Вы находитесь на странице: 1из 5

Nama: ________________________________________________ Kelas: _______________

6.2 B - Menguji kehadiran kanji, gula penurun, gula bukan penurun, protein, lemak
dalam sampel-sampel makanan.

Anda dikehendaki menjalankan amali untuk menguji kehadiran kanji, gula penurun, gula
bukan penurun, protein, lemak dalam sampel-sampel makanan.

Anda akan dibekalkan dengan bahan dan radas seperti berikut:

Sampel makanan (A, B, C, D, E), larutan iodin, larutan Benedict, larutan asid hidroklorik cair,
serbuk natrium hidrogen karbonat, larutan natrium hidroksida 20%, larutan kuprum (II) sulfat
1%, larutan Sudan III, tabung uji, silinder penyukat 5ml, bikar 250ml, kasa dawai, tungku
kaki tiga, Penunu Bunsen, pemegang tabung uji, penitis, kertas turas, spatula, jam randik.

Anda perlu menjalankan amali seperti yang berikut:

A: Menguji kehadiran kanji (Ujian iodin)

1. Masukkan 2ml sampel A ke dalam tabung uji.


2. Tambahkan 3 titis larutan iodin kepada sampel A dalam tabung uji.
3. Perhatikan apa yang berlaku dan rekodkan pemerhatian.

B: Menguji kehadiran gula penurun (Ujian Benedict)

1. Masukkan 2ml sampel B ke dalam tabung uji P.


2. Masukkan 2ml sampel C ke dalam tabung uji Q.
3. Tambahkan 2ml larutan Benedict masing-masing kepada sampel B dalam tabung uji P
dan sampel C dalam tabung uji Q.
4. Goncang campuran tersebut, letakkan kedua-dua tabung uji P dan Q ke dalam kukus
air sehingga campuran mendidih.
5. Perhatikan perubahan warna campuran dalam tabung uji P dan Q, rekodkan
pemerhatian.

C: Menguji kehadiran gula bukan penurun

1. Masukkan 2ml sampel C ke dalam tabung didih.


2. Tambahkan 2ml larutan asid hidroklorik cair kepada sampel C dalam tabung tabung
didih.
3. Panaskan campuran itu dalam kukus air sehingga mendidih selama 3 minit hingga 5
minit.
4. Keluarkan tabung didih daripada kukus air, biarkan sejuk menggunakan air pili
mengalir.
5. Neutralkan asid dengan mencampurkan serbuk natrium hidrogen karbonat ke dalam
campuran sehingga pembuakan berhenti.
6. Jalankan ujian Benedict bagi campuran itu.
7. Perhatikan perubahan warna campuran dalam tabung didh dan rekodkan pemerhatian.
D: Menguji kehadiran protein (Ujian Biuret)

1. Masukkan 2ml sampel D ke dalam tabung uji.


2. Tambahkan 2ml larutan natrium hidroksida 20% kepada sampel D dalam tabung uji
dan goncangkan.
3. Tambahkan 5 titis larutan kuprum (II) sulfat 1% ke dalam campuran itu.
4. Goncangkan tabung uji dan biarkan campuran itu beberapa minit.
5. Perhatikan perubahan warna campuran dalam tabung uji dan rekodkan pemerhatian.

E: Menguji kehadiran lemak (Kertas turas & Ujian Sudan)

1. Titiskan 2 titis sampel E pada sehelai kertas turas.


2. Keringkan kertas turas itu.
3. Pegang kertas turas menghadap sinar matahari dan perhatikan. Rekodkan pemerhatian.
4. Masukkan 1ml sampel E ke dalam tabung uji.
5. Tambahkan 3 titis larutan Sudan III kepada sampel E dalam tabung uji. Goncangkan.
6. Perhatikan perubahan warna campuran dalam tabung uji dan rekodkan pemerhatian.

Laporan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:


 Tajuk
 Tujuan amali
 Bahan dan radas
 Prosedur (termasuk rajah susunan radas yang berlabel dan berfungsi)
 Pemerhatian (untuk setiap amali dijalankan)
 Perbincangan

1. Padankan keputusan ujian yang positif dengan kehadiran nutrien yang diuji.

Keputusan ujian positif Kehadiran nutrien


Warna kuning larutan iodin
  Kehadiran gula penurun
berubah menjadi biru gelap.
Mendakan merah bata
  Kehadiran protein
terbentuk

Larutan ungu muda terbentuk   Kehadiran lipid

Mendakan merah bata


  Kehadiran kanji
terbentuk selepas rawatan asid
Larutan merah berubah Kehadiran gula bukan
 
menjadi larutan merah jambu penurun

2. Cadangkan sampel-sampel makanan yang mungkin bagi A, B, C, D dan E.

3. Mengapa sampel makanan dipanaskan dengan asid hidroklorik cair semasa


menguji gula bukan penurun?

 Kesimpulan
Nama: ________________________________________________ Kelas: _______________
6.1 Menentukan nilai tenaga dalam sampel makanan
Anda dikehendaki menjalankan amali untuk menentukan nilai tenaga dalam sampel makanan
dan menyediakan laporan amali tersebut.
Laporan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:
 Tajuk
 Tujuan
 Pernyataan Masalah
 Hipotesis
 Pemboleh Ubah
 Bahan dan radas
 Prosedur (kena ada rajah berlabel)
 Persembahan data
 Perbincangan

4. Cadangkan tiga kaedah untuk memperbaiki susunan radas eksperimen untuk


memperoleh keputusan yang lebih tepat.
5. Apakah bentuk tenaga yang dibebaskan apabila sampel makanan membakar?
6. Adakah kesemua tenaga haba yang dibebaskan semasa pembakaran sampel
makanan digunakan untuk memanaskan air di dalam tabung didih? Berikan
inferens untuk jawapan anda.
7. Namakan kelas makanan yang mempunyai nilai tenaga tertinggi.

 Kesimpulan

Contoh laporan tugasan


Tajuk : Kesan tindakan enzim terhadap protein dalam sampel makanan
Objektif : Mengkaji tindakan enzim terhadap protein dalam sampel makanan.
Penyataan Masalah :
Apakah kesan tindakan enzim terhadap protein dalam sampel makanan?
Hipotesis :
Tabung uji yang mengandungi albumen dan larutan pepsin menjadi jernih pada akhir
eksperimen.
Pemboleh ubah dimanipulasi :
Kehadiran pepsin dan albumen
Pemboleh ubah bergerak balas :
Perubahan warna larutan dalam tabung uji selepas 20 minit
Pemboleh ubah dimalarkan:
Suhu pada 370C , kepekatan asid hidroklorik, kepekatan enzim dan isipadu albumen
Bahan:
Ampaian putih telur, air suling, larutan pepsin 1%, dan larutan asid hidroklorik cair (1 M)
Radas :
Tabung uji, silinder penyukat 1-5 ml, bikar 500 ml, termometer, penitis, rod kaca, dan wul
kaca
Prosedur:
1. Bahagian putih sebiji telur dimasukkan ke dalam bikar yang mengandungi 500 cm3 air
suling. Kacau campuran tersebut dengan menggunakan rod kaca.
2. Ampaian putih telur albumen itu dididih dan dituraskan dengan menggunakan wul
kaca untuk menyingkirkan jasad-jasad besar. Ampaian tersebut dibiarkan menyejuk.
3. Empat tabung uji dilabel sebagai A, B, C dan D.
4. 5 cm3 ampaian albumen yang keruh dimasukkan ke dalam setiap tabung uji A hingga
D.
5. 1 cm3 larutan pepsin 1% dimasukkan ke dalam tabung uji A.
6. 3 titis larutan asid hidroklorik 1 M dimasukkan ke dalam tabung uji B.
7. 1 cm3 larutan pepsin 1% dan 3 titis asid hidroklorik 1 M dimasukkan ke dalam tabung
uji C.
8. 1 cm3 air suling dimasukkan ke dalam tabung uji D.
9. Tabung-tabung uji tersebut digoncangkan supaya kandungannya bercampur dengan
sekata.
10. Semua tabung uji dimasukkan ke dalam kukus air bersuhu 350C selama 20 minit.
11. Perubahan warna yang berlaku kepada ampaian albumen dalam tabung uji A,B,C dan
D dicatatkan dalam jadual.

Persembahan data:
Tabung Uji Perubahan warna
0 minit 20 minit
A
B
C
D

Perbincangan:
1. Kandungan dalam tabung uji C akan bertukar menjadi jernih selepas 20 minit. Pepsin
telah menghidrolisis molekul albumen yang besar kepada polipeptida yang lebih kecil.
Apabila tindak balas lengkap, larutan keruh bertukar menjadi jernih.

2. Asid hidroklorik digunakan kerana pepsin bertindakbalas secara optimum pada


medium berasid.

3. Suhu yang sesuai untuk tindak balas enzim pepsin ialah 370C.

4. Tabung uji D tidak mengandungi enzim pepsin, manakala tabung uji A tidak
mengandungi asid hidroklorik dan tabung uji B tidak mengandungi pepsin. Tabung uji
D bertindak sebagai kawalan. Maka tidak berlaku tindak balas enzim pada ketiga-tiga
tabung uji dan menyebabkan tiada perubahan warna larutan berlaku.
Kesimpulan :
Enzim pepsin menghidrolisis albumen (protein) kepada polipeptida dalam medium
berasid. Hipotesis diterima.

Вам также может понравиться