Вы находитесь на странице: 1из 7

Bidang dan Senarai Tugas PK HEM

1. Bidang Tugas

 Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Guru


Penolong Kanan.
 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal disiplin, bimbingan dan
kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, kesihatan, buku teks, biasiswa,
perayaan sekolah, kantin sekolah, kebersihan dan keceriaan sekolah.
 Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam 3 di atas.
 Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

2. Senarai Tugas
2.1 Pembangunan Diri Murid
2.1.1 Disiplin
Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.

 Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.


 Menjadi ketua guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar
peraturan tatatertib dan salahlaku.
 Menyelaras dan menyediakan rekod dan laporan disiplin murid.

2.1.2 Bimbingan dan Kaunseling

 Merancang dan menyelaras pelaksanaan Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama


dengan guru Bimbingan dan Kaunseling.
 Menyelaras dan menyediakan rekod dan kaunseling murid serta menyediakan
laporan yang diperlukan.
 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.
 Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi murid-murid baru.

2.1.3 Program Pelindungan Murid

 Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan


program lain di peringkat sekolah.
 Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah
dilaksanakan.

2.1.4 Kesihatan

 Mengurus kemudahan rawatan murid.


 Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna.
 Menguruskan kad 001/002, Kad Tenaga Asas dan lain-lain.
 Menyelaras penyeliaan kantin sekolah.
 Menyelaras aktiviti kesihatan murid.

2.1.5 Skim Pinjaman Buku Teks


 Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks.
 Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik SPBT.
 Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku teks.

2.1.6 Biasiswa dan Bantuan

 Menyelenggarakan perakuan-perakauan biasiswa dan bantuan.


 Mengemaskini rekod biasiswa dan bantuan.
 Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid.

2.1.7 Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan Sekolah

 Membantu dalam merancang dan menyelia program bagi kebersihan, keceriaan


dan keindahan sekolah.

3. Pengurusan

 Mengurus dan mengemaskini buku rekod dan pendaftaran murid.


 Menguruskan kemasukan dan penempatan murid.
 Menguruskan pertukaran murid.
 Menyemak buku kedatangan harian murid.
 Menguruskan surat akuan,sijil-sijil, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti
sekolah.
 Menyemak kad 001/002 dan kad tenaga asas.
 Menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
 Membantu merancang Takwim Sekolah.

4. Pembangunan Organisasi

 Mewujudkan hubungan dua hala sekolah dengan ibu bapa / masyarakat.


 Mengadakan kursus/latihan untuk guru dan staf sokongan.

5. Pembangunan Kendiri

 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.


 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
 Menghasilkan artikal-artikal bidang ikhtisas dan pengurusan.
 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukannya.
 Melibatkan didi secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion
keguruan.

6. Tugas-tugas lain

 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari


semasa ke semasa.
 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan yang diberikan oleh Pengetua
dari semasa ke semasa.
SENARAI TUGAS AJK HEM

Bidang Tugas Jawatankuasa HEM

1. Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas

a) Jawatankuasa Lembaga Pengawas

 Melantik Pengawas
 Melantik ketua Pengawas sebagai ketua pemimpin pelajar
 Menasihatkan dan membimbing pengawas
 Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan kepimpinan
Pengawas

b) Jawatankuasa Disiplin Murid

 mengaturkan dasar-dasar serta program-program untuk meningkatkan disiplin pelajar


 bertanggungjawab sebagai satu badan penasihat pelajar-pelajar sekolah
 Memberi nasihat dan amaran kepada pelajar yang melanggar peraturan dan disiplin
sekolah
 Membuat keputusan menentukan hukuman keatas pelajar yang melakukan kesalahan.
 Bertanggungjawab ke atas keseluruhan disiplin pelajar
 Bertanggungjawab menyelia, mengemaskini atau meminda peraturan sekolah
 Memberi nasihat atau taklimat tentang disiplin kepada pelajar
 Bekerja erat bersama pegawai perhubungan polis sekolah dengan mengadakan ceramah,
lawatan berkala dan program pemantapan disiplin di sekolah

2. Jawatankuasa Kebersihan, Keselamatan dan Keharmonian Sekolah

a) Bangunan dan kelas

 Mengawasi kebersihan dan keceriaan bangunan sekolah agar sentiasa terjaga


 Menganjur dan mengelola projek-projek kebersihan dan keceriaan
 Bekerjasama dengan guru bertugas harian untuk menentukan bangunan sekolah dan kelas
sentiasa kemas, bersih dan teratur
 Memastikan semua kelas mempunyai penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah yang
mencukupi untuk setiap penggal
 Memberi amaran dan denda jika kelas-kelas tidak mematuhi arahan
 Menggalakkan pelajar menghias dan menampal bahan-bahan yang berkaitan dengan
pelajaran di papan kenyataan di dalam kelas.
 Mengambil tindakan segera sekiranya harta benda dan belajar terancam
b) kawasan sekolah

 Mengawasi kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah


 Mengadakan projek-projek penanaman pokok-pokok perhiasan untuk kawasan sekolah
 Mengadakan tatacara penjagaan pokok-pokok di kawasan sekolah
 Menghubungi DBKL atau pihak lain untuk mendapatkan bantuan bahan menanam
 Membantu dalam menghiasi pentas dewan terbuka semasa majlis-majlis rasmi sekolah

c) Kantin Sekolah

 Memeriksa kebersihan kantin termasuk kawasan kantin, mutu makanan yang dijual, harga,
perabot kantin, sinki, longkang, tong sampah dan lain-lain yang berkaitan
 Menapiskan sebarang aduan, sungutan atau laporan dari kakitangan dan pelajar
 Membantu guru bertugas membuat laporan mengenai kantin sekolah
 Menentukan kantin sentiasa dalam keadaan bersih, teratur dan selesa
 Bertugas semasa waktu rehat untuk mengawasi disiplin pelajar semasa rehat-Membantu
guru bertugas menjaga disiplin pelajar semasa perhimpunan selepas rehat

d) Jawatankuasa Keselamatan dan Latihan Kebakaran

 Memastikan segala aspek keselamatan sekolah dikawal dengan rapi


 Mengadakan kawad kebakaran dua kali setahun
 Mengambil tindakan segera sekiranya sekolah, harta benda awam serta pelajar terancam
 Memastikan pelawat-pelawat mendapatkan pas yang sah
 Mencegahkan kes-kes gangsterimse dan peras ugut
 Memastikan laluan kenderaan di hadapan sekolah sentiasa dalam keadaan terkawal

e) Jawatankuasa Penyelenggaraan Perabot dan Bangunan

 Menerima bekalan perabot baru dan menyimpan buku stok untuk disimpan di akhir tahun
 Memastikan semua perabot mencukupi dan dalam keadaan baik dan bersih
 Melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya perabot tidak mencukupi
 Membaiki perabot yang rosak-Menomborkan dan memastikan perabot-perabot berada
dalam keadaan terkawal

f) Jawatankuasa Tandas

 Mengawalselia penggunaan tandas murid lelaki dan perempuan


 Memastikan pekerja pembersihan swasta menjalankan tugas membersihkan tandas
sebanyak 3 kali sehari
 Memantau dan memastikan murid menggunakan tandas dengan cara yang betul
 Mengadakan ?Pemeriksaan Kejut? dari masa ke semasa untuk mengekalkan keselesaan
dan kebersihan dalam tandas.
 Mengadakan ceramah / takimat kepada murid tentang penjagaan dan penggunaan tandas
di sekolah
 Melaporkan dan mengambil tindakan proaktif dalam penyelesaian masalah-masalah yang
timbul
 Mengatur program dan tatacara penggunaan tandas yang sesuai supaya kebersihan
tandas sentiasa dijaga

g) Jawatankuasa Pencegahan Denggi

 Bekerjasama dengan guru tingkatan untuk mendapatkan data kes denggi yang melibatkan
murid sekolah dan melaporkan ke JPWP
 Mengadakan ceramah, program pencegahan wabak denggi di sekolah
 Bekerjasama dengan pekerja pembersihan swasta daam pembasmian tempat pembiakan
nyamuk di kawasan sekolah
 Mengadakan pemeriksaan berkala kawasan sekolah supaya bebas daripada tempat
takungan air dan membubuh ubat ?ABATE? jika perlu
 Bekerjasama dengan DBKL dan meminta semburan ubat ?Fogging? kawasan sekolah jika
perlu

3. Jawatankuasa Pinjaman Buku Teks

 Menyimpan stok SPBT dan menyemaknya di awal dan akhir tahun-Memproses semua
borang SPBT
 Mengedar buku-buku teks kepada pelajar yang layak dan mengutip baik buku teks pada
akhir penggal
 Menerima buku teks dari Kementerian Pelajaran dan merekodkan ke dalam buku stok
 Mengisi dan menyempurnakan borang-borang SPBT dan lain-lain borang yang berkaitan
dengan SPBT
 Menyediakan arahan-arahan tentang pengurusan SPBT dan memaklumkan kepada semua
guru dan pelajar
 Memastikan pelajar-pelajar menjaga kebersihan buku pinjaman dan menggantikan buku
yang rosak

4. Jawatankuasa Biasiswa dan Kebajikan Murid / Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah

 Menyimpan rekod pelajar yang menerima biasiswa atau bantuan


 Memberi nasihat kepada pemegang biasiswa cara mengguna wang biasiswa yang
diberikan
 Berhubung dengan kerani sekoah tentang surat-menyurat untuk menuntut wang biasiswa
dari Jabatan Pelajaran
 Menyelaras buku akaun pemegang biasiswa
 Berhubung dengan Penolong Kanan dan kerani tentang pemegang biasiswa yang masuk
dan keluar sekolah
 Menyelaras kutipan derma hal-hal kecemasan dan kematian
 Bekerjasama dengan JK Tabung Kebajikan PIBG

5. Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling

 Merancang dan menyelaras program bimbingan dan kaunseling bersama guru-guru


bimbingan dan kaunseling
 Menyelaras dan menyelia rekod bimbingan dan kaunseling pelajar dan menyediakan
laporan yang diperlukan
 Menganjurkan ceramah-ceramah kerjaya untuk semua pelajar
 Merancang dan menyelaras program PRS
 Bersedia membimbing pelajar-pelajar dalam memilih kerjaya mereka
 Menjalankan program motivasi untuk pelajar
 Menjalankan program teknik menjawab soalan peperiksaan
 Memberi khidmat kaunseling yang sewajarnya kepada murid-murid bermasalah disiplin
yang dirujuk kepadanya
 Mengadakan kaunseling individu dan kelompok kepada murid-murid yang memerukannya
 Menyusunatur dan melaksanakan program terancang sepanjang tahun dalam membantu
sekolah membangunkan akademik, kokurikulum dan disiplin murid

6. Jawatankuasa Kesihatan dan Pergigian Murid

 Menguruskan dan menyelaras program kesihatan yang dianjurkan oeh DBKL


 Menyediakan peti pertolongan kecemasan di bilik guru, bilik kesihatan, pejabat sekolah
 Menganjurkan ceramah-ceramah tentang kesihatan-Menguruskan bilik kesihatan supaya
selalu bersih dan boleh digunakan oleh murid sakit bila perlu
 Memaparkan info-kesihatan pada papan kenyataan bagi mendidik murid tentang
kepentingan menjaga kesihatan dari semua aspek

7.Jawatankuasa Majalah Sekolah

 Bertanggungjawab menubuhkan redaksi majalah sekolah


 Menentukan kandungan yang sesuai untuk majalah sekolah
 Mendapatkan iklan majalah sekolah
 Memilih dan menyunting bahan daripada pelajar
 Menguruskan sesi bergambar serta pengambilan gambar untuk semua aktiviti sekolah
 Mengedarkan majalah kepada pelajar dan sekolah-sekolah lain

8. Jawatankuasa Buku Kedatangan Pelajar dan Data Ponteng

 Menyemak dan memeriksa buku kedatangan pelajar


 Mengingatkan guru kelas supaya mengirim surat kepada penjaga jika didapati pelajar
selalu tidak hadir dan ponteng
 Menentukan buku kedatangan pelajar diisi dengan betu dan ditutup tiap-tiap akhir bulan
 Membimbing guru untuk mengisi segala butir-butir dengan betu sebagaimana yang
dikehendaki
 Memastikan buku jadual kedatangan pelajar disimpan dalam tempat yang
 Mengingatkan guru-guru bahawa buku jadual kedatangan pelajar tidak boleh dibawa
pulang
 Mengisi borang kenyataan ponteng tiap-tiap bulan bila buku kedatangan murid ditutup
 Menempatkan pelajar-pelajar di dalam kelas
 Menguruskan kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan
 Mengawal pencatatan bilangan kemasukan murid di dalam BUKU PENDAFTARAN
SEKOLAH
 Mengingatkan guru tingkatan dan memastikan rekod enrolmen terkini setiap tingkatan
dicatat pada papan kenyataan dalam pejabat

9. Jawatankuasa Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan

 Membantu dalam perlantikan ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan


 Memantau tugas-tugas yang dijalankan oleh ketua-ketua tingkatan dan penolong ketua
tingkatan
 Menasihatkan dan membimbing ketua-ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan
 Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan kepimpinan
ketua tingkatan dan penolong tingkatan

10. Jawatankuasa Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem Salahlaku Disiplin Murid
(SSDM)

 Memastikan semu butiran SMM dimasukkan ke dalam komputer oleh guru tingkatan
 Menghantar maklumat SMM/SSDM yang lengkap ke Jabatan Pelajaran mengikut jadual
yang ditetapkan
 Menyemak dan mengemaskini rekod SMM/SSDM dari masa ke masa dengan bantuan
guru tingkatan

Вам также может понравиться