Вы находитесь на странице: 1из 3

Laporan keputusan SPM 2014

bagi sekolah-sekolah utama


negara
Astro Awani | Mac 03, 2015 23:59 MYT

Seramai 11,289 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperoleh keputusan cemerlang dalam
semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2014.

KUALA LUMPUR: Di Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Kebangsaan


Aminuddin Baki (S-A-B) terus cemerlang mengekalkan peratusan lulus
100 peratus.

Malah keputusan SPM 2014 menyaksikan seramai 43 pelajar mendapat


gred A semua mata pelajaran.

Bagi Amirah Haziqah,satu-satunya pelajar sekolah ini yang mendapat A


tambah dalam semua mata pelajaran berkata ramuan kejayaannya
mudah, sentiasa fokus di dalam kelas.

Katanya ibunya, Zaiton Mohd Nor, anak tunggalnya itu merupakan


seorang yang bijak mengimbangi antara dunia akademik dan ko-
kurikulum.
"Saya rasa segala usaha dia sepanjang tingkatan 4 dan 5 berhasil.
Memang dari mula 'aim' dia untuk dapat straight A+.

"Kini, Amirah memasang cita-cita untuk menyambung pelajaran dalam


bidang perubatan, kerana impiannya untuk jadi seorang pakar kanak-
kanak," kata ibunya.

Sementara bagi rakannya, Razleena Aida pula, formulanya mudah,


sokongan moral daripada keluarganya menjadi asas untuk maju.

"Yang paling bagi banyak support, mak bapa di rumah. beri support
everyday, suruh belajar sungguh-sungguh dapat straight A. Di sekolah
kawan push gila-gila.

"Cikgu kat sekolah memang harap kitorang dapat straight A. Nak


banggakan cikgu tu memang harapan pelajar. Dapat banggakan ibu
bapa, rasa dia tak terkata," kata Razleena.

SPM RANGKUM

Di Melaka turut mencatat penurunan bilangan calon yang memperoleh


A dalam semua mata pelajaran.
343 calon memperoleh semua A berbanding 410 calon tahun lalu.

WAKIL MELAKA MOHAMAD RAFFI BACHIK SPM MELAKA

Di Melaka turut mencatat penurunan bilangan calon yang memperoleh


A dalam semua mata pelajaran.
343 calon memperoleh semua A berbanding 410 calon tahun lalu.

952 CALON SPM DI PULAU PINANG PEROLEH A

Sementara di Pulau Pinang, rata-rata calon berpuas hati dengan


keputusan yang diterima.
Bagi mereka, segala usaha keras yang dilakukan selama ini berbaloi
dengan kejayaan mencatat keputusan memberangsangkan.

952 calon daripada 21 ribu 816 yang menduduki SPM 2014 di negeri itu
memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

KOTA BHARU KELANTAN

Senario berbeza di Kelantan, pencapaian GPN negeri meningkat


kepada 5.03 berbanding 4.89 pada 2013.

Malah musim hujan lebat ketika peperiksaan berjalan tahun lalu tidak
memberi kesan kepada pelajar di Kelantan.

Вам также может понравиться