Вы находитесь на странице: 1из 4

October 22, 2018PetikanZharif0 comment

Wanita perlu mendepani Revolusi Industri 4.0

Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) yang membabitkan teknologi automasi dan
penemuan pelbagai teknologi baharu, bakal merancakkan kemajuan landskap dunia moden.

Pendekatan itu perlu difahami sebagai sebahagian maklum balas lebih luas Malaysia terhadap
kemunculan Industrial Internet of Things (IoT), termasuk dalam industri pembuatan, yang
dikatakan menjadi salah satu termaju dalam IoT.

Di sini, konsep Industri 4.0 dan industri pembuatan berkomputer penuh yang tidak membabitkan
manusia sudah bermula dan dijangka akan mengubah kehidupan dengan ketara.

Di Selangor, walaupun Kerajaan Persekutuan (sebelum ini dipegang Barisan Nasional) tidak
mempunyai rancangan jelas untuk wanita dalam industri itu, namun Dato’ Menteri Besar
Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengakui kepentingan merangka strategi.

Ia bagi wanita menghadapi Fasa Revolusi Perindustrian itu seterusnya. Perubahan itu akan
menyebabkan kesan yang besar terhadap pasaran kerja, menjadikan banyak pekerjaan sedia
ada tidak lagi relevan ketika pekerjaan baru sedang terhasil.

Ini akan berlaku disamping usaha Kerajaan Negeri untuk memajukan industri berasaskan
pengetahuan dan berteknologi tinggi seperti yang digariskan dalam Belanjawan Negeri 2017.

Cabaran wanita hadapi

Di era globalisasi dan Industri 4.0 ini memperlihatkan peranan wanita semakin penting dan tidak
ketinggalan dalam konteks arus pembangunan negara.

Namun, Forum Ekonomi Dunia menganggarkan kehilangan kira-kira 5.1 juta pekerjaan antara
2015 hingga 2020. Ia membabitkan 2.45 juta daripadanya ditanggung oleh wanita.

Bagi menghadapi cabaran ini, sudah tentu ia akan memberi kesan berkembar kepada pasaran
buruh, merombak dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Pekerjaan rutin dalam pentadbiran dan industri pembuatan serta perkhidmatan terutamanya
kerja yang boleh didigitalkan akan melanda.

Semestinya sebahagian besar pekerjaan baru yang diwujudkan akan berada dalam bidang
teknikal dan memerlukan kemahiran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Pertumbuhan pekerjaan yang tinggi dalam bidang STEM kini mempunyai salah satu
kadarpenyertaan wanita paling rendah dan menghadapi kesulitan dalam merekrut wanita.
Bagaimana wanita dan kanak-
kanak perempuan mempunyai kepakaran dalam bidang ini juga sudah tentu mencabar.

Bagaimanapun, di Malaysia wanita kini membentuk 50-60 peratus daripada industri


pengkomputeran di negara ini.

Manakala, menurut laporan graduan STEM wanita di Asia Pasifik memperoleh pekerjaan dalam
tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

Ini bermakna hanya sedikit isu dengan kelayakan mereka merebut peluang pekerjaan yang ada.

Wanita perlu relevan dengan keperluan semasa

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Singapura, Josephine Teo Li Min pernah memaklumkan
Industri 4.0 ini berkemungkinan besar menyaksikan lebih ramai wanita diambil bekerja
memandangkan persaingan dalam pasaran tenaga kerja pada masa depan lebih kepada
keperluan terhadap minda berbanding kekuatan fizikal.

Katanya, ini berdasarkan situasi semasa yang menunjukkan kebanyakan kerja-kerja manual
yang memerlukan tenaga fizikal perlahan-lahan beralih kepada automasi, seiring perkembangan
teknologi.

“Jika kita bersaing dari segi minda dan bukan tenaga fizikal, wanita tidak mempunyai
kekurangan. Sekalipun kemajuan kecerdasan buatan dan robotik akan mempercepatkan proses
automasi di tempat kerja, namun situasi itu tidak begitu menjejaskan peluang pekerjaan,”
katanya.

Sementara itu, usahawan terkenal yang merupakan Pengasas ChristyNg.com, Christy Ng


berkata, wanita perlu merebut peluang dan menjadikan kegagalan sebagai pemangkin kejayaan,
selain mempunyai pasukan pengurusan yang mahir selok-belok perniagaan.

Katanya, secara peribadi beliau berpendapat bekerja dalam pasukan yang mempunyai
gandingan antara lelaki dan wanita boleh membuatkan perniagaan pergi lebih jauh.

“Keperluan ini menjadikan syarikat lebih utuh, berikutan masing-masing mempunyai kekuatan
dalam mewujudkan persaingan kerana semua berusaha melepasi sasaran petunjuk prestasi
utama (KPI).
“Yang penting pastikan diri sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan manfaatkan
sepenuhnya teknologi digital yang semakin berkembang hari ini,” katanya.

Beliau menyarankan, usahawan wanita turut disaran agar segera mengambil peluang dalam
menguasai teknologi digital untuk memajukan perniagaan.

“Dengan menguasai e-dagang, mereka dilihat tidak lagi ketinggalan, malahan mampu bersaing
secara sihat dengan pemain-pemain industri yang lain,” katanya.

Bagaimana Selangor tangani

Institut Wanita Berdaya (IWB) kini sedang merangka dan strategi bagi membolehkan wanita
dapat dimajukan dalam bidang ini menerusi Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan 2017-
2020.

Penasihatnya, Zuraida Kamaruddin berkata, ia termasuk bagaimana bilangan wanita dalam


pengajian komputer boleh diterjemahkan dalam bidang yang sama.

“Pada masa sama,


kerajaan juga perlu memikirkan kaedah untuk memastikan wanita dan kanak-kanak perempuan
menceburi bidang STEM dengan mengintegrasikan pelajar perempuan ke mata pelajaran STEM.

“Juga melengkapkan mereka dengan set kemahiran yang lebih luas supaya dapat memajukan
pemikiran kritikal, kebolehan menyelesaikan masalah kompleks dan kreatif,” katanya.

Zuraida berkata langkah pertama yang boleh dilakukan adalah mengadakan rundingan di
seluruh negeri dengan semua pihak berkepentingan.

Katanya, langkah itu perlu dilengkapkan dengan kajian yang menyeluruh.

“Ia bertujuan mengetahui bagaimana Kerajaan Negeri boleh memberi sokongan kepada mereka
yang terbabit sama ada sebagai pekerja, bos, pengamal, pembuat keputusan atau konsumer,”
katanya.

Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan 2017-2020 itu juga mahu menggalakkan pelajar
muda mewujudkan program mentor mentee.
Manakala, yang sedia ada dalam bidang STEM, perlu mempunyai peluang mencukupi untuk
terus membina dan memperolehi kemahiran baru serta menerima galakan supaya terus berada
dalam bidang itu.

Вам также может понравиться