Вы находитесь на странице: 1из 3

TUGASAN 1: LAPORAN POST MORTEM

Pada 3 Januari 2019 sehingga 14 Mac 2019, sebuah penubuhan gerak kerja telah
ditubuhkan bagi menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan 2019 IPG Kampus
Pendidikan Islam kali ke-14 yang telah dilaksanakan di Stadium INSPENS, Bandar
Baru Bangi pada hari Khamis bertarikh 14 Mac 2019. Terdapat 19 jawatankuasa telah
ditubuhkan bagi menjayakan kejohanan olahraga ini. Sepanjang perlaksanaan gerak
kerja ini dilaksanakan terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penekanan agar
proses penambahbaikan dapat dibuat. Tujuannya bagi memastikan kejohanan
olahraga yang akan diadakan pada masa akan datang berjalan dengan lebih lancar.
Oleh yang demikian tugasan pertama MPU3071 memerlukan saya untuk membuat
satu post mortem tentang kejohanan olahraga yang diadakan pada tahun ini sebagai
cadangan penambahbaikan untuk masa akan datang.
Antara kekuatan yang dapat diperhatikan semasa berlangsungnya kejohanan
olahraga pada tahun ini ialah perlaksanaan hari kejohanan dibuat di stadium luar iaitu
Stadium INSPEN. Perkara ini dapat dilihat dari aspek keselasaan, ukuran track
padang mengikut piawai dan dan pelajar IPG dapat merasai suasana berrlainan
berbandingan mengadakan kejohanan olahraga di IPG. Apabila di Stadium INSPEN,
keselesaan para pensyarah dan pelajar terjamin kerana adanya tempat duduk
mencukupi dan stadium tersebut lengkap dengan kemudahan infrastruktur seperti
tandas yang banyak, bilik persalinan, bilik VIP dan surau. Hal ini memudahkan
jawatankuasa pelaksana untuk mengawal pergerakan pelajar supaya kejohanan dapa
berlangsung tanpa sebarang gangguan. Selain itu, ukuran track larian di Stadium
INSPEN adalah mengikut piawai dapat memudahkan Jawatankuasa Kepegawaian
untuk memastikan peserta berlari mengikut track yang betul.
Di samping itu, kekuatan kejohanan olahraga tahun ini adalah pihak penganjur
menyediakan kotak cadangan dan papan kenyataan AJK Pelaksana KOT 2019 di
hadapan Kafe Pentadbiran. Tujuan kotak ini diletakkan adalah untuk mendapat
maklum balas daripada pihak pelajar dan juga pensyarah sepanjang pelaksanaan
kejohanan pada tahun ini bermula dengan sukantara, acara akhir dan merentas desa.
Melalui kotak cadangan ini, segala komen membina dan kekurangan dapat diluahkan
dan penambahbaikan dapat dilakukan oleh jawatankuasa pelaksana secepatnya.
Selain itu, sepanjang pelaksanaan kejohanan olahraga pada tahun ini terdapat
juga beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki untuk masa akan datang. Antaranya,
kekurangan ahli jawatankuasa. Ahli jawatankuasa yang dilantik mengikut jawatan
seperti kepegawaian ada segelintirnya kurang mahir dalam ilmu kepegawaian dan
terdapat pegawai yang dipilih adalah merupakan atlet yang bertanding dalam acara
yang dipertandingkan. Di samping itu, alatan yang disediakan berada dalam keadaan

1
yang kurang baik dan jadual acara yang dipertandingkan terlalu padat mengakibatkan
terdapat peserta yang tidak sempat berehat untuk acara yang seterusnya.
Bagi jawatankuasa seperti Jawatankuasa Teknikal dan Persiapan Tempat,
mereka mempunyai masalah dari segi kekurangan ahli untuk membuat persiapan
padang. Hal ini telah menyebabkan kerja-kerja pembuatan padang mengambil masa
yang lebih lama. Perkara ini disebabkan ahli jawatankuasa ini ada yang mempunyai
program lain dan mengakibatkan ahli sedia ada semakin berkurang. Oleh itu, antara
inisiatif yang boleh diambil oleh jawatankuasa ini adalah meminta jasa baik
jawatankuasa yang lain untuk membantu membuat persiapan padang.
Penambahbaikan yang boleh dibuat lagi adalah jawatankuasa ini menyediakan jadual
bertugas mengikut kelas supaya dengan cara ini dapat memastikan setiap orang
mengambil bahagian dalam persiapan tempat dan memastikan setiap hari akan ada
orang yang bertugas. Tujuannya, dapat membantu para pelajar yang merupakan pihak
penganjur untuk menimba ilmu terutama dalam kemahiran membuat padang. Kerja-
kerja ini sebenarnya dapat diselesaikan dalam masa yang singkat sekiranya
jawatankuasa ini mempunyai ahli yang mencukupi.
Seterusnya, masalah yang timbul adalah pegawai yang dilantik kurang mahir
dalam ilmu kepegawaian. Perkara ini menyebababkan berlakunya kesilapan semasa
acara berlangsung. Contohnya, semasa acara 4x400 meter lelaki akhir, seorang
peserta telah memasuki lorong peserta lain dan tindakannya tidak dibatalkan oleh
pegawai yang bertugas. Hal ini telah menyebabkan ketidakpuasan hati daripada
pasukan yang lain. Sepatutnya, pegawai tersebut mengangkat bendera merah
menandakan batal namun disebabkan pegawai tersebut kurang ilmu pengetahuan
perbuatannya telah merencatkan kelicinan perjalana kejohanan kerana bantahan yang
dilakukan memakan masa. Bagi mengatasi perkara ini, penambahbaikan yang perlu
dibuat adalah pegawai yang dilantik seharusnya mengikuti kursus Kesatuan Olahraga
Malaysia (KOM) supaya mereka diberikan pendedahan tentang peraturan dalam
acara balapan dan padang sekaligus dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh
semasa kejohanan berlangsung. Perkara ini dapat memuaskan hati para peserta
kerana mereka tahu mendapat kelulusan daripada KOM seterusnya dapat
melancarkan perlaksanaan kejohanan mengikut tentatif yang telah dibina.
Di samping itu, masalah yang timbul adalah pegawai yang dilantik merupakan
dalam kalangan atlet yang bertanding. Hal ini telah menyebabkan berlaku
ketidakadilan dan ketidakpuasan hati oleh peserta lain. Oleh itu, solusinya adalah
mengecualikan pegawai tersebut daripada menyertai mana-mana acara yang
dipertandingkan dan sekiranya pegawai yang dilantik ingin menyertai acara mereka
perlu mencari pengganti pegawai yang tidak menyertai acara supaya dapat

2
mengelakkan keputusan pertandingan berubah-ubah akibat daripada gangguan
pegawai yang menjadi peserta.
Selain itu, semasa berlangsungnya kejohanan jadual yang disediakan adalah
terlalu padat. Perkara ini menyebabkan atlet yang sama berlari untuk dua acara
berlainan dalam masa yang singkat dan menyebabkan mereka tidak sempat berehat.
Hal ini membuatkan prestasi sebenar mereka untuk acara seterusnya tidak dapat
ditonjolkan. Oleh itu, cadangan penambahbaikan untuk pihak jawatankusasa adalah
mengehadkan acara kepada atlet iaitu satu acara padang dan satu acara balapan
saja. Tujuannya untuk mengelakkan mereka daripada terlalu letih dan boleh
menyebabkan risiko mereka untuk mengalami kecederaan adalah tinggi. acara juga
boleh dipertandingkan di awal waktu supaya peserta dapat berehat dalam senggang
masa yang ada.
Kesimpulannya, apabila post mortem dilaksanakan hal-hal yang berbangkit
dapat dibincangkan dan segala kekurangan boleh ditambahbaik untuk kelancaran
kejohanan olahraga pada masa hadapan. Perkara yang dibincangkan dapat dielakkan
supaya tidak berulang lagi selain kejohanan yang dilaksanakan dapat mencapai
objektif yang telah ditetapkan. Melalui pengurusan acara olahraga yang telah
dilaksanakan ianya dapat memberi ilmu pengetahuan, pengalaman dan nilai tambah
buat siswa pendidik IPG sebelum bergelar guru yang sebenar dan sekaligus dapat
melatih pelajar untuk mengendalikan kejohanan olahraga dengan baik apabila berada
di sekolah kelak kemudian dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek

Вам также может понравиться