Вы находитесь на странице: 1из 4

Perakaunan pengurusan strategik memainkan peranan yang sangat penting dalam

menghasilkan maklumat serta analisis yang boleh meningkatkan kedudukan firma dalam
pasaran dan seterusnya mengekalkan kelebihan daya saing. Istilah perakaunan pengurusan
strategik (PPS) mendefinisikan PPS sebagai sistem untuk menyedia dan menganalisis data
perakaunan pengurusan sesebuah syarikat yang dibandingkan dengan pesaing-pesaing dan
seterusnya, data dan analisis berkenaan digunakan untuk membentuk dan memantau strategi
pemiagaan syarikat. Daripada data yang dikumpul berkaitan dengan kos dan harga, volum
jualan dan syer pasaran, aliran tunai dan sumber-sumber yang dimiliki oleh syarikat
berbanding pesaing utamanya, pengurus dapat menilai kedudukan kompetitif syarikat dalam
pasaran.

PPS juga dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan strategi pemiagaan dan boleh
dijadikan sebagai indikator untuk mengetahui strategi pemiagaan yang digunakan oleh
sesebuah firma. Ciri utama dalam konsep PPS adalah sumbangannya kepada pembentukan
lebihan daya saing. Syarikat yang memiliki lebihan daya saing akan mendapat kedudukan
yang lebih baik di pasaran berbanding pesaing. Keberkesanan merupakan perkara penting
dalam teori organisasi kerana ia dapat menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah
organisasi. Keberkesanan organisasi dapat didefinisikan sebagai keupayaan organisasi untuk
mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan, keupayaan organisasi melaksanakan
fungsi sebagai suatu sistem atau keupayaan organisasi untuk memenuhi tanggungjawab
kepada pemegang saham. Walau bagaimanapun keberkesanan organisasi dan prestasi
merupakan konsep yang sarna dan selalu dipakai bertukar ganti. Kajian dalam perakaunan
pengurusan menunjukkan bahawa strategi yang digunakan berkait rapat dengan teknik
perakaunan yang digunakan. Strategi yang berbeza menyebabkan perbezaan dari segi sistem
kawalan perakaunan di antara unit-unit perniagaan strategik.

Menurut Teori Porter, suatu negara memperoleh keunggulan daya saing / competitive
advantage (CA) jika perusahaan (yang ada di negara tersebut) kompetitif. Daya saing suatu
negara ditentukan oleh kemampuan industri melakukan inovasi dan meningkatkan
kemampuannya. Perusahaan memperoleh (CA) karena tekanan dan tentangan. Perusahaan
menerima manfaat dari adanya persaingan di pasaran domestik, pembekal domestik yang
agresif, serta pasaran tempatan yang memiliki permintaan tinggi.
Perbezaaan dalam nilai-nilai nasional, budaya, struktur ekonomi, institusi, dan sejarah
semuanya menyumbang kepada keberhasilan dalam persaingan. Perusahaan menjadi
kompetitif melalui inovasi yang dapat meliputi peningkatan produksi atau kualiti produk.
Didalam teori persaingan, Michael Porter telah memperkenalkan teori beliau iaitu
menganalisis persaingan atau competition analysis. Teori tersebut sangat terkenal dengan
istilah Porter Five Forces Model. Dengan demikian, kita harus mengetahui bahawa ada lima
kekuatan yang menentukan karakteristik suatu industri, iaitu :

1.Ancaman dari produk-produk pengganti (substitute products)


2.Ancaman dari pendatang baru (new entrants)
3.Persaingan yang sengit di antara penjual yang sudah ada (existing players)
4.Kekuatan tawar dari pembekal (bargaining power of suppliers)
5.Kekuatan tawar dari pelanggan, atau pembeli (bargaining power of buyers)

Bidang pengurusan strategik telah mengenalpasti tiga jenis strategi generik sebagai strategi
pada peringkat pemiagaan, iaitu strategi kepimpinan kos, strategi pembezaan keluaran dan
strategi fokus (Porter 1980, 1985). Setiap strategi ini merupakan asas bagi mencapai
kelebihan daya saing yang berkekalan di dalam industri. Syarikat yang memilih strategi
kepimpinan kos mempunyai matlamat untuk mencapai kelebihan daya saing sebagai
pengeluar berkos terendah. Strategi ini memberi tumpuan kepada kawalan kos melalui skala
ekonomi dengan cara mengenakan kawalan yang ketat terhadap kos dan overhed serta
meminimumkan kos dalam bidang pembangunan sumber manusia, perkhidmatan, jualan dan
pengiklanan. Organisasi yang memilih untuk melaksanakan strategi pembezaan keluaran pula
cuba bersaing dengan menghasilkan sesuatu yang berbeza dengan mencipta sesuatu yang
baru dan unik. Pembezaan keluaran dapat dilakukan dengan pelbagai cara seperti melalui
rekabentuk keluaran, imej jenama, teknologi dan perkhidmatan yang istimewa. Untuk
memperoleh manfaat yang optimum daripada strategi pembezaan keluaran, strategi ini mesti
disokong dengan pelaburan di bidang penyelidikan, rekabentuk produk dan perkhidmatan
pemasaran. Strategi fokus pula memberi tumpuan kepada segmen pasaran tertentu, sarna ada
mengikut produk atau pasaran geografik tertentu. Strategi fokus dibentuk berasaskan kepada
pandangan bahawa syarikat akan dapat melayani pasaran sasaran yang sempit dan khusus
dengan lebih cekap dan berkesan berbanding dengan persaingan dalam pasaran sasaran
secara meluas.
Oleh sebab itu, syarikat lebih berupaya mencapai suatu pembezaan keluaran atau mencapai
kos yang terendah dalam pasaran sasaran yang khusus tersebut. Meskipun strategi fokus tidak
mencapai kos terendah daripada sudut pasaran seeara keseluruhan, strategi ini mampu
mencapai salah satu atau kedua-duanya di dalam lingkungan pasaran sasarannya yang lebih
sempit itu.

Model Lima Kuasa Porter

Strategi Lautan Biru (National Blue Ocean, NBOS)

NBOS merujuk kepada National Blue Ocean Strategy atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Blue Ocean
Strategy, yang diilhamkan oleh Profesor W. Chan Kim dan Profesor Renée Mauborgne, membekalkan satu cara
yang kreatif dan sistematik dalam mewujudkan nilai tinggi dengan kos rendah. Strategi Lautan Biru (Blue
Ocean Strategy) merupakan suatu revolusi di dalam strategi perniagaan dan inisiatif global bagi
mengabungkan kreativiti dan inovasi di dalam perancangan perniagaan dan operasi bagi menguasai
pasaran yang tidak terbatas. Strategi yang melihat kesan masa hadapan dengan langkah bergerak
jauh daripada pendekatan tradisi kepada pendekatan enam prinsip yang kearah meningkatkan
produktiviti dan insentif kepada pelanggan. Terdapat enam prinsip Lautan Biru iaitu prinsip membina
semula sempadan sasaran, memberi tumpuan secara menyeluruh, melangkaui permintaan sediada,
mendapatkan strategi yang tepat, mengatasi rintangan organisasi dan membina perancangan dalam
strategi. Empat Strategi Lautan Biru pula adalah strategi mengurang, menghapus, mewujud dan
menambah.
Dengan berkembangnya populariti Strategi Lautan Biru, kesemua syarikat–syarikat kelas
dunia akan meminggirkan kaedah tradisi yang mengambil pendekatan memaksimakan
produktiviti atau merendahkan harga bagi melestarikan perkembangan yang boleh
menguntungkan. Bagi menguasai peluang–peluang perniagaan, mereka perlu menganjak dari
pendekatan peningkatan kemajuan dan mempunyai kejatuhan, melalui melakukan inovasi
dengan utiliti pelanggan, harga dan kos yang menciptakan kesan paksaan kepada segmen
pengguna yang tidak terhad. Strategi- strategi Laut Biru memerlukan fokus perniagaan yang
jelas, bercambah, tanda garis paksaan dan melihat merentasi pelbagai industri/perkhidmatan,
kumpulan strategik didalam industri, rantaian pembeli – pembeli dan fungsi/emosi yang
dipaparkan oleh pembeli-pembeli. Strategi Lautan Biru adalah strategi baru yang meninggalkan
strategi tradisi yang dipanggil strategi Laut Merah mencari ruang pasar yang belum ada persaingan,
biarkan persaingan tidak revelan lagi, keluar dari status quo dan mencipta strategi masa depan yang
gemilang, mencipta konsep baru dengan menukar nilai biaya dan mencipta inovasi dengan kos yang
rendah.

Justeru itu, firma disarankan mengambil kira strategi yang digunakan oleh syarikat sewaktu
merangka sistem PPS kerana sistem PPS yang menyokong strategi yang dipilih boleh
menghasilkan tahap prestasi yang lebih tinggi.

Вам также может понравиться