Вы находитесь на странице: 1из 34

Sosiologi dan

Pembelajaran

1
Pengertian Sosiologi
• Istilah sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte
(1798 – 1857) dalam bukunya Positive Philosophy (1842).

• Istilah ini berasal daripada perkataan latin “sosio”


bermaksud “berkongsi”.

• Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani


dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai
masyarakat”.

2
...sambungan

…Pengertian Sosiologi
• Kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi
(Vander Zanden 1996).

• Kajian saintifik mengenai masyarakat dari pelbagai


perspektif seperti fungsi masyarakat, bentuk organisasi,
dll (Jary & Jary 1995).

• Kajian mengenai kehidupan sosial manusia, kumpulan-


kumpulan dan masyarakat (Giddens 1993).

• Bidang sosiologi memfokuskan kepada fenomena sosial


hubungan dan interaksi manusia (Waters 1994).

3
...sambungan

Pengertian Sosiologi
• Tisher, Whitten dan Hunter (1983) menjelaskan sosiologi
ialah:

“Sosiology is the scientific study of human society and


social interactions. The main focus of sociology is the
group, not the individual.”

4
...sambungan

Jadi apakah yang


dimaksudkan dengan
sosiologi?

5
...sambungan

Kesimpulan
• Sosiologi merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik
mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam
masyarakat daripada pelbagai sudut.

6
...sambungan

Pengertian Sosiologi
• Sistematik dan saintifik = kelogikannya, bukti, akal, kajian
terbaru, pemerhatian, guna generalisasi, merekod, ada
kebenaran, bersistematik, analisis, bersifat objektif (tiada
dipengaruhi kepercayaan atau nilai) dan soal selidik.

• Masyarakat = kumpulan manusia yang saling berhubung


yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai
fenomena sosial

• Sudut = meliputi kepelbagaian budaya, stratifikasi,


populasi, politik dan sebagainya)

7
...sambungan

Pengertian Sosiologi
• Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur
asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-
tekanan utama yang melemahkan mereka dan
mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan
sosial mereka

8
Perspektif Sosiologi
• Disiplin sosiologi mempunyai perspektifnya yang
tersendiri tentang masyarakat dan tingkah laku sosial

• Tumpuan perspektif sosiologi adalah pada tingkah laku


masyarakat, memahami corak interaksi dan proses
kelompok.

9
...sambungan

Perspektif Sosiologi

MIKRO
Mikro sosiologi bersifat
MAKRO
kecil dan individu Makro sosiologi bersifat besar,
bercorak organisasi, dan
kompleks seperti peperangan
dan pengangguran

10
...sambungan

Perspektif Sosiologi

MIKRO MAKRO

• Masalah penagihan • Masalah kecurian dalam


dadah adalah masalah masyarakat yang
individu berpunca dari penagih
dadah

CONTOH MENGIKUT PERSPEKTIF SOSIOLOGI

11
...sambungan

Perspektif Sosiologi

• Berikan contoh yang dapat membezakan antara


perspektif sosiologi secara mikro dan makro.

12
...sambungan

Tokoh-Tokoh Sosiologi

1. Lahir di Tunisia
2. Kajian masyarakat menurut beliau merupakan bidang sains
yang berdiri sendiri dan memiliki objeknya iaitu peradaban
sosial dan peradaban manusia
3. Mengkaji perkaitan antara institusi sosial seperti politik dan
ekonomi serta meneliti hubungan antara institusi sosial
berkenaan
4. Membezakan antara masyarakat primitif dan moden, desa dan
kota, dll
5. Penyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirikal dalam
mencari punca-punca fenomena sosial

Ibnu Khaldun (1332-1406)


13
...sambungan

Tokoh-Tokoh Sosiologi

1. Mengasaskan ilmu Sosiologi (Barat)


2. Sosiologi ilmu sains paling signifikan dan kompleks berbanding
dengan sains lain
3. Memperkenalkan hierarki sains dengan bidang sosiologi
berada pada kedudukan teratas (ratu)
4. Penyelidikan masyarakat perlu dilakukan secara saintifik dan
sistematik
5. Membahagikan pengkajian masyarakat kepada Statik Sosial
(hubungan dengan peraturan dan stabiliti) dan Dinamik Sosial
(menekankan perkembangan pembahagian tugas dalam
masyarakat moden)

Auguste Comte (1798-1857)

14
...sambungan

Tokoh-Tokoh Sosiologi

1. Merupakan ahli falsafah, ekonomi, dan revolusi yang berasal


dari Jerman
2. Menganalisis hubungan masyarakat dengan sistem kapitalis
dan mencipta teori melalui penelitian terhadap proses
perubahan sejarah
3. Perubahan sosial bukanlah dipengaruhi oleh nilai atau idea,
tetapi dipengaruhi oleh ekonomi
4. Mengkritik sistem kapitalisme – pihak berkemampuan
(borjuis) mendominasi ekonomi sementara pekerja
(proletariat) terpaksa bekerja dengan borjuis
5. Pengasas teori konflik

Karl Marx (1818-1883)

15
...sambungan

Tokoh-Tokoh Sosiologi
1. Berasal dari Perancis
2. Sosiologi hanya boleh dianggap sebagai sains sekiranya
pengkaji menfokuskan kajian kepada fakta sosial
3. Fakta sosial perlu dikaji seperti mana mengkaji benda
(kehidupan sosial dapat dikaji seperti objek nyata)
4. Dua jenis fakta sosial iaitu fakta sosial material (peraturan dan
birokrasi) dan fakta sosial bukan material (budaya dan institusi
sosial)
5. Dalam masyarakat moden pembahagian tugas akan
mengambil alih tugas agama sebagai asas ikatan sosial
6. Anomie (perasaan hilang arah disebabkan keadaan sosial
tertentu) menyebabkan masyarakat moden memerlukan
moral
Emile Durkheim (1858-1917)

16
...sambungan

Tokoh-Tokoh Sosiologi
Max Weber (1864-1920)
1. Strafikasi bukan disebabkan oleh ekonomi sahaja tetapi adalah
multidimensi: ekonomi, status dan kuasa
2. Menganggap agama penting sebagai agen perubahan
3. Dunia moden berkembang berasaskan kepada rasionalisasi
(lebih rasional)
4. Konsep ideal type = konsep yang menggambarkan ciri utama
sesuatu perkara atau fenomena
5. Idea dan nilai (selain faktor ekonomi) memberi kesan kepada
perubahan sosial
6. Kajian sosial: manusia perlu ambil kira tentang peri laku (tidak
sama seperti mengkaji sains fizikal)

17
...sambungan

Tokoh-Tokoh Sosiologi
GEORGE HERBERT MEAD (1863-1931)
1. Konsep simbol dan bahasa penting kepada kehidupan sosial
manusia
2. Interaksionisme simbolik: simbol yang mempunyai makna
3. Simbol: perkataan, objek, perlakuan, bahasa
4. Konsep: kendiri, masyarakat dan minda
5. Kendiri: definisi siapakah kita/untuk mengenali diri sendiri
6. Pemikiran: penghayatan dalam kendiri individu terhadap
isyarat
7. Kendiri ialah proses mental dan tidak dapat dipisahkan dengan
minda
8. Berfikir adalah sama seperti bercakap dengan orang lain

18
...sambungan

Teori Utama Sosiologi

Teori Interaksionisme
Simbolik

Teori
utama
sosiologi

Teori
Teori Konflik
Fungsionalisme

19
Teori Fungsionalisme
• Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857)

• Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang


menyumbang kepada pengekalan masyarakat.

• Masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai bahagian


dengan fungsi tersendiri

• Teori ini melihat struktur dan fungsi dalam masyarakat seperti dalam
disiplin sains tulen

• Masyarakat diumpamakan seperti organisma yang mempunyai bahagian


dikenali struktur

• Struktur sosial akan menentukan kelancaran dan keharmonian masyarakat


20
...sambungan

Teori Fungsionalisme
• Tiga andaian ahli fungsionalisme (Brinkerhoff & White, 1989):
– Stabiliti = kriteria penilaian untuk menentukan sejauh mana sesebuah
masyarakat dapat dikekalkan
– Harmoni = Bagaimana semua struktur masyarakat bekerjasama mencapai
tujuannya
– Evolusi = perubahan dalam masyarakat melalui proses adaptasi struktur
sosial kepada pembaharuan
• Teori ini menekankan persefahaman ahli masyarakat untuk mencapai
keharmonian dan kestabilan (Teori Konsensus)

21
Teori Konflik
• Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883)

• Menganalisis konflik-konflik yang berlaku dalam


masyarakat

• Berlaku konflik dalam struktur masyarakat

• Mengkritik kapitalisme

• Menimbulkan persoalan mengenai sama ada


struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi,
pendidikan, politik, sosial dan agama membawa
kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya

22
Teori Interaksionisme
Simbolik
• Dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931)

• Teori mengkaji bagaimana individu


menginterpretasi dan bertindak menurut
kemahuan masing-masing dalam masyarakat

• Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat


secara subjektif

• Melihat bagaimana makna yang simbolik


digunakan dalam interaksi manusia

• Kepentingan memahami simbolik mengikut


konteks penggunaannya

23
...sambungan
Teori Interaksionisme
Simbolik
• Makna yang simbolik (perkataan, perlakuan, objek,
bahasa) berguna semasa interaksi menyebabkan
hubungan bertambah mesra

• Makna adalah sesuatu yang dirundingkan

• Interaksi sosial amat penting dalam


menghubungkan manusia dengan dunia luar

• Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk


kumpulan masyarakat

24
Pendidikan
• Syed Muhammad Qutb- pendidikan ialah suatu proses
membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.
Tujuan utama pendidikan ialah untuk
memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan
rohani manusia ke arah kesempurnaan.

• John Dewey – pendidikan ialah suatu proses


perkembangan individu. Pendidikan merupakan usaha
mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi
pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya
dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat
lagi.

25
Pendidikan
• Pendidikan = proses transmisi secara formal dan tidak formal
pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang berlaku antara satu
generasi ke satu generasi yang lain atau dalam generasi yang
sama (Amir Hasan 2006)

• Pendidikan dapat dilihat sebagai satu „proses‟ dan sebagai


suatu „produk‟ (hasil).

• Pendidikan sebagai suatu proses, bererti bagaimana


seseorang itu diasuh dan diajar dan pendidikan sebagai suatu
produk adalah kesanberlaku pembelajaran, iaitu pertambahan
pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara berfikir
seseorang.

26
Pendidikan
• Kajian tentang proses dan hasil pendidikan adalah
melibatkan berbagai-bagai disiplin ilmu.

• Setiap disiplin ilmu memberi tafsiran pendidikan


mengikut perspektifnya.

• Berikut ialah contoh tafsiran pendidikan dari perspektif


sosiologi, ekonomi, sains politik dan psikologi,

27
Pendidikan

1. Pendidikan dilihat sebagai satu proses sosialisasi, iaitu bagaimana


ahli masyarakat, terutama generasi muda, diajar dan diasuh
secara formal atau tidak formal untuk menerima pengetahuan,
kemahiran, norma dan nilai sosial, kedudukan dan peranan
masing –masing dalam konteks sesuatu masyarakat itu.

2. Pendidikan juga dilihat sebagai proses ‘pemilihan’ (selection) yang


menentukan kedudukan atau status seseorang dalam susun lapis
sosio-ekonomi masyarakat itu: lebih tinggi pendidikan seseorang
lebih tinggi statusnya dalam masyarakat.

PERSPEKTIF SOSIOLOGI

28
Pendidikan
1. Pendidikan sebagai proses pembudayaan (enculturation) di mana
ahli sesuatu masyarakat mempelajari dan menerima
kepercayaan, nilai-nilai, norma, cara bertindak yang dianggap
sesuai dalam masyarakat itu.

2. Seseorang yang berbudaya ialah seseorang yang menghayati dan


mengamalkan nilai dan tingkah laku yang ‘baik’ dalam
masyarakat itu.

3. Dari perspektif ini, proses dan hasil pendidikan oleh sesebuah


masyarakat yang percaya dan memberi tumpuan kepada
pendidikan sains dan teknologi adalah berbeza dengan
masyarakat yang mementingkan pendidikan agama dan tatasusila

PERSPEKTIF ANTROPOLOGI

29
Pendidikan
1. Pendidikan sebagai satu ‘pelaburan’ (investment), atau sebagai
satu ‘consumption’.

2. Pelaburan dalam pendidikan bererti membelanjakan wang, masa


dan tenaga untuk mendapat pendidikan dan latihan. Ilmu dan
kecekapan yang diperoleh dijangka akan membawa pulangan
menguntungkan pada masa hadapan, melalui pekerjaan yang
lebih baik, produktiviti dan pendapatan yang lebih tinggi.

3. Pendidikan sebagai ‘consumption’ pula menganggap proses dan


hasil mencari ilmu pengetahuan itu hanyalah untuk kepuasan
rasa ingin tahu atau riadah saja.

PERSPEKTIF EKONOMI

30
Pendidikan
1. Pendidikan sebagai proses bagaimana sesebuah negara itu
mendidik dan membina warga negaranya supaya mempunyai
sikap dan nilai patriotisme, mengetahui tentang hak dan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara.

2. Kita boleh melihat pendidikan di negara Jepun berjaya


melahirkan rakyatnya yang bangga dengan negara Jepun, begitu
juga Amerika Syarikat, Indonesia, Britain dan Singapura.

3. Negara kita Malaysia juga mendidik generasi muda supaya


memahami aspirasi negara kita misalnya memahami Rukun
Negara, tata susila dan undang-undang negara kita.

PERSPEKTIF SAINS POLITIK

31
Pendidikan
1. Asas bidang psikologi melihat pendidikan sebagai proses
membantu pembelajaran seseorang murid untuk
memperkembangkan potensinya dan membentuk sahsiahnya.

2. Ada berbagai teori pembelajaran dan pengajaran untuk


menerangkan bagaimana seseorang itu belajar dan boleh dididik.

3. Setiap individu mempunyai bakat dan gaya pembelajarannya


yang tersendiri.

4. Dengan itu proses pendidikan ialah proses memupuk


perkembangan potensi, bakat dan sahsiah murid-murid.

PERSPEKTIF PSIKOLOGI PENDIDIKAN

32
Sosiologi dan Pendidikan
• Sosiologi melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah
sangat meluas

• Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan


pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial

• Justeru, pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana


mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi
masyarakat

33
Sosiologi dan Pendidikan
• Masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi

• Oleh itu pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara


yang sangat berkaitan antara satu dengan lain

• Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia


pendidikan (termasuk sekolah) perlu dianalisis dalam
perspektif sosiologi

34

Вам также может понравиться