Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-
terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan
Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah
Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun
sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6
sebatan.
Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan
pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-
penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di
Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan di kenakan hukuman penjara dari 5
hingga 7 tahundan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka didapati menagih
sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara 7 hingga 13 tahun dan sebatan
sebanyak 3 hingga 6 sebatan.