Вы находитесь на странице: 1из 3

Assalamualaikum w.b.

Telah termaktub dalam sejarah, tanggal 1 Muharram pada tahun pertama hijrah. Maka bermulalah
pembentukan era ketamudunan manusia berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Inilah yang dikatakan
sebagai konsep Wahdah Fikrah Wal Jamaah gagasan Nabi Muhammad S.A.W lambang kesatuan ummah.

Kalungan apresiasi saya hulurkan buat saudara/I pengerusi, kombinasi intelektual kehakiman bervisi,
seterusnya hadirin/at yang dikasihi lagi dekat di hati.

MASYARAKAT BERILMU MEMACU INTEGRITI.

Hadirin masyarakat berilmu membawa konotasi sebuah kelompok individu yang mempunyai
pengetahuan dan kepandaian. Manakala frasa memacu integriti dapatlah ditakrifkan sebagai terdorong
dengan sifat kejujuran. Secara totalnya, tajuk ini akan memperkatakan tentang keutuhan negara dapat
dibentuk andainya kelompok individu mempunyai pengetahuan dan kepandaian yang luas beserta
dengan integriti yang terpuji.

Hadirin/at 4 Fikrah utama akan kita telusuri bersama.

Pertama: Ilmu, Integriti Membentuk Negara Sejahtera

Sabda rasulullah S.A.W

Barangsiapa yang mencari jalan untuk menuntut ilmu nescaya Allah S.W.T akan memudahkan jalan
untuknya ke syurga.

Hadirin melalui hadis ini, sudah jelas bahawa Allah S.W.T akan sentiasa memberkati dan merahmati
golongan orang yang berilmu dengan limpah dan inayahnya. Sebagai contoh, tokoh pelajar cemerlang
SPM pada tahun 2007 yang juga merupakan tokoh nilam peringkat kebangsaan memperoleh 21A dalam
peperiksaan SPMnya yang lalu. Saudara Nor Azali Azlan telah membuka mata Malaysia melalui ilmu,
melalui integriti dan melalui kesungguhan yang beliau utamakan dalam kehidupan seharian.

Tegasnya: Ilmu, Integriti Membentuk Negara Sejahtera

Kedua: Ilmu Al-Quran Asas Masyarakat Berintegriti

Al-Quran ialah kitab yang termaktub segala ilmu di dalamnya dan tiada sempadan. Penghayatan ilmu
Al-Quran ternyata mampu melahirkan masyarakat yang dinamik, efektif dan futuristic. Bukan itu sahaja,
sejarah juga telah membuktikan penguasaan dan pengaplikasian ilmu Al-Quran mampu melahirkan
intelegensia seperti Ibnu Rusd, Ibnu Sina dan Ibnu Battutah.

Sabda Rasulullah S.A.w

Telah aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, selagi mana kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya
nescaya kamu tidak akan sesat.
Sudah terang lagi bersuluh kita diajar untuk beriman dan mengenali tuhan agar hidup lebih tenang.
Perkara ini dapat saya gambarkan melalui kehebatan dan kefaqihan para ulama’ dalam bidang keilmuan
seperti Sheikh Yusuf Al-Qardhawi (Ulamak Kontemporari masa kini). Inilah sinar kejayaan yang hakiki.

Tegasnya: Ilmu Al-Quran Asas Masyarakat Berintegriti

Ketiga: Masyarakat Berilmu Menjana Kemajuan Negara

Hadirin, dalam usaha melahirkan sebuah negara yang maju, setiap individu mestilah mempunyai
pengetahuan yang baik dalam kepelbagaian bidang. Hal ini kerana Allah S.W.t telah berfirman dalam
Surah Al-Mujadalah ayat 11

Allah S.W.T akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara dan orang-orang yang di beri ilmu
pengetahuan dengan beberapa darjat.

Hal ini terbukti apabila Negara Jepun cuba menerapkan satu konsep pendidikan sepanjang hayat tanpa
mengira yang tua mahupun yang muda. Bukan itu sahaja Negara Malaysia juga mampu merealisasikan
falsafah pendidikan negara iaitu dalam usaha melahirkan generasi berminda kelas pertama dan modal
insan yang berkualiti agar negara kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
negara-negara maju yang lain. Ingatlah sidang dewan sekalian

Allah S.W.T tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubahnya sendiri .

Tegasnya: Masyarakat Berilmu Menjana Kemajuan Negara

Keempat: Keluarga Berintegriti Asas Masyarakat Berkualiti

Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali-Imran ayat 104

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, berbuat makruf
dan mencegah kemungkaran.

Hadirin melalui ayat ini jelas bahawa peranan dalam mendidik anak-anak bermula dari dalam rumah
melalui ibu-bapa dan keluarga yang mempunyai sifat integriti. Sebagai contoh Asy-Syahid Ahmad
Ammar Ahmad Azzam yang menggegarkan nama Malaysia di Bumi Turki menurut ayahnya, “apabila aku
nawaitukan anakku ini untuk Allah dan Rasul-NYA, perancangan Allah berjalan dengan cara yang tiada
mampu untuk aku membayangkan apalagi untuk aku memahaminya. Kematian Ammar telah mengajar
aku banyak mengenai Kebesaran Allah S.W.T. Subhanallah tuan-tuan dan puan-puan , andai kata setiap
keluarga muslim mampu meletakkan misi dan visi yang hebat ini sewaktu mendidik anak-anak mereka
supaya mengaplikasikan semangat untuk menyumbang kepada umat, pasti PASTINYA negara kita akan
menjadi sebuah negara yang mempunyai pemuda-pemuda yang berilmu dan berintegriti seperti
Baginda Rasulullah S.A.W.

Tegasnya: Keluarga Berintegriti asas Masyarakat Berkualiti


Konklusinya, masyarakat yang berilmu dalam kepelbagaian bidang mampu memacu integriti sekaligus
melahirkan kualiti komuniti yang mempunyai sifat terpuji. Namun hari ini, dunia seakan penat,
menyaksikan kemelut sosial kian melarat. Untuk menjadi hebat, ilmu dan integriti perlu diangkat , bukan
korupsi yang menjadi syarat. Ayauhlah kita bersama membina acuan negara Islam yang kita impikan.

Assalamualaikum W.B.T

Andai saya seorang pemerhati, berikan saya 10 orang remaja berminda perdana akan saya gegarkan
dunia ini untuk Malaysia.

Sekian terima kasih.

(Muhammad Harith Bin Md.Wi)

(SMA Nahdzah)

(Pidato Bahasa Melayu)

Вам также может понравиться