Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
Nospan
Nospan biasanya popular di kalangan pelajar sekolah kerana harganya murah (50 Sen
Sebiji). Biasanya ia ditelan 10-20 biji sekaligus & akan semakin bertambah di kemudian
hari untuk memberikan kesan khayal yg sama – SUMBER
Nospan (Dextromethorphan) adalah tablet ubat batuk yang digunakan untuk melegakan
hidung berair, bersin, gatal hidung, Sinusitis, allergies dan gatal tekak . Pengambilan yang
berlebihan boleh mengubah deria persepsi atau keadaan sedar seseorang. Dadah ini akan
mengubah kualiti subjektif persepsi, fikiran dan emosi dengan membatalkan penghantaran
Neutroksin Ensifalus.
Pil ini dikatakan mampu membawa igauan seks ketika bermimpi selain merangsang remaja
membunuh diri
Kesan dari penyalahgunaan ubat ini adalah seperti kepusingan, hilang selera makan, mulut
kering, sakit dada, denyutan kuat, ruam kulit, tekanan darah tinggi dan halusinasi. Ketagihan
pil terbabit dianggap berbahaya apabila ia bukan saja menyebabkan kerosakan saraf otak,
malah boleh menyebabkan mangsa sakit mental dan kurang siuman kekal.