Вы находитесь на странице: 1из 43

Siri Latihan Pembangunan Staf

KOMUNIKASI BERKESAN

Amir Aris
Ahmad Rozelan Yunus

1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.O PENGENALAN 1
1.1 Definisi 2
1.2 Ciri-Ciri Komunikasi Yang Berkesan 3
1.2.1 Ciri Kefahaman 3
1.2.2 Ciri Keseronokan 4
1.2.3 Menjaga Kepercayaan Sasaran 4
1.2.4 Wujudnya Tindakan Susulan 5
1.3 Fungsi Komunikasi 6
1.3.1 Penyebaran Informasi dan Amaran 7
1.3.2 Menjalinkan Hubungan Dengan Masyarakat 7
1.3.3 Transmisi Budaya Masyarakat 8
1.3.4 Hiburan 8

2.0 CIRI-CIRI KOMUNIKATOR YANG BAIK, EFEKTIF DAN EFISIEN 9

3.0 CIRI-CIRI UNTUK MENJADI PENDENGAR YANG BERKESAN 10


3.1 Berhenti Dari Bercakap 10
3.2 Berikan Keselesaan Kepada Orang Yang Bercakap 11
3.3 Tunjukkan Minat Pendengar Untuk Mendengar 11
3.4 Elakkan Dari Gangguan (Luaran/Dalaman) 11
3.5 Bersimpati Dengan Yang Bercakap 11
3.6 Sabar 12
3.7 Simpan Kemarahan Pendengar 12
3.8Tanya Soalan 12

4.0 KOMUNIKASI DARI SUDUT ISLAM 12


4.1 Prinsip-prinsip komunikasi dalam Islam 13

5.0 PROSES KOMUNIKASI 18


5.1 Pengantar Dan Penerima 19
5.2 Enkod (Encode) 19
5.3 Mesej (Message) 20
5.4 Saluran (Channel) 20
5.5 Dekod (Decode) 20
5.6 Timbal Balas (Feedback) 21

2
5.7 Kontek (Context) 21
5.8 Gangguan (Noise) 21

6.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN KEBERKESANAN


KOMUNIKASI 23
6.1 Bersedia 23
6.2 Pastikan Penerima Telah Bersedia 23
6.3 Bersemuka (Eye-Contact) 23
6.4 Gunakan Perkataan Atau Bahasa Yang Difahami Bersama Dan
Spesifik 23
6.5 Tunjukkan Apa Yang Dimaksudkan 24
6.6 Ulangi Atau Tekankan Perkara Atau Noktah Yang Penting 24
6.7 Gunakan Saluran Komunikasi Yang Betul 24
6.8 Elakkan Atau Kurangkan Sebarang Gangguan 24
6.9 Beri Peluang Untuk Penerima Bertanya Atau Meminta Penjelasan 24
6.10 Buat Susulan Selepas Menyampaikan Mesej 25

7.0 ARAH DAN SASARAN BERKOMUNIKASI 28


7.1 Komunikasi Sehala 28
7.2 Komunikasi Dua Hala 29
7.3 Kumpulan Kecil 29
7.4 Komunikasi Dalam Organisasi 30
7.5 Komunikasi Dua Orang 31
7.6 Temuramah 31
7.7 Komunikasi Di Khalayak Ramai 32
7.8 Komunikasi Massa 32

8.0 HALANGAN DI DALAM KOMUNIKASI 32

9.0 KESAN KOMUNIKASI 33


9.1 Persefahaman Atau Lebih Memahami 34
9.2 Puas Hati 34
9.3 Pengaruh Tingkah Laku 35
9.4 Memperbaiki Atau Baik Pulih Hubungan 35

10.0 KESIMPULAN 36

11.0 RUJUKAN 37

3
TERIMA KASIH SYAHDU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sesungguhnya ucapan syukur yang paling dalam dan syahdu adalah kepada
Yang Maha Esa kerana mengizinkan kita semua menghirup udara segar,
nikmat yang seharusnya menginsafkan kita sebagai hambaNya.

Kami dalam ruangan yang penuh maksudnya, ingin menyatakan bahawa


kami sangat berasa gembira di atas karya ini. Ini semakin hebat dirasakan
apabila bermacam cabaran dan rintangan yang telah kami lalui, akhirnya
Modul Komunikasi Berkesan ini mampu dihasilkan dengan penuh bergaya
dan bermakna.

Namun, kami sangat percaya bahawa karya dalam Modul ini akan lebih
bermakna sekiranya para pembaca di luar sana dapat memahami dan
menjadikan ia sebagai wacana ilmu dan maklumat yang dapat membantu
meningkatkan pengetahuan komunikasi masing-masing.

Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih dihulurkan kepada semua


yang terlibat yang komited membidani Modul istimewa ini. Kami berharap
agar isi karya ini diakui penyampaiannya dan dipraktikkan sebaik yang
mungkin.

Akhir sekali, persembahan dalam karya Modul ini mungkin ada kekurangan
dan kelebihannya, tinggi dan rendahnya. Tapi, sebaiknya biarlah karya-karya
dalam Modul ini sendiri yang menyampaikan maksudnya. Dengan rendah
hati, kami memohon maaf di atas kecacatan yang ada.

Salam hormat,

Amir Aris
Ahmad Rozelan Yunus

4
1.0 PENGENALAN

Dalam era globalisasi ini, perkembangan komunikasi amat


penting dalam melengkapi segenap kehidupan manusia. Dengan
adanya komunikasi yang berkesan, dunia informasi dapat disampaikan
dan disebarkan ke serata pelusuk dunia.

Komunikasi adalah suatu proses interaksi untuk berhubung dari


satu pihak dengan pihak yang lain. Pada peringkat permulaan,
komunikasi dimulai dengan idea-idea abstrak yang terkandung dalam
pemikiran seseorang untuk mencari data atau menyampaikan informasi
yang kemudiannya disusun dan dikemas menjadi satu maklumat dan
disampaikan secara langsung mahupun secara tidak langsung
menggunakan bahasa berbentuk kod visual, kod suara dan kod tulisan.

Manusia berkomunikasi setiap detik ketika mereka dalam


keadaan sedar. Mereka merupakan makhluk sosial, Sebagai makhluk
sosial, setiap individu perlu berkomunikasi di antara satu sama lain
bagi menjamin survival sistem sosial tersebut.

Manusia dilahirkan di dalam dunia komunikasi. Dunia


komunikasi merupakan merupakan satu alam yang dipenuhi oleh
fenomena yang mengandungi maklumat fenomena tersebut di mana ia
mampu ditanggapi oleh pancaindera manusia dan diproses oleh fikiran
manusia supaya menjadi makna yang tertentu. Di dunia komunikasi ini
manusia perlu selalu melibatkan diri di dalam kegiatan komunikasi.
Kegiatan komunikasi seperti bercakap, menelefon, membaca,
mendengar radio atau percakapan, menonton dan menulis merupakan
kegiatan seharian bagi kebanyakan manusia.

5
Benarlah kata-kata yang mengatakan :

" Seseorang yang tidak berkomunikasi tidak mempunyai hubungan


dengan apa dan sesiapa sekalipun".

1.1 Definisi

Untuk mencari takrif komunikasi yang diterima umum


adalah satu perkara yang sangat sukar. Ini adalah kerana
disiplin komunikasi dikaji oleh sarjana dari berbagai bidang
pengajian. Sarjana sosiologi, anthropologi, psikologi, politik,
linguitik, falsafah, biologi, ekonomi, sastera, dan kejuruteraan.

Menurut definisi yang diberikan oleh Sillars ( 1988 )


mengatakan komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau
pertukaran maklumat , pendapat atau idea dengan tulisan,
percakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-
tiga unsur tersebut supaya bahan yang dikomunikasikan
difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat.

Dua orang jurutera yang mengkaji komunikasi iaitu


Shahnon dan Weaver mejelaskan komunikasi digunakan dengan
pengertian yang luas untuk melibatkan semua prosedur di mana
satu minda boleh mempengaruhi minda yang lain. Ini
termasukla tulisan, percakapan, miuzik, seni lukis, teater, ballet
dan semua perlakuan manusia.

Harold Lasswell ( 1948 ) memberikan definisi yang agak


menarik dan mudah difahami iaitu beliau mentakrif komunikasi
sebagai satu cara yang mudah untuk menerangkan satu
kegiatan komunikasi adalah dengan menjawab soalan-soalan

6
berikut : Siapa Kata Apa Dalam Saluran Mana Kepada Siapa
Dengan Kesan Apa?

S.S Stevens, seorang pakar psikologi mendefinisikan


komunikasi sebagai satu respon oleh satu organisme kepada
satu rangsangan ( stimulus ). Definisi ini mengatakan bahawa
komunikasi berlaku apabila gangguan persekitaran
(rangsangan) mempengaruhi satu organisme dan orang
tersebut berbuat sesuatu terhadapnya. Sekiranya rangsangan
itu tidak dipedulikan oleh orang, maka tidak ada komunikasi
wujud.

Secara umumnya, komunikasi ialah proses bagaimana


seseorang itu mencipta makna melalui interaksinya dengan
individu-individu lain.

1.2 Ciri-ciri Komunikasi Yang Berkesan

Komunikasi yang berkesan mempunyai empat ciri iaitu


kefahaman, keseronokan, menjaga kepercayaan sasaran dan
adanya tindakan yang menyusuli.

1.2.1 Ciri Kefahaman

Cara-cara seseorang berkomunikasi dengan berkesan


ialah apabila orang yang mendengarnya memahami kata-
katanya sebagaimana yang dimaksudkan. Jika pendengar
memahami lain apa yang dimaksudkan, maka boleh disimpulkan
bahawa komunikasi itu tidak berkesan kerana gagalnya
maklumat disampaikan. Contohnya apabila seseorang berkata "

7
Kita hendaklah menjadi isan yang syumul". Apakah makna "
syumul "? Kepada si A, di mana beliau sebagai seorang yang
mengerjakan kelima-lima rukun Islam, dia mungkin yakin
bahawa dia sudah syumul, tetapi si B itu belum syumul. Dalam
konteks ini, ayat itu tidak mencipta komunikasi yang berkesan
disebabkan ayat tersebut difahami dengan cara-cara yang
berlaianan oleh pihak-pihak yang mendengarnya.

1.2.2 Ciri Keseronokan

Ada kalanya seseorang individu itu


berkomunikasi bukan disebabkan dia mempunyai
mesej yang khusus yang hendak disampaikan
kepada sasarannya sebaliknya dia cuma hendak
mencari keseronokan daripada kehadiran orang
lain bersama-samanya. Sesetengah ucapan di
khalayak ramai adalah bertujuan untuk
menimbulkan rasa seronok seperti ucapan selepas
jamuan makan ataupun ucapan penghargaan.
Kebanyakan perbualan harian adalah bertujuan
untuk menimbulkan rasa keseronokan. Misalnya di
kantin pejabat, di majlis ulang tahun dan di
kenduri-kendara.

1.2.3 Menjaga Kepercayaan Sasaran

Komunikasi yang berkesan adalah


komunikasi yang berkualiti di mana perkara yang
sangat penting di dalam komunikasi ialah
kepercayaan sasaran kepada pemimpin. Untuk

8
menjaga kepercayaan adalah dengan cara
bercakap apa yang benar sahaja. Dalam konteks
ini, setiap percakapan yang dituturkan mampu
menarik kepercayaan orang lain. Jika sesekali
orang mengetahui bahawa percakapannya hanya
dusta, maka tiada lagi kepercayaan yang diberikan
kepadanya.

1.2.4 Wujudnya Tindakan Susulan

Ada kalanya seseorang berkomunikasi


adalah disebabkan dia mahu supaya ada tindakan
dilakukan. Sebagai contoh, seorang jurujual
berkomunikasi dengan pelanggannya disebabkan
dia mahu orang itu membeli barang yang dijual
olehnya. Orang mungkin betul-betul memahami
maksud penutur dan mereka mungkin seronok
dengan kehadirannya dan apakah yang
dikatakannya. Hubungan mereka mungkin
bertambah mesra tetapi jika orang-orang itu tidak
melakukan apa yang diharapkan, maka
komunikasi mereka belum boleh dikatakan
berkesan. Contoh lain adalah apabila seseorang
pemimpin berdakwah kepada sekumpulan penagih
dadah di pusat pemulihan disebabkan dia mahu
penagih-penagih itu berhenti menggunakan
dadah. Apabila para penagih itu keluar daripada
pusat pemulihan dan meneruskan perbuatan
mengguankan dadah maka komunikasi si
pemimpin itu tidak berkesan.

9
1.3 Fungsi Komunikasi

Komunikasi mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Antaranya


ialah komunikasi berperanan menjalinkan hubungan antara dua
orang manusia. Apabila mereka saling bertukar maklumat maka
mereka terlibat dalam satu interaksi yang melahirkan makna.
Makna itulah yang menghubungkan di antara keduanya.
Semakin banyak maklumat yang dikongsi, semakin banyak
makna yang dibentuk serta semakin meningkatlah kefahaman di
antara satu sama lain. Kefahaman yang mendalam itu
membolehkan mereka mengenali di antara satu sama lain.
Akibatnya, wujud satu perasaan terhadap pertalian yang
dijalinkan. Itulah yang menjadi penjalin hubungan di antara
mereka.

Di samping itu, komunikasi mampu mempengaruhi sikap,


nilai dan kepercayaan orang lain. Seseorang itu sentiasa cuba
mengubah sikap orang lain. Misalnya di dalam mesyuarat,
perbincangan dan taklimat, ahli-ahli mesyuarat itu cuba
mengubah sikap dan pendapat orang lain supaya menerima
sikap dan pendapatnya. Keupayaan seseorang mempengaruhi
pemikiran individu-individu lain menjadi faktor yang sangat
penting di dalam mencapai kejayaan dalam semua bidang sama
ada kejayaan di dalam kerjaya mahupun di dalam kehidupan
peribadi. Jadi secara tidak langsung, dia mampu mempengaruhi
sikap dan kepercayaan orang lain terhadapnya.

Menurut Laswell dan Wright ( Baran & Davis, 2000 ),


fungsi komunikasi boleh dikategorikan kepada empat bahagian
iaitu penyebaran informasi dan amaran, menjalinkan hubungan
dengan kelompok-kelompok di dalam masyarakat, transmisi
budaya masyarakat dan hiburan.

10
1.3.1 Penyebaran Informasi Dan Amaran

Komunikasi berfungsi untuk menyebarkan


informasi semasa dan terkini mengenai keadaan
perekitaran manusia. Ianya juga bertindak
menyampaikan amaran berupa peringatan kepada
sesebuah masyarakat atau kelompok yang terbabit
contohnya apabila berlaku kecemasan seperti
banjir kilat, jelebu dan kejadian air mahupun
elektrik di sesuatu kawasan.

1.3.2 Menjalinkan Hubungan Dengan Masyarakat

Komunikasi berperanan menghubungkan


kelompok-kelompok dalam masyarakat menerusi
isu-isu yang dibincangkan terutamanya yang
berkaitan dengan kepentingan dan keperluan
kelompok tersebut. Contohnya sambutan hari
kemerdekaan, hari raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina
dan Depavali. Tidak ketinggalan juga menerusi isu-
isu nasional seperti mendaulatkan bahasa Melayu
dan perpaduan warga Malaysia. Dalam konteks ini,
komunikasi dapat menjalinkan hubungan yang
harmoni antara kelompok-kelompok utama di
Malaysia yang berlainan budaya, agama dan
amalannya.

11
1.3.3 Transmisi Budaya Masyarakat

Media massa berjaya memaparkan budaya


sesebuah masyarakat menerusi siarannya. Kita
dapat melihat budaya kehidupan di Malaysia yang
mempunyai pelbagai bangsa tetapi masih
mengamalkan dasar toleransi dan perpaduan yang
kukuh. Tidak ketinggalan juga, kita berpeluang
untuk meneroka budaya hidup masyarakat Barat
dan Timur yang agak berbeza dengan kita dengan
menonton, mendengar dan membaca
mengenainya di media massa. Ini memudahkan
kita untuk mengadaptasikan diri dengan budaya
asing di sesuatu tempat.

1.3.4 Hiburan

Setiap hari kita mendapat hiburan melalui


media massa. Fungsinya sebagai penghibur
banyak membantu manusia menangani tekanan
akibat masalah yang timbul dalam kehidupan
seharian. Media cetak menyediakan pelbagai
bentuk hiburan sama ada bercorak lisan dan
bukan lisan. Pelbagai rancangan hiburan disajikan
kepada kita dan setiap masa dan terpulang kepada
individu untuk memilih yang terbaik untuknya.

12
2.0 CIRI-CIRI KOMUNIKATOR YANG BAIK, EFEKTIF DAN EFISIEN

Komunikasi yang mesra, efektif dan efisien lazimnya akan


terjalin hasil daripada wujudnya perasaan puas hati, rasa dihargai dan
berkeinginan untuk saling bekerjasama antara kedua-dua pihak yang
terlibat. Ia terbentuk daripada tercapainya ciri-ciri komunikasi berkesan
iaitu kandungan, kejelasan, konteks sosial (ciri sistem, status yang
seimbang dan keputusan secara muafakat), kepercayaan, kaedah
penyampaian yang baik, kesinambungan dan keupayaan pendengar.

Antara ciri-ciri komunikator dalam dunia komunikasi ialah :

 Mengawal perilaku dan menunjukkan kesopanan serta kehalusan budi


pekerti ketika berkomunikasi. Seseorang fasilitator atau orang yang
bercakap di khalayak ramai haruslah mempunyai personaliti diri yang
baik dan kemas ketika menyampaikan suatu ceramah atau maklumat
kepada pendengar atau audien.

 Akal, pancaindera dan sistem biologikal manusia dibentuk untuk


mempersiapkan mereka bagi membolehkan mereka menjadi
komunikator di dalam satu dunia yang sungguh kompleks iaitu " dunia
komunikasi". Sebagai seorang komunikator, manusia perlu
menggunakan akal mereka untuk mengetahui dan mengenali apa
sahaja yang wujud sebagai realiti.

 Menggunakan perkataan yang tepat dan ringkas serta tekanan suara


yang lembut tetapi jelas.

 Mengelakkan diri daripada menggunakan perkataan-perkataan yang


boleh menyinggung perasaan orang ramai seperti bertanya hal
peribadi, masalah kewangan dan sebagainya.

13
 Sentiasa insaf dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan
serta sentiasa berfikiran terbuka dan ikhlas sepanjang masa

 Mengawal memek muka dan pergerakan diri daripada


perkara-perkara yang boleh memberikan makna bahawa kita tidak
menyenangi keadaan dan kehadiran orang awam

 Sentiasa menunjukkan kesediaan untuk berkhidmat dan memberikan


kerjasama kepada orang ramai sepanjang masa. Mereka bersikap
terbuka dengan maklumat serta memberitahu awal apabila ada
perubahan yang akan terjadi.

 Sentiasa cuba memahami masalah orang ramai dan memberi


pertolongan yang perlu tetapi tidak melanggar peraturan.

3.0 CIRI-CIRI UNTUK MENJADI PENDENGAR YANG BERKESAN

Sekiranya komunikasi tidak dapat dilakukan dengan berkesan,


maka sesuatu maklumat yang disampaikan tidak dapat difahami
dengan baik oleh pendengar. Oleh itu pendengar atau audiens mesti
menjadi pendengar yang berkesan. Ada beberapa ciri-ciri untuk
menjadi pendengar yang berkesan, antaranya ialah:

3.1 Berhenti Dari Bercakap

Pendengar tidak akan dapat mendengar dengan baik


sekiranya bercakap semasa penyampai menyampaikan sesuatu
maklumat. Pendengar pasti tidak padat mendengar dengan baik
sambil bercakap. Fitrah manusia mempunyai 2 telinga dan 1

14
lidah. Polonius (Hamlet): "Give every man thine ear, but few
thy voice".

3.2 Berikan Keselesaan Kepada Orang Yang Bercakap

Bantu seseorang agar ia merasa mudah untuk bercakap.


Keadaan ini dikenali sebagai "permissive environment".

3.3 Tunjukkan Minat Pendengar Untuk Mendengar

Sebagai seorang pendengar, pendengar mestilah beraksi


seolah-olah berminat terhadap apa yang disampaikan oleh
penyampai. Elakkan mendengar sambil membaca surat,
misalnya. Pendengar hendaklah mendengar untuk lebih
memahami dan bukan untuk membidas.

3.4 Elakkan Dari Gangguan (Luaran/Dalaman)

Pendengar hendaklah mengelak daripada menulis,


menghentak kaki atau menyelak kertas. Pendengar kena
bersedia untuk mendengar.

3.5 Bersimpati Dengan Orang Yang Bercakap

Pendengar kena cuba memahami pandangan orang bercakap.

15
3.6 Sabar

Berikan masa dan elakkan daripada mengganggu


percakapannya. Jangan segera ke pintu atau berlalu pergi
sesuatu majlis yang sedang berlangsung.

3.7 Simpan Kemarahan Pendengar

Pendengar yang sedang marah akan memberi penilaian


yang salah terhadap sesuatu perkataan yang disampaikan oleh
penyampai. Oleh itu pendengar mestilah mengawal perasaan
marah apabila mendengar sesuatu maklumat kerana boleh
mempengaruhi kefahamannya.

3.8 Tanya Soalan

Ia menggalakkan seorang pendengar untuk bercakap dan


menunjukkan bahawa dia sedang mendengar. Ianya dapat
membantu membentuk perkara selanjutnya.

4.0 KOMUNIKASI DARI SUDUT ISLAM

Manusia dari azali lagi mempunyai hubungan sesama manusia


dan manusia kepada Tuhan. Sebagai ad-din atau peradaban hidup
yang sempurna, Islam telah menggariskan panduan yang boleh
dijadikan landasan dalam berkomunikasi.

16
4.1 Prinsip-Prinsip Komunikasi Dalam Islam

Komunikasi dalam Islam adalah dengan tujuan untuk


menyampaikan kalam Allah di atas muka bumi ini. Dengan erti
kata yang lain, komunikasi dalam Islam berpaksikan usaha
menyeru kapada kebaikan dan dan mencegah kemungkaran.

Oleh yang demikian, agama Islam amat mementingkan


beberapa aspek berkenaan dengan diri seseorang komunikator.
Antaranya ialah merancang idea sebelum berkomunikasi.
Komunikasi yang berkesan ialah suatu yang kompleks di mana
ianya memerlukan perancangan yang rapi. Kaedah komunikasi
yang terancang dengan baik dan sistematik melambangkan
kebijaksanaan pengucap. Firman Allah Taala dalam Surah an-
Nahl ayat 125 :

Maksudnya : "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah


kebijaksanaan dan pengajaran yang baik…"

Sebelum transaksi komunikasi boleh berlaku, maka satu


suasana yang penuh mesra hendaklah diwujudkan oleh
komunikator. Kemesraan ini merupakan prasyarat sebelum
komunikasi dapat berlaku khususnya komunikasi bersemuka.
Salah satu cara membina kemesraan ini adalah melalui ucapan
selamat sebagai tanda hormat, malah ianya merupakan doa

17
kesejahteraan yang diberikan oleh seorang saudara seagama.
Firman Allah dalam Surah an-Nisa', ayat 86 :

Bermaksud : " Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan seseuatu


ucapan hormat (seperti diberi salam), maka balaslah penghormatan itu
dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah (dengan cara yang sama).
Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu."

Pengajaran yang baik merupakan satu usaha yang tidak


mungkin boleh di buat secara spontan atau sambil lewa semata-mata.
Ia memerlukan usaha pemerhatian, pengamatan, penelitian dan
perencanaan yang sistematik agar dapat mencerakinkan situasi dan
seterusnya membentuk strategi.

Selain itu juga, pendengar harus di analisis agar dapat dikenali


sedekat yang mungkin. Antara perkara yang perlu diketahui ialah
tahap pengetahuan, sikap, sensitiviti serta mentaliti mereka. Ini akan
berupaya membentuk kesedaran pendengar tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim yang


bermaksud : "Berbicaralah kepada manusia menurut kadar akal
kecerdasan) mereka masing-masing" .

Kebenaran isi bicara juga merupakan satu metod yang penting


apabila kita berkomunikasi, apatah lagi jika berkomunikasi dengan
hasrat untuk mengubah golongan sasaran. Keyakinan dan keintiman
pendengar terhadap kita akan hancur sekiranya terselit kesangsian

18
tentang kebenaran mesej yang dibawakan. Firman Allah Taala dalam
Surah al-Ahzab ayat 70 :

Maksudnya : "Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah


dan katakanlah perkataan yang benar. "

Penggunaan perkataan atau bahasa yang baik ketika


berkomunikasi perlu dititiberatkan dan disertai juga dengan nada
percakapan yang terkawal dan sesuai. Hal ini kerana, kelembutan
bicara dan kelunakkan suara amat berkesan dalam usaha memujuk
untuk mengubah manusia. Allah berfirman dalam Al-Quran Surah al-
Isra' ayat 53 :

Maksudnya :" ….dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, hendaklah mereka


mengucapkan perkataan yang baik ."

Susunan maklumat perlu jelas dan berstruktur kerana mesej


yang jelas mampu mamahamkan pendengar dengan mudah dan tidak
mengelirukan. Sebaliknya mesej yang tidak tersusun akan menjadikan
penerima keliru dan salah faham. Firman Allah s.w.t dalam Surah an-
Nur ayat 54 :

19
Maksudnya : " Dan diwajibkan kepada Rasul hanyalah menyampaikan dengan
terang dan nyata."

Penghayatan dan semangat perlu dalam masa komunikasi bagi


melambangkan keseriusan tujuan. Penghayatan ini terpancar melalui
bahasa badan yang kerap kali digunakan untuk menguatkan makna
lisan. Senyuman contohnya adalah salah satu bahasa badan yang
memanifestasikan kejernihan hati dan jiwa.

Ada kalanya sebagai komunikator, kita tidak boleh lari daripada


keperluan berhujah. Maka hujah ynag paling baik dan mempunyai
kredibiliti adalah hujah yang waras atau rasional, bukan yang penuh
emosi. Kita berhujah bukan untuk mencari kemenangan tetapi dengan
tujuan untuk menyerlahkan kebenaran. Firman Allah dalam Surah an-
Nahl ayat 125 :

Maksudnya : " …..dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih
baik…."

Jika perlu, sentiasalah bertanya pendapat orang lain yang


mungkin lebih pakar dan berpengalaman dalam sesuatu aspek semasa
merancang komunikasi. Lazimnya, keputusan yang di buat secara

20
kolektif sama ada dalam kumpulan atau organisasi jauh lebih tepat
berbanding dengan keputusan yang di buat bersendirian. Firman Allah
dalam al-Quran Surah Ali-Imran, ayat 159 :

Maksudnya : " ….dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan


(peperangan dan soal-soal keduniaan) itu….."

Oleh yang demikian, seorang komunikator yang mampu menarik


minat pendengar haruslah membuat apa yang telah dicakapkan dan
memberikan contoh teladan yang baik. Perilaku pembicara sendiri
harus melambangkan satu central figure yang boleh dijadikan model
oleh para pendengarnya.

Lazimnya, kebanyakan manusia lebih terpengaruh dengan apa


yang mereka lihat berbanding dengan apa yang mereka dengar.
Sumber yang berwibawa ialah yang mengatakan sesuatu dengan
perbuatan, bukan hanya lisan semata-mata. Ini dapat dijelaskan lagi
menerusi ayat al-Quran di dalam Surah as-Saff, ayat 2-3 :

21
Maksudnya : ” Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu
memperkatakan apa yang tidak perbuat. Amat besar kebencian di sisi Allah
bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."

5.0 PROSES KOMUNIKASI

Komunikasi adalah satu aktiviti yang memberi kesan kepada


manusia. Proses komunikasi antara dua orang melibatkan
perhubungan di antara sumber, mesej, penerima dan maklumbalas.
Keempat-empat aspek ini merupakan aspek utama berlakunya proses
komunikasi. Sumber atau penghantar adalah sesuatu yang berupaya
untuk berkomunikasi seperti manusia. Mesej pula ialah simbol yang
mempunyai makna untuk meneruskan komunikasi. Penerima pula
adalah sesuatu yang berupaya untuk mentafsir makna yang
terkandung di dalam mesej seperti seorang pendengar.

Sementara maklumbalas merupakan komponen yang


menjadikan proses komunikasi satu putaran. Apabila ada maklumbalas,
barulah proses komunikasi itu lengkap. Maklumbalas adalah proses
menonjolkan kesan daripada penerimaan rangsangan atau mesej.
Maklumbalas yang paling mudah adalah pembentukan makna.

Justeru itu, proses komunikasi satu siri kejadian yang dinamik


dan berterusan. Sukar bagi komunikator untuk memisahkan tahap-
tahap yang ada di dalam proses komunikasi. Seorang yang sedang
mendengar percakapan, sambil itu dia juga sedang melahirkan makna

22
di dalam dirinya. Maka aktiviti komunikasi adalah satu aktiviti yang
berterusan sepertimana yang digambarkan seperti rajah berikut :

SUMBER MAKLUMAT PENERIMA

Maklumbalas
Komunikasi bukan merupakan satu perkara yang mudah. Ia
melalui satu proses yang rumit dan memerlukan satu pemerhatian
yang serius. Komponen-komponen utama dalam proses komunikasi
adalah seperti berikut :

5.1 Penghantar dan penerima ( Sender and Receiver )

Komunikasi akan berlaku apabila seseorang itu ingin


menyalurkan sesuatu idea atau mesej kapada orang lain. Orang
yang pertama ini dinamakan "pengantar"

Penghantaran mesej sahaja tidak dikira berkomunikasi


sekiranya ianya tidak ada orang atau kumpulan yang
menerimanya. "Penerima" dalam konteks komunikasi ini adalah
destinasi untuk mesej tadi.

5.2 Enkod ( Encode )

Oleh kerana manusia tidak boleh membaca minda


seseorang, mesej yang ingin disampaikan haruslah

23
diterjemahkan ke dalam kod-kod yang sesuai. Kod ini
mencerminkan 'imej-mental' seseorang itu. Proses
menterjemahkan idea ini kepada kod dinamakan 'enkod'.

5.3 Mesej ( Message )

Ini adalah perasaan, tindakan, emosi, data atau


pandangan tentang sesuatu. Ianya boleh disampaikan dalam
pelbagai bentuk termasuklah perkataan, bahasa badan, air
muka, nada suara dan sebagainya.

5.4 Saluran ( Channel )

Ia merupakan cara atau teknik mesej tadi disampaikan


kepada si penerima. Ini termasuklah TV, radio, akhbar, majalah,
memo, surat, laporan, pita rakaman, iklan billboard dan suara
kita.

Ringkasnya, penggunaan "suara" untuk menyampaikan


dan "mata" (sight)" untuk melihat adalah dua cara yang
berkesan. Tetapi ada kalanya tangan kita yang diletakkan di
atas bahu seseorang untuk menunjukkan simpati kita terhadap
kematian ibunya adalah lebih bermakna dari perkataan.

5.5 Dekod ( Decode )

Proses memahami atau membuat interpretasi mesej yang


baru di terima. Sekiranya mesej tadi disalahtafsirkan, maka
berlakulah satu kegagalan dalam komunikasi.

24
Ianya adalah bergantung kepada tahap kemampuan
penerima menterjemah kembali kod kepada idea yang sebenar.

5.6 Timbal balas ( Feedback )

Ia merupakan response kembali penerima tentang mesej


yang disampaikan oleh pengantar. Timbalbalas ini tidak
semestinya berbentuk lisan, tetapi mungkin juga dalam bentuk
bahasa badan.

5.7 Kontek ( Context )

Tempat atau suasana berlangsungnya komunikasi


tersebut amatlah penting. Ianya haruslah bersesuaian dengan
tujuan majlis tersebut seperti di hotel atau di pejabat.

Tempat komunikasi ini termasuklah kedudukan kerusi-


meja, waktu perjumpaan, saiz bilik dan suhu bilik. Keduanya
ialah iklim psikologi yang di bentuk dalam bilik tersebut.
Seseorang individu boleh terlibat atau tidak disebabkan oleh
suasana ini.

5.8 Gangguan ( Noise )

Ini merupakan segala jenis rintangan yang menghalang


proses penyampaian mesej. Ianya mungkin datang dari luar
atau dari dalam :

25
- dari luar (External) : Termasuklah kebisingan, kanak-kanak
menangis, orang keluar masuk bilik dan lain-lain.
- Dari dalam (Internal) : Perasaan atau pemikiran kita menjelajah
ke perancangan kita pada keesokan harinya dan lain-lain.

PROSES KOMUNIKASI

Penghantar GANGGUAN

IDEA
ATAU
MESEJ Penerima

KONTEKS DEKOD

Mesej
Mesej

ENKOD SALURAN

TIMBAL
BALAS

26
6.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN KEBERKESANAN
KOMUNIKASI

Berikut adalah beberapa cadangan untuk menjadi penyampai yang berkesan :

6.1 Bersedia

Hendaklah jelas matlamat yang ingin di capai dari


komunikasi anda dan jelas cara yang terbaik untuk
menyampaikan mesej.

6.2 Pastikan Penerima Telah Bersedia

Pastikan penerima anda telah bersedia secara fizikal atau


psikologi untuk menerima mesej anda.

6.3 Bersemuka ( eye-contact )

Bersemuka merupakan perhubungan mata yang


menjadikan mesej yang disampaikan lebih jelas.

6.4 Gunakan Perkataan Atau Bahasa Yang Difahami


Bersama Dan Spesifik

Elakkan perkataan yang double-meaning, susah difahami


dan pastikan jelas 'apa, bila, berapa, di mana, siapa,
bagaimana?

27
6.5 Menunjukkan Apa Yang Dimaksudkan

Berikan contoh dan teladan bagi apa yang diperkatakan.

6.6 Ulangi Atau Tekankan Perkara Atau Noktah Yang


Penting

Untuk lebih mudah diingati oleh penerima, penyampai


mestilah mengulangi perkara yang penting.

6.7 Gunakan Saluran Komunikasi Yang Betul

Elakkan saluran atau pengantaraan yang terlalu banyak


dan utamakan secara terus ( direct ) daripada in-direct.

6.8 Elakkan Atau Kurangkan Sebarang Gangguan

Elakkan sebarang kebisingan, suasana persekitaran,


emosi tidak tenteram dan lain-lain.

6.9 Beri Peluang Untuk Penerima Bertanya Atau Meminta


Penjelasan

Beri peluang untuk penerima bertanya atau meminta


penjelasan terutama bagi sesuatu mesej atau perkara yang baru
jika penerima belum pernah menerima mesej yang sama.

28
6.10 Buat Susulan Selepas Menyampaikan Mesej

Uji atau periksa sama ada mesej anda telah diterima


dengan baik dan bertanya soalan atau meminta diulangi /
ditunjukkan apa yang difahami

Oleh kerana manusia dilahirkan sebagai makhluk


komunikasi (communicative being), maka sudah tentu manusia
bertanggungjawab untuk menyempurnakan peranan
berkomunikasi. Malah kejayaan manusia itu bergantung kepada
kegiatan komunikasi mereka.

Konsep-konsep asas berhubung dengan manusia


komunikasi ini perlu difahami dengan baik untuk mengenali diri
kita sebagai komunikator. Setelah memahami konsep-konsep
asas berkenaan, ia boleh digunakan sebagai kerangka rujukan
dalam usaha menjadi seorang komunikator yang baik bukan
sekadar mengetahui prinsip dan konsep yang berhubung
dengan komunikasi, tetapi mereka tahu bagaimana untuk
mengamalkan prinsip dan konsep yang berkaitan mengikut
konteks yang relevan.

Antara panduan umum untuk mengenali dan menjadi


komunikator yang baik dan mampu untuk menarik minat
pendengar adalah dengan memahami rahsia diri sebagai
makhluk komunikasi. Untuk mengenali diri sebagai seorang
komunikator, seseorang perlu menjawab persoalan-persoalan
dasar seperti apa itu komunikasi, siapa atau denagan siapa kita
berkomunikasi, apakah makna yang ada dalam fikiran kita,
apakah makna yang ada pada fenomena yang wujud, apa itu
interaksi simbolik, bagaimana terbentuknya sistem maklumat
diri, apa yang menjadi kerangka rujukan, apakah pandangan

29
alam, apakah konsep diri, apakah corak pemikiran logikal dan
lain-lain.

Sekiranya seseorang itu sudah boleh memahami dan


menjawab persoalan-persoalan dasar itu, maka dia telah berjaya
mengenali dan mengetahui rahsia dirinya sebagai "makhluk
komunikasi".

Selain daripada itu, komunikator juga perlu berusaha


untuk membezakan antara yang hak dan yang batil. Oleh
kerana komunikator terlibat di dalam kegiatan mengendalikan
dan memproses maklumat, maka dia perlu tahu sifat maklumat
yang asas. Maklumat terbahagi kepada dua iaitu yang benar
dan yang salah.

Sebagai komunikator yang baik, apa cara sekalipun, dia


perlu menilai sesuatu maklumat tersebut. Maklumat tentang
sesuatu itu terbentuk di dalam fikiran, jadi di dalam fikiran
individu itulah terletaknya makna tentang maklumat itu sama
ada benar atau salah. Oleh itu adalah menjadi perkara biasa bila
berlaku keadaan di mana dua orang mempunyai kenyataan
yang berbeza tentang sesuatu fenomena yang sama.

Di samping itu juga, seorang komunikator yang baik juga


mengenali maklumat yang dipengaruhi oleh sentimen. Maklumat
yang terhasil di dalam fikiran manusia boleh dipengaruhi oleh
rasa hati yang memberikan dimensi emotif kepada sesuatu
maklumat itu. Jadi, maklumat yang berlegar di dalam fikiran
manusia boleh menjelma dalam dimensi yang emotif. Tetapi
keistimewaan fikiran manusia ialah boleh mengenali dan
mengawal unsur-unsur yang berbau emosi. Tetapi ia
memerlukan kebolehan untuk mengawal perasaan.

30
Individu yang berfikiran terbuka juga merupakan seorang
komunikator yang baik. Ini mermaksud, seseorang individu
tersebut bersedia dengan fikiran yang rasional untuk menerima
dan mendengar sebarang maklumat atau idea yang disampaikan
oleh sesiapa atau sumber mana sekalipun. Tujuannya adalah
untuk mengetahui dan mamahami maksud yang disampaikan.

Ini merupakan asas untuk menjadi komunikator yang


baik kerana dia mendengar semua pendapat dan memilih yang
terbaik daripadanya. Untuk menjadi seorang yang berfikiran
terbuka, dia perlu membentuk sikap yang positif. Sikap itu
terlahir dalam hati seseorang dalam bentuk kata-kata " Saya
hendak dengar apa yang ingin dikatakannya tentang perkara-
perkara itu " ( I want to listen what he has to say about it ".

Dengan perasaan yang sedemikian, barulah dia bersedia


untuk mendengar atau membaca maklumat daripada orang lain
yang mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza
dengannya.

Seseorang yang berhikmah tinggi boleh berkomunikasi


dengan penuh kebijaksanaan dengan sesiapa sahaja dalam
sebarang keadaan. Bayangkan anda perlu menyampaikan
sesuatu idea kepada audien yang mempunyai pandangan yang
berbeza dengan anda. Jadi, untuk mencapai kebekerkesanan,
anda perlu terlebih dahulu memecahkan tempurung diri ataupun
pegangan audien supaya mereka boleh menerima anda dan
mesej yang anda sampaikan kepadanya dengan bermakna.

Satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada mesej


yang kita sampaikan itu memberi kesan yang betul kepada
fikiran audien adalah dengan sentiasa berusaha untuk

31
mendapatkan maklumbalas. Oleh itu, untuk mendapatkan
maklumbalas daripada pihak audien, unsur-unsur persamaan di
dalam proses komunikasi hendaklah dititikberatkan.

Unsur-unsur persamaan tersebut boleh di lihat melalui


aspek bahasa, makna dan perkara yang dibincangkan. Aspek-
aspek ini perlulah dikenalpasti sebelum memulakan proses
komunikasi lagi supaya topik perbincangan tersebut jelas bagi
kedua belah pihak. Ini kerana unsur-unsur persamaan
membantu mengurangkan jurang perbezaan yang terdapat di
antara dua pihak.

7.0 ARAH DAN SASARAN BERKOMUNIKASI

Manusia berkomunikasi dalam pelbagai situasi iaitu komunikasi


sehala, komunikasi dua hala, kumpulan kecil, komunikasi dalam
organisasi, komunikasi dua orang, dalam temuramah, di depan
khalayak ramai, dan dalam komunikasi massa atau awam.

7.1 Komunikasi Sehala

Maklumat tidak memerlukan reaksi dari penerima


(arahan). Orang yang bercakap lebih banyak melibatkan diri
dalam memberi huraian, penjelasan serta penerangan kepada
pendengar. Ia juga merupakan ucapan yang disampaikan
kepada khalayak ramai yang membicarakan sesuatu perkara.
Contohnya ceramah. Ceramah merupakan komunikasi
berbentuk penerangan di mana penyampai menyampaikan
maklumat yang agak banyak dalam tempoh tertentu antara satu

32
hingga tiga jam. Seseorang penceramah perlu membuat
persediaan seperti pembacaan dan memilih isi-isi penting untuk
menyediakan hujah bagi sesuatu permasalahan dan kesimpulan.

7.2 Komunikasi Dua Hala

Maklumat penyampai memerlukan reaksi dari penerima


(arahan). Komunikasi secara dua hala melibatkan interaksi di
antara penyampai dan pendengar. Kedua-dua (penyampai dan
pendengar) dapat berkomunikasi serentak dalam satu masa.
Contohnya debat. Debat merupakan komunikasi yang berbentuk
penyelidikan, pengupasan dan perbincangan. Debat adalah satu
jenis perbincangan formal yang melibatkan interaksi dua hala di
antara pencadang dengan pembangkang. Komunikasi dua hala
akan berlaku apabila pembangkang, membangkang hujah-hujah
pencadang.

7.3 Kumpulan Kecil

Komunikasi dalam kumpulan kecil melibatkan tiga


ataupun lebih peserta. Komunikasi di dalam kumpulan kecil
telah didefinisikan sebagai interaksi secara bersemuka oleh
individu-individu yang menggangap diri mereka sebagai ahli
kumpulan. Hubungan sosial di dalam kumpulan mempengaruhi
keadaan komunikasi. Ia biasanya berlaku dalam konteks ada
sesuatu tugas yang hendak dibuat. Contohnya seorang yang
berpengaruh di dalam sesuatu kumpulan sudah tentu dapat
mempengaruhi ahli-ahli jika dibandingkan dengan seorang yang
tidak mempunyai kredibiliti. Di dalam keadaan demikian, kita
akan dapati orang yang berpengaruh itu selalunya lebih banyak

33
bercakap dengan memberi cadangan-cadangan serta nasihat-
nasihat kepada orang lain.

Begitu juga di dalam sesuatu mesyuarat jawatankuasa,


terdapat mereka yang berkedudukan tinggi di dalam organisasi
yang secara langsung atau tidak langsung akan mempengaruhi
keputusan mesyuarat tersebut. Mereka ini juga melibatkan diri
secara aktif dan penuh kesungguhan dengan memberikan
cadangan-cadangan untuk membuat keputusan. Kedudukan
kuasa di dalam sesuatu kumpulan akan menentukan keadaan
komunikasi yang akan wujud. Apabila kuasa itu bertumpu
kepada sebilangan kecil orang-orang yang berpangkat maka
ahli- ahli lain yang berpangkat rendah di dalam kumpulan itu
akan merasa dirinya terasing dan kedudukan mereka di dalam
kumpulan itu dianggap tidak penting. Di dalam keadaan seperti
ini, komunikasi mungkin tidak akan berkesan. Semangat
bekerja-sama di kalangan ahli-ahli kumpulan dan persaingan di
kalangan kumpulan juga mempe-ngaruhi atau menjejaskan
komunikasi.

7.4 Komunikasi Dalam Organisasi

Di dalam sesebuah organisasi, komunikasi merupakan


asas yang menyatu-padukan aktiviti semua fungsi yang wujud.
Dengan adanya saluran komunikasi di dalam organisasi
tersebut, setiap individu atau kelompok bukan sahaja dapat
berinteraksi, memahami dan bertukar-tukar maklumat antara
satu dengan lain, tetapi juga dapat mewujudkan kerjasama
yang berterusan di kalangan kakitangan. Dengan yang
demikian, kecekapan perjalanan sesebuah organisasi itu
bergantung kepada sejauh mana baiknya saluran komunikasi itu
berjalan. Saluran komunikasi merupakan laluan mesej yang

34
mengalir dari individu ke individu lain atau dari satu kelompok
ke kelompok lain atau kedua-duanya sekali.

Semua organisasi mengunakan kedua-dua saluran


komunikasi, iaitu yang rasmi dan tidak rasmi. Saluran rasmi
ialah rangkaian atau rantai komunikasi yang menentukan arah
dan aliran mesej rasmi di kalangan ahli-ahli dan bahagian di
dalam organisasi. Saluran komunikasi rasmi ini merupakan
sebahagian daripada struktur organisasi yang menyalurkan
mesej mengikut peraturan, adat, kebiasaan, pengagihan
autoriti, pangkat, dan jenis tugas di dalam organisasi.Saluran
komunikasi tidak rasmi pula merangkumi rangkaian atau rantai
komunikasi yang wujud daripada perhubungan sosial dan
persahabatan di persekitaran tempat kerja. Saluran tidak rasmi
ini disebut grapevine, dan dianggap sebagai komunikasi tidak
rasmi yang terpenting di dalam organisasi. Contoh, di tempat
bertugas, di sekolah, di hospital dan dalam tentera

7.5 Komunikasi Dua Orang

Komunikasi dua orang biasanya bersifat tidak formal dan


ia adalah jenis komunikasi yang paling banyak dilakukan dari
mula seseorang itu bangun pagi sehingga dia tidur malam.

7.6 Temuramah

Temuramah ialah jenis komunikasi yang mempunyai


tujuan khusus. Sebagai contoh komunikasi antara pesakit
dengan doktor, antara anak guam dengan peguam, semasa
seseorang menghadiri temuduga kerja dan banyak lagi.

35
7.7 Komunikasi Di Khalayak Ramai

Komunikasi di khalayak ramai pula biasanya melibatkan


aktiviti menyampaikan ucapan kepada sekumpulan pendengar.

7.8 Komunikasi Massa

Komunikasi massa merujuk kepada jenis komunikasi yang


menggunakan media khusus seperti media cetak, radio,
televisyen dan telekomunikasi komputer.

8.0 HALANGAN DI DALAM KOMUNIKASI

Sekiranya komunikasi tidak dapat dilakukan dengan berkesan,


maka suasana yang baik tidak akan wujud di dalam sesebuah
organisasi atau kumpulan masyarakat. Ini disebabkan tidak terdapat
perhubungan di antara masyarakat, sama ada di antara pihak atasan
dengan pihak bawahan, di antara satu kumpulan dengan satu
kumpulan yang lain atau di antara kakitangan yang sama tempat kerja
dan seterusnya akan menimbulkan syak wasangka tentang sesuatu
yang dianggap penting dan perlu dimaklumkan oleh pihak tertentu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi penghantaran dan


penerimaan maklumat itu termasuklah personaliti, motif, pelajaran dan
pengetahuan, sikap, emosi, kemahiran konsepsi, kebolehan bertutur
dan perasaan atau sikap menyembunyikan pihak penghantar dan
penerima. Selain itu, masa, bunyian, tugas, perhubungan
perseorangan, norma kelompok dan struktur organisasi juga
memberikan kesan kepada keberkesanan komunikasi dan cara
mengendalikannya.

36
Faktor-faktor di atas mustahil dapat diselesaikan dengan mudah
kerana ia bersangkut paut dengan sosio-emosi dan sebab-sebab yang
tersemat di dalam organisasi. Contohnya, sekiranya terdapat perasaan
tidak yakin atau tidak percaya dan ketakutan atau prasangka di dalam
organisasi, maka ia akan menghindarkan komunikasi. Di dalam hal
demikian, masalahnya bukan untuk memperbaiki komunikasi lisan di
antara pihak yang terlibat, tetapi yang penting ialah untuk
menghapuskan perasaan yang tidak menyenangkan itu. Suasana
organisasi haruslah diperbaiki untuk mewujudkan perasaan hormat-
menghormati di kalangan manusia dan percaya-mempercayai di
kalangan kakitangan tanpa mengira tempat mereka berada. Organisasi
hendaklah dibangunkan berdasarkan nilai-nilai manusia dan konsep
kecekapan. Komunikasi merupakan satu aktiviti yang melibatkan
banyak masa dan pengurusan yang baik itu bergantung kepada
komunikasi yang baik.

9.0 KESAN KOMUNIKASI

Seperti yang kita sedia maklum komunikasi adalah satu alat


perhubungan. Dengannya kita dapat mengenali antara satu sama lain,
dapat menyelesaikan masalah dan dapat menghubungkan antara
seorang individu dengan individu yang lain. Setiap orang mempunyai
cara komunikasi yang tersendiri seperti ada orang yang suka bercakap
dengan melihat muka lawannya, ada orang suka bercakap dalam
kumpulan, menerusi telefon, dan sebagainya. Ada juga pendapat yang
mengatakan bahawa komunikasi tercapai apabila perkara yang hendak
dicakapkan dapat disampaikan dengan berkesan dan dapat difahami
oleh penerima. Di sini jelas menunjukkan cara untuk berkomunikasi
adalah berbeza bagi setiap individu.

37
Namun begitu komunikasi dikatakan dapat memberi kesan yang
baik apabila faktor- faktor seperti di bawah berlaku:-

9.1 Persefahaman Atau Lebih Memahami

Apabila sesuatu komunikasi dapat dijalankan dengan


sempurna dan berkesan, maka persefahaman akan terbit dari
kedua- dua belah pihak iaitu penghantar (sender) dan penerima
(receiver). Lebih tepat lagi kalau kita umpamakan sebagai satu
kepuasan atau perasaan lega selepas kita berkomunikasi. Ini
kerana jika seseorang berkomunikasi, perasaan untuk
memahami dan menyelesaikan masalah wujud dalam diri dan
apabila sesutu masalah itu dapat diselesaikan ia merupakan
satu kepuasan. Kadang- kadang juga berlaku situasi di mana
penghantar (sender) dengan tidak sengaja menyampaikan
mesej tapi dapat difahami oleh orang yang mendengar
(receiver). Ini menunjukkan kadang- kadang komunikasi juga
boleh berlaku dalam keadaan yang tidak kita sedari.

9.2 Puas Hati

Di samping itu juga, perasaan puas hati akan timbul


kesan daripada kita berkomunikasi. Sebagai contoh kita pernah
melihat orang yang bermasalah cuba untuk menyelesaikan
masalahnya dengan cara mencari seseorang yang boleh
dipercayai seperti seorang kaunselor, ahli keluarga, teman rapat
dan sesiapa sahaja yang boleh dipercayai untuk meluahkan
masalah yang dihadapi dan seterusnya memberi cadangan atau
cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Situasi ini juga
dikatakan sebagai komunikasi apabila ia melibatkan penghantar

38
(sender) dan penerima (receiver). Kebanyakan setiap orang
yang bermasalah akan mengatakan perasaan lega atau puas
hati apabila dapat menceritakan atau meluahkan masalahnya ia
sekaligus dapat mengelakkan seseorang daripada tekanan
perasaan atau stress dan sebagainya.

9.3 Pengaruh Tingkah Laku

Pengaruh tingkah laku atau dalam bahasa inggerisnya


disebut sebagai "attitude influence" merupakan perkara biasa
dalam kehidupan harian kita. Ini kerana komunikasi juga dapat
mempengaruhi tingkah laku seseorang contohnya dengan cara
percakapan seseorang kita boleh menilai tingkah laku beliau.
Contoh yang boleh di bawa di sini ialah seseorang yang suka
melawan cakap ibubapa apabila di nasihati dengan baik dan
berhemah maka sedikit demi sedikit sikap atau tingkah laku
tersebut dapat diubah kepada yang lebih baik. Di sini jelas
menunjukkan bahawa teknik atau cara komunikasi yang baik
amat penting bagi melahirkan tingkah laku atau sikap yang baik.

9.4 Memperbaiki Atau Baik Pulih Hubungan

Persoalannya di sini ialah : Apakah seorang yang


mempunyai sifat- sifat komunikasi yang buruk boleh dibaiki atau
diubah? Masalah utama manusia yang mempunyai sifat- sifat
komunikasi yang buruk adalah berhubung dengan budaya diri.
Seseorang yang telah matang dan dewasa tetapi memiliki
budaya komunikasi yang pincang sudah tentu mempunyai
keperibadian yang sebati dengan amalannya. Kemantapan
keperibadiannya itulah yang mungkin menghalang sebarang

39
perubahan kepada dirinya. Bermacam istilah dilemparkan
kepada orang seperti ini seperti mempunyai fikiran yang beku,
sempit dan sebagainya. Tetapi orang seperti ini masih boleh
berubah. Cuma memakan masa mungkin sebulan, setahun dan
sebagainya.

Sebagai amalan yang baik, seseorang itu perlu banyak


melibatkan diri dalam kegiatan komunikasi intraperibadi
khususnya menilai maklumat – maklumat yang ada pada dirinya
kemudian dia mestilah meletakkan nilai atau harga yang tinggi
kepada nilai- nilai yang berasaskan kepada kebenaran tidak kira
ianya berada di luar atau di dalam fikiran orang lain. Ini adalah
kerana yang kekal dan yang akan berkuasa adalah yang hak
atau yang benar.

10.0 KESIMPULAN

Keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa komunikasi


berperanan menjalinkan hubungan. Meskipun pertalian darah adalah
ikatan biologikal, namun komunikasi mampu menjalinkan dan
mendefinisikan bentuk hubungan antara dua orang manusia. Oleh itu,
manusia yang tidak berkomunikasi tidak ada hubungan dengan sesiapa
dan apa cara sekalipun.

Dengan adanya komunikasi yang berkesan di kalangan


komunikator, maka sesuatu maklumat dapat disampaikan dengan jelas
dan mudah difahami oleh pendengar. Daripada kenyataan yang
diutarakan juga dapatlah kita simpulkan bahawa komunikasi yang
efektif dan efisien amatlah penting bagi melahirkan individu atau
masyarakat yang berilmu , berketrampilan dan berkeyakinan.

40
11.0 RUJUKAN

Amir Aris, Mohd Rasul Mohammad Noor & Ahmad Rozelan Yunus (2008).
Kajian perbezaan tingkah laku kepimpinan dan kejelekitan kelompok di
organisasi Jepun dan Singapura di Malaysia. In: The 4th National Human
Resource Management Conference 2008, 17-19 August 2008 , Tiara
Beach Resort, Port Dickson. (Unpublished)

Asher Cashdan and Martin Jordin (1987). Studies in Communication. United


Kingdom : Basil Blackwell Ltd.

Astrid S. Susanto (1987). Komunikasi Teori dan Praktis 2. Indonesia :


Binacipta

Billie J. Wahlstrom (1992). Perspectives on Human Communication. America :


Wm .C. Brown.

Everett M. Rogers (1994). A History of Communication Study. New York : The


Free Press A Division of Macmillan, Inc.

Francis J. Bergin (1982). Practical Communication. Britain : Pitman Publishing


Inc.

Morey Stettner (1995). The Art Of Winning Conversation. America : Probus


Publishing.

Phillip K. Tompkins (1982). Communication as Action An Introduction to


Rhetoric and Communication. California : Wadsworth Publishing
Company, Inc.

Rudolph F. Verderber (2002).Communication!. Australia : Clark Baxter

41
Stewart L. Tubbs (2003). Human Communication Principles and Contexts.
America : McGraw-Hill Companies, Inc.

Sulaiman Masri (1997). Media dan Komunikasi dalam Bahasa Melayu.


Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Wilbur Schramm William E. Porter (1992). Lelaki Wanita Mesej, dan Media
memahami komunikasi Manusia. Kuala Lumpur : a division of
HarperCollin.

42

Вам также может понравиться