Вы находитесь на странице: 1из 66

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan & Konteks

Sejarah penggunaan Bahasa Melayu adalah selari dengan sejarah kemerdekaan

Negara Malaysia. Dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 152(1) terdapat satu

ketetapan yang menyebut bahawa ‘bahasa Kebangsaan bagi Negara Malaysia ialah

Bahasa Malaysia. Bertolak daripada ketetapan itulah, maka kerajaan Malaysia telah

merancang satu dasar pendidikan Kebangsaan yang mengarah kepada

perlaksanaan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia yang

berbilang ras, melalui pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut di sekolah-

sekolah.

Berbanding kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran membaca,

kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam senarai

kemahiran berbahasa. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid

menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis

penulisan. Perkara ini berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi

dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta

tulisan yang jelas dan kemas.

1
Kemahiran menulis merupakan salah satu cabang dalam kemahiran bahasa

dalam kurikulum Bahasa Melayu. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan

murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis

penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi

dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta

tulisan yang jelas dan kemas. Perlaksaaan kurikulum Bahasa Melayu berdasarkan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah meliputi kemahiran bahasa yang terbahagi

kepada tiga kemahiran iaitu, kemahiran lisan yang melibatkan kemahiran

mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan menulis. Sukatan pelajaran lama

yang terdahulu tidak memberi penekanan kepada kemahiran baharu ini ( Abdullah

Hassan , 2004). Murid-murid hanya diajar tatabahasa dan selebihnya terserah

kepada murid itu sendiri untuk menggunakan bahasa mengikut tafsiran mereka

sendiri.

Dalam kurikulum baharu ini, kemahiran menulis merupakan salah satu

kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid kerana kemahiran menulis

merupakan kemahiran yang agak kompleks. Menulis merupakan satu proses, untuk

menghasilkan alat yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan dan

maklumat dalam bentuk tulisan untuk mencipta suatu perhubungan yang unik sama

ada hubungan dengan orang lain atau secara monolog. Menulis juga merupakan

satu proses untuk memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa

dalam menyusun huruf, perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang

lebih panjang, mengikut pertauran-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana

dan pelahiran idea yang jelas dan tersusun.

2
Kemahiran menulis merupakan sebahagian daripada kemahiran literasi yang

merupakan salah satu hak asasi individu yang menjadi tanggungjawab sesebuah

kerajaan terhadap rakyatnya. Usaha ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti

pembelajaran murid, seterusnya menyediakan warga Malaysia yang cekap bersaing

di peringkat antarangsa. Justeru , sistem pendidikan Negara perlu melalui

trasnformasi yang menyeluruh dan sistematik, sekiranya Malaysia berhasrat

melahirkan individu yang mampu berkembang maju dan bersaing di peringkat

global. Menyedari hakikat pentingnya pendidikan dalam pembentukan Negara

bangsa serta pertumbuhan ekonomi mapan selaras dengan matlamat transformasi

Malaysia kearah Negara berpendapatan tinggi, wujud Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 (KPM, 2013). PPPM telah dirancang

dengan matlamat melonjakkan pencapaian murid dengan menilai semula kurikulum

dan pentaksiran , dasar bahasa, peruntukan untuk keperluan murid dalam usaha

menambahbaikan dasar. Justeru, PPPM telah menggariskan enam aspirasi yang

wajar dimiliki oleh setiap murid di Malaysia iaitu, pengetahuan , kemahiran berfikir,

kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti

nasional.

Transformasi yang dilaksanakan oleh Kementerian pendidikan Malaysia

wahana yang paling berkesan untuk meningkatkan keberhasilan proses

pembelajaran pengajaran dan kemenjadian murid, dalam aspek kemahiran

berbahasa khususnya kemahiran menulis. Bagi pembelajaran pengajaran kemahiran

menulis pada Tahap Satu, iaitu dari tahun satu hingga tahun tiga, tertumpu pada

kemahiran menulis asas seperti mengenal dan menulis abjad, mencantumkan huruf

dan suku kata menjadi kata, frasa dan ayat. Dalam Tahap Dua iaitu dari tahun

empat hingga tahun enam pula menekankan kemahiran untuk melahirkan idea dan

3
perasaan bagi memenuhi fungsi komunikasi. Penekanan pengajaran kemahiran

menulis amat penting bukan sahaja untuk tujuan pencarian ilmu pengetahuan, tetapi

juga bagi memenuhi fungsi sosial dalam aktiviti kehidupan seharian. Bagi tujuan itu,

murid sekolah seharusnya mencapai suatu tahap literasi yang sesuai untuk

memenuhi kedua-dua fungsi berkenaan.

Kemahiran menulis merupakan satau kemahiran yang penting untuk dikuasai

oleh murid-murid bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi dalam mata

pelajaran yang lain. Hal ini kerana bahasa merupakan satu medium yang

menyalurkan dan menyebarkan informasi. Menulis dalam sebarang bentuk sekali

pun adalah penting kerana proses tersebut dapat membantu mempertingkatkan

tahap pencapaian murid dalam pembelajaran. Faedah menulis kepada murid tidak

terhad untuk jangka masa pendek, bahkan berkekalan memberikan manfaat

sepanjang hidup mereka. Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling

tinggi dalam senarai kemahiran berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasi

setelah seseorang itu menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dan kemahiran

membaca. Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang

disusun atur menjadi perkataan-perkataan yang seterusnya membentuk ayat-ayat

yang bermakna (Khairuddin, 2011). Sesuatu penulisan bertujuan untuk

menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada

pembaca (Tuan Jah & Faridah, 2011)

Kemahiran menulis juga merupakan satu budaya intelek yang saling

melengkapi antara kemahiran membaca dengan kemahiran menulis. Keupayaan

menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan

disalurkan secara bersistem, iaitu dengan mengambil kira maklumat, penggunaan

bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungann dengan itu, keupayaan

4
membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asa

dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin

ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca

dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam

Bahasa Melayu dan matapelajaran lain.

Kemahiran menulis yang baik dipengaruhi oleh penguasaan aspek

tatabahasa yang baik oleh seseorang murid. Aspek tatabahasa yang terangkum

dalam bidang morfologi mempunyai cakupan ilmu yang luas. Salah satu

daripadanya ialah aspek tanda baca. Segelintir murid sering melakukan kesalahan

dari segi penggunaan huruf besar dan huruf kecildalam penulisan ayat. Sedangkan

aspek tanda baca turut mempengaruhi markah dalam peperiksaan terutama pada

bahagian penulisan ayat dan karangan. Sekiranya murid menulis ayat tanpa

penggunaan huruf besar pada permulaan ayat atau selepas noktah, ini menunjukkan

kelemahan yang dipandang remeh sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran

berlaku dalam bilik darjah. Masalah tersebut perlu segera diatasi kerana kemahiran

menulis pada peringkat asas di sekolah rendah akan terus berlangsung hingga ke

sekolah menengah. Justeru, kemahiran penggunaan huruf besar dan huruf kecil

pada tempat yang betul amat penting dalam setiap penulisan.

5
1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Saya telah menjalankan praktikum fasa II di sebuah sekolah yang terletak di

kawasan daerah Batu Caves. Pada praktikum fasa II ini, saya telah mengajar mata

pelajaran Bahasa Melayu (BM) Tahap 2 iaitu Tahun 4. Kebanyakan murid di sekolah

ini berlatar belakangkan keluarga yang sederhana terutama dari segi pendidikan dan

ekonomi. Tiga bulan mengajar di kelas tersubut saya dapati ada segelintir murid

menghadapi masalah dalam penulisan.

Semasa menjalani praktikum fasa II ini juga, saya mendapati murid sangat

lemah dalam menggunakan huruf besar dan huruf kecil terutama dipermulaan ayat.

Kelemahan ini dapat dikesan sewaktu menanda dan menyemak lembaran kerja

murid-murid yang guru berikan. Perkara ini akan mempengaruhi hasil dalam

penulisan karangan kerana ayat yang dibina tidak menggunakan penulisan

tatabahasa yang betul. Oleh yang demikian, pada praktikum fasa II ini, saya

berusaha untuk memberi penambah baik dalam penulisan terutama menggunakan

huruf besar dan huruf kecil. Saya juga akan menambah baik amalan pengajaran

saya melalui kajian saya kali ini.

Pada hari Khamis, 30 Ogos 2018, saya telah masuk ke kelas 4 Tekun pada

pukul 7.30 pagi dan mengajar mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan sekolah

yang telah disediakan dengan merujuk standard pembelajaran 5.2.2 Memahami dan

menggunakan kata ganda separa berimbuhan dengan betul dalam pelbagai situasi.

Semasa sesi pengajaran langkah 2, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Setiap kumpulan diberi kad perkataan kata ganda berimbuhan. Murid diminta

menghasilkan cerita pendek berdasarkan kad perkataan kata ganda berimbuhan,

6
walaubagaimanapun terdapat murid yang masih tidak dapat membezakan

penggunaan huruf besar dan huruf kecil pada tempat yang sepatutnya.

Hal ini juga disokong oleh guru Bahasa Melayu yang mengajar di kelas

tersebut sebelum saya menggantikan beliau. Bagi saya kemahiran menulis ini

merupakan satu kemahiran asas yang penting kepada murid kerana mereka yang

akan menduduki peperiksaan bertulis. Jika murid tidak dapat menguasai kemahiran

menulis, mereka akan ketinggalan jauh dari murid lain.

Oleh yang demikian, untuk mengukuhkan lagi kenyataan saya, saya telah

meminta murid untuk menyerahkan buku karangan mereka supaya saya dapat

menyemak dan mengenalpasti masalah. Setelah diteliti, beberapa orang murid yang

telah saya kenal pasti ternyata mempunyai masalah dalam membezakan

penggunaan huruf besar dan huruf kecil pada permulaan ayat.

Kesimpulannya, saya menjalankan penyelidikan ini adalah bertujuan untuk

menangani masalah murid dalam kekeliruan menulis huruf besar dan huruf kecil

pada pangkal ayat sekaligus meningkatkan kemahiran menulis mereka supaya tidak

ketinggalan dalam pelajaran.

7
BAB 2

FOKUS KAJIAN

2.1 Huraian Fokus Kajian

Berdasarkan refleksi yang telah dilakukan didapati masih terdapat beberapa orang

murid Tahun Empat Tekun masih tidak dapat menggunakan huruf besar pada

tempat yang sepatutnya. Perkara ini telah dapat dikesan dengan jelas semasa

pengkaji menyemak buku karangan murid. Hasil perbincangan bersama guru mata

pelajaran lain juga, didapati punca murid gagal membezakan penggunaan huruf

besar dan huruf kecil diawal penulisan ayat ialah disebabkan mereka keliru dan

kurang faham tentang menulis huruf besar yang betul. Mereka juga kurang diberi

perhatian dan penekanan dalam konsep menulis huruf besar pada tempat yang

sepatutnya.

Kegagalan menguasai sesuatu kemahiran dalam bahasa Melayu pada

peringkat ini akan memberi kesan negatif pada peperiksaan UPSR nanti.

Pemerhatian menunjukkan bahawa ramai murid tahun 4 belum menguasai beberapa

kemahiran yang sepatutnya dikuasai oleh murid pada tahap satu. Antaranya ialah

kemahiran menggunakan huruf besar. Murid melakukan pelbagai kesilapan seperti

tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya. Murid juga mungkin

menggunakan huruf besar pada tempat yang perlu menggunakan huruf kecil sahaja.

Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlarutan tanpa tindakan oleh guru dan ibu

bapa kerana penggunaan huruf besar adalah perkara yang paling penting setiap kali

memulakan penulisan. Dalam kertas peperiksaan, penggunaan huruf besar dan

8
huruf kecil yang salah, dikira sebagai kesalahan penggunaan tanda baca dan

merupakan kesalahan dalam penggunaan bahasa. Dalam penulisan Bahasa

Melayu, terdapat peraturan tertentu dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil.

Berdasarkan tinjauan semasa pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan

di dalam kelas terdapat dua fenomena yang menyebabkan berlakunya masalah ini.

Pertama murid hanya menggunakan kemahiran ini ketika proses pembelajaran.

Kesilapan tetap berulang kerana mereka hanya membetulkan kesilapan apabila

ditegur. Kedua, murid tidak tahu membezakan kata nama am dan kata nama khas.

Akibatnya mereka tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya melakukan

kesilapan.

Untuk mengatasi masalah tersebut, pengkaji berusaha untuk mencari jalan

penyelesaian bagi mengatasi masalah yang berlaku. Pengkaji berhasrat untuk

menggunakan Teknik Pen Warna bagi membantu murid menguasai kemahiran

penggunaan huruf besar yang betul pada pangkal ayat atau di mana sahaja dalam

penulisan. Kaedah ini dipilih dengan mengambil kira enam kriteria. Kriteria pertama

ialah kebolehtadbiran. Ini bermaksud kelancaran sesuatu kajian yang merangkumi

faktir kos, masa, dan tenaga (Mohamed Naim, 2009). Intervensi ini lebih

menekankan aspek masa dan juga tenaga. Pengkaji telah mengambil masa selasa

tiga bulan untuk menjalankan kajian ini semasa menjalani proses praktikum fasa

dua. Hal ini bersesuaian dengan peraturan dalam kajian yang seharusnya

dilaksanakan selama tiga bulan. Kajian ini dilakukan kepada 5 orang peserta dan

dilaksanakan oleh seorang guru sahaja.

Aspek kedua ialah kepentingan. Kepentingan kajian ini dilaksanakan adalah

untuk membantu peserta kajian dalam menguasai kemahiran menggunakan huruf

9
besar dan huruf kecil dengan betul mengikut hukum tatabahasa. Selain itu juga,

pengkaji dapat menarik minat peserta untuk belajar bahasa Melayu secara interaktif

dan tidak membosankan. Pembelajaran berlaku secara berpusatkan murid dan

berkumpulan. Peserta kajian juga dapat membina keyakinan diri sambil dipantau

oleh pengkaji. Kajian ini juga berfokuskan murid yang berada pada tahap yang

lemah, tetapi murid-murid lain juga boleh mengaplikasikan teknik tersebut supaya

lebih faham dan jelas tentang hukum tatabahasa dalam penggunaan huruf besar

dan huruf kecil. Oleh itu pengkaji telah menghasilkan satu inovasi atau kaedah iaitu

Teknik Pen Warna untuk membantu murid-murid ini dalam menangani masalah

tersebut.

Seterusnya aspek kebolehgunaan pula, ia sangat mudah dan senang

digunakan. Teknik tersebut boleh diterbitkan secara dalam bentuk bahan maujud

seperti persembahan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK). Seperti yang kita

ketahui pada zaman teknologi yang serba canggih ini, penggunaan alat elektronik

adalah sangat membantu dan menarik minat murid-murid semasa proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Penggunaannya sangat mudah

dan senang didapati kerana di setiap sekolah kebiasaannya mempunyai makmal

komputer. Kebiasaannya juga guru menggunakan komputer masing-masing untuk

mengajar murid dengan menggunakan power point.

Dalam aspek kawalan pula, pengkaji dapat menjalankan kajian secara baik,

kerana hanya melibatkan 5 orang peserta kajian sahaja. Ini memudahkan pengkaji

menjalankan kajian dengan selesa tanpa sebarang masalah kawalan. Sepanjang

kajian ini dilaksanakan, aspek kewangan amat dititik beratkan oleh pengkaji.

Pengkaji hanya menggunakan bahan sedia ada untuk menghasilkan Teknik Pen

Warna tersebut. Kos yang sangat murah dan senang didapati. Selain itu, aspek

10
masa juga diambil kira. Kajian ini dilaksanakan selama tiga bulan di sebuah sekolah

di Selangor. Pelaksanaan kajian ini dijalankan pada waktu pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu murid tahun Empat Tekun.

Aspek kolaborasi dalam menjalankan kajian adalah antara aspek paling

utama bagi menjayakan kajian ini. Tanpa kolaborasi atau kerjasama dari pihak

sekolah, pengkaji tidak mungkin akan dapat menyelesaikan kajian dengan baik.

Kerjasama dan kolaborasi beberapa pihak di sekolah tersebut sangat penting bagi

menjayakan kajian interversi pada kali ini. Pengkaji perlu mendapatkan kebenaran

daripada Guru Besar bagi menjalankan kajian ke atas peserta kajian yang dipilih.

Guru pembimbing juga membantu dalam memberikan maklumat-maklumat bagi

menyiapkan kajian ini. Guru mata pelajaran bahasa Melayu kelas tersebut juga

membantu memberikan maklumat berkenaan tahap penguasaan murid-murid dalam

penulisan bahasa Melayu. Selain itu juga, guru-guru bahasa Melayu yang lain juga

turut memberikan idea-idea untuk pengkaji selitkan dalam kajian serta tidak lupa

pensyarah pembimbing yang juga banyak membimbing dalam menyiapkan kajian ini

dengan jayanya tanpa sebarang tekanan.

Akhir sekali ialah aspek kerelevenan kajian. Teknik Pen Warna ini sangat

releven digunakan di sekolah kerana teknik ini memudahkan pengajaran dan

pembelajaran guru di dalam kelas. Selain itu, Teknik Pen Warna ini juga boleh

dijadikan permainan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan

kerana ia boleh menarik minat murid untuk belajar bahasa Melayu tanpa sebarang

tekanan dan ia juga merupakan pembelajaran berpusatkan murid. Paling utama,

teknik ini boleh dikategorikan sebagai teknik cuba jaya yang diasaskan oleh E.L

Thorndike (1874-1949). Menurut Noriati A.Rashid, B.P.(2009), sekiranya pelajar

11
dapat menguasai pembelajaran atau pujian,murid akan berasa puas hati dan

gembira. Setiap kali cuba jaya yang dilakukan oleh peserta kajian, pengkaji akan

memberikan pujian dan kata-kata semangat untuk merangsang mereka agar lebih

berminat untuk terus belajar.

Kesimpulannya, Teknik Pen Warna merupakan satu intervensi yang sangat

berkesan dalam membantu guru dan murid dalam menangani masalah kemahiran

menulis ayat terutama dalam menggunakan huruf besar dan huruf kecil mengikut

hukum tatabahasa yang betul. Murid akan memperoleh manfaat yang sewajarnya

dan juga dapat memudahkan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas.

12
2.2 Pengumpulan Data Awal

Berdasarkan refleksi yang dibuat selepas proses pengajaran dan pembelajaran,

tinjauan awal telah dijalankan dengan menggunakan beberapa instrumen. Tujuan

proses tinjauan ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti masalah yang wujud di

kalangan murid seterusnya merancang bagaimana tindakan untuk menanganinya.

Antara beberapa kaedah yang dilakukan semasa proses tinjauan ini ialah analisis

dokumen dan pemerhatian.

Isu yang telah dikenal pasti dalam kajian ini ialah murid tidak dapat menulis

ayat dengan baik dan sempurna terutama dalam penggunaan huruf besar dan huruf

kecil pada tempat yang sepatutnya semasa aktiviti penulisan terutamanya

penggunaan huruf besar di pangkal ayat. Dalam hal ini, murid tidak dapat

membezakan untuk menggunakan huruf besar dan huruf kecil dengan betul di

pangkal ayat kerana ada di antara mereka menggunakan huruf kecil di pangkal ayat

dan menggunakan huruf besar di tengah ayat tanpa mengikut hukum tatabahasa

yang betul. Mereka kurang diberi penekanan tentang konsep menulis terutama

penggunaan huruf besar pada tempat sepatutnya. Murid juga tidak mengambil berat

akan kesalahan yang mereka melakukan kesalahan ini semasa menulis karangan.

13
2.2.1 Analisi Dokumen

Semasa pengkaji menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah tahun Empat Tekun, didapati terdapat beberapa murid kerap melakukan

kesilapan dalam penulisan terutama dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil.

Tinjauan awal dibuat melalui penelitian dokumen terhadap lembaran kerja murid

terutama dalam penulisan karangan. Apabila pengkaji menjalankan pemeriksaan

terhadap penulisan murid di dalam lembaran buku penulisan, pengkaji mendapati

terdapat beberapa kesalahan terutama kesalahan tidak menggunakan huruf besar

terutama pada pangkal ayat. Pengkaji telah menganalisis dokumen melalui

lembaran kerja murid menggunakan senarai semak, dan hasil analisis adalah seperti

dalam jadual 1:

14
Jadual 1

Item Analisis Dokumen

______________________________________________________________

Bil Item-item yang dikaji kekerapan peratusan

1. Menyalin semula ayat yang 12/42 29

diberikan dengan menggunakan

huruf besar dengan betul.

2 Menyalin semula ayat yang diberikan 9/42 21

2. Menggunakan huruf kecil

pada pangkal ayat 5/42 11

3. Menggunakan huruf kecil

pada kata nama yang sepatutnya 5/42 11

______________________________________________________________

Jadual 1 menunjukkan hanya 12 orang murid iaitu 29% sahaja yang dapat menyalin

semula ayat yang diberikan dengan menggunakan huruf besar yang betul di pangkal

ayat tanpa kekeliruan. Sembilan orang murid dengan peratus 21% pula hanya

menyalin semula ayat yang diberikan. Seramai lima orang murid tidak menggunakan

huruf besar pada awal ayat dengan peratusan 11% dan lima orang murid tidak

menggunakan huruf besar pada kata nama khas yang sepatutnya menggunakan

huruf besar mengikut peraturan tatabahasa. Oleh itu berdasarkan analisis dokumen

ini didapati bahawa seramai 5 orang murid masih belum menguasai kemahiran

15
penggunaan huruf besar yang betul pada pangkal ayat serta kata nama yang

sepatutnya menggunakan huruf besar.

16
2.2.2 Pemerhatian

Choong Lean Keow (2011) mengatakan pendapat Cohen (2009) mengenai

pemerhatian. Beliau mengatakan pada peringkat perancangan untuk menggunakan

pemerhatian sebagai kaedah pengumpulan maklumat data kualitatif pengkaji perlu

memberi perhatian yang serius kepada isu, “Apakah peranan pengkaji?”. Kaedah

yang digunakan ialah pemerhatian sistematik. Dalam kaedah ini pengkaji merancang

langkah-langkah pemerhatian sebelum melakukan kajian.

Cara yang dipilih bagi melaksanakan pemerhatian ini ialah secara

pemerhatian berstruktur dan tiada peralatan khusus yang diperlukan melainkan pen

dan kertas sahaja (Chow&Jaizah,2012). Pengkaji melakukan pemerhatian ini

semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung di kelas dan

ketika sesi aktiviti penulisan dilakukan.

Jadual 2

Item pemerhatian

__________________________________________________________________

Bil. Perkara kekerapan peratusan

1 Malu bertanya apabila tidak faham 5/42 12%

2 Menjawab soalan secara terus tanpa

berfikir 5/42 12%

3 menjawab soalan dengan tergopoh

gapah. 5/42 12%

4 Termenung semasa menjawab 5/42 12%

17
Berdasarkan item yang dikaji, hasil pemerhatian telah menunjukkan lima orang

murid malu untuk bertanya apabila mereka kurang faham apabila mereka tidak

faham. Manakala lima orang murid juga menjawab soalan secara terus tanpa berfikir

jawapan yang betul. Lima orang murid juga dalam golongan yang menjawab soalan

secara tergopoh gapah tanpa perlu berfikir apakah jawapan yang sepatutnya

mereka jawab. Manakala lima orang lagi termenung semasa menjawab soalan tanpa

berfikir panjang.

Secara kesimpulannya, hasil analisis yang dibuat telah membuktikan bahawa

murid yang tidak faham dan masih samar-samar tentang penggunaan huruf besar

dan huruf kecil yang betul ini adalah murid yang tidak memberi fokus sewaktu

proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas.

18
2.3 Tindakan

Pengkaji telah mengadaptasikan model penyelidikan Lewin (1946) dan Laidlaw

(1992) bagi mengatasi masalah yang berlaku iaitu murid yang tidak dapat menulis

huruf besar pada pangkal ayat serta perkataan yang sepatutnya menggunakan huruf

besar dengan betul.

MENGENAL PASTI ASPEK AMALAN


-Masalah peserta telah dkenal pasti melalui
pemerhatian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
-Menggunakan instrumen seperti
pemerhatian dan analisis dokumen untuk
membuat refleksi.

MERANCANG
REFLEKSI Pengkaji menggunakan Teknik Pen Warna
bagi meningkatkan kemahiran menulis
-Menganalisis dan menilai
murid dalam penulisan dengan
-membuat refleksi mengenai keberkesanan menggunakan huruf besar dengan dengan
tindakan berdasarkan data yang dikumpul. betul.
-merancang pengumpulan data.

MELIHAT KESAN TINDAKAN TINDAKAN / IMPLEMENTARI


-pengkaji mengumpul data bagi - pengkaji memperkenalkan kaedah Teknik Pen
menjawab soalan kajian dengan Warna kepada peserta kajian.
menggunakan pemerhatian dan analisis
dokumen. -peserta kajian menggunakan kaedah tersebut.

Rajah 1. Adaptasi Model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992).

19
2.3.1 Mengenal Pasti Aspek Amalan

Semasa peringkat mengenal pasti amalan, pengkaji telah menjalankan tinjauan awal

bagi mengenal pasti tahap penguasaan dalam kemahiran menggunakan huruf besar

dengan tepat semasa aktiviti penulisan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu. Pengkaji telah menggunakan teknik analisis dokumen, temu bual, dan

pemerhatian.

Hasil analisis dokumen menggunakan senarai semak, pengkaji mendapati

bahawa lima daripada 42 orang murid masih belum menguasai cara untuk

menggunakan huruf besar pada tempat yang betul. Murid didapati tidak mengambil

berat akan kepentingan huruf besar pada pangkal ayat. Murid seolah-olah tidak tahu

menggunakan huruf besar pada permulaan ayat dalam penulisan. Semasa

memeriksa buku latihan penulisan murid, pengkaji mendapati mereka masih keliru

penggunaan huruf besar pada perkataan yang sepatutnya, terutama kata nama

khas. Murid kebanyakannya tidak menggunakan huruf besar semasa menulis huruf

pertama pada permulaan ayat. Kebanyakan antara mereka adalah murid yang

kurang berprestasi dalam pelajaran. Walaubagaimanapun ada juga murid yang

mahir menggunakan huruf besar dengan betul semasa menulis pangkal ayat dalam

penulisan. Pengkaji juga mendapati kelima-lima murid tersebut kurang memberi

perhatian semasa guru mengajar dalam kelas. Mereka juga didapati kurang

berminat dalam pelajaran dan kurang memberi tumpuan semasa guru mengajar di

kelas. Oleh sebab itu lah pengkaji telah memilih murid-murid ini sebagai peserta

kajian.

20
2.3.2 Merancang Tindakan

Pengkaji telah merancang pelan tindakan untuk menambah baik amalan serta

mengumpul data kesan daripada tindakan yang dijalankan bagi mengatasi masalah

penggunaan huruf besar pada permulaan ayat ini, dengan menggunakan Teknik

Pen Warna. Sesi pengajaran teknik ini dijalankan selama seminggu melibatkan lima

orang peserta kajian yang telah dipilih. Pengkaji telah merancang dan menyediakan

bahan untuk membuat intervensi menggunakan persembahan multimedia bagi

menarik minat murid serta merangsang mereka agar lebih berminat dalam

pembelajaran bahasa Melayu. PenggunaanTeknik Pen Warna ini akan lebih menarik

apabila diinovasi secara multimedia dan ini akan menguatkan lagi daya ingatan

murid-murid.

Selain daripada tindakan, pengkaji juga telah merancang bahan pengajaran

yang sesuai bagi menyelesaikan masalah yang timbul berpandukan ilmu-ilmu atau

teori-teori pedagogi yang telah dipelajari.

21
2.3.3 Tindakan / Implementasi

Pengkaji akan melaksanakan intervensi terhadap lima orang murid yang mempunyai

masalah menggunakan huruf besar dan huruf kecil pada permulaan ayat dan pada

perkataan yang dikhaskan menggunakan huruf besar selama 4 minggu. Pengkaji

akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kepada peserta kajian tentang

konsep serta penggunaan huruf besar dan huruf kecil pada tempat yang betul dan

sepatutnya digunakan dalam ayat yang ditulis dengan menggunakan Teknik Pen

Warna. Pengkaji menyelitkan bantuan multimedia dengan menggunakan bantuan

perisian powerpoint sebagai menambah aktiviti cara belajar abad ke-21. Dengan

menggunakan powerpoint tersebut, pengkaji menyediakan latihan menulis ayat

kepada peserta kajian dengan menggunakan Teknik Pen Warna. Dalam bab 5

pengkaji akan menerangkan penerangan yang jelas penggunaan Teknik Pen Warna

dengan bantuan multimedia.

22
2.3.4 Melihat Kesan Tindakan.

Peringkat yang keempat adalah untuk melihat kesan terhadap tindakan yang

dijalankan oleh pengkaji melalui teknik atau intervensi yang digunakan berdasarkan

data yang dikutip. Setelah intervensi dilaksanakan, pengkaji akan mengumpul data

menggunakan instrumen ujian pra dan pos, pemerhatian dan analisis dokumen bagi

melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan teknik Kad Pintar dalam

meningkatkan kefahaman murid dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil

dalam penulisan ayat.

Data – data ini akan dikumpul dan dianalisis bagi tujuan melihat peningkatan

murid dalam penguasaan kemahiran menulis dan menggunakan huruf besar dan

huruf kecil tanpa sebarang kekeliruan dan kesalahan.

23
2.3.5 Membuat refleksi

Peringkat yang terakhir ini adalah membuat refleksi. Refleksi bertujuan untuk

menerangkan tentang keberkesanan tindakan ini sama ada mencapai objektif kajian

atau tidak. Keberkesanan ini akan dapat dicapai sekiranya semua peserta kajian

berjaya memahami penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan

terutama dipangkal ayat atau kata nama am mahupun kata nama khas. Sekiranya

objektif tidak berjaya, maka pengkaji perlu melakukan kitaran kedua bagi

melaksanakan kajian ini. Pengkaji juga perlu memikirkan bagaimana cara untuk

merancang intervensi yang lebih berkesan andaikata teknik ini tidak berjaya.

Selain itu juga, refleksi bertujuan untuk mengetahui sejauh mana

keberkesanan Teknik Pen Warna dalam membantu menyelesaikan masalah yang

dihadapi oleh peserta kajian. Kekuatan dan kelemahan juga akan dinyatakan dalam

peringkat ini.

24
BAB 3

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis

huruf besar bagi murid tahun Empat Tekun.

3.2 Objektif Khusus

I. Meningkatkan kemahiran menulis penggunaan huruf besar dengan betul

dalam penulisan ayat dengan menggunakan Teknik Pen Warna bagi murid

tahun 4Tekun.

II. Menguji keberkesanan Teknik Pen Warna dalam meningkatkan kemahiran

menulis murid dalam penggunaan Huruf Besar dengan tepat dalam aktiviti

penulisan ayat.

25
3.3 Soalan Kajian

I. Adakah Teknik Pen Warna dapat mengurangkan masalah kekeliruan murid

dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil pada pangkal ayat dalam

penulisan bagi Tahun 4 Tekun?

II. Adakah Teknik Pen Warna berkesan bagi mengatasi masalah kekeliruan

penggunaan huruf besar dan huruf kecil semasa penulisan terutama di

pangkal ayat dan perkataan yang telah dikhaskan dalam kalangan murid 4

Tekun?

26
BAB 4

PESERTA KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sungai Tua Baharu, Selayang Batu

Caves, melibatkan murid tahun Empat Tekun. Kelas tersebut mempunyai bilangan

murid seramai 42 orang dan dikategorikan sebagai kelas yang sederhana. Hasil

tinjauan awal menggunakan pemerhatian, analisis dokumen dan ujian pra dan pos,

pengkaji telah mengesan terdapat lima orang murid mempunyai masalah kekeliruan

dalam menggunakan huruf besar pada tempat yang sepatutnya terutama pada

pangkal ayat. Pengkaji telah memilih 5 orang peserta kajian ini bagi menyelesaikan

masalah tidak tahu menggunakan huruf besar pada tempat yang sepatutnya semasa

aktiviti penulisan diadakan.

Seterusnya, aspek pencapaian akademik murid kelas ini berada pada tahap

pencapaian yang sederhana terutama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Walaubagaimana pun mereka tidak dikategori sebagai murid lemah atau tidak

pandai, tetapi murid dalam kelas 4 Tekun ini kebanyakannya tidak bersungguh-

sungguh semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Maka

dengan ini, mereka sukar untuk memahami apa yang diajar oleh guru terutama

dalam penulisan ayat. Murid dalam kelas 4 Tekun ini juga kurang berminat semasa

aktiviti penulisan dijalankan oleh guru.

27
Kajian ini melibatkan lima orang murid yang telah dipilih oleh pengkaji. Murid

ini terdiri daripada tiga murid lelaki dan dua murid perempuan. Kesemuanya

berbangsa melayu.

Peserta kajian mempunyai pelbagai masalah, antaranya ialah tidak menulis

dengan kemas, sering mencampuradukkan huruf besar dan huruf kecil dalam

penulisan serta tidak tahu untuk menggunakan huruf besar pada kata nama yang

dikhaskan. Maka , pengkaji telah memilih murid-murid ini bagi tujuan membantu

mereka dalam meningkatkan tahap pencapaian akademik terutama dalam penulisan

karangan Bahasa Melayu.

Semua murid 4 Tekun boleh membaca dengan lancar dan boleh membina

ayat penulisan secara sederhana. Walau bagaimanapun, mereka tidak menitik

beratkan penggunaan huruf besar dalam penulisan mereka. Oleh itu, kajian ini

dijalankan sekurang-kurang bagi mengurangkan masalah yang mereka hadapi.

Pada masa yang sama, kajian ini boleh menambah baik amalan pengajaran

pengkaji dalam Bahasa Melayu.. Dalam kajian ini metodologi yang digunakan

tertumpu kepada keberkesanan penggunaan pen berwarna dapat membantu murid

peningkatan pengguasaan huruf besar dalam membina ayat. Di samping itu, kajian

ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah tersebut terhadap peningkatan

minat murid untuk belajar.

28
BAB 5

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Langkah-Langkah Tindakan

Pengkaji bertindak melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kepada peserta

kajian tentang konsep serta penggunaan huruf besar dan huruf kecil pada tempat

atau kedudukan yang sepatutnya mengikut hukum tatabahasa yang betul dengan

menggunakan teknik Pen Warna. Setelah proses pengajaran dan pembelajaran

menggunakan bantuan powerpoint, peserta kajian diberi latihan menulis ayat

dengan menggunakan pen warna merah. Penggunaan pen berwarna merah ini akan

dapat membantu daya ingatan peserta kajian bahawa mereka perlu menulis huruf

diawal ayat menggunakan pen berwarna merah yang disediakan oleh pengkaji.

Justeru itu, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas

Tahun Empat Tekun, pengkaji juga telah memastikan setiap peserta kajian perlu

memulakan permulaan penulisan ayat dengan menggunakan pen berwarna merah

untuk meningkatkan daya ingatan mereka. Pengkaji juga sentiasa mengingatkan

peserta kajian supaya menggunakan pen berwarna merah dalam setiap aktiviti

penulisan yang dilakukan semasa proses ini dilaksanakan terutama semasa

memulakan huruf di pangkal ayat.

Minggu pertama , sebelum menggunakan intervensi menggunakan teknik pen

warna, pengkaji telah menjalankan ujian pra terlebih dahulu. Aktiviti seterusnya

29
membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar ke atas lima

orang peserta kajian yang telah dipilih dengan bantuan perisian powerpoint yang

disediakan oleh pengkaji. Setelah itu peserta kajian diminta mengecam penggunaan

huruf besar pada ayat yang telah dipelajari. Pengkaji meminta peserta kajian

menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar pada tempat yang

sesuai menggunakan pen warna merah yang telah diberikan kepada peserta kajian.

Pada minggu kedua pula, aktiviti kedua telah dijalankan, pengkaji meminta

peserta kajian membaca ayat tanpa huruf besar di pangkal. Setelah itu, peserta

kajian juga diminta menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf

besar pada tempat yang sesuai. Pengkaji juga mengingatkan peserta kajian supaya

menulis huruf besar pada huruf pertama di pangkal ayat dan pada kata nama khas

dengan menggunakan pen berwarna merah yang disediakan oleh pengkaji dengan

panduan dan bimbingan pengkaji.

Pada minggu ketiga , pengkaji menjalankan aktiviti seterusnya , iaitu peserta

kajian diajar membaca ayat tanpa huruf besar di pangkal ayat. Setelah itu peserta

kajian diminta menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar

pada tempat yang sesuai tanpa bimbingan dari pengkaji. Ini bertujuan untuk menilai

samada peserta kajian masih ingat bagaimana menjalankan aktiviti yang sama

seperti sebelum ini.

Akhir sekali pada minggu keempat intervensi ini. Pengkaji telah menjalankan

ujian pos. Ujian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan Teknik Pen Warna yang

telah digunakan dan tahap penguasaan peserta kajian dalam menulis ayat dengan

menggunakan huruf besar dengan betul pada pangkal ayat.

30
Apabila selesai proses intervensi tersebut, pengkaji telah menyemak hasil

ujian pos yang telah diberikan kepada peserta kajian. Pengkaji akan mengumpul

data ujian pra dan ujian pos dengan membandingkan hasil keputusan kedua-dua

ujian tersebut. Pengkaji juga telah melakukan pemerhatian bagi mengumpul data

terhadap tahap keberkesanan kajian ini.

Bagi menunjukkan data dengan lebih jelas, pengkaji telah menyediakan

langkah-langkah tindakan intervensi supaya lebih jelas dalam jadual 3 berikut.

31
Jadual 3

Langkah Pelaksanaan

Minggu Tindakan yang dilaksanakan

M1 Langkah 1

1. Peserta kajian diberi set soalan ujian pra di amna murid diminta untuk
menulis satu petikan dengan menggunakan huruf besar dengan betul.
2. Peserta kajian menjawab soalan
Langkah 2
1. Pengkaji mengumpul data awal berdasarkan ujjian pra yang telah
dilaksanakan.
2. Pengkaji menganalisis data ujian pra yang telah dijalankan.

M2 Langkah 1

1. Pengkaji memperkenalkan Teknik Pen Warna kepada 5 orang peserta


kajian.
2. Peserta kajian diminta untuk membaca ayat mudah yang lengkap dengan
penggunaan huruf besar dari perisisan powerpoint.
Langkah 2
1. Peserta kajian diminta untuk mengecam penggunaan huruf besar yang
terdapat dalam petikan yang ditayangkan dari perisian powerpoint.
2. Peserta kajian diminta menyalin semula ayat yang ditayangkan secara
mekanis.

M3 Langkah 1

1. Pengkaji memberi lembaran kerja yang mengandungi beberapa ayat yang


tidak menggunakan huruf besar.
2. Peserta kajian diminta membaca ayat tanpa huruf besar di pangkal ayat
yang terdapat dalam lembaran kerja.
Langkah 2
1. Peserta kajian diminta menyalin semula ayat tersebut dengan
menggunakan huruf besar pada tempat yang sepatutnya.
2. Pengkaji bersama peserta kajian menyemak bersama-sama dan menulis
huruf besar pada huruf pertama di pangkal ayat dengan menggunakan
pen warna merah dengan bimbingan pengkaji.
Langkah 4
Langkah 1
1. Peserta kajian diberikan lembaran kerja yang seterusnya.
2. Peserta kajian membuat latihan yang terdapat dalam lembaran kerja
tanpa bergantung kepada jadual teknik dan tanpa bimbingan pengkaji.
3. Peserta kajian diberikan Ujian Pos.

___________________________________________________________________

32
5.2 Kaedah Pengumpulan Data

Dalam kajian tindakan ini, proses yang paling penting ialah cara pengumpulan data

oleh pengkaji. Cara pengumpulan data dalam kajian ini, pengkaji telah

menggunakan instrumen pemerhatian, analisis dokumen, dan ujian. Pengumpulan

data ini dijalankan sebelum, semasa dan selepas kajian dijalankan.

5.2.1 Ujian Pra dan Ujian Pos

Dalam apa jua kajian, ujian merupakan instrumen penting yang perlu dijalankan.

Merujuk Buku Manual Kajian Tindakan oleh Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, ujian merupakan

kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi menlai dan mengesan kefahaman

murid terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Terdapat dua jenis ujian,

Ujian Pra dan Ujian Pos. Pengkaji menjalankan ujian ini bertujuan untuk melihat

keberkesanan kaedah yang telah digunakan dan membuat perbandingan antara

kedua-dua ujian tersebut.

Bentuk soalan Ujian Pra dan Ujian Pos adalah sama dan menggunakan aras

yang sama. Ujian Pra menjurus kepada penilaian terhadap peserta kajian dalam

tajuk pembelajaran. Manakala Ujian Pos bertindak sebagai kayu ukur bagi menilai

tahap dan penguasaan peserta kajian berkenaan dengan penggunaan huruf besar

dan huruf kecil pada tempat yang sepatutnya.

33
5.2.2 Pemerhatian

Pemerhatian digunakan untuk merekod tingkah laku dan interaksi peserta kajian

dalam kajian yang dijalankan. Ketika melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran, pengkaji telah menggunakan pemerhatian berstruktur, iaitu dengan

menggunakan instrumen berbentuk senarai semak. Setelah menganalisis instrumen

ini, pengkaji dapat mengetahui sejauhmana tahap serta kebolehan peserta kajian

dalam kemahiran tersebut. Pengkaji juga telah membuat penilaian dan

perbandingan senarai semak yang telah dilakukan.

Tujuan pengkaji menggunakan senarai semak sebagai instrumen kerana ia

lebih mudah berbanding instrumen lain. Pengkaji telah mengumpul , merekod dan

menganalisis setiap dapatan data yang telah diperolehi. Pengkaji juga menggunakan

pemerhatian secara berstruktur bagi melihat perubahan tingkah laku peserta kajian

serta melihat sikap murid secara tidak langsung sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah.

34
5.2.3 Analisis Dokumen

Bagi tujuan menyokong dapatan yang sedia ada dalam kajian ini, pengkaji juga telah

menggunakan instrumen analisis dokumen. Pengkaji telah membuat analisis

dokumen dengan melihat lembaran kerja, buku latihan dan rekod pemarkahan

peserta kajian.

Pengkaji telah menyediakan soalan yang sama untuk ujian pra dan ujian pos

sebanyak dua set soalan yang berbentuk subjektif. Satu set memerlukan peserta

kajian menulis semula ayat menggunakan huruf besar yang betul. Manakala set

soalan kedua pula, peserta kajian dikehendaki menulis semula petikan ayat

menggunakan huruf besar yang betul. Kedua-dua ujian tersebut membawa markah

sebanyak 100 markah. Tujuan pengkaji membuat demikian adalah kerana pengkaji

mahu mengetahui tahap penguasaan peserta kajian dalam penggunaan huruf besar.

Keputusan pemerhatian dianalisis secara deskriptif iaitu secara kekerapan dna

peratusan.

35
5.3 Cara Menganalisis Data

5.3.1 Ujian Pra Dan Ujian Pos

Ujian pra merupakan alat kajian yang pertama yang dijalankan untuk mengumpul

data sebelum pelaksanaan Teknik Pen Warna. Ujian ini sangat penting bagi melihat

tahap pencapaian peserta kajian dalam penggunaan huruf besar pada permulaan

ayat sebelum tindakan dijalankan.

Melalui ujian pos ini pengkaji dapat melihat tahap pencapaian peserta kajian

dalam penggunaan huruf besar di pangkal ayat selepas intervensi dilaksanakan.

Data yang diperoleh daripada ujian ini dapat membantu pengkaji mengetahui sejauh

mana keberkesanan pelaksanaan Teknik Pen Warna dalam penulisan ayat.

Pengkaji telah menyediakan soalan yang sama untuk ujian pra dan pos

sebanyak dua set soalan berbentuk subjektif. Satu set memerlukan peserta kajian

menulis semula ayat menggunakan huruf besar yang betul. Set kedua peserta kajian

dikehendaki menulis semula petikan menggunakan huruf besar yang betul. Kedua-

dua ujian tresebut membawa markah sebanyak 100 markah. Tujuannya ialah untuk

mengetahui tahap penguasaan peserta kajian dalam kemahiran menggunakan huruf

besar dengan betul terutama di pangkal ayat. Keputusan pemerhatian dianalisis

secara deskriptif iaitu kekerapan dan peratusan.

36
Jadual 4

Interprestasi skor markah

Gred Markah Analisa Kelayakan

A 80-100 Cemerlang Lulus

B 65-79 Baik Lulus

C 50-64 Sederhana Lulus

D 40-49 Lemah Gagal

E 00-39 Sangat Lemah Gagal

Inteprestasi data tersebut telah menunjukkan Gred A, B, dan C dikira sebagai lulus,

manakalan Gred D dab E dikira sebagai gagal. Pengkaji akan menyediakan ujian

pos kepada peserta kajian untuk mengetahui tahap penguasaan peserta selepas

menggunakan Teknik Pen Warna dalam penulisan huruf di pangkal ayat atau di

tenpat yang sepatutnya. Selepas data dikumpul, satu jadual akan disediakan bagi

membandingkan ujian pra dan ujian pos.

Pengkaji telah menyediakan graf perbezaan bagi melihat perbezaan antara

ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan sebelum ini. Sekiranya terdapat

peningkatan markah ujian pos berbanding ujian pra yang dilaksanakan dalam kajian

ini, maka ini menunjukkan adanya keberkesanan penggunaan Teknik Pen Warna

yang telah digunakan oleh pengkaji bagi menyelesaikan masalah campur aduk huruf

besar dan huruf kecil dalam penulisan ayat. Justeru , pengkaji berpendapat, Teknik

Pen Warna ini sangat sesuai dan releven untuk digunakan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terutama murid yang lemah dalam

penggunaan huruf besar dan huruf kecil.

37
5.3.2 Pemerhatian

Pemerhatian awal terhadap masalah campur aduk huruf besar dan huruf kecil ini

dilakukan terlebih dahulu sebelum melaksanakan langkah-langkah seterusnya.

Perincian terhadap masalah ini dapat dilihat daripada aspek kebolehan menulis ayat

menggunakan huruf besar pada tempat yang sesuai dan sepatutnya. Pemerhatian

yang dijalankan adalah berkaitan dengan tingkah laku peserta kajian semasa

membuat latihan penulisan menggunakan huruf besar pada ayat sebelum

menggunakan Teknik Pen Warna. Tingkah laku yang dilihat dicatatkan dalam

borang pemerhatian berdasarkan item yang telah disenaraikan. Pemerhatian turut

dilakukan terhadap hasil latihan menulis ayat dan petikan pendek. Kedua-dua

pemerhatian ini perlu dilakukan kerana ia memberikan gambaran awal kepada

pengkaji tentang tahap penguasaan penulisan huruf besar dalam kalangan peserta

kajian melalui tingkah laku yang ditunjukkan sebelum pelaksanaan Teknik Warna.

Keputusan pemerhatian dianalisis secara deskriptif, iaitu secara kekerapan.

38
Jadual 5

Item Senarai Semak

Kod Item Responden

PK1 PK2 PK3 PK4 PK5

1. Murid menulis huruf besar pada

Pangkal ayat.

2. Murid dapat mengesan kesalahan

Huruf besar yang ditulis

3. Murid menulis huruf besar dengan

Pensel warna

4. Murid dapat menyiapkan tugasan

Dalam masa yang ditetapkan.

39
5.3.3 Analisis Dokumen

Pengkaji turut menjalankan analisis dokumen melalui latihan dalam buku tulis

peserta kajian. Pengkaji juga telah menggunakan instrumen analisis dokumen

untuk mendapatkan data dengan tujuan menyokong dapatan yang sedia ada

dalam kajian yang dijalankan ini. Dokumen yang digunakan adalah melalui buku

latihan dan rekod pemerkahan peserta kajian. Setiap kali selesai proses

pengajaran dan pembelajaran penulisan ayat, pengkaji telah mengumpulkan hasil

kerja murid untuk membuat semakan. Melalui cara ini, secara tidak langsung

pengkaji telah dapat menilai tahap perkembangan murid dalam penguasaan

kemahiran berkenaan penggunaan huruf besar dan huruf lecil pada tempat yang

betul dalam penulisan ayat dalam bahasa Melayu. Pengkaji juga telah

menyediakan jadual interpretasi untuk mengutip data kekerapan kesalahan peserta

kajian dalam penguasaan penggunaan huruf besar yang betul pada pangkal ayat.

40
5.4 Cara Menyemak Data

Data –data yang telah dianalisis akan disemak untuk menghasilkan kredibiliti dan

kesahannnya. Oleh yang demikian, data-data yang diperoleh perlu disemak

terlebih dahulu untuk memastikan sejauh manakah kebolehpercayaan terhadap

sata tersebut. Satu kaedah yang boleh digunakan untuk menyemak data ialah

melalui tringulasi. Data tringulasi bermaksud data yang diperoleh daripada dua

atau lebih kaedah yang digunakan dalam satu kajian. Terdapat beberapa tringulasi

yang biasa digunakan dalam menyemak data. Antaranya ialah, tringulasi

penyelidik, tringulasi teori, tringulasi kaedah dan tringulasi persekitaran (Guion,

2002)

Mok Soon Sang (2010) sependapat dengan Denzin (1970) bahawa tringulasi

ini boleh digunakan dalam proses penyelidikan sebagai kaedah bercantum yang

berfungsi untuk memberi sokongan terhadap hasil kajian, melalui data yang

diperolehi melalui sumber lain. Satu kelebihan yang ketara adalah penggunaan

pelbagai teknik pengutipan data akan memberikan pengukuhan data atau tringulasi

yang membantu meningkatkan kesahan kajian yang dijalankan (Marohaini, 2004).

Maka untuk kajian ini, pengkaji menggunakan dua tringulasi iaitu tringulasi data,

tringulasi kaedah.

a) Tringulasi Data

Pengkaji telah menyemak data dengan melihat hubungkait antara data-data yang

diperoleh daripada prose ujian, pemerhatian berstruktur , dan analisis dokumen.

Contohnya, jika skor ujian yang diperoleh peserta kajian adalah tinggi, maka

pengkaji akan melihat bagaimana sikap peserta kajian tersebut semasa menjawab

ujian adakah bertepatan dengan skor ujian yang diperoleh atau pun tidak. Untuk

41
menyokong dapatan data tersebut, pengkaji menjalankan temu bual bersama

peserta kajian bagi mengetahui persepsi mereka sewaktu menjalani ujian.

b) Tringulasi Kaedah

Ini melibatkan pelbagai kaedah sama ada kualitatif mahupun kuantitatif dalam satu-

satu ujian. Jika kesimpulan bagi setiap kaedah yang digunakan itu adalah sama,

maka kesahan akan dapat diwujudkan. Dalam kajian ini, pengkaji telah menilai

dapatan kualitatif dan kuantitatif yang diperoleh semasa proses mengumpul data.

Data kualitatif diperoleh daripada analisis skor ujian yang dijalankan ke atas peserta

kajian.

Selain itu, data yang diperoleh daripada proses analisis dokumen juga boleh

dikategorikan sebagai data kuantitatif kerana data dianalisis adalah berdasarkan

peningkatan pencapaian yang berlaku ke atas peserta kajian , semasa membuat

latihan. Sementara data kuantitatif pula diperoleh daripada bilangan kekerapan yang

dilihat daripada proses pemerhatian berstruktur berdasarkan item pemerhatian.

Rumusan daripada kedua-dua kaedah ini kemudiannya akan disemak dengan

melihat hubung kait serta hasil yang diperoleh daripada setiap kaedah, sama ada

selari atau tidak. Sekiranya hubung kait dan keputusan akhir adalah selari, maka

data yang diperoleh dapat disahkan kredibiliti dan kesahihannya.

42
BAB 6

DAPATAN KAJIAN

Penganalisian data telah dilaksanakan. Data yang diperoleh daripada peserta kajian

telah dikumpulkan dan dianalisis sebaik yang mungkin sebagai satu usaha untuk

menjayakan kajian penyelidikan tindakan ini. Penggunaan perisian tersebut adalah

sebagai teknik analisis data statistik deskriptif seperti kekerapan dan peratusan yang

bermatlamat memerihalkan data dengan jelas. Data – data ini kemudiannya

dipaparkan dalam bentuk jadual atau graf untuk menjawab soalan kajian

43
6.1 Analisis Data

6.1.1 Analisis dapatan ujian pra

Pengkaji telah menyediakan satu set ujian yang telah dijalankan pada waktu yang

telah ditetapkan. Ujian ini bertujuan untuk memperoleh data pencapaian peserta

kajian selepas pada peringkat awal sebelum Teknik Pen Warna diperkenalkan

kepada murid. jadual di bawah menunjukkan dapatan analisis ujian awal yang telah

telah dilakukan oleh pengkaji kepada peserta kajian.

Jadual 6

Markah ujian pra

Bil Peserta Kajian Markah (%) Gred

1 A 35 E

2 B 40 D

3 C 30 E

4 D 30 E

5 E 45 D

44
Jadual 6 tersebut menunjukkan markah yang diperolehi oleh peserta kajian dalam

ujian tersebut. Terdapat 2 orang peserta yang lulus manakala 3 peserta kajian gagal

dalam ujian yang dilakukan. Peserta kajian yang mencapai gred cemerlang dalam

ujian yang dijalankan , tidak perlu menjalani intervensi selanjutnya. Berdasarkan

analisis yang dijalankan, tiada peserta kajian yang lulus dalam ujian pra iaitu menulis

huruf besar dengan betul dalam penulisan. Peserta kajian C dan D mendapat

markah 30% , manakala peserta kajian A, B, dan E masing-masing mendapat

markah 35%. 40% dan 45%.

45
6.1.2 Analisis dapatan Ujian Pos

Pengkaji telah menyediakan satu set ujian yang dijalankan pada waktu yang telah

ditetapkan. Ujian ini bertujuan untuk memperoleh data pencapaian peserta kajian

selepas pembelajaran pengajaran dengan menggunakan Teknik Pen Warna. Jadual

di bawah menunjukkan dapatan analisis dalam ujian pos.

Jadual 7

Markah ujian pos

Bil Peserta Kajian Markah Gred

1 A 90 A

2 B 100 A

3 C 85 A

4 D 90 A

5 E 100 A

Jadual 7 menunjukkan markah ujian akhir yang dijalankan selepas menggunakan

Teknik Pen Warna. Kesemua peserta kajian memperoleh markah yang cemerlang

iaitu melebihi 80% dan mendapat gred cemerlang. Peserta kajian B dan E mendapat

46
markah sebanyak 100%, peserta kajian A dan D mendapat markah 90% manakala

peserta kajian C mendapat markah sebanyak 85%.

6.1.3 Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

Keputusan kedua dua ujian telah dianalisis secara terperinci dan skor ujian telah

direkodkan dalam jadual yang berikut:

Jadual 8

Perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pos

Bil Peserta Kajian Markah Gred Markah Gred Peningkatan

1 A 35 E 90 A 55%

2 B 40 D 100 A 60%

3 C 30 E 85 A 55%

4 D 30 E 90 A 60%

5 E 45 D 100 A 55%

47
GRAF

Perbandingan Markah Ujian Pra Dan Ujian Pos


120

100

80

60 Ujian Pra
Ujian Pos

40

20

0
A B C D E

48
6.2 Dapatan Pemerhatian

Jadual 9

Dapatan Item Senarai Semak

Kod Item Peserta Kajian

PK1 PK2 PK3 PK4 PK5

1. Murid menulis huruf besar pada / / / /

Pangkal ayat

2. Murid dapat mengesan kesalahan / / / /

Huruf besar yang ditulis.

3. Murid menulis huruf besar dengan / / / /

Menggunakan pensel warna

4. Murid dapat menyiapkan tugasan / / / / /

Dalam masa yang ditetapkan

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat , pengkaji dapati majoriti peserta kajian telah

dapat menguasai kemahiran menulis ayat tanpa mencampur adukkan huruf besar

dan huruf kecil dalam penulisan , samada di pangkal ayat atau di tengah ayat.

Peserta kajian juga dapat mengesan kesalahan huruf besar yang telah ditulis.

Walaubagaimanapun, terdapat seorang peserta kajian yang masih melakukan

kesalahan dalam penggunaan huruf besar tetapi bukan kerana tidak faham tetapi

peserta kajian itu cuai dalam menunjukkan peningkatan pada tahap pencapaian

49
dalam ujian. Ini kerana sikap peserta itu sendiri yang tidak teliti dalam penulisan

ayat.

6.3 Dapatan Analisis Dokumen

6.3.1 Dapatan analisis dokumen sebelum bimbingan

Dokumen yang dianalisis adlaah buku latihan dan juga kertas ujian yang diberikan

kepada semua peserta kajian. Analisis dokumen dibuat sebelum dan selepas kajian

dilakukan.

Rajah 3. Contoh 1: Buku latihan peserta kajian sebelum kajian dijalankan.

50
Rajah 3 telah menunjukkan buku latihan peserta kajian yang telah dianalisis

sebelum Teknik Pen Warna diperkenalkan kepada peserta kajian. Berdasarkan

penulisan yang telah dibina, jelas bahawa peserta kajian tidak dapat menulis huruf

besar pada permulaan ayat. Contohnya , peserta kajian telah menulis huruf ‘ t ‘ kecil

bagi perkataan ‘ tetapi’ yang ditulis di pangkal ayat. Selain itu juga, peserta kajian

menulis ‘ A’ besar iaitu perkataan ‘aku’ di tengah ayat, walhal perkataan ‘aku’

sepatutnya ditulis dengan huruf kecil pada huruf ‘a’ tersebut.

51
Rajah 4. Contoh 2: buku latihan peserta kajian sebelum teknik Warna diperkenalkan.

Rajah 4 di atas menunjukkan contoh buku latihan peserta kajian yang disemak oleh

pengkaji untuk dianalisis sebelum melakukan teknik Warna kepada peserta. Ini

bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana tahap murid dalam penulisan

menggunakan huruf besar pada tempat yang sepatutnya. Peserta kajian B turut

melakukan kesalahan yang sama iaitu telah mencampur adukkan huruf besar dan

huruf kecil terutama di pangkal ayat. Misalnya, dapat dilihat dalam buku latihan

tersebut peserta kajian telah menulis huruf ‘o’ kecil bagi perkataan ‘ oleh itu’ yang

ditulis pada pangkal ayat dan huruf ‘D’ besar bagi perkataan ‘Dan’ yang sepatutnya

ditulis dalam huruf kecil kerana ia berada di tengah ayat. Di sini dapat dilihat

masalah peserta yang mencampur adukkan huruf besar dan huruf kecil pada tempat

yang salah mengikut hukum tatabahasa yang betul.

52
Rajah 5: cth kertas ujian....

Rajah 5: contoh 3: kertas Ujian peserta Ujian

Rajah 5 menunjukkan kertas ujian peserta kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji

nagi melihat kejauhmana kemampuan murid dalam menulis penulisan yang betul

dengan menggunakan huruf besar dan huruf kecil pada tempat yang sepatutnya.

Berdasarkan analisis yang dibuat, peserta kajian juga melakukan kesalahan yang

sama seperti peserta kajian lain iaitu melakukan kesalahan dalam menulis huruf

kecil pada pangkal ayat.

53
6.3.2 Dapatan analisis dokumen selepas bimbingan

Bahagian ini menunjukkan analisis dokumen selepas dibuat berdasarkan buku

latihan dan lembaran aktiviti peserta kajian. Kesemua peserta kajian telah diberi

latihan untuk melihat sejauh mana Teknik Warna dapat membantu peserta kajian

dalam menulis huruf besar pada pangkal ayat tanpa mencampur adukkan dengan

huruf kecil di pangkal ayat.

Rajah 6. Contoh 4: Buku Ltihan peserta kajian selepas tindakan dijalankan.

54
Rajah 6 menunjukkan buku latigan salah seorang peserta kajian. Berdasarkan rajah

tersebut, peserta kajian telah dapat menulis menggunakan huruf besar dengan betul

bagi setiap permulaan ayat dan juga tiada kesalahan penggunaan huruf besar

ditengah-tengah ayat. Contoh yang dapat dilihat dari contoh di atas ialah, peserta

mampu menulis perkataan ‘Nama aku Sang Kacip’ telah ditulis mengikut hukum

yang betul iaitu menggunakan huruf ‘N’ besar di pangkal ayat. Contoh seterusnya,

peserta kajian ini menulis huruf ‘S’ besar pada permulaan perenggan kedua iaitu

dengan perkataan ‘ Sang Kacip’. Dengan ini dapat dilihat bahawa peserta kajian

mampu menulis dengan baik setelah Teknik Warna diperkenalkan oleh pengkaji.

55
Gambar 168

Rajah 7. Contoh 5: buku latihan peserta kajian selepas tindakan dijalankan.

Rajah 7 ini juga menunjukkan buku latihan latihan peserta kajian setelah tindakan

dilakukan. Berdasarkan buku latihan tersebut , didapati peserta kajia ini telah dapat

menulis menggunakan huruf besar dengan baik bagi perkataan di pangkal ayat.

Contohnya, huruf ‘N’ besar telah ditulis di panngkal ayat bagi perkataan ‘Nama’ serta

perenggan kedua, peserta ini telah menulis ‘P’ huruf besar bagi perkataan ‘Pada’ di

pangkal ayat dengan betul.

56
Gambar aktivti penulisan.....

Rajah 8. Contoh 6: lembaran aktiviti peserta kajian.

Rajah 8 merupakan lembaran kerja yang telah dibuat oleh peserta kajian.

Berdasarkan lembaran kerja tersebut, peserta kajian telah dapat mengenal pasti

perkataan yang perlu ditulis dengan menggunakan huruf besar. Peserta kajian telah

membulatkan huruf yang perlu ditulis dengan huruf besar sebelum menyalin

keseluruhan ayat yang diberikan oleh pengkaji.

Oleh itu, berdasarkan analisis dokumen yang dilakukan, pengkaji dapati kebanyakan

peserta kajian telah dapat menguasai kemahiran menulis ayat dengan

menggunakan hurf besar pada pangkal ayat dengan betul tanpa mencampur

adukkan dengan huruf kecil. peserta kajian juga dapat mengesan huruf besar yang

telah ditulis.

57
BAB 7

RUMUSAN KAJIAN DAN REFLEKSI

7.1 Rumusan Kajian

Sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak menggunakan huruf besar

di tempat yang sepatutnya ketara berkurangan. Secara tidak langsung penggunaan

Teknik Pen Warna juga menunjukkan peningkatan di luar jangkaan pengkaji. Ini

telah melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan

guru untuk menyemak hasil kerja murid. Sebagai guru mata pelajaran Bahasa

Melayu, pencapaian murid dalam penggunaan huruf besar banyak membantu bagi

meningkatkan peratus keseluruhan ujian di samping membantu meningkatkan

prestasi mata pelajaran lain.

Kajian ini merupakan salah satu kajian tindakan yang dijalankan oleh guru bagi

menyelesaikan permasalahan murid dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik darjah. masalah kesalahan mencampur adukkan huruf besar dan huruf kecil di

pangkal ayat ini boleh dikatakan sentiasa berlaku disetiap sekolah terutamanya

murid yang berada di kelas yang agak terkebelakang.

Hasil dari analisis yang telah dilakukan oleh pengkaji, pengkaji dapati kesemua

objektif kajian telah tercapai dengan jayanya. Teknik Pen Warna mampu membantu

murid-murid meningkatkan kemahiran menulis terutamanya dalam mengatasi

masalah kekeliruan penggunaan huruf besar mahupun huruf kecil di pangkal ayat. Ia

juga dapat menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran pengkaji sebagai

58
guru Bahasa Melayu dalam membantu murid-murid yang lemah dalam menulis huruf

besar di pangkal ayat dengan betul.

59
7.1.1 Persoalan kajian 1

Adakah Teknik Pen Warna (Merah) dapat meningkat kemahiran menulis huruf besar

pada pangkal ayat dengan betul bagi murid Tahun 4 Tekun?

Melalui dapatan analisis data ujian pra dan ujian pos dalam jasual 8,

menunjukkan penggunaan Teknik Pen Warna (Merah) dapat meningkatkan

kemahiran menulis huruf besar pada pangkal ayat dengan betul tanpa mencampur

adukkan dengan huruf kecil dalam penulisan murid.

Peserta kajian telah menunjukkan peningkatan markah pencapaian setelah

Teknik Pen Warna (Merah) diperkenalkan oleh pengkaji. Kesemua peserta kajian

mampu mencapai markah Gred A dalam ujian Pos yang telah dilakukan sebelum ini.

Hasil dapatan daripada pemerhatian dan analisis dokumen juga mendapat

pencapaian yang baik. Kebanyakan murid telah dapat menguasai kemahiran

menulis ayat dengan menggunakan huruf besar pada pangkal ayat tanpa sebarang

kesalahan.

60
7.1.2 Persoalan Kajian 2

Adakah Teknik Pen Warna (Merah) berkesan bagi mengatasi masalah kekeliruan

penggunaan huruf besar di pangkal ayat dengan betul dalam kalangan murid Tahun

4 Tekun?

Pengkaji mendapati melalui analisis data pemerhatian, peserta kajian telah

dapat mengenal pasti kesalahan penggunaan huruf besar yang mereka telah

lakukan. Peserta kajian juga telah memperbetulkan setiap kesalahan yang mereka

lakukan tanpa arahan pengkaji. Ini bermakna peserta kajian dapat mengenal

kesalahan diri sendiri dalam penggunaan huruf besar di tempat yang sepatutnya.

Selain itu, peserta juga dapat membuat latihan dari lembaran kerja yang diberikan

oleh pengkaji berkaitan dengan penggunaan huruf besar. Dengan ini persoalan

kajian 2 ini dapat disimpulkan bahawa penggunaan Teknik Pen Warna (Merah) ini

mampu mengatasi kekeliruan penggunaan huruf besar di pangkal ayat dengan betul

di kalangan murid 4 Tekun.

Secara kesimpulannya, dengan menggunakan Teknik Pen Warna (Merah)

telah berjaya menjawab kedua-dua persoalan kajian. Dengan ini, objektif kajian telah

berjaya dicapai oleh pengkaji dan Teknik Pen Warna (Merah) ini mampu membantu

murid dalam mengatasi masalah kekeliruan penggunaan huruf besar di pangkal ayat

mahupun di tempat yang sepatutnya digunakan.

61
7.2 Refleksi

Penyelidikan tindakan merupakan perkara yang baharu bagi saya. Saya telah

mempelajari bagaimana untuk merancang dan melaksanakan penyelidikan tindakan

berdasarkan masalah yang dihadapi oleh murid. Perkara baharu yang telah saya

pelajari termasuklah cara mengumpul, menganalisis dan menyemak data dan

seterusnya cara menulis laporan yang betul.

Kajian ini dilaksanakan bagi membantu murid mengatasi masalah

kekeliruan dalam penggunaan huruf besar yang dihadapi. Masalah ini

sememangnya memberi kesan yang besar kepada hasil penulisan murid jika tidak

dibendung pada peringkat awal. Walaubagaimanapun kajian ini memberi fokus

kepada satu daripada cabang yang amat kecil dalam kemahiran menulis, namun

impak daripada hasil tindakan ini mungkin akan memberikan kesan jangka masa

panjang kepada murid dan seterusnya berkemungkinan akan mempengaruhi masa

depan murid tersenbut.

Di samping itu, pengkaji belajar pentingnya mematuhi etika semasa

melaksanakan penyelidikan. Pelaksanaan penyelidikan tindakan telah membentuk

diri saya sebagai seorang guru Bahasa Melayu yang perlu menguasai pelbagai jenis

kemahiran. Sebagai seorang guru, saya perlu mempunyai pelbagai jenis kemahiran

termasuklah kemahiran mengurus, kemahiran belajar, kemahiran merancang,

kemahiran berfikir, kemahiran komunikasi dan kemahiran menilai.

Kemahiran berkomunikasi yang baik amat penting bagi melancarkan

perancangan tindakan agar ia dapat dilaksanakan dengan baik. Kajian tindakan ini

62
bukan sahaja membantu murid-murid tetapi juga dapat menambah baik amalan

pengajaran pengkaji dalam bilik darjah. Melalui kajian ini juga, pengkaji dapat

menjana idea serta memikirkan kaedah dan strategi yang boleh digunakan dalam

menjawab segala persoalan kajian.

Objektif utama kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan

murid dalam penggunaan huruf besar tanpa sebarang kekeliruan. Kajian ini adalah

kajian tindakan yang juga berlandaskan model kajian tindakan Lewin dan Laidlaw.

Kajian ini menggunakan tiga instrumen pengumpulan data iaitu pemerhatian,

analisis dokumen dan ujian.

Dapatan yang diperoleh hasil daripada kitaran satu yang dilakukan,

pengkaji mendapati kaedah ini berjaya mengurangkan masalah penggunaan huruf

besar oleh murid Tahun 4 Tekun. Kebanyakan peserta kajian merasakan teknik ini

agak seronok dan tidak memberi tekanan kepada mereka.

Berdasarkan hasil analisis data dan dapatan kajian, saya dapati kesemua

objektif kajian telah dicapai dengan baik. Teknik Pen Warna (Merah) dapat

membantu murid –murid menulis huruf besar di pangkal ayat dengan betul. Teknik

Pen Warna (Merah) juga dapat mengatasi masalah kekeliruan penggunaan huruf

besar tanpa mencampur adukkan dengan huruf kecil. Teknik ini juga dapat

meningkatkan pencapaian gred peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

63
BAB 8

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN.

Setelah melaksanakan penyelidikan tindakan ini, pengkaji mendapati bahawa perlu

ada beberapa cadangan tindakan susulan dan penambahbaikkan dalam kajian yang

seterusnya. Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi mutu hasil dapatan yang

diperolehi pengkaji daripada peserta kajian.

Cadangan yang perlu diberi tindakan susulan oleh pengkaji ialah, pengkaji

perlu memberikan peneguhan positif kepada murid-murid bagi menarik minat

mereka dalam matapelajaran Bahasa Melayu terutama dalam memperbaiki

penguasaan tatabahasa murid. Antara peneguhan positif yang boleh dilakukan oleh

pengkaji ialah , memberikan ganjaran kepada murid contohnya , memberi ganjaran

token seperti kad penanda buku, sticker berbentuk smile dan meminta murid

mengumpul ganjaran tersebut. Pendekatan ini secara tidak langsung akan membina

semangat murid untuk belajar dan memberi lebih tumpuan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ia juga boleh menimbulkan

semangat persaingan dalam kelas dengan mengumpul token siapa yang paling

banyak terkumpul.

Pengkaji mencadangkan kajian yang akan dilakukan selanjutnya perlulah

diperbanyakkan latih tubi kepada peserta kajian. Manakala soalan yang dibina perlu

dipelbagai supaya tahap penguasaan dan pemahaman peserta kajian dalam isu ini

akan lebih meningkat.

64
RUJUKAN

65
LAMPIRAN

66

Вам также может понравиться

  • PTM Tugasan 2
    PTM Tugasan 2
    Документ9 страниц
    PTM Tugasan 2
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Pi
    Pi
    Документ8 страниц
    Pi
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Baju Baru
    Baju Baru
    Документ4 страницы
    Baju Baru
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Lampiran A
    Lampiran A
    Документ4 страницы
    Lampiran A
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • PARTI
    PARTI
    Документ5 страниц
    PARTI
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Isi Kandungan Tugasan 1
    Isi Kandungan Tugasan 1
    Документ1 страница
    Isi Kandungan Tugasan 1
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Sastera Maniyamin Kritikan Teks
    Sastera Maniyamin Kritikan Teks
    Документ4 страницы
    Sastera Maniyamin Kritikan Teks
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Bahan
    Bahan
    Документ13 страниц
    Bahan
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Esemen Kesusasteraan
    Esemen Kesusasteraan
    Документ6 страниц
    Esemen Kesusasteraan
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Cover Budaya
    Cover Budaya
    Документ1 страница
    Cover Budaya
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Esaimen Kak Peah
    Esaimen Kak Peah
    Документ12 страниц
    Esaimen Kak Peah
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Kajian Ana
    Kajian Ana
    Документ55 страниц
    Kajian Ana
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Exam BM
    Exam BM
    Документ31 страница
    Exam BM
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Asas 1
    Asas 1
    Документ3 страницы
    Asas 1
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Kebudayaan KKP
    Kebudayaan KKP
    Документ10 страниц
    Kebudayaan KKP
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Esaimen 2 Asas Kepimpinan
    Esaimen 2 Asas Kepimpinan
    Документ6 страниц
    Esaimen 2 Asas Kepimpinan
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Kebudayaan KKP
    Kebudayaan KKP
    Документ10 страниц
    Kebudayaan KKP
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Isi Kandungan2
    Isi Kandungan2
    Документ1 страница
    Isi Kandungan2
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Perkamusan
    Perkamusan
    Документ6 страниц
    Perkamusan
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Isi Kandungan2
    Isi Kandungan2
    Документ2 страницы
    Isi Kandungan2
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Isi Kandungan P.A
    Isi Kandungan P.A
    Документ1 страница
    Isi Kandungan P.A
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • 4 Oktober
    4 Oktober
    Документ5 страниц
    4 Oktober
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Isi Kandungan
    Isi Kandungan
    Документ1 страница
    Isi Kandungan
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Istilah Ana Dayah
    Istilah Ana Dayah
    Документ18 страниц
    Istilah Ana Dayah
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Perkamusan
    Perkamusan
    Документ6 страниц
    Perkamusan
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Semantik Dan Linguistik
    Semantik Dan Linguistik
    Документ12 страниц
    Semantik Dan Linguistik
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Istilah Ana Dayah
    Istilah Ana Dayah
    Документ18 страниц
    Istilah Ana Dayah
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Hub Etnik
    Hub Etnik
    Документ7 страниц
    Hub Etnik
    qaseh282
    Оценок пока нет
  • Pend Inklusif
    Pend Inklusif
    Документ6 страниц
    Pend Inklusif
    qaseh282
    Оценок пока нет