Вы находитесь на странице: 1из 11

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Matematik

Tahun : 4 Mawaddah

Bilangan Murid : 38 orang

Tarikh/Hari : Rabu (12 Jun 2019)

Masa : 10:10 pagi-11:10 pagi (1 jam)

Bidang Pembelajaran : Nombor dan Operasi

Tajuk : Perpuluhan

Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengenal konsep pendaraban dan mengenal nombor-nombor berkaitan dengan perpuluhan.

Standard Kandungan : 8.5 Pendaraban nombor perpuluhan

Standard Pembelajaran : (i) Mendarab nombor perpuluhan dengan nombor satu digit dan hasilnya hingga tiga tempat perpuluhan.

(ii) Mendarab nombor perpuluhan tiga tempat perpuluhan dengan 10, 100 dan 1000.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid berupaya untuk :

a) Mendarab nombor perpuluhan dengan nombor satu digit dan hasilya hingga tiga tempat perpuluhan
menggunakan bentuk lazim.

b) Mendarab nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan dengan 10, 100 dan 1000.

Pentaksiran : a) Semasa murid menyelesaikan masalah, guru buat pantauan dan pemerhatian.

b) Guru menyemak jawapan murid pada buku latihan masing-masing dan lembaran kerja.

Elemen Merentasi Kurikulum : a) Kemahiran Berfikir –menghubung kait, menganalisis,

b) Nilai dan Sikap –Sistematik, Berani

Amalan Pedagogi Masakini : Kreatif


Kemahiran Insaniah : Penyelesaian masalah.

Kemahiran Proses Matematik : Komunikasi dan interaksi dalam aktiviti berkumpulan antara murid dan guru.

Murid melakukan hubung kait dan penaakulan dalam membuat perwakilan dan perkaitan.

Bahan Bantu Mengajar : Buku Teks, buku latihan, papan putih lembaran kerja

Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi KB

5 minit PERSEDIAAN MURID 1. Guru mengimbas kembali tentang -Menganalisis


penyelesaian pendaraban melibatkan
-Menghubung kait
nombor bulat dalam bentuk lazim.

2. Murid perlu menyatakan perbezaan


nombor bulat dan nombor perpuluhan. Nilai & Sikap
3. Murid diberitahu tentang objektif pelajaran -Sistematik
hari ini.

BBM

-Papan Putih
Langkah 1 MENDARAB NOMBOR PERPULUHAN 1. Murid ditunjukkan tiga contoh pendaraban KB
DENGAN NOMBOR SATU DIGIT DAN melibatkan nombor perpuluhan.
15 minit -Menganalisis
HASILNYA HINGGA TIGA TEMPAT
2. Murid diterangkan tentang cara mendarab
PERPULUHAN. -Menghubung kait
melibatkan nombor perpuluhan
menggunakan bentuk lazim.

3. Murid perlu menyelesaikan tiga soalan Nilai & Sikap


2 × 0.9 = 1.8 pendaraban melibatkan nombor
perpuluhan. -Sistematik

4. Wakil murid tampil ke depan untuk -Berani


6 × 3.28 = 19.68
melakukan soalan dengan pengiraan Kemahiran
bentuk lazim. Insaniah
2 × 13.413 = 26.826 5. Murid menyemak jawapan masing-masing -Penyelesaian
bersama dengan guru. masalah

8 × 12.658 = 101.264

7 × 19.403 = 135.821 BBM

-Buku teks

-Buku Latihan
5 × 27. 103 = 135.515
Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan

Langkah 2 MENYELESAIKAN MASALAH MELIBATKAN 1. Murid diberikan soalan penyelesaian KB


NOMBOR PERPULUHAN DALAM BENTUK masalah yang melibatkan pendaraban -Menganalisis
10 minit
LAZIM. nombor perpuluhan. -Menghubung kait

2. Murid menjawab soalan dalam tempoh


Nilai & Sikap
yang ditetapkan.
-Sistematik
3. Murid dibimbing oleh guru untuk -Berani
menyelesaikan masalah tersebut
menggunakan bentuk lazim. Amalan Pedagogi
Masakini
4. Murid menyemak jawapan bersama guru. -Kreatif

BBM
-Buku teks
-Buku latihan
Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan

KB
MENDARAB NOMBOR PERPULUHAN TIGA
Langkah 3 TEMPAT PERPULUHAN DENGAN 10, 100 -Menganalisis
DAN 1000 -Menghubung kait
1. Murid ditunjukkan teknik darab dengan
15 minit i) darab dengan
mudah melibatkan nombor bulat 10, 100
nombor 10-gerak 1 kali ke dan seribu
kanan. Nilai & Sikap

darab dengan -Sistematik


2. Murid dibimbing untuk mendarab nombor
ii) nombor 100-gerak 2 kali ke perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan -Berani
kanan. dengan nombor bulat 10
iii) darab dengan BBM
nombor 1000-gerak 3 kali ke
3. Murid melalukan pendaraban melibatkan -Papan putih
kanan. nombor perpuluhan hingga tiga tempat
perpuluhan dengan nombor bulat 100

5.283 x 10 = 52.83 4. Murid mendarab nombor perpuluhan


hingga tiga tempat perpuluhan dengan
10 x 3.4555 =34.55 nombor bulat 1000.
52.83

0.097 x 100 = 9.7


52.83
100 x 5.613 = 561.3
52.83
6.176 x 1000 = 6176

1000 x 3.265 = 3265


Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan

Langkah 4 1. Murid diberi lembaran kerja untuk KB


diselesaikan. -Menganalisis
10 minit LEMBARAN KERJA
-Menghubung kait
2. Murid perlu menjawab soalan yang guru
tetapkan di dalam kelas.
Nilai & Sikap
3. Soalan yang lain perlu diselesaikan di -Sistematik
rumah
BBM
4. Jawapan akan dibincangkan di awal -Lembaran kerja
pembelajaran pengajaran yang akan
datang.

Penutup RUMUSAN 1. Murid menyatakan apa yang diperoleh


pada pembelajaran pada hari tersebut.
5 minit
2. Guru menyatakan semula objektif
pembelajaran pada hari tersebut.
LEMBARAN KERJA

NAMA: ________________________________________________
KELAS:_____________

1. 6 X 7.5= 2. 3 X 6.42= 3. 5 X 0.946 =

4. 9 X 17.042= 5. 7 X 34.72= 6. 4 X 26.408=

7. 6 X 43.804= 8. 9 X 8.96= 9. 2 X 38.627=

10. 10 X 10.08= 11. 10 X 3.824= 12. 100 X 3.2=

13. 100 X 0.048= 14. 1000 X 4.845= 15. 1000 X 7.508=


Jarak dari rumah Mohan ke sekolah ialah 3.45 km. jarak
dari rumah Herman ke sekolah adalah 2 kali dari rumah
Mohan ke sekolah. Hitungkan jarak dari rumah Herman ke
sekolah.

Shima membeli sebuah beg berharga RM 48.50. Jika


Shima membeli 3 buah beg yang sama, berapakah
jumlah wang yang perlu Shima ada?

Jisim kotak A adalah 6 kali ganda daripada jisim kotak B.


jisim kotak B ialah 64.75. Kira jisim bagi kotak A.

Jojo berjoging sejauh 3.628 km setiap hari. Hitung jumlah


jarak dalam km, yang dilaluinya dalam 2 minggu.
REFLEKSI

Setelah melaksanakan pdpc, saya dapati terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan sepanjang
pdpc dijalankan. Antara kekuatan pdpc yang dilaksanakan adalah murid menunjukkan sikap yang
baik dan respon positif memandangkan ini merupakan kelas pertama bersama 4 Mawaddah.
Pada awalnya, saya mengadakan sesi suai kenal bersama murid kelas tersebut bagi menjalinkan
hubungan mesra di antara guru dan murid. Setelah itu, saya memulakan pengajaran sebenar dan
apa yang saya dapati hampir keseluruhan murid di dalam kelas memberikan respon seperti
mengangkat tangan apabila diajukan soalan. Maksudnya, murid di sini menunjukkan kerjasama
yang baik dan memberangsangkan pdpc saya.

Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan yang tersenarai sepanjang pdpc
dijalankan. Antaranya, kawalan kelas yang kurang memberangsangkan. Di awal pembelajaran,
suasana kelas dalam keadaan tidak terkawal mengakibatkan pdpc saya terganggu kerana murid
tidak memberi fokus semasa guru mengajar. Terdapat juga murid yang berjalan di sekeliling kelas
dan asyik ke tandas. Hal ini, telah menyebabkan saya berasa sedikit terganggu kerana saya
rasakan pdpc yang dilaksanakan adalah bosan dan tidak menarik.

Selain itu, kekurangan yang ada pada pdpc saya adalah tidak menyediakan soalan yang
banyak. Hal ini kerana, hampir semua murid kelas 4 Mawaddah memilik tahap kognitif yang tinggi
di mana kebanyakkan mereka suka akan pelajaran Matematik dan sukakan latihan yang banyak.
Pada hari tersebut, saya menyediakan soalan dalam kuantiti yang sedikit dan aras soalan adalah
mudah mengakibatkan mereka dapat menyelesaikan masalah dengan cepat dan pantas.
Selepas menyiapkan tugasan, mereka mula membuat bising dan kerja masing-masing serta
keadaan kelas menjadi tidak terkawal.

Oleh yang demikian, bagi mengatasi kekurangan dan kelemahan pdpc saya, terdapat
beberapa penambahbaikan yan boleh dilaksanakan untuk pengajaran akan datang. Antaranya,
saya boleh menerapkan unsur “power teaching” untuk mengawal kelas semasa keadaan kelas
yang tidak terkawal. Contohnya, saya boleh bunyikan wisel dan semua orang tidak boleh
bergerak (freeze). Wisel kedua dibunyikan barulah mereka bergerak ke tempat duduk mereka. Di
samping itu, saya juga perlu bersedia dengan soalan yang banyak serta mencabar agar dapat
menguji tahap kognitif mereka memandangkan kebanyakkan ahli kelas tersebut pandai dalam
matematik. Saya juga perlu menyediakan soalan pelbagai aras kebolehan kerana murid pandai
memerlukan aktiviti pengayaan yang lebih berbanding murid yang lemah. Saya juga perlu
mencari idea yang kreatif dan menarik untuk memastikan murid di dalam kelas semangat untuk
belajar dan fokus mereka terjaga.

Вам также может понравиться