Вы находитесь на странице: 1из 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SEPULAU

16700 CHERANG RUKU, PASIR PUTEH,


KELANTAN. DARUL NAIM
NO.TEL/FAKS : 09-7520043/09-7520046 E-MEL: skksdba4277@gmail.com
Webpage : http://sksepulau.kelantan.edu.my

SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

BIDANG TUGAS

1. Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan 1 (Pent.)
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan kebajikan
pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin
sekolah serta penyeliaan asrama.
4. Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam perkara-perkara di atas.
5. Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

SENARAI TUGAS

Pembangunan Diri Pelajar.

Disiplin

1. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai –nilai murni


2. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan
3. Menjadi penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar tatatertib dan salah
laku.
5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan pelajar.
6. Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/ penjaga.

Program Perlindungan Pelajar.

1. Meracang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain
diperingkat sekolah.
2. Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan.

Kesihatan

1. Menguruskan kemudahan rawatan pelajar.


2. Memastikan program-program kesihatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan
3. Menyelaraskan penyeliaan kantin sekolah.
4. Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar.

Skim Pinjaman Buku Teks


1. Menyelaraskan pengeluaran, data pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks.
2. Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT.
3. Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan SPBT.

Biasiswa dan Bantuan.

1. Menyelenggarakan Perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.


2. Mengemaskinikan rekod biasiswa dan bantuan
3. Menguruskan tuntutan bayaran biasiswa pelajar.

Pengurusan

1. Menguruskan dan mengemaskinikan buku rekod pendaftaran pelajar.


2. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar.
3. Menguruskan pertukaran pelajar.
4. Menyemak buku kedatangan harian pelajar.
5. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran Sijil Berhenti Sekolah.
6. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah
7. Membantu merancang takwim sekolah.
8. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar
dari semasa ke semasa.

Вам также может понравиться