Вы находитесь на странице: 1из 1

(PEMBANGKANG)

‘FENOMENA KUASA TULAR JARINGAN SOSIAL BERKESAN’


YB NURAIN HIDAYAH BINTI ROSLI.

Menurut laporan media rasmi New Zealand sehingga artikel ini


ditulis, pada Jumaat, 15 MAC 2019 kira kira pukul 1:40 tgh hari,
insiden tembakan ke atas umat islam di masjid Al Noor dan
masjid Linwood di Christchurch, New Zealand telah
mengakibatkan 50 kematian dan puluhan lagi cedera. Serangan
di 2 masjid ini jelas menggambarkan islamophobia yang
semakin menebal kini. Islamofobia merujuk kepada ketakutan
tidak rasional atau amat benci islam dan penganutnya. Pada
1997, Badan Amanah RunnyMede mentakrifkan islamophobia
sebagai rasa takut dan benci terhadap islam lalu membawa
kepada rasa takut dan tidak suka orang islam. Badan tersebut
menyatakan ia juga merujuk kepada amalan
mendiskriminasikan orang islam dengan mengasingkan mereka
daripada kegiatan ekonomi,social dan kehidupan masyarakat.
Dan ini terbukti bahawa perpecahan umat berlaku tidak kira
bangsa mahupun agama. Kes tular ini juga mendapat kecaman
seluruh dunia. Jadi, dimanakah yang dikatakan dengan Jaringan
sosial berkesan ?

Вам также может понравиться