Вы находитесь на странице: 1из 2

Model Hierarki libatsama Pekerja

Perk
emb
anga
n
(gro
wth)
Kerjasama
(teamwork)

Individual
(individual)

Keperluan asas
(basic needs)

Menurut model Hierarki libatsama Gallup, Harter et al., (2009) percaya apabila keperluan
utama pekerja dipenuhi akan membawa kepada libatsama pekerja. Gallup telah mereka bentuk
model yang terdiri daripada empat dimensi iaitu keperluan asas (basic needs), individual
(individual), kerjasama (teamwork) dan pekembangan (growth). Harter et al., (2003) telah
membangunkan satu instrumen yang dikenali sebagai Q12 yang boleh digunakan untuk mengukur
libatsama pekerja. Selain itu, menurut Harter et al., (2009) juga telah mengukur libatsama
pekerja terhadap 27 juta pekerja dan meliputi 2.5 unit kerja di seluruh dunia. Model hierarki
libatsama pekerja (2003) ini juga telah dipilih sebagai rujukan dalam kajian ini. Disamping itu,
Reilly (2014) telah menyatakan terdapat tiga jenis libatsama pekerja iaitu pekerja yang terlibat,
pekerja ynag tidak terlibat serta pekerja yang tidak terlibat secara aktif.

Harter, J. K., Schmidt, F. L., & Killham, E. A. (2003). Employee engagement, satisfaction, and
business-unit-level outcomes: A meta-analysis. Princeton, NJ: Gallup Organization.
Harter, J. K., Schmidt, F. L., Killham, E. A., & Agrawal, S. (2009). Q12 meta-analysis: The
relationship between engagement at work and organizational outcomes. Omaha, NE: Gallup.

Saya tahu apa yang diharapkan dari saya di tempat kerja.

Saya mempunyai bahan dan peralatan yang membolehkan saya melakukan kerja dengan betul.

Saya berpeluang melakukan yang terbaik setiap hari di tempat kerja.

Saya telah menerima pengiktirafan atau pujian kerana melakukan kerja dengan baik dalam 7 hari
yang lalu.

Penyelia atau seseorang di tempat kerja, mengambil berat terhadap saya.

Terdapat seseorang di tempat kerja yang menggalakkan perkembangan saya.

Pendapat saya seolah-olah didengari di tempat kerja.

Misi atau tujuan syarikat membuat saya merasa pekerjaan saya penting.

Rakan sekerja saya komited untuk melakukan kerja yang berkualiti.

Saya mempunyai kawan baik di tempat kerja

Enam bulan yang lalu, seseorang telah memaklumkan berkiatan perkembangan saya di tempat
kerja.

Setahun yang lalu, saya mempunyai peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Вам также может понравиться