Вы находитесь на странице: 1из 8

Kepesatan Bidang Teknologi Telah Menyebabkan

Berlaku Perkembangan dan Pembangunan


Industri Media di dalam dan di Luar Negara.
May 18, 2018
1.0 PENGENALAN

Kini, umum mengetahui bahawa dunia dilengkapi dengan kecanggihan


teknologi. Teknologi ini terbentuk hasil daripada pemikiran, kepakaran dan usaha
pencipta sesebuah teknologi tersebut. Tidak dinafikan bahawa teknologi telah
memberi banyak kebaikan atau manfaat kepada manusia sejagat dalam pelbagai
urusan. Justeru itu, teknologi berfungsi untuk memudahkan urusan manusia dalam
apa jua pekerjaan atau urusan. Di samping itu, teknologi juga memberi impak negatif
kepada manusia jika tidak digunakan dengan betul. Sebagai contoh, mesin fotostat
merupakan salah satu teknologi yang dicipta bagi memudahkan urusan manusia.
Kecanggihan atau kepesatan teknologi adalah selari dengan Revolusi Industri 4.0.
Revolusi 4.0 adalah kesinambungan versi ketiga dalam peningkatan automasi
beserta rangkaian Internet dan proses-proses fizikal lain dan muncul pula satu
sistem yang berbentuk siber-fizikal. Industri 4.0 berkisarkan mengenai penemuan
pelbagai teknologi baharu yang antara lain menggunakan automasi, analisis dan
data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotic serta Internet of Thing (IOT)
dan perkara yang seumpama dengannya. Hal ini telah memberikan cabaran baru
kepada semua sektor di negara yang memerlukan perubahan seiring dengan
transformasi digital dalam usaha untuk kekal berdaya saing sekaligus merancakkan
lagi kemajuan landskap dunia moden. Trend revolusi keempat bermula daripada
negara-negara perindustrian yang maju dan juga berteknologi tinggi seperti Jerman
dan Amerika Syarikat yang kini berkembang seperti negara China, Korea Selatan
dan juga Singapura. Revolusi perindustrian keempat atau Revolusi Industri 4.0 ini
berlaku melalui tiga ciri utama iaitu velocity atau kelajuan, breadth and depth atau
keluasan dan kedalaman serta systems impact atau impak menyeluruh. Hal ini
menyebabkan dunia pada masa hadapan akan dipenuhi dengan fenomena-
fenomena baharu seperti autonomous car, quantum computing dan juga artificial
intelligence. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, kepesatan dan
pembangunan teknologi yang telah dihasilkan oleh pakar-pakar teknologi sama ada
dari dalam mahupun dari luar negara telah menjadi penyumbang utama seiring
dengan Revolusi 4.0 yang menggunakan kecanggihan teknologi untuk mengambil
alih dalam semua sektor bagi menggantikan tenaga kerja manusia.

2.0 FAKTA-FAKTA / TEORI/ HUJAH/ IDEA

Istilah Revolusi Industri ini sebenarnya telah diwujudkan oleh seorang ahli
sejarah terkenal iaitu Arnold Toynbee (1889-1975). Beliau menganggap ia adalah
satu fenomena yang dianggap lazim dalam masyarakat moden. Apalagi jika dilihat
masyarakat industri menjadi contoh kepada kejayaan pada hari ini.
Revolusi 4.0 ini sebenarnya merupakan perkembangan ilmu
pengetahuan dan teknologi yang mengubah manusia untuk bergantung kepada
teknologi media sejajar dengan globalisasi pada masa kini. Hal ini demikian kerana
menurut Francisco Marmolejo, revolusi ini menandakan kemunculan sistem fizikal
siber yang melibatkan keupayaan baharu sepenuhnya bagi manusia, mesin dan
kaedah baharu dalam teknologi. Dengan erti kata lain, revolusi 4.0 dilihat sebagai
keupayaan teknolgi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung. Menurut
Menteri Komunikasi dan Multidmedia Datuk Seri Salleh Said Keruak pula berkata,
revolusi 4.0 itu menyaksikan Internet of Things (IoT) dalam hampir semua aspek
kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang lebih
tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap dan sebagainya. Katanya juga
Revolusi Industri 4.0 ini juga hebat kerana ia menggantikan banyak kerja dalam
revolusi pertama, kedua dan ketiga dalam proses automasi hasil bantuan perisian.
Beliau juga berkata bahawa industri ini hebat kerana ia meningkatkan
kecekapan pengurusandan sistem penyampaian kerana semua urusan dijalankan
secara digital. Tambahan juga, Menteri Perindustrian AirLangga Hartarto daripada
Indonesia juga berkata Revolusi Industri 4.0 ini sebenarnya telah mengintergrasikan
dunia kepada dunia tanpa sempadan seiring dengan perkembangan teknologi dan
media pada masa kini. Ia juga melihat kepada internet yang membawa kepada
kepentingan yang utama dalam kehidupan manusia pada masa kini. Airlangga
menekankan juga bahawa teknologi pada masa kini membawa kepada penciptaan
robot yang akan membantu memudahkan manusia untuk melakukan sebarang
pekerjaan dan hal ini tentunya akan menyebabkan penggunaan tenaga kerja
semakin berkurangan kerana kebergantungan kita kepada perkembangan teknologi
media pada masa kini.
Bertitik tolak daripada itu juga, akhbar Sinar Harian juga menyatakan bahawa
Revolusi Industri 4.0 diisi dengan teknologi maklumat yang berasaskan kuasa
komputer bagi menolong aktiviti ekonomi yang menghasilkan barang dan
perkhidmatan dengan kos yang lebih murah disebabkan kesan automasi dalam
revolusi ini. Komputer dan internet menjadi tema utama dalam menjadi tonggak
kepada perkembangan jaringan perhubungan telefon, fiber optik, dan juga teknolgi
tanpa wayar. Selain itu juga, menurut Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak iaitu
Pengerusi Lembaga Universiti Islam Malaysia mengatakan bahawa dalam nilai
kemanusiaan, Revolusi Industri 4.0 mampu menjadikan manusia ternyah daripada
kebangkitan konsep transhumanisme. Konsep ini menjurus kepada kecenderungan
manusia bertindak sebagai mesin atau lebih tepat lagi berfungsi seakan-akan
peralatan tidak bernyawa bercirikan kepantasan, kecekapan, kecerdasan, tanpa-
henti dan sebagainya daripada Revolusi Industri 3.0. Tambahan, dengan wujudnya
Revolusi Industri 4.0, ia menjadi wadah yang menyaksikan bahawa penglibatan
manusia dalam pekerjaan akan semakin mengecil dan mungkin akan pupus kerana
rata-rata dunia sekarang telah dirangkumi dengan dunia robot.

3.0 ANALISIS KRITIKAL

Sejarah Revolusi Industri bermula pada tahun 1760-1830 iaitu Revolusi


Industri 1.0 dimana kuasa wap digunakan di dalam kilang. Ia bergantung kepada
penggunaan wap ataupun air yang berupaya untuk menggerakkan jentera dan kerja-
kerja yang tidak mampu dilakukan oleh kudrat manusia. Dengan itu
terciptalah steam engine dan memberi perubahan besar kepada sistem
pengangkutan sekaligus meningkatkan aktiviti perindustrian pada masa itu. Revolusi
Industri 2.0 wujud pada sekitar tahun 1870-1914 dan lebih menekankan penggunaan
kuasa elektrik. Perkembangan ini jelas membawa satu lonjakan status hidup
masyarakat melalui pengilangan secara besar-besaran sepertimana yang wujud
sehingga ke hari ini. Revolusi Industri 3.0 pula wujud pada tahun 2000 apabila
industry menggunakan komputer dan teknologi maklumat. Di peringkat akhir
revolusi ini, timbul teknologi automasi, iaitu satu keupayaan teknologi dan tidak
melibatkan manusia secara langsung. Mesin dan jentera boleh bergerak serta
bekerja dengan sendiri apabila disambung kepada program komputer tertentu bagi
melakukan sesuatu proses terancang.
Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) bermula pada tahun 2016 yang
merupakan kesinambungan industri ketiga dalam peningkatan automasi beserta
rangkaian internet. Industri ini berkaitan penemuan pelbagai teknologi baharu yang
antara lainnya menggunakan automasi, integrasi sistem, analisis dan big
data, Internet of Things (IoT), simulasi, cloud serta penggunaan robotik. Industri ini
melibatkan teknologi automasi yang memberi cabaran baharu kepada semua sektor
di negara ini dimana memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan
transformasi digital untuk kekal berdaya saing dan merancakkan kemajuan landskap
dunia moden. Ini menandakan kemunculan sistem fizikal siber melibatkan
keupayaan baharu sepenuhnya bagi manusia, mesin dan kaedah baharu teknologi.
Analisis telah menunjukkan bahawa Revolusi Industri 4.0 memberi ruang yang besar
kepada media untuk berkembang dan membangun. Seiring dengan kepesatan
pembangunan dunia pada abad ini, teknologi sudah pastinya memberi impak yang
positif kepada manusia melalui fungsi penggunaanya.
Kita lihat bagaimana kuasa perisian berfungsi seperti Uber yang merupakan
sebuah syarikat yang tidak memiliki teksi secara tradisional seperti di Malaysia atau
di negara lain sebaliknya membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat
untuk menjadi pemandu. Orang ramai memanfaatkan telefon pintar untuk
menempah teksi. Dalam industry media itu sendiri, wartawan perlu berkemampuan
untuk ‘unlearn’ dan ‘relearn’ iaitu konsep yang merujuk pemberita, wartawan dan
editor kini perlu sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka serta tidak lagi
boleh berada pada zon yang selesa. Misalnya, selama ini pemberita hanya
melaporkan berita berkenaan yang memerlukan kemahiran menulis tetapi dalam
zaman revolusi keempat ini, kemahiran itu perlulah diperluaskan kepada penulisan
multimedia, termasuk kemahiran menyunting dan melakukan suara latar. Ini juga
terbukti apabila syarikat media Malaysia terpaksa menggunakan saluran media
sosial bagi menyalurkan berita dan wartawan atau editor yang melaksanakan
tugasan berkenaan perlu mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang.

Pada zaman ini persaingan media bukan lagi sesama sendiri malah mereka
kini terpaksa bersaing dengan estet kelima atau media sosial yang dapat menarik
perhatian pembaca. Dengan kemampuan Facebook contohnya dalam melakukan
lintas langsung seperti mana keupayaan sebuah stesen televisyen melakukanya.
Instagram dan Twitter pula dapat menyalurkan berita terkini kepada pengguna. Kini
kita sedang menyaksikan Facebook digunakan pihak pembangkang untuk
menyiarkan berita mereka menerusi media sosial. Kita melihat kemunculan portal
berita seperti Roti Kaya yang merupakan portal hiburan dan Siakap Keli, portal bagi
ehwal semasa, yang mana operasi berita itu dilaksanakan oleh seorang atau dua
individu namun impaknya sangat besar kepada pengguna. Namun masih ada satu
perkara yang tidak berubah iaitu kredibiliti maklumat yang disiarkan. Ia adalah nilai
unggul yang tidak berubah kerana kepercayaan pembaca atau penonton akan
bergantung kepada kredibiliti maklumat yang disiarkan.

4.0 CONTOH-CONTOH

Kepesatan bidang teknologi telah menyebabkan berlakunya perkembangan


dan pembangunan industri media di dalam negara dan juga di luar negara. Hal ini
berlaku disebabkan oleh media teknologi yang semakin canggih dan hebat di zaman
ini berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini yang tidak mempunyai sebarang
teknologi yang canggih. Negara kita juga semakin berkembang dengan jayanya
apabila industri media yang semakin moden. Sebagai contoh yang kita lihat di dada-
dada akhbar sering ditonjolkan mengenai perkembangan dan pembangunan
Malaysia di taraf antarabangsa dan boleh menyamai dengan negara lain dengan
adanya teknologi media. Perkembangan memberi impak positif kepada
penduduknya dan juga dalam negara tersebut. Sebagai contoh, negara kita sedang
menuju kepada Revolusi Industri 4.0 apabila menekankan tentang teknologi alam
maya yang tidak memerlukan kita menggunakan tenaga manusia lagi. Hal ini
demikian dapat memberi kesan positif mahupun negatif kepada aspek kehidupan.
Selain itu, dengan berkembangnya industri media di dalam negara akan
membuatkan negara kita akan lebih dikenali apabila munculnya strategi dan
pelaburan organisasi dalam simulasi dan realiti maya, integrasi sistem, industri
Internet of Things (IoT), keselamatan siber, pengkomputeran awan, rantaian
bekalan, analisis data raya dan robot automasi, bakal membawa organisasi ke tahap
berbeza dalam persaingan perniagaan pada masa depan. Hal ini akan
menyebabkan dunia perniagaan semakin berkembang pesat dan maju dengan
adanya Revolusi Industri 4.0 . Contohnya seperti pendekatan perniagaan atas talian
yang popular pada era 20-an ini apabila menjual sesuatu barang menggunakan
aplikasi mudah alih sahaja seperti Lazada, Shopee, Zalora dan lain-lain. Hal ini
dapat memudahkan orang ramai untuk membeli sesuatu barang dan memudahkan
peniaga untuk menjual barang mereka dengan menggunakan aplikasi tersebut di
dalam telefon bimbit mereka. Ia juga dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga
apabila hanya membeli barang di dalam aplikasi telefon sahaja.
Seterusnya, dengan adanya industri media di dalam negara ini ia mampu
meningkatkan kecekapan pengurusan dan sistem penyampaian kerana semua
urusan dijalankan secara digital dan secara atas talian sahaja. Ia dapat menjimatkan
masa seseorang untuk membaca surat khabar lagi apabila munculnya Revolusi
Industri 4.0 yang akan membawa perubahan besar antaranya kepada media
tradisional apabila manusia hanya menggunakan telefon pintar dan komputer sahaja
untuk membaca berita dan mereka tidak memilih untuk membeli surat khabar dan
membaca dalam surat khabar. Hal ini demikian kerana negara kita yang sudah
berkembang pesat dan moden sejajar dengan Revolusi Industri 4.0.
Akhir sekali, dengan adanya teknologi media maka wujudnya rangkaian
multimedia seperti Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) yang dilaksanakan di
seluruh dunia bagi memberi pengiktirafan taraf hidup kepada masyarakat dan
mempunyai pelbagai peluang untuk turut memainkan peranan utama dalam
memajukan ekonomi digital di seluruh dunia. Sebagai contoh, beberapa aplikasi
yang telah diwujudkan iaitu termasuk pembangunan aplikasi e-niaga, Kad Pelbagai
Guna Kerajaan dan sebagainya. Aplikasi MSC tersebut yang menggunakan sistem
berasaskan komputer yang komprehensif menyediakan persekitaran multimedia
untuk mewujudkan peluang perniagaan yang inovatif. Hal ini masyarakat Malaysia
perlulah memanfaatkan perkembangan revolusi ini alam mengatur ekonomi,
perindustrian, perdagangan dan lain-lain.

5.0 KESIMPULAN

Rumusannya, dapat disimpulkan bahawa kewujudan bidang teknologi


sememangnya dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat dari segi pendidikan,
ekonomi, perubatan dan sebagainya. Dengan adanya bidang teknologi ianya akan
memberi impak positif dari segi meningkatkan kualiti hidup, menjalin dan
mengeratkan hubungan antara manusia, melindungi manusia serta memajukan
pendidikan. Manusia juga hendaklah berperanan berusaha untuk memajukan
teknologi agar taraf hidup masyarakat dapat berkembang maju seiring dengan
Revolusi Industri 4.0.
Selain itu, perkembangan bidang teknologi seperti teknologi maklumat
menjadikan perhubungan antara manusia akan lebih mudah dicapai dan cepat.
Penggunaan teknologi membolehkan pelbagai maklumat dan informasi dalam
bentuk digital dan boleh disalurkan kepada media massa dengan cepat. Sebagai
contoh, ciptaan satelit serta alat teknologi seperti telefon bimbit, internet dan
sebagainya untuk tujuan hiburan dan perhubungan telah berjaya membatasi had
masa dan tempat, sekaligus dapat menjimatkan masa, tenaga, dan kos
penggunaannya secara berlipat ganda. Hal ini dapat meningkatkan perkembangan
dan pembangunan industri media di dalam negara mahupun luar negara sejajar
dengan Revolusi Industri 4.0.
Akhir sekali, dengan adanya bidang teknologi ini akan menyebabkan negara kita
akan lebih dikenali di peringkat antarabangsa. Kepesatan bidang teknologi adalah
nadi pembangunan masyarakat di dalam negara mahupun luar negara untuk
mempertingkatkan taraf hidup yang lebih sempurna. Perkembangan teknologi yang
canggih dapat mengubah cara hidup manusia dan membantu negara untuk
meningkatkan taraf hidup yang lebih berkualiti sejajar dengan Revolusi Industri 4.0.

Вам также может понравиться