Вы находитесь на странице: 1из 4

KAJIAN KES PERSATUAN AUTISME KEBANGSAAN MALAYSIA (NASOM)

NASOM merupakan persatuan yang menjaga kebajikan anak-anak istimewa


terutamanya dari segi pendidikan dan rawatan. NASOM ditubuhkan oleh sekumpulan
ibu bapa dan profesional dengan tujuan untuk menyampaikan perkhidmatan jangka
hayat kepada komuniti orang yang menderita autisme. Persatuan ini ditubuhkan
pada tahun 1987 dan didaftarkan pada 3 Mac 1987. Visi NASOM adalah masyarakat
yang inklusif di mana orang yang mempunyai autisme dapat mencapai potensi
penuh mereka dan menjalani kehidupan bermakna dengan maruah.

Misi NASOM pula adalah bekerjasama dengan ahli, pihak berkepentingan dan
benefisiari untuk meningkatkan kualiti hidup bagi mereka yang mempunyai autisme
dan keluarga mereka melalui program, perkhidmatan, sumber, pengetahuan dan
inovasi sosial, dan menggalakkan hak dan peluang bagi orang yang mempunyai
autisme. Objektif NASOM adalah untuk mengenal pasti dan mempromosikan
rawatan, pendidikan, kebajikan dan penerimaan orang dengan autisme.

Antara program dan aktiviti yang dianjurkan NASOM adalah seperti program
bicara seni seperti Pertandingan Syarahan Tun Abdul Razak. Bukan itu sahaja,
malah pertandingan-pertandingan bicara berirama turut diadakan bagi memberi
pendedahan dunia luar kepada penyakit Autism. Seterusnya, NASOM juga
mengadakan program terapi tahunan bagi membantu anak-anak Autism seperti
Program Terapi Autism yang telah diadakan di Johor pada Februari yang lalu.
Program santai dan rekreasi turut diadakan oleh NASOM bagi memberi pengalaman
dan pendekatan terhadap anak -anak Autism sebagai contoh aktiviti menonton
wayang bersama anak Autism, aktiviti Mendaki Gunung Kinabalu ( Climb For Autism)
dan Marathon Berlin. Selain itu pihak NASOM juga mempunyai aktiviti-aktiviti
kemahiran bagi mengembangkan bakat dan kemahiran anak-anak Autism.
Kewujudan aktiviti-aktiviti ini adalah merupakan peluang yang baik untuk anak-anak
Autism mengasah kemahiran mereka. Antara aktiviti dan program yang diadakan
adalah Program Prevokasional Untuk Autism dan latihan di IKTBN untuk pelajar
Autism.
Bagi menjana pendapatan persatuan, NASOM mendapat dana dari pelbagai
cara. Antaranya, sumbangan zakat yang diberikan oleh Jabatan Agama Islam dan
juga derma dari orang awam. Selain itu, NASOM juga mendapat pendapatan
daripada yuran yang dibayar oleh pelajar Autism. Seterusnya, NASOM juga
mengadakan jualan pameran seni dimana mereka menjual hasil seni yang dihasilkan
oleh pelajar Autism. Selain itu, NASOM turut mengadakan seminar kesedaran
Autism untuk menjana pendapatan. Dari pihak media pula, NASOM telah menerima
RM30,000 daripada filem ‘Redha’ yang mengisahkan tentang kanak-kanak Autism
dan menerima dana daripada Lite FM pada setiap tahun.

Antara isu-isu yang terdapat dalam persatuan ini adalah isu kebajikan ahli
persatuan iaitu pemakanan dalam kalangan anak-anak Autism. Ibu bapa anak-anak
ini mempersoalkan pemakanan anak mereka ketika berada dalam jagaan NASOM.
Selain itu, isu kewangan dalam persatuan. Kekangan kewangan dalam persatuan ini

mengganggu pendidikan anak-anak Autism. Pihak NASOM mengharapkan dana dari


pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini. Ada juga ibu bapa yang prihatin
yang mencuba untuk menganjurkan beberapa aktiviti dan program bagi
mendapatkan dana untuk NASOM. Seterusnya, isu ketidakpuasan hati oleh ibu bapa
kerana yuran naik juga menjadi satu kekecohan apabila NASOM menaikkan yuran
untuk seorang anak Autism.

Perbandingan di antara NASOM dan juga Persatuan Autism Muslim Malaysia


dapat dilihat dalam beberapa aspek iaitu tarikh penubuhan persatuan, aktiviti dan
program yang diadakan dan dari segi dana yang dapat dikumpulkan oleh persatuan
tersebut. NASOM ditubuhkan pada tahun 1987 manakala Persatuan Autism Muslim
Malaysia ditubuhkan pada tahun 2012. Aktiviti yang dianjurkan NASOM mendapat
penyertaan dari seluruh Malaysia dan bilangan aktiviti yang diadakan juga turut
banyak dalam sesuatu tahun manakala aktiviti Persatuan Autism Muslim Malaysia
mendapat kurang penyertaan berbanding NASOM. Dana yang dikumpulkan juga
tidak begitu banyak bagi Persatuan Autism Muslim Malaysia jika dibandingkan
dengan NASOM. Dana bagi NASOM diusahakan oleh banyak pihak seperti ibu bapa,
pihak kerajaan, media tempatan dan stesen radio manakala Persatuan Autism
Malaysia tidak begitu rancak mengumpulkan dana.
Disediakan Oleh,

______________________

(FATIN SABRINA SANUZI)

ANALISIS SWOT

Antara kelebihan yang dimiliki dalam menyiapkan tugasan ini adalah kebolehan
dalam penggunaan ICT dimana memudahkan tugasan untuk mencari maklumat-
maklumat yang terdapat dalam internet. Seterusnya, saya juga sudah mempunyai
pengetahuan asas tentang bagaimana kajian kes dilakukan. Terdapat pelbagai jenis
kajian dan saya dapat membezakan diantara kajian lapangan dan kajian kes.

Seterusnya, antara kelemahan yang saya dapati adalah pengurusan masa untuk
menyiapkan tugasan. Pengurusan masa yang tidak efektif seperti sentiasa
menangguh kerja menyebabkan saya perlu menyiapkan dengan masa yang singkat.
Selain itu, format laporan juga merupakan satu kelemahan bagi saya. Kekeliruan
dalam menulis laporan menyebabkan saya mengambil masa yang lama untuk
menyiapkan laporan.

Dalam segi peluang yang diberikan pula, saya mengambil peluang untuk
menggunakan akses kepada perpustakaan. Selain itu, saya juga pernah mendengar
ceramah dan perkongsian ibu bapa yang mempunyai anak Autism. Ceramah itu juga
membolehkan saya mendapat input-input berguna untuk digunakan dalam tugasan
ini. Saya juga mengambil peluang yang diberikan oleh pensyarah iaitu panduan dan
didikan daripada pensyarah. Saya amat berterima kasih kepada pensyarah saya
kerana memberi tunjuk ajar dan panduan untuk menyiapkan tugasan.
Akhir sekali, antara ancaman yang diterima dalam menyiapkan tugasan adalah
dari segi faktor kesihatan. Cuaca yang panas telah mengganggu kesihatan dan juga
emosi. Seterusnya, kelas-kelas malam yang diadakan turut menjadi ancaman. Setiap
hari, kelas di institut bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang.
Kemudian, disambung pula dengan kelas malam pada pukul 8 malam sehingga 10
malam. Kepadatan jadual telah menjadi satu ancaman untuk saya menyiapkan
tugasan seperti mencari maklumat latar belakang persatuan dan lain-lain.

Вам также может понравиться