Kadang kala hinggap juga batu
atau kayu di kaki atau badannya. Apatah lagi luka dan lebam di kaki atau badannya. Tiap kali
anjing tersebut terpaksa merayau-rayau di kawasan sampah sarap dengan mengharapkan agar ada
saki baki makanan yang boleh dimakan untuk mengisi perutnya yang lapar. Pada suatu hari, sedang
anjing itu berjalan-jalan di satu kawasan kampung, ia telah terlihat seketul tulang. Hatinya sangat
gembira kerana hari itu merupakan rezekinya yang tidak disangka-sangka. Cepat-cepat anjing
tersebut menggonggong tulang tersebut dan ia pun berlari dengan sekuat hatinya agar tidak ada
sesiapa yang melihatnya.
Anjing itu pun berlari dan terus berlari sehinggalah sampai di sebuah sungai. Anjing tersebut
terpaksa melalui sebatang titi untuk meneruskan perjalanannya agar dia boleh memakan tulang itu
dengan tidak ada sesiapa yang akan mengganggunya. Ia melalui titi tersebut dengan penuh berhati-
hati agar tulang itu tidak jatuh ke dalam sungai itu. Sambil ia melalui titi tersebut, dia melihat ada
bayang-bayang di dalam sungai itu.
Dengan perlahan-lahan dia pun melihat di permukaan air sungai itu. Didapatinya ada seekor
lagi anjing yang sedang menggonggong seketul tulang yang sama sepertinya. Maka ia pun berfikir jika
dia dapat tulang yang digonggong oleh anjing di dalam sungai itu, maka dia akan mempunyai satu
lagi tulang yang menjadikannya ada dua ketul tulang. Dia terus menyalak sambil menunjukkan
taringnya untuk menakutkan anjing yang ada di dalam sungai itu. Dengan salakannya itu ia
mengharapkan agar anjing yang berada di dalam sungai itu lari dan meninggalkan tulang yang
sedang digonggongnya.
Apatah lagi, tiba-tiba tulang yang digonggongnya pun terus jatuh ke dalam sungai. Terkebil-
kebil matanya melihat tulangnya yang telah hilang dan tenggelam tidak kelihatan lagi. Alangkah
kasihannya anjing tersebut kerana dia tidak dapat merasai kenikmatan tulang yang baru sahaja
diperoleh pada hari itu.
TEKA TEKI

1.Burung apakah yang hanya boleh berdiri,


boleh baring tetapi tak boleh duduk? 11.Banyak-banyak kuda, kuda apa yang
Jawapan: Penguin popular paling kurus dan nipis?
Jawapan: Kuda Kepang
2.Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah
yang orang akan makan tepinya sahaja 12.Bunga apa yang cantik berseri dan
tetapi tengahnya tidak dimakan? berkembang mekar di malam raya?
Jawapan: Kuih Donat Jawapan: Bunga Api

3.Ada satu benda, kita berdiri dia baring, 13.Tanpanya kita tak mampu berjalan
tapi bila kita baring dia berdiri dan bila kita melalui dinding keras konkrit?
jalan dia pun ikut sama. Tapi tanpanya kita Jawapan: Pintu
tak ke mana.
Jawapan: kaki 14. Dia ni bila turun sangat lah lambat, tapi
bila naik sangat cepat pula. Siapakah dia?
4.Mana lagi tua, motorsikal , kereta, bas Jawapan: Hingus
atau kapal terbang?
Jawapan: Motorsikal 15.Mempunyai 10 kaki dan boleh terbang
hingga ke barat, selatan, utara?
5.Banyak bas yang ada di dunia ini, tapi bas Jawapan: 5 Ekor Burung.
apa yang pandai?
Jawapan: Bas Sekolah 16.Banyak binatang dalam dunia ini tapi
binatang apa paling pemalas tak terurus ?
6.Kering sangat di jilat-jilat untuk buat ia Jawapan: Singa
basah, bila basah baru kena cucuk. Apakah
ia? 17.Kereta banyak jenis, malah lambang
Jawapan: Benang kemewahan orang tapi apa yang susah
untuk dicari?
7.Di dalam hutan ada 8 ekor burung, 4 ekor Jawapan: Kereta kena curi
ditembak oleh pemburu, berapa yang dah
lari? 18.Dia mempunyai bulu lebat, isi , dan juga
Jawapan: Burung terbang bukan berlari.. batang, apakah ia?
Jawapan:Jagung
8.Saya suka berada di atas air, tetapi saya
tak pandai berenang mahupun bergerak. 19.Buku diterbalikkan jadi buku..teh di
Siapakah saya? terbalikkan jadi....?
Jawapan: Jambatan Jawapan: Jadi Tumpah

9.Saya sejenis alat menyelam, tetapi sangat 20.Kereta ini besar dan selesa, tetapi kalau
popular dari anda semua kerana saya ada kalau kereta ini diberi percuma tiada siapa
dekat internet. Siapakah saya? mahu atau naik. Kereta apakah ia?
Jawapan: Google Jawapan: Kereta Mayat.

10. Alkisah, dimana raja dan petani terjatuh 21.Binatang ini kaya kerna mempunyai
ke gaung, siapakah yang mati? kereta?
Jawapan: Tiada yang mati meninggal sahaja. Jawapan: Lembu
ANAK ITIK YANG HODOH

Pada suatu masa dahulu, seekor ibu itik mengeram enam biji telur. Tidak lama
kemudian, satu per satu telur itu menetas dan keluarlah anak itik yang comel serta berbulu
kuning. Tetapi satu telur yang agak besar menetas dan anak itu itu berwarna kelabu!
“ Sungguh hodoh rupamu!” ibu itik berkata.
Ibu itik membawa anak-anak itik itu menuju kekolam. Ia melompat ke dalam air dan anak itik
juga turut bersama. Kemudian ia membawa anak-anaknya berjumpa binatan-binatang
yang lain di ladang itu.

Semua binatang di ladang gembira berjumpa anak-anak iti yang comel itu. Tetapi
mereka mentertawakan anak itik yang besar dan berwarna kelabu itu. Ia diejek dan dihalau
dari situ. Anak itik yang hodoh berasa sungguh sedih. Ia tidak ada kawan dan tidak ada
tempat tinggal.

Pada keesokkan harinya, semasa semua binatang masih tidur nyenyak, ia berjalan
keluar dari pintu pagar ladang itu. Apabila hampir senja, beberapa itik liar dating ke tempat
itu tertawakannya dan berkata, “ Pergi kamu dari sini! Hodohnya kamu!”
Sekali lagi itik hodoh itu berasa tersisih dan beredar dari situ. Ia sampai pada sebuah pondok.
Ia berasa lapar dan letih lalu meminta ayam membenarkannya tinggal di situ. Ayam juga
memberikannya makanan.
Ayam bertanya, “ Bolehkah kamu bertelur?”
“Tidak, “ kata itik itu.
“ Bolehkah kamu mengejar tikus?” Tanya kucing.
“Tidak, “ kata itik itu.

“Kalau begitu kamu mesti pergi dari sini,” kata ayam dan kucing.
Sekali lagi itik hodoh itu kesunyian. Musim salji pun tiba dan cuaca bertukar menjadi sejuk. Air
dalam kolam bertukar menjadi sejuk. Air dalam kolam bertukar menjadi ais. Itik itu
memandang kelangit dan melihat sekumpulan burung yang sangat cantik berterbangan di
udara. Burung-burung berbulu putih itu besar dan berleher panjang.
“Alangkah bagusnya jika aku seperti burung-burung itu,” ia berkata di dalam hatinya.
Pada keesokan harinya, seorang petani yang baik hati terjumpa itik itu di atas tanah beku
dan membawanya pulang. Anak itik berfikir bahawa ia sudah selamat berada disitu. Pada
petang harinya, anak petani itu bermain dengannya dan membawanya ke perigi. Dia
terlalu kasar sehingga anak itik itu menjadi takut. Anak itik itu pun melarikan diri dari ladang.

Anak itik itu terjumpa sebuah tasik di kawasan yang berumput panjang. Ia berasa
selamat di situ. Ia tinggal di situ sehingga matahari mula bersinar semula.
Anak itik itu cuba mengembangkan sayapnya. Ia terkejut apabila melihat sayapnya sudah
menjadi putih. Ia berasa seperti dirinya boleh terbang dan akhirnya ia terbang tinggi di
langit!
Apabila ia turun ke tasik, ia ternampak bayangnya di dalam air. “ Alangkah cantiknya
burung itu,” fikirnya.
Tiga ekor burung putih berleher panjang sedang berenang berhampiran.

Burung-burung itu melihatnya dan berkata, “Wah ! awak seekor angsa yang tampan.
Marilah berenang dengan kami.”
“Apa? Aku seekor angsa?”
“Ya, tengoklah rupa dirimu dalam air,” kata burung-burung itu.
Itik hodoh itu tidak percaya akan apa yang dilihatnya.
“ Aku seekor angsa! Aku memang seekor angsa!” ia menjerit dengan gembira.
Semenjak hari itu, ia tidak lagi di panggil hodoh dan ia tidak lagi sunyi.
JACK DENGAN POKOK KACANG AJAIB

Pada suatu masa dahulu, seorang budak bernama Jack tinggal bersama ibunya di
sebuah ladang kecil. Mereka sangat miskin dan kadang-kadang tidak dapat makan.
Pada suatu hari, ibu Jack menyuruh Jack menjual lembunya supaya mereka dapat wang
untuk membeli makanan. Dia menyuruh Jack membawa lembu itu ke pasar. Dengan perasaan
sedih Jack pun membawa lembu kesayangannya ke pasar. Jack berada dipasar sepanjang
hari tetapi tidak siapa pun yang mahu membeli lembunya. Lama-kelamaan dia berasa putus
asa dan membawa lembunya pulang.Dalam perjalanan pulang, dia berjumpa dengan seorang
tua yang mahu membeli lembunya. Orang tua itu berkata, “Saya hanya boleh bayar kamu
dengan biji kacang-kacang ini. Biji-biji kacang ini adalah biji-biji kacang ajaib.”Jack
bersetuju dan menerima segemggam biji kacang yang berwarna-warni itu sebagai bayaran
untuk lembunya.

Apabila sampai di rumah, ibunya sangat marah apabila mendapat tahu yang Jack
telah menerima biji-biji kacang sebagai bayaran lembunya. “Biji kacang ajaib!” Dia menjerit,
“ Kamu sudah kena tipu! Kamu telah memberi lembu itu kepadanya dengan percuma!”Dengan
marah ibunya terus membaling biji-biji kacang itu keluar tingkap. Malam itu, Jack terpaksa
tidur kelaparan.Apabila Jack bangun keesokan harinya, dia terkejut melihat sebatang pokok
yang besar di luar tingkanya. Pokok itu telah tumbuh di tempat ibunya membaling biji-biji
kacang ajaib itu. Jack berkejar keluar untuk melihat pokok kacang itu. Dia terus
memanjatnya hingga ke pucuknya. Dia mengikut sebatang lorong menuju ke sebuah istana
besar.

Jack menolak pintu besarnya dan masuk ke dalam istana itu. Dia berada di sebuah
bilik besar. Di atas lantai terdapat setimbun wang perak dan emas. Dia melihat sebuah
meja besar yang penuh dengan makanan. Jack berasa lapar. Dia mmanjat keatas kerusi
besar itu dan makan makanan yang lazat yang dihidangkan.Tiba-tiba dia terdengar bunyi
yang kuat dari satu penjuru bilik itu. Rupa-rupanya seorang gergasi sedang tidur nyenyak
dan berdengkur dengan kuat sekali!

Jack berasa takut dan terus melompat turun dari meja itu. Semasa dia berlari
keluar dari istana itu, dia sempat mengambil beberapa keping wang yang berada di lantai.
Dia kemudian berlari dengan pantas dan turun ke tanah melalui pokok kacang tadi.
Pada pagi berikutnya Jack memberanikan dirinya untuk memanjat pokok kacang itu sekali
lagi. Kali ini dia ternampak seekor itik dengan dua biji telur emas di sebelah gegasi yang
sedang tidur nyenyak.
Jack berjalan perlahan-lahan menuju itik itu tetapi di terjatuh. Gergasi terjaga dan
ternampak Jack. “Siapa yang masuk ke istana aku!” Dia mengejar Jack. Sambil berlari
keluar istana Jack sempat menangkap itik itu dan terus turun melalui pokok kacang itu.

Apabila Jack sampai ke tanah dia menjerit, “Ibu, Ibu ! cepat bawakan kapak saya!”
Ibunya berlari membawa kapak itu. Jack menebang pokok itu. Pokok itu tumbang dan gergasi
itu pun jatuh dan mati.
Jack dan ibunya tidak miskin lagi. Dengan wang yang mereka ada mereka membeli seekor
lembu. Itik itu memberi mereka telur emas dan mereka hidup bahagia buat selama-lamanya.
PUTERI SALJI PUTIH BERSAMA 7 ORANG KERDIL

Pada suatu masa dahulu, seorang puteri bernama Puteri Salji tinggal di sebuah istana
yang di kelilingi taman bunga yang indah. Di sinilah, Puteri Salji bermain dengan binatang-
binatang hutan yang jinak dengannya.
Ibu tirinya, Permaisuri, berasa cemburu terhadap Puteri Salji kerana semakin dewasa, puteri
itu menjadi semakin jelita pula. Permaisuri bencikan sesiapa sahaja yang lebih cantik
daripadanya. Setiap hari, Permaisuri akan bertanya kepada cermin saktinya. Permaisuri ingin
tahu orang yang paling cantik di negeri itu . Setiap kali ditanya, cermin itu akan menjawab
Permaisuri adalah yang paling cantik.

Pada suatu hari, Permaisuri bertanya soalan yang biasa yang ditanyanya. Tetapi
alangkah terkejutnya apabila cermin sakti menjawab yang Puteri Saljilah yang paling cantik.
Permaisuri berasa marah dan merancang untuk membunuh Puteri Salji. Puteri dapat tahu
tentang rancangan Permaisuri dan berasa takut. Puteri Salji terus melarikan diri ke dalam
hutan. Suasana dalam hutan sungguh gelap dan menakutkan.Kerana terlalu letih dan takut,
Puteri Salji mencari tempat yang sesuai untuk bermalam.

Pada keesokan harinya, apabila terjaga dari tidur, Puteri Salji mendapati sekumpulan
binatang-binatang kecil yang jinak dan seramai tujuh orang kerdil berada di sekelilingnya.
Orang-orang kerdil itu menjemputnya ke pondok mereka yang terletak jauh di dalam
hutan.Puteri Salji berasa sangat gembira dapat tinggal bersama orang-orang kerdil itu.
Setiap hari Puteri Salji mengemas dan memasak untuk orang-orang kerdil itu semasa mereka
pergi bekerja di lombong. Setiap pagi sebelum pergi bekerja, orang kerdil itu akan berpesan
kepada Puteri Salji supaya berhati-hati dengan sesiapa yang tidak dikenalinya dan tidak
keluar kemana-mana. Orang-orang kerdil itu bimbang Permaisuri yang kejam itu akan
dating ke pondok itu.

Pada suatu hari, Permaisuri mendapat tahu Puteri Salji tinggal bersama orang-orang
kerdil di hutan itu. Permaisuri menyamar sebagasi seorang perempuan tua dan membawa
sebakul buah epal yang beracun ke pondok orang-orang kerdil itu.Permaisuri member epal
beracun itu kepada Puteri Salji. Puteri Salji menjangkakan Permaisuri itu ialah seorang nenek
yang baik hati. Puteri Salji sangat gembira menerima epal itu. Puteri Salji mengigit epal
beracun itu dan terus rebah dan pengsan. Permaisuri yang kejam itu berasa puas hati dan
ketawa terkekek-kekek. Permaisuri menyangka Puteri Salji sudah meninggal dunia. Ketujuh-
tujuk orang kerdil itu berasa sangat sedih. Mereka cuba mengejutkannya tetapi Puteri Salji
tidak bergerak lagi. “Puteri kesayangan kita sudah meninggal dunia,” kata mereka sambil
menangis.

Ketujuh-tujuh orang kerdil itu meletakkan Puteri Salji ke dalam keranda kaca supaya
semua dapat melihat kecantikkannya. Pada suatu hari, seorang Putera Raja melintasi hutan
itu. Puteri Raja melintas hutan itu. Putera Raja itu ternampak Puteri Salji dan tertarik hati
dengan kejelitaannya. Putera Raja membuka keranda kaca itu dan kehadiran Putera Raja
itu telah menghapuskan sihir Permaisuri terhadap Puteri Salji. Puteri Salji pun sedar semula.

Ketujuh-tujuh orang kerdil itu menari dan menyanyi dengan gembira. Tidak lama
kemudian, Puteri Salji berkahwin Putera Raja. Mereka hidup bahagia untuk selama-lamanya.

Вам также может понравиться