Вы находитесь на странице: 1из 2

Rujukan : UKM1.

6/159/14-1
Bertarikh: 20hb Okt. 2018

Pengarah Urusan Gymcademy,


Vista Kirana,
Bukit Katil, Melaka.

Tuan/ Puan

PERMOHONAN MEMBENARKAN PELAJAR MENJALANKAN PEMERHATIAN KLINIKAL


UNTUK KURSUS GGGB 6813 KERJA LAPANGAN, DI PUSAT LATIHAN TERAPI
GYMCADEMY (TERAPI CARAKERJA)

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas saya ingin memohon kebenaran
bagi Ainul Huda binti Mohamad Pesal, K/P 880510-52-5164, No Matrik GP05427
adalah pelajar Sarjana Pendidikan Khas, Fakulti Pendidikan untuk menjalankan pemerhatian
klinikal di Pusat Terapi Gymcademy, Melaka.

2. Pelajar Sarjana Pendidikan Khas, Fakulti Pendidikan dikehendaki membuat


kerja lapangan dan menulis laporan sebagai memenuhi keperluan penilaian bagi kursus
GGGB 6813 Kerja Lapangan Semester II, Sesi 2018 dalam bidang pelbagai disiplin yang
berkaitan dengan pendidikan khas.

3. Tujuan utama Kursus GGGB 6813 adalah untuk memberikan pendedahan dan
pengalaman sebenar bagaimana kumpulan pelbagai kepakaran yang berkhidmat untuk
kanak-kanak berkeperluan khas. Pengalaman ini akan membantu pelajar merujukan kes-kes
tertentu kepada perkhidmatan sokongan yang di perlukan oleh murid semasa mereka
bertugas sebagai guru pendidikan khas.

4. Pelajar juga telah diingatkan supaya tidak mengganggu dan melanggar


peraturan semasa menjalankan pemerhatian.

5. Sehubungan dengan itu saya ingin memohon jasa baik Y Bhg Prof/ Dato/ Datin/
Tuan/ Puan untuk memberikan kebenaran kepada pelajar-pelajar ini supaya dapat
menjalankan tugasan mereka. Saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih di atas
kerjasama pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

s.k. - Dekan, Fakulti Pendidikan


- Timbalan Dekan Pengajian Siswazah, F. Pendidikan
- Ketua Penolong Pendaftar, F. Pendidikan
- Unit Terapi Carakerja, Hospital Kuala Krai, Kelantan.

Вам также может понравиться