Вы находитесь на странице: 1из 1

14/06/2019

Refleksi

Pada hari keempat, kami tiba pada jam 7. 15 pagi dan saya bersiap sedia untuk
memasuki kelas pertama saya pada hari tersebut. Saya memasuki kelas Sejarah
tahun 5B . Saya dapat menyesuaikan suasana pengajaran di sekolah yang baru
pada pagi tersebut. Saya telah melakukan sesi perkenalan diri dengan murid-murid
dan memberi latihan kepada mereka berkaitan topiknya. Murid-murid juga
melibatkan diri secara aktif dalam sesi tersebut. Selepas tamat kelas, saya bersama
rakan telah berjumpa dengan guru pembimbing Sejarah kami iaitu En Shanmuga
Segar di bilik guru. Beliau telah memberi maklumat-maklumat tambahan bagi
matapelajaran tersebut kepada kami. Ia amat bermanfaat kepada kami dalam
urusan persekolahan. Selepas itu, saya dan rakan saya telah pulang ke rumah pada
pukul 12.30 tengah hari.

Вам также может понравиться